Baru-baru ni aku dan mek kpop Kia pergi meronggeng di Kundasang & Ranau. Officemate mek Kia buat kenduri kahwin. So, aku pun bawaklah dia pergi sana. Semangat betul aku datang menyemak kat majlis orang.
Sempena ronggengan Cik Kiah ni, kami stay di Puncak Borneo Resort. Masa mula-mula dengar tu, serious aku tak tau kat mana letaknya resort ni. Dengar pun tak pernah. Bila disebut dekat simpang Bundu Tuhan baru lah aku, "aaahhhhhh yang tu rupanya". Ye, ada resort kat situ. Cuma aku tak tau dan tak pernah ambik tau yang resort tu namanya Puncak Borneo Resort.
Siapa-siapa yang driving menghala ke Kundasang dari KK memang tak akan missed lah. Tepi jalan je, belah kanan. Cuma nak masuk ke resort ni, kenalah masuk ke simpang Bundu Tuhan tu. Dari jalan besar tak nampak signboard resort ni.
Puncak Borneo Resort..
Kami check in lebih kurang pukul 2.30 petang selepas attend majlis kahwin tu. Suasana dah mula kelam sendu sedan, bila kabus mula meliputi kawasan Bundu Tuhan ni. Suhu pun mula turun. Sejuk lah ni sekejap lagi.
Reception Counter..
Kabus..
More Kabus..
Restoran..
Ackkk!! Tak nampak apa dah..
The room was not bad. Selesa jugak lah nak buat lepak-lepak. Berangannya, nak lepak sekejap je. Kalau sempat, nak jugak ronda-ronda Kundasang cari pasal. Tapi entah kenapa suhu turun mendadak. Nak pijak lantai pun nak kena fikir dua tiga kali. Belum lagi nak masuk ke dalam tandas. Makanya, apalah yang boleh kami buat selain menarik selimut. Berhibernasi ala-ala anak beruang yang comel.
Katil yang best..
Got TV some more..
Toilet..
My Dinner..
Pagi besoknya kami bangun dengan sapaan Gunung Kinabalu. Ecehh.. Bilik yang kami duduk ni mengadap gunung. Makanya, terpegun lah aku kat situ melihat keindahannya di waktu pagi. Aku ni sentimental sikit bab-bab tengok gunung, tengok laut, tengok pemandangan alam sekitar. Nak-nak hari ni genap 7 tahun aku berada kat bumi Sabah ni. Boleh runtuh jantung ni dibuatnya. Psshhhh...
Hello~!!
Oklah, cukup merepek, now straight to the point. The location? Betuk-betul di simpang masuk ke Bundu Tuhan. Kurang dari 5 minit sebelum sampai ke Kinabalu Park. The rooms? Bilik-bilik yang ada kat Puncak Borneo ni tak banyak. Terhad dan selalu penuh. Kalau nak walk-in tu agak bahaya jugak lah. Sebaik-baiknya call dan book dulu sebelum datang. The price? Harga yang ditawarkan berbeza mengikut bilik. Kalau mengadap gunung ni mahal kot. Entah lah aku pun tak tau. Sebab aku duduk ni pun ada orang belanja. Tihiiii... The facilities? Ada restoran, ada surau, ada mini mart dan yang paling penting ada free wifi. Hehehe..
Jalan ke restoran..
Surau
Pemandangan dari sisi..
Pemandangan reception dari atas..
Car Park..
Oh ya. Breakfast ada disertakan sekali dalam pakej bilik ni. Kalau staf di reception tu lupa bagi kupon breakfast, sila mintak ye. Ada dua jenis je breakfast yang disediakan, Malaysian Style & Western Style. Pilih je yang mana nak. Konyang makcik. ^___^
Kupon..
Nom nom~!!
Some info..
More info..
Ok dah! Diharap entry ni dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada sesiapa yang nak stay kat Puncak Borneo Resort ni. Selamat menerjah!
2 comments :
oh Kinabaluu! hehe
Org y d reception tu mcm sy la kak😅
Post a Comment