Friday, February 28, 2014

Blue Mountain Youth Hostel (Luwan), Shanghai

Mode menulis jalan-jalan Shanghai is now ON~!! Kita cerita pasal hostel dulu ye. Hehe..

Blue Mountain Youth Hostel cawangan Luwan merupakan pilihan kami untuk golek-golek tidur sepanjang 5 hari merewang-rewang kat Shanghai ni. Kenapa kami pilih hostel ni? Nombor satu, dalam kategori hostel yang murah, nombor dua ada beberapa kedai makan halal di sekitar hostel dan nombor tiga yang mungkin paling penting sekali kot, hostel ni dekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatt sangat dengan Metro Station. Nak tau dekatnya macam mana? Nanti aku tunjuk. :P

Blue Mountain Youth Hostel (Luwan)..

Sebenarnya ada banyak cawangan Blue Mountain Youth Hostel ni. Ada yang kat tengah-tengah bandar, dekat dengan tourists spot. Tapi kami pilih yang jauh sikit sebab ngada-ngada nak murah. Murah pun, naik transport kena bayar jugak. Mahal jugak jadinya. Hehe.. 

Hostel ni letaknya di tingkat dua ye. Tak ada lif. Terpaksa lah naik tangga gitu. So kena hati-hati lah kot kalau bawak beg berat-berat, or beg tarik bagai.

No lift ye..

Recept..

Staf yang ada kat kaunter sangat lah user friendly. Budak-budak muda yang handle tempat ni. Dan semuanya pandai cakap basic English. Tak ada masalah komunikasi lah kat sini. Dah tu, ada ada seorang staf ni pernah belajar kat Singapore, so dia tau lah sikit-sikit Singlish Manglish yang kita guna. Hehe..

Rate bilik..

Iklan..

Kami ambik twin room sebab berdua je. Rate CNY190. Bagi dua orang baru CNY95 satu kepala. Convert ke RM yang masa tu ratenya 1.85 dapat lah RM51. Boleh sangat lah kan? Kalau ikut belasah nak murah cheapskate sangat-sangat boleh aje duduk dorm. Tapi memandangkan nak kena kongsi dengan orang lain, dah tu memikirkan nak solat bagai, kami kensel lah dorm tu. 

Our room..

Dari angle lain..

Bilik ni ada toilet sekali kat dalam. So tak perlu lah nak share toilet dengan orang lain kat luar. Dan pintunya ialah pintu kayu, bukan see-through macam kat GG Hostel. Hehe..

Toilet..

Shower..

Pintu masuk..

Kira boleh lah. Nak tidur je pun kan. So, macam mana dekatnya hostel ni dengan Metro Station? Pergi kat tingkap dan bukak mata besar-besar. Hehe..

Depan mata!

Hostel ni memang betul-betul bertentangan dengan Metro Line 4 Luban Road Station Exit #3. Sekangkang kera sangat kan. Tak perlu nak jalan kaki jauh-jauh. 

Oraito, lain kali datang boleh kot duduk sini lagi kalau gatai tak mau try tempat lain. Hehe.. For more info go to Blue Mountain Youth Hostel ~ Luwan.

2 comments :

CT Humairah said...

memang sekangkang kera sungguh dengan metro. CT dulu kawan yang book hotel. hamek kau nak menapak ke metro punyalah jauh.. dalam 30 minit jalan la jugak.. sronoknyaa 5 hari kat shanghai.. CT pergi 3 hari aja.. update cepat cepat..

CikSengal said...

CT,
hihihih.. kami kalau boleh sebelah metro lagi baguig.. insyaAllah ada idea, cepatlah mengarang.. nak cari idea tu yang mandom sikit.. :(