Entah berapa kali entah aku pergi Poring ni. Asal ada kaum kerabat, besprenzz, geng karatz dan yang sewaktu dengannya datang ke KK ni mesti nak kena bawak jalan-jalan ke sini. Kat KK tu bukannya ada apa sangat kan.
Walaupun dah banyak kali pergi, aku tak pernah lagi tulis satu entri khas pasal tempat ni. So, kali ni nak tulis lah. Buat panduan siapa-siapa yang belum pernah datang sini. Nak cerita secara details tu tak lah. Cerita secara general je.
Selamat Datang..
Poring Hot Springs ni letaknya kat daerah Ranau. Untuk ke sini, kena drive dalam 20-30 minit jugak lah dari pekan Ranau. Opening hours kalau tak silap aku 7am to 6pm. Kena check balik lah. Aku pun dah tak ingat. Sebaik-baiknya pergi waktu pagi. Bangun je pagi, tak payah mandi. Mandi kat sini terus. Kalau dah pukul 10, pukul 11 alamatnya jammed-packed lah tempat tu. Meraunglah tak dapat kolah nak berendam.
Peta & Penerangan..
Tiket masuk untuk ke Poring Hot Springs ni RM3 untuk dewasa. Tiket ni sebenarnya boleh digunakan jugak di Kinabalu Park. Kiranya all in one lah. Kalau dah beli tiket masuk hot springs ni, masuk Kinabalu Park boleh pakai tiket yang sama. Tak perlu beli tiket yang baru. Jimat kos kan?
RM3 ni untuk masuk ke dalam je ye! Untuk aktiviti-aktiviti lain, haruslah bayar lain. Macam tak biasa kan? Inilah Malaysiaku...
Check ticket..
Oleh sebab dah lama tak ke sini, banyak dah berubah Poring Hot Springs ni. Tempat periksa tiket pun dah cantik. Kalau dulu setakat pondok buruk je diperbuat dari papan. Ni dah siap berbatu-bata berkonkrit. Nampak lah proper sikit.
Dah lepas periksa tiket, kami melangkah masuk. Terkedu jugaklah aku dibuatnya bila jalan asal untuk ke hot springs ni dah ditutup. Tak tau kenapa. Sayang betul. Kalau tak, boleh lalu jambatan gantung. Boleh main lompat-lompat kat jambatan tu bagi terhayun-hayun. Saja nak mendengki orang yang berjalan kat depan dan belakang kan. Agaknya sebab aktiviti lompat-lompat tu lah laluan ni ditutup. Hurmmm..
Tutup!! Tak boleh lalu dah..
Laluan baru yang berkonkrit..
Laluan lama.. Lebih thrilling..
Kat sini, banyak aktiviti yang boleh dibuat. Aktiviti yang paling glamer sekali ialah mandi air panas. Kat bahagian luar, ada banyak pondok-pondok yang menempatkan kolah air panas ni. Secara terbuka. Open. Semua orang boleh nampak. Aku panggil kolah lah. Sebab sama besar dengan kolah kat rumah atuk aku. Satu kolah tu boleh lah masuk dua-tiga orang. Yang comel-comel lah. Kalau kau rasa diri kau besar, jangan beranganlah nak ajak orang lain masuk sama-sama kau.
Open bath..
Kalau segan nak mandi secara terbuka macam ni, boleh mandi kat tempat private. Kalau dah private, haruslah dikenakan bayaran. Dah tu, ada time limit. Tak boleh konker dari pagi sampai ke petang. Berbeza dengan kolah yang kat luar tu. Itu kalau nak berendam sampai besok pun tak apa. Kalau staf kat situ bagi rendam sampai besok ler. :P
Private bath..
Selain dari kolah terbuka dan private bath tu, ada jugak kolam terbuka dan water slides. Kecik je kolam terbuka tu. Kolam terbuka ni free. Kalau water slides tu kena bayar. Aku tak ingat berapa bayaran dia. Tapi ikut jam. Banyak betul nak kena bayar kan.
Kolam terbuka..
Kalau tak nak mandi, no worries, masih boleh main air panas ni. Kat satu sudut, ada disediakan tempat untuk rendam-rendam kaki. Tak mandi badan, kita mandi kaki je lah ye.
Suasana sekeliling..
Apa lagi yang boleh dibuat kat sini? Siapa yang minat kupu-kupu, rama-rama boleh masuk ke Taman Rama-Rama. Ya betul. Dikenakan bayaran lain ye. Jangan harap lah free. Aku tak minat haiwan terbang-terbang ni sebab aku takut. Makanya, aku tak pernah masuk Taman Rama-Rama ni. Tak boleh nak kata best ke tak dalam ni.
Taman Rama-Rama..
Selain dari tu, ada canopy walk. Yang ni, entah ya. Dah empat kali kot aku naik. Asalkan tak ada benda terbang-terbang, aku ok je.
Nak naik ni kena bayar jugak lah. Nothing is free man! Sekali naik kena bayar RM3. Kalau bawak kamera kena tambah lagi RM5. Siapa yang tak nak bawak kamera kan? Dah kat atas tu mestilah nak snap apa-apa yang patut. Oppss.. Did I say camera only? Handphone yang ada kamera pun harus kena charge tau. Lain lah kalau masih pakai handphone zaman 3310.
Bayar bayar!!
Dah beli tiket, kena tulis nama kat dalam buku kat kaunter tu. Manalah tau kan. Dah masuk tapi tak keluar-keluar. Boleh lah buat apa-apa operasi. Macam last time aku datang, ada dua minah Korean ni stuck kat jambatan gantung tu sebab tak mampu nak proceed. Gayat kekdahnya kan. Muka masing-masing pucat lesi. Masa aku lalu tu ada lah staf buat 'operasi menyelamat'. Kesian pulak aku tengok.
Let's go!!
Canopy Walk ni sebenarnya ada dua laluan. Satu laluan panjang, satu lagi laluan pendek sikit. Laluan panjang ni, nak kena jalan jauh sikit. Lebih kurang dalam 1km menapak. Tu berdasarkan papan tanda yang ada sepanjang-panjang jalan lah. Tak pasti pulak 1km menapak atau pun 1km dari aras laut. Yang pastinya aku mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke atas. Almaklumlah stamina kureng. Terpaksa stop banyak kali.
Laluan yang pendek sikit, tak sampai 1km menapak. Dalam 500m kot. Rendah sikit lah dari laluan yang panjang tu. Mengikut apa yang aku paham, kedua-dua laluan ni tak dibuka serentak. Kalau laluan panjang dibuka, laluan pendek tutup. Kalau laluan pendek buka, laluan panjang tutup. Ikut nasib lah datang time bila. First time aku datang, kena ikut laluan panjang. Second & third time datang, laluan pendek. Kali ke-empat aku datang ni laluan panjang pulak. Kalau ikut laluan panjang, kena redah 5 jambatan gantung yang panjangnya boleh tahan panjang. Kalau laluan pendek, 3 jambatan je kot nak kena redah. Aku pun dah tak ingat.
Menapak lah kau!!
Dari bawah dah nampak station..
Baru 550m dah hampussss semput..
Aku ni jalan dah lah slow. Banyak berhenti. Berapa kali jugak lah, beberapa umat manusia potong aku. Bila dah sampai kat station, orang dah ramai. Kenalah tunggu turn. Ada limit berapa orang boleh lalu jambatan ni.
Tunggu turn..
Kalau siapa-siapa yang ada penyakit tu, dinasihatkan jangan naik lah. Jangan lah excited sangat, sampai atuk nenek kau pun, kau ajak naik atas tu. Kesian. Tapi kalau diorang masih sihat boleh aja.
Saya sihat!!
By the time sampai atas ni, memang berpeluh-peluh tahap gaban lah. Baju pun boleh basah lencun. Bagi yang lenggang kangkung naik atas macam aku ni, memang cari nahas jugak lah sebab kehausan. Kalau boleh, bawak lah air ye. Kang pengsan pulak kat atas tu. Tapi kalau tak bawak pun tak apa. Kat atas tu ada jual. Biasalah. Nak bisnes kan.......
Jangan kedekut duit..
Maksimum naik jambatan ni, 6 orang dalam satu-satu masa. Sebelum naik tu pastikan kawan kita siapa, orang depan kita siapa dan orang belakang kita siapa. Jangan lah jalan dengan budak-budak. Budak-budak ni... AISHHH.. Dah berapa kali aku terkena. Tinggi-tinggi camtu pun, seronok diorang ni lompat-lompat hayun jambatan tu ke kanan ke kiri. Memang cari pasal betul lah. Pernah sekali aku naik angin, aku marah budak yang ada kat belakang aku. Pedulik aku! Lantak dia lah, lantak mak bapak dia lah nak cakap apa. Jalan kat tempat-tempat macam ni pun tak ada adab.
Jangan naik ramai-ramai..
Start jalan..
Kecik je laluan dia.. Jangan tengok bawah. Tak nampak tanah punya..
Posing kejap..
Walaupun tak ada yang lompat-lompat, jambatan tu tetap berhayun jugak. Tawakalillah je lah jalan ke depan. Jangan fikir apa-apa. Lama-lama tu oklah jugak. Selamat menamatkan perjalanan. Hehehehe.. Dah abis tu, dah tak ada nak buat apa dah. Makanya turun lah kami ke bawah.
Pondok laluan pendek..
Jauh lagi beb..
Naik punya lah slow. Turun laju je. Belum sempat apa-apa dah sampai bawah. Hehehehe..
Exit..
Dah habis tu, kalau rasa sengal-sengal kaki boleh lah pergi rendam kaki ni kat kolah air panas. Memang nyaman dan selesa.
Kat hot springs ni ada beberapa air terjun. Boleh buat mandi-manda. Tapi nak kena jalan jauh sikit lah. Aku pun tak pernah sampai ke sana. Paling jauh pun Canopy Walk ni saja.
Kalau nak beli souvenir, kat luar kawasan hot springs ni, kat jalan besar ada beberapa kedai. Kalau kat tempat macam ni haruslah harga tourist kan. Beli kat KK je lah. Lagi murah.
Kedai souvenir..
Tamat sudah aktiviti jalan-jalan Poring Hot Springs. Lepas ni ke mana pulak?