Wednesday, February 19, 2014

GHOST ~ The Musical

Sunday, 26th January 2014

Yosh!! Ini lah sebab kenapa aku datang ke Korea ni. Sebab gila nak tengok Joowon dalam musical Ghost. Hambik kau. Tak hagak-hagak, tak pikir banyak, terus buat keputusan drastik dan terbang ke awan biru menuju ke Seoul. Hukkksss..

Promotional Poster..


Trip tengok musical kot kali ni lah kan. Dua hari sebelum ni pergi tengok Kyu punya musical. Hari ni, tengok Joowon pulak. Tak paham takpe, janji tau jalan cerita. Hehe.. Yang Ghost ni, memang paham sangat-sangat lah jalan ceritanya sebab entah berapa kali kot asyik tengok je movie ni. Sampai dah hafal jalan ceritanya, makanya tak ada masalah lah kalau nak tengok musical ni even in Korean. Belasah je lah Mak Jemah. Mudah-mudahan bahasa yang digunakan nanti takde lah susah nau nak paham.

Ghost the Musical ni berlangsung kat D-Cube Arts Center. Letaknya kat D-Cube City. Aku tak pernah datang sini. Kiranya first time lah ni. Memang kaw-kaw punya best tempat ni. Selain arts center ada Sheraton Hotel, ada apartment complex, ada shopping complex, ada academy, ada office, ada cinema, ehhh banyak lah. Semuanya kat satu tempat ni. Sangat besar. Kena ambik setengah hari jugak kot nak explore semuanya. 

D-Cube City..

Nak ke D-Cube City ni boleh lah naik subway train Line 1 ataupun Line 2 dan turun di Sindorim Station. Ada underground passage lah kiranya dari subway station ke D-Cube City ni. Ikut je papan tanda yang ada. Tak susah mana pun nak ke D-Cube City ni. D-Cube Arts Center pulak letaknya kat tingkat 7. 

D-Cube Arts Center..

Orang boleh tahan ramai berkeliaran kat lobby arts center ni. Aku pusing kepala 360 darjah, nampak banner dan bunting Ghost the Musical je yang ada. Mungkin satu je musical tengah berlangsung sekarang ni? Wah, hebat tu!

This way..

Lobby..

Masih ada masa lagi sebelum kaunter tiket dibuka. Untuk redeem ticket lah kan. Oh ya, sama jugak macam beli ticket untuk Moon Sun, aku beli ticket Ghost ni online kat Interpark. Senang dan mudah. Sementara tunggu kaunter bukak, kami jalan-jalan merewang-rewang sekejap. Kat satu sudut ada diletakkan rice wreaths dari fans. Yang paling banyak haruslah dari fans Joowon kan. Apo laiee amik gambor lah sekeping dua kat sini.

Borekkkk..

Dari fans artis lain..

More from Joowon's fans.. 1 tan koooo..

Setengah jam sebelum musical bermula, barulah aku pergi redeem ticket. Gigih ambik yang murah, tapi first floor. Mereng dah kan. First floor row no 9, seat paling hujung. Hehe.. Janji dapat tengok lubang hidung Joowon. 

My tix!

So, hero untuk hari ni ialah Joowon. Dia jadi Sam lah. Dan heroin pulak ialah Ivy. Jadi Molly. Kalau ikut kan, sepanjang aku ada kat Seoul ni, hari-hari ada musical Ghost ni, dan banyak jugak lah session yang melibatkan Joowon. Tapi aku pilih untuk pergi hari ni sebab ada Ivy sekali. Suka mokcik tengok dia nyanyi kat dalam Immortal Songs 2 tu. Dah tu pikir, combination Joowon dengan Ivy mesti best gitu. Sebab aku kenal dua-duanya. Hari-hari lain, aku tak kenal siapa heroin dia. Hehe..

Today's Cast..

Aku dan Kia berpisah bila masuk ke dalam hall. Kia ambik tiket murah, so dia duduk kat tingkat atas. Kemain full house malam ni. Apa yang menariknya, yang datang musical ni bukan jenis fans budak-budak bawah umur macam yang biasa aku nampak time tengok Moon Sun, 3 Musketeers, FAME and Catch Me If You Can. Ye lah. Musical tu semua budak-budak SuJu yang participate kan, haruslah yang datang tengok budak-budak hingusan bagai. Yang ni, wow, memang aku rasa peminat musical lah yang datang ni. Macam-macam orang yang datang. Ada atuk, nenek, makcik, pakcik, macam-macam lah! Dah tu dressing memang jenis formal bagai. Aku pulak yang rasa seram sebab aku pakai baju poyo-poyo je kan. 

Start! Memang gigih lah aku tengok. Haha.. Nak join rasa macam mana bestnya tengok musical ni, boleh copy paste link-link kat bawah ni ke browser dan tekan lah enter gitu. Hehe..

http://www.youtube.com/watch?v=rkDROP8euAU
http://www.youtube.com/watch?v=bg_L4Woy-q4
http://www.youtube.com/watch?v=ehXHviunjDY
http://www.youtube.com/watch?v=gYsgwN_njcY
http://www.youtube.com/watch?v=TekIp1YFgEk
http://www.youtube.com/watch?v=J8iBLPhV8Ww


Curtain Call..

Kalau rajin korek kat youtube, banyak aje clip dari musical ni. Ni aku tepek satu lah some cuts and pieces lakonan Joowon and Ivy. Hiksss..


Some cuts..

The verdict? GILER BEST!! Bahasa yang digunakan takde lah susah sangat nak paham. Bahasa buku kan. So, takde masalah. Yang jadi Oda Mae tu gila kelakar. Sakit perut aku. Aku rasa lagi kelakar dia ni dari Whoopi Goldberg. Macam-macam helah dia. Hehe.. Joowon memang mantop. Ivy nyanyi memang best. Penuh emosi. Casts yang lain pun perghh.. Memang masyuk.

Dah tu, segala teknik CGI yang digunakan memang buat aku ternganga. Real sungguh aku tengok Joowon jalan through dinding. Dah tu bila ada watak yang mati, rohnya kena tarik naik atas terbang-terbang tu gila scary. Haha.. Memang mantop lah. Serius sangat best. Kalau ada peluang lagi memang nak datang tengok lagi. Banyak-banyak musical aku tengok, sumpah yang ni aku tak tidur langsung. Wakaka.. Punya best lah kan.

Last pose..

Okies. Sangat best! Marilah pergi lagi! Or, meh lah kita pergi UK pulak tengok Ghost versi Britain. InsyaAllah, akan datang. Huehuehueeee...


Something extra. Hehe..


Joowon & Ivy at Yu Huiyeol's Sketchbook

2 comments :

norsalihah shaleh said...

eh, awak bolh ckp korean ke??? ke just paham korean based on words yg dok tengok dram tu..heeh

zinziemeewah

CikSengal said...

paham boleh sikit2.. cakap tu kalau ayat kurang dari lima perkataan boleh.. hahaha..