Monday, April 28, 2014

South Korea 7th Edition ~ Di Sini Bermulanya...

Sewel.. Tu je kot yang aku boleh katakan. Hari ni kata, eh aku nak pergi Seoul lah bulan depan, besoknya terus beli tiket. Mana tak kena marah je kan. Balik-balik Seoul, balik-balik Seoul. Kejadassss sangat. Semua orang pun dah naik fedapp dah dengar aku pergi Seoul sokmo. Yang dok fedapp tu mesti tak pernah sampai Seoul kan? Hehe.. Mungkin jugak pernah sampai tapi mereka-mereka ni tak obses pergi jalan-jalan kat sana macam aku!

Kenapa tiba-tiba? Sebab tiba-tiba gatal nak pergi tengok musical Ghost. Joo Won lah punya pasal. Cerita Ghost pulak tu. Haishh.. Tak boleh jadi ni. Mesti nak kena pergi tengok jugak. Dah tu at the same time ada musical The Moon Embrace The Sun pulak tu. Budak dumok Kyuhyun tu pulak dah berlakon. Memang berganda-ganda lah kan mengada-ngada nak ke sana. Memang set dah, kali ni jalan-jalan memang nak tengok musical je. Hehe..




Bila dah confirm mengadanya tu, check lah tiket flight. Humang oihh mahal kedaung. Air Asia je pun cecah dua ribu hengget jugak. Last minute kan. Tak sampai sebulan pun. Memang padan muka aku. Tapi ku godek-godek lagi. Tengok-tengok aku ternampak ada route Air Asia dari Manila ke Incheon. Heh biar betikkk?? Memang betik sangat. Kenapa aku tak tau pun sebelum ni ye? So, bila dibelek, guess what? Kota Kinabalu --> Manila --> Incheon and return baru RM750!! Mereng ke gila ke memang rezeki aku ke apa ni? Vavavavava.. Memang raya sakan ler. Terus beli dek non. Sebab murah nau! nak dapat RM750 return dari KL pun susah. Ini dari KK some more. Hulalalalaaaa lah jawabnya.

Disebabkan aku seorang je yang mengada-ngada makanya, aku pergi seorang je lah ni. No hal punya lah. Seoul je pun bukannya tempat lain. Wahh kerek kemain. Tapi serius lah. Dah berapa kali pergi, memang ok je kalau nak jalan sorang-sorang. Tak perlu rasa takut sangat. Dah settle booking tempat tido semua, ada pulak lah makhluk Allah seorang tu nak ikut. Tak tahan godaan katanya. Hehe.. Yay ada kawan! Tapi dia naik direct dari KL lah. Aku yang terkontang-kanting lompat-lompat negara. Yang penting kita jumpa kat Incheon Airport je lah.

Well, itu dulu lah as permulaan. Walaupun targetnya cuma nak tengok dua musical ni je, trip ni menjadi trip yang sangat memorable bagi aku. Sebabnya? Ada beberapa event yang terkejut beruk mak yeh on the spot berlaku sepanjang aku kat sana. Terawang-awang ler jugak dibuatnya. Kihkihkih.. Nanti lah ye aku cerita satu persatu. Tungguuuuuuuuuuuuuuu~!!

2 comments :

norsalihah shaleh said...

wowwwww.... saya pun dok terpikr nk buat keja gila camni juga.. seriusly sekali p korea xckup ooo... nak p lagiiiii.. tp kena ada duit backup yg bnyk la nk buat keja gila mcm ni kan..hehe.. sanggu tu ke sana seb nak tgok musical.. memg tabek spring toing toing la... minat kyuhyun ke. saya pencinta tegar donghae...hehe

zinziemeewah

CikSengal said...

kalau dah sewel, apa pun boleh jadi.. hehe.. semua saya minat.. tapi pojaan hati ialah abang bilis.. :P