Monday, November 19, 2012

Basah Kuyup di Pulau Manukan

Degil. Langit hitam, cuaca sendu, angin tak berapa nak sepoi-sepoi, tapi degil. Mengada-ngada jugak nak pergi pulau kan. Rasakan! Memang padan muka. Salah timing kami datang ni. Tapi belasah je lah. Mudah-mudahan tak hujan.

Kali ni kali ke-7 aku datang? Entah. Tak ingat dah. Balik-balik datang sini. Ikan pun boring tengok aku. Tu pun kalau masih ada lagi lah ikan-ikan tu. Hehehe.. Berangannya just nak jalan cuci-cuci mata je. Tak kuasa lah nak mandi-manda snorkelling bagai. Malas nak berbasah-basah dan malas nak tukar-tukar baju.

Pada yang belum pernah sampai Pulau Manukan ni, aku rasa kenalah pergi kot walaupun sekali seumur hidup. Dah pergi, boleh cerita kat orang, pulau tu macam mana. Nak ke Pulau Manukan ni senang je. Ambik bot dari jeti Jesselton Point. Perjalanan pulak memakan masa tak sampai 20 minit. Tambang bot, alahai. Lupa pulak aku. Tapi less than RM30 lah pergi balik. Masa beli tiket tu, kita boleh request nak balik pukul berapa. Nanti janji je dengan boatman tu. Dia akan ambik kita dari pulau dan hantar balik ke jeti.

Sebelum pergi, melantak dulu kat Jesselton Point..

Orang ramai tapi cuaca mendung..

Tiket..

Makin lama, langit makin gelap. Selamat lah. Berbasah kuyup lah kami kat Manukan nanti. Degil jugak tu tak nak balik. Nak jugak pergi. Suka hati lah kan. Bot kami penuh! Selain dari aku dan Kia, ramai lagi yang berani basah untuk ke Manukan. Ye yo oo je kan. Yang lain-lain tu mungkin nak pergi snorkeling. Kalau basah pun tak apa. Kami ni? Heol!

Cuaca gelap..

Mari naik bot..

Belum mula perjalanan, dah mula hujan rintik-rintik. Tahan je ni. Harap-harap sempat sampai Manukan. Tengah-tengah laut, hambik kau. Terus lebat. Dah tu bot pulak mempeleseit macam hapa dah. Memang selamat lah terpantul-pantul dan terkena percikan ombak. Menjerit macam orang gila dalam bot pun tak dapat nak memberi kesan apa-apa. Kesimpulan yang aku boleh buat kat sini: KAMI BASAH KUYUP. Kuyup macam mana? Sama je macam ko terjun masuk laut, dah tu kau naik bot. Macam tu lah. Err.. Apa? Tak nak mandi-mandi pergi snorkeling sebab malas nak membasah-basah kan diri? Chitpoodah...

Sampai-sampai je, hujan berhenti. Memang hangguk betul lah. Destinasi pertama, ke toilet. Duduk depan blower. Bajet boleh kering lah ni. Dah setengah jam duduk, give up. Tak ada maknanya nak kering. Terpaksalah basah-basah gitu pergi lepak-lepak.

So, masuk ke Pulau Manukan ni kena bayar RM3 entrance fee. Entrance fee ni sekali je, boleh digunakan untuk pulau-pulau lain kat Tunku Abdul Rahman's Park ni. Kalau siapa-siapa yang pergi Island Hopping, untunglah. Tak payah beli tiket lain. Pakai tiket yang sama je. Janji pergi semua pulau tu pada hari yang sama.

Aku ni dah banyak kali datang sini, takde apa yang menarik sangat lah bagi aku Pulau Manukan ni. Menurut penjual tiket kat Jesselton Point tu, kalau nak pergi snorkeling, better pergi Pulau Mamutik atau Sapi. Kalau nak jalan-jalan, relaks-relaks, lepak-lepak, sila pergi Manukan. Pulau Manukan ni yang terbesar antara tiga pulau yang ada tu. Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat. Nak snorkeling pun boleh kat Manukan ni. Cumanya, ikan dah tak banyak sangat dah.

Selamat datang..

Bom meletup mak kau..

Tenang selepas hujan..

Ada buffet lunch..

Pantai..

Resort..

Disebabkan kami tak buat aktiviti apa-apa melainkan melepak, kami ambil masa dalam 2 jam je duduk kat sini. Tak payah lama-lama. Boring karang. Dah puas lepak, kami jalan-jalan. Plan nak ke sunset point. Tapi bila tengok jalan yang menuju ke dalam hutan tu, aku rasa seram lah pulak. Hehehhee.. Lupakan je lah. Duduk-duduk je skodeng ikan kat jeti sementara tunggu bot sampai.

Papan tanda arah..

To sunset point..

Bot dah sampai, kami pun balik. Nasib baik cuaca tenang. Sampai KK boleh pulak ala-ala kering baju yang kami pakai ni. Tapi tak sangguplah nak ke mana-mana lagi lepas ni. Balik rumah je terus.

With cikgu-cikgu from Perak..

Ermmm.. Entri on Pulau Sapi pulak lepas ni. ^_______^

2 comments :

bunga lily ♚ said...

boleh sy dapatkan no talifon resort kt sana x.tq.

CikSengal said...

saya pun tak ada no dia.. sila google.. :)