Friday, 16th March 2012
It's day 2~!! Itinerary hari ni lebih kurang itinerary hari kedua dan kelima first time aku datang jalan-jalan ke Bangkok dulu. Sila godek dekat sini ye --> Trip to Bangkok 1. Kesemua tempat-tempat ni aku dah pernah pergi. Kiranya aku bawak lah mereka-mereka yang tak pernah pergi lagi, datang jalan-jalan kat sini. Nak tengok lah jugak kan what happened after 3 years. Banyak ke tak perubahan yang berlaku dan yang sewaktu dengannya. Sebelum pergi kita breakfast dulu kat hotel. Makan berat-berat bagi kenyang. Nak jalan pun senang.
Pagi-pagi dah ada nasi berlauk..
Our first destination is the Grand Palace. Nak ke sana haruslah naik teksi. Jauh hotel kami ni. Walaupun keluar awal pagi (tak lah awal sangat sebenarnya), jalan dah mula sesak. Melangut je lah dalam teksi tu. Traffic in Bangkok is no joke. Sama je dengan KL. Sama je dengan Jakarta. Dah lah jem, panas pulak tu. Stuwessss..
The Grand Palace. Ada perubahan. Apa perubahan dia? Harga tiket masuk! Hahahahhaa.. Dulu entrance fee cuma THB350. Sekarang ni dah THB400. Naik sikit je. Masih boleh lagi lah. Dah beli tiket, kami pun masuk. Humang aihhhhh.. Ada festival apa lah ni. Ramainya manusia! Panas + Sesak = Stuweeessss lagi!!
Hambik kau..
Kami tunggu dulu kat tepi sementara reda. Tak larat nak berpusu-pusu berebut-rebut dengan orang lain. Kang hangin kuskus naik, terus tak ada mood. Dah agak-agak reda tu baru lah kami melangkah kaki. Mata melilau tengok keadaan sekeliling. Mana-mana angle yang dirasakan menarik, aku mula buat aksi paparazzi. Tapi tak banyak mana pun sebab trip yang dulu tu, rasanya semua angle aku dah capture. Kali ni ambik gambar buat syarat je. Cuaca panas terik. Asal ada tempat berteduh je mula lah aku mengesot menyorokkan diri. Heheheh..
Panas.....
Gold.........
Nomu banjjak banjjak nuni busheo....
Hiyaaarrrggghhhh~!!
Ni je tempat yang tak ramai orang.. Huhuhu..
Kami jalan-jalan kat dalam palace lebih kurang 2 jam. Orang makin lama makin ramai. Cuaca pulak makin menggila. Tak boleh jadi. Kena keluar dengan cepat. Tak kuasa nak bersesak lagi macam tadi. Kat main entrance, kami lepak-lepak sekejap melepaskan penat. Kebetulan ada acara perbarisan kat situ. Melayan lah sekejap.
Comel pakcik ni dengan seluar gajah.. ^____^
Perbarisan.. Guard change?
Next destination is Wat Pho. Jalan kaki je dari Grand Palace. Tengok the reclining Buddha kekdahnya. Dulu dah datang, ni datang lagi. Dulu entrance fee THB50 sekarang dah jadi THB100. Hulalalalalala.. Semua harga naik.
Sila masukkan kasut anda ke dalam beg..
Ramai orang..
Curi-curi bergambar dengan cepat..
Dalam Wat Pho ni sekejap nau. Dah nampak the reclining Buddha, terus kami keluar. Tak menyempat pun nak buat tour sekitar Wat Pho ni. Orang ramai, lagi ramai dari Grand Palace tadi. Tak tahan panas pun ya. Muka masing-masing pun dah kelabu asap.
Next? Mari kita jengah Khaosan Road. Re-live the days masa aku duduk sini dulu. Tempat ni memang lah happening. Tempat orang mabuk-mabuk kan. Kekekke.. It's a backpackers haven. So macam-macam jenis manusia, bangsa dan negara ada kat sini. Cuma siang-siang macam ni tak lah ramai sangat. Masing-masing belum bangun tidur lagi kot.
Pergi ke Khaosan Road kami naik tuktuk! Yay~!! Merasa untuk merempit sekali lagi. Hahahaha.. Tahan je lah punggung tu kat atas kerusi. Pegang kuat-kuat, mana-mana yang patut. Kalau tak maunya tercampak keluar. Hehehe.. Aku dah pernah ada experience so tau lah keadaannya macam mana. Yang lain-lain kebanyakkanya first time naik. Rasakan! Kekekeke.. Tambang dari Grand Palace ke Khaosan Road ialah THB200 per ride. Kalau ikut kan boleh je jalan kaki dari Palace ke Khaosan tu, tapi macam tak terdaya pulak dengan cuaca terik macam ni.
Khaosan Road..
Nothing much to see here. Lain lah kalau nak minum-minum, makan street food lah kan. Kami jalan-jalan sini pun sebab nak cari filming spot Running Man Episode 50. Tempat diorang main charade tu. Kemain sungguh. :P
Chajatta~!!
Next? Kami nak naik bot! Menyusuri sungai Chao Phraya. Kami naik dari Phra Arthit Pier. Pier no 13. Macam dah tukar nama pulak rasanya ni. Sebab dulu macam aku naik kat Banglumpoo Pier. Pier no 13 jugak. Dah tukar nama ke? Ke pakai dua-dua nama? Entah...
Dari Khaosan Road kami jalan kaki je. Bajet dekat. Memang dekat pun sebenarnya, cuma aku tak ingat arah. Main terjah je ikut instinct. Nasib baik betul. Sampai jugak ke penambang. Harga naik bot ialah THB30. Upgrade. Upgrade. Tiga tahun lepas baru THB18. Hehehe..
Chajatta~!!
Jangan berkira!
Tak perasan pulak, dulu ada ke tak interpreter dok explain apa yang ada kat kiri dan kanan sungai. Mula-mula cakap Siam. Dah tu translate ke English. Tapi bila dengar, aku rasa both version memang cakap Siam. Hahaha.. Wat yu seeeeeeeee.... at de other side of de riveeeerrrrrrr.. Sebijik macam Aunty Moon, my Thai nextdoor neighbour in JB cakap.
Masih tak sampai jugak kat sini.. T T
Our stop!
Kami turun di Sathorn Pier. Tak jauh dari pier ni letaknya stesen BTS Saphan Taksin. Sekangkang kera je. Turun-turun pier ni memang boleh nampak terus. So dari Saphan Taksin ni kami bergerak untuk lunch kat Mak Yah. Gigih nau pergi Mak Yah kan. Nak mengimbas kembali kenangan dulu kekdahnya. Hahahahahhaa...
Macam mana nak ke Mak Yah naik BTS? Senang je. Dari stesen Saphan Taksin, naik je train tu dan turun di stesen Ratchathewi. Dah sampai tu, keluar ikut exit belah kiri. Turun tangga, akan nampak flyover. Lintas jalan dan belok kiri. Jalan je straight. Sampai lah Mak Yah tu. Tak sampai 10 minit pun jalan kaki. Tambang BTS tadi kalau tak silap dalam THB30. Terer dah naik BTS. Kalau dulu sakan cari teksi memanjang. Kihkihkih...
This time no Adam. Adam dah berhenti kerja kot. Entah-entah dah jadi artis. Hahahhaa.. A nice lady attended us. Speaking dialek selatan Thai some more. Memang boleh paham lah. Tak susah mana pun nak mengorder. Dah order, dah dapat makanan, tibalah sesi untuk mencekik!!
ayam..
Ikan..
Tomyam..
Sayur Campur..
Lama jugak kami lepak kat kedai Mak Yah ni. Dari tak ada customer lain, terus datang customer berbondong-bondong, dan customer tu balik, kami masih kat situ. Huhihuhihuhi.. The lunch was a treat from Queen. Thanks Queen dapat makan free.. ^____^
Dah habis makan kami solat di masjid area Petchaburi Soi 7. Banyak kenangan aku dengan Soi 7 ni. Melekek-lekek bila ingat balik. Paling tak tahan tu kena tulis sendiri nak makan apa kat kertas. Terpinga-pinga samada nak tulis dalam rumi ke nak kena tulis tulisan Siam. Macam lah terer tulis Siam! Hahahaha..
Next? Kami ke Impact Arena. Dari stesen Ratchathewi kami naik BTS dan turun di stesen Mochit. Dah tu naik teksi THB125 sampai lah depan Impact Arena. Datang ke sini untuk meroyan. Tapi tak mau cerita lah pasal aktiviti meroyan ni. Hehehehehe...
That's why don't want to story mory..
Sampai hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. Memang melepek kepenatan. Another long day for us tomorrow....
Perbelanjaan keseluruhan hari ni:- THB695
0 comments :
Post a Comment