My bibik (read my youngest sister) datang bertandang ke KK ni untuk sebulan. Datang menghabiskan masa kekdahnya. Baru lepas habis SPM, tak tau nak buat apa. Hari-hari kat sini, duduk kat rumah je sampai naik bosan tahap gaban. Nak buat macam mana. Aku kerja. Tak boleh lah nak bawak dia pergi jalan ke mana-mana melainkan hari minggu. Sampai satu tahap tu dia dah tak tahan. JOM JALAN! Jeritnya. Adeh. Aku ni baru je nak relax-relax kat rumah on weekends. Terpaksalah turutkan kata. Kalau tak, dia merajuk tak nak masak! Huh.. Dasar bibik demand.
So, aku bawak lah dia jalan-jalan ke pulau. Excited sungguh bibik. Pergi lah kami ke Jesselton Point. Kat kaunter, termanggu-manggu tak tau nak ke pulau mana. Baru je lepas pergi Manukan hari tu. Takkan nak pergi lagi. Boring lah. Setelah mendapat pandangan dan pendapat orang kat kaunter tiket, kami memilih untuk pergi ke Pulau Sapi.
Jesselton Point..
Jom..
Why Pulau Sapi? Cadangnya nak snorkelling. Bibik lah. Aku malas. Nak duduk-duduk, baring-baring je kat bawah pokok. Kalau nak snorkelling, better pergi ke pulau yang tak ramai orang pergi. Paling sesuai Pulau Mamutik. Situ banyak ikan. Pilihan kedua, Pulau Sapi lah. Pulau Manukan tak masuk dalam list! Dulu ye lah banyak ikan kat Manukan ni. Sekarang dah tak banyak. Entah ke mana ikan-ikan ni semua lari. Kalau nak jalan-jalan tengok keindahan pulau, yes Pulau Manukan is the one. Tapi untuk snorkelling, sila pangkah awal-awal. So, kenapa Sapi bukan Mamutik? Pulau Mamutik tak ramai orang pergi, so aku takut. Hehehehhe..
Tunggu bot..
Perjalanan ke Pulau Sapi mengambil masa 20 minit. Lebih kurang lah. Sama jauh nak pergi Pulau Manukan. Almaklumlah sebelah menyebelah je. Cuaca terik, Langit cerah. Memang sesuai lah pergi santai-santai. Hazabedah bila teringatkan balik hari aku berbasah kuyup kat Pulau Manukan hari tu.
Splasshhhh~!!
Kemain ramai orang kat Pulau Sapi ni. Nak cari port lepak pun tak best. Last-last jumpa jugak lah. Memang serono0k golek-golek atas pasir. Bibik dah get ready nak snorkelling tapi tarik muka 14 bila tengok aku bermalas-malasan kat bawah pokok. NAK PERGI SNORKELLING DENGAN SIAPA? Jeritnya lagi. Hahahahaha.. Lantak kau lah bibik. Kau snorkelling lah sorang-sorang. Aku malas nak layan. Bibik buat moncong panjang sedepa tak hengat punya. Layan lah dia jadik ikan duyung sorang-sorang.
Welcome..
Ada restoran jugak..
Golek-golek..
Best ni kalau join..
Tak lama kami kat Pulau Sapi ni sebab bibik dah keboringan. Tak ada kawan mensnorkel katanya. Makanya kami siap-siap untuk balik lah. Aku ikutkan aje. Dalam kepala dah dok terbayang tilam dengan bantal dah kat rumah. Mesti hangin je bibik aku ni kalau tau. Heheheh..
Jeti..
Moh balik!
Pricing lebih kurang lah pergi Pulau Manukan. Cuma kali ni entah kenapa orang jual tiket tu bagi aku student price. Aku mula-mula terkejut jugak. Jujur sangat lah aku ni kan, pergi tanya kenapa student price? Terkejut dia. Eh kamu bukan student? WALAWEIIII KEMBANG 10 MANGKUK MAKCIK DIBUATNYA.. Hahahahaha.. Aku tersengih je dan kata bukan. Dia pun tersengih jugak. Tak apa lah, dah isu tiket pun, katanya. Hahahaha.. Best giler. Bibik kat tepi jeling je. See? Your oldest sister is young what.. Muekekekeke..
0 comments :
Post a Comment