Monday, February 10, 2014

Nasi Lemak Dah Tak Telanjang

Sejak dua menjak ni kan kecoh kan pasal Nasi Lemak Telanjang from MAS kan. Makanya flight dari KL ke KK naik MAS ni nasi lemak ada dalam menu sarapan pagi. Walaupun perut aku rasa sebu sebab dah breakfast, aku gagahkan diri jugak mintak nasi lemak sebab nak tau tahap ketelanjangannya tu macam mana. Memang menyakitkan mata kah? Ke separa bogel je?

Bila dah dapat tu, nah.. Tak telanjang dah! Ada je semuanya kecuali timun ler. Tak apa lah tak ada timun. Mereka yang sediakan makanan ni pun dah bekerja keras sangat dah nak sediakan makanan untuk dimakan kat langit kan. Kot ada timun tu takut cepat basi lah pulak.

Tak telanjang dah.. :)

Apa-apa pun, boleh lah MAS dengan rasa bangga kata nasi lemak kami dah tak telanjang dah. Hehe..

6 comments :

Irfa said...

i like this entry
hahaha,kelakar sgt
buh timun pastu reheat, merasalah makan timun lembik, nnti komplen lagi kata timun tak fresh
takkan nak suh bawak timun lepas tu suh crew potong kat dapur kecik diorang tu,agak2lah kan..
bukan senang nak puaskan hati semua orang ;)

:: Cik Viva :: said...

owh..ada sambal sutun eh, igt sambal udang je..huhu

nuirra said...

Yumyumyumm..lama xmakan nasi lemak...salam singgah

CikSengal said...

irfa,
nak nasi lemak sedap sila masak sendiri gitu khenn.. hehehe..

CikSengal said...

Cik Viva,
rasanya ada macam-macam jenis sambal kot.. sebelum ni pernah jugak makan sambal udang.. tapi sambal sotong ni lagi mantop lah.. hehe..

CikSengal said...

nuirra,
terima kasih lah banyak2 menyinggah kat sini.. sila sila cari nasi lemak.. letak sambal kerang lagi sedap kott.. pergghh..