Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, March 31, 2012

Outing with Geng Karat!!

Still in KL! Aku berkesempatan mengoutingkan diri dengan geng-geng karat. Nothing much just makan-makan and nonton wayang donk!

So aktiviti-aktiviti kami ni berlangsung di Festival City. Sakan nyah. Dah lain dah rupa Setapak ni. Jalan dah semakin besar. Banyak bangunan baru. Dulu-dulu buruk je aku tengok. Almaklumlah, jalan utama aku ke bandar masa zaman-zaman duduk Melawati 17-18 tahun dulu. Ni dah maju sangat dah ni.

Makan-makan berlangsung kat Seoul Garden. Honestly speaking, aku tak pernah makan kat Seoul Garden ni. Kat KK tak ada. Kalau kat JB nun kat City Square, malas pulak aku nak pergi. So, kira first time lah ni. Jakun pun ye. Baru belajar nak memahamkan konsep makan-makan kat sini. Nasib baik geng-geng semua dah terer.


Ramai manusia..

Mari masak..

Dengan cik Kia..

Lai lai..


KuAnne and Mulan..

Err... Mentarang ke hapa nama dia ni?

Daging & Pedal..

Queen, Idie and Leen..

With Aleng and Asue..

Makan sampai senak kekdahnya. Tapi aku tak berapa senak sangat lah. Mana taknya, makan sikit-sikit dan selow-selow. Overall puas hati. Hehehe..

Dah tu, sesi menonton wayang pulak. Cerita Mirror Mirror. Dengar je perkataan Mirror Mirror ni mesti semua orang terus tau cerita pasal apa kan? Aku je yang sangap. Mati-mati aku ingat cerita hantu. Hahahaha.. Dulu kan ada cerita hantu nama MIRЯORS. So, aku ingatkan sambungan dari cerita tu lah. Nak nangis aku dibuatnya tengok cerita tu. Sanggup tak balik rumah malam tu.

Well, siapa tau cerita Snow White, tau lah jalan cerita Mirror Mirror ni macam mana. Lebih kurang sama je, cuma ditambah elemen-elemen bongek yang membuatkan aku dan geng ketawa macam orang gila. Julia Roberts as the evil queen and Lily Collins as Snow White. Sungguh aku tak pernah tau pun Lily Collins ni anak Phil Collins. She's cute though. Rupa dia kan macam Audrey Hepburn pun ada. ^___^ The Evil Queen is funny, Snow White pulak kontrol ayu, and the seven dwarfs, oh my goodness me, jangan cakaplah. Perangai masing-masing sengal macam hapa. Kekekeke..

Bila aku tengok scene ni.....


Dan scene yang ni...


Terus aku teringat kat budak yang sorang ni...


HAHAHHAHAHAHAHAHAA.... Sampai keluar air mata aku gelak.

Overall, very entertaining lah I must say. Riuh jugak panggung tu dibuatnya dengan orang ketawa sana sini. Nak kata it's a good movie, tak lah sangat. Tapi fun to watch lah. Siapa nak release tension, gelak-gelak boleh lah disarankan menonton.

Then it's time to leave. Dah ready nak bangun ni tapi cerita Mirror Mirror ni macam tak reti pulak nak habis. SEKALI..........



HAHAHAHAHAHAHAHAHA.. Mampuih!! Nasib baik aku tak jatuh tergolek kat dalam panggung tu. :P

Friday, March 30, 2012

Lontong Kering Pak Mansor

Balik JB, ini yang aku cari dulu. THE MOST DELICIOUS BREAKFAST MEAL IN JOHOR!! Yeah~!!

Lontong Kering Pak Mansor..

Macam biasa, aku akan melepak makan lontong kering ni kat gerai Pak Mansor kat Taman Universiti. Gerai kecik-kecik je dia buat kat tepi rumah dia. Bukan setakat lontong kering je, lain-lain menu pun ada. Gerai Pak Mansor ni aku tak ingat letaknya kat jalan mana tapi berdekatan dengan jalan tembus Taman Universiti ke Taman Pulai Utama tu. Dekat-dekat flat Pulai Utama tu. Area situ-situ lah.

So lontong kering ni harganya RM2.50 je. Rasanya sangat lah tip top sedap!! Huhuhuhu.. Aku ni makan apa pun sedap. :P

Thursday, March 29, 2012

Homeless..

Homeless.. Dah sinonim sangat dah dengan aku ni. Dulu-dulu bila orang dengar, semua pakat kesian. Sekarang ni, masing-masing dah tak heran. Aku pun tak heran jugak.

Right now, I'm 'homeless'ing myself. Kekekeke.. Right here in KLIA. Sangat lah gigih. Aku baru sampai dari KK pukul 12.30 pagi tadi. Aku akan balik ke JB pukul 7.30 pagi nanti. Might as well duduk kat airport sini je daripada check in hotel. Membazir duit je. Lain lah kena sponsor kan?

So, biasanya kalau berhomeless ni apa aktiviti yang boleh dibuat? Biasanya, kalau dah penat macam hapa, disarankan untuk tidur je. Aku ni jenis boleh tidur kat mana-mana so tidur je lah. Ada setengah orang tak boleh ada cahaya lampu lah, tak boleh tidur duduk lah, tak boleh bising-bising lah. Mesti nak tidur atas katil lah. Orang macam ni, sila jangan ikut aku pergi jalan-jalan ke mana. Once you start whining, aku bagi pelempang je. 

Biasanya, aku takkan tidur terus. Aku akan surf internet for few hours. Internet kat airport kan free. Guna lah sebaik mungkin. Dah lepas 3 jam main internet (diorang bagi 3 jam je free), aku layan drama ke, variety show ke apa ke. Pastikan your harddisk dipenuhi dengan bekalan yang secukupnya. Selalunya, bila dah habis activities semua tu, jam dah menunjukkan pukul 4 atau 5 pagi. Hurmm.. Nak tidur pun malas, tapi biasanya aku tidur jugak sekejap. Just take a nap. Tak lama tu, subuh. Normally I do all the check-in necessities sebelum pergi solat subuh.

Kat KLIA ni tak berapa ramai yang homeless. Ke aku yang silap pandang. Mungkin sebab KLIA ni besar, banyak tingkat. Merata-rata orang boleh cari port tidur. Kalau kat LCCT, fuh. 24/7 orang non stop keluar masuk. Kalau tengok jam, macam tak percaya dah pukul 3 atau 4 pagi. Sentiasa ramai orang. Jadi nak rasa takut-takut tu tak ada lah sangat. Selain KLIA and LCCT aku pernah berhomeless di Suvarnabhumi Airport, Changi Airport and Incheon Airport. Masing-masing sekali. KLIA aku rasa dah 4 kali. LCCT? Hurmm.. Tak ingat. Tapi aku rasa ada lebih 10 kali. :P



Dah. Tak susah mana pun berhomeless ni. Biasanya aku homeless sendiri. Kalau ada kawan lagi bagus. Boleh borak-borak tak hengat donia. Tapi kawan tu pun lama-lama boleh ngantuk jugak. So, siapa yang tak pernah berhomeless tu, meh kita try. Hehehe.. 

Wednesday, March 28, 2012

TRIZ

Saya telah selamat pergi ke kursus TRIZ selama dua hari baru-baru ni. Katanya bagus untuk membantu kita dalam menyelesaikan masalah. Oleh yang sedemikian, saya pun pergi lah. Balik dari kursus ni, terus saya jadi sewel. Hahahahhaa.. Mungkin sebab saya tidak memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan TRIZ ni. Itu yang jadi bengong tu.

TRIZ. An acronym for Teoriya Resheniya Izobretatelskikh Zadatch. Hambik kau! It's in Russian. Kalau Englishnya, Theory of Inventive Problem Solving. Senang cakap, dia merupakan satu teori yang boleh digunakan untuk mencari penyelesaian yang paling berkesan bagi sesuatu masalah. Pening betul. Saya rasa terus cari solution buta-buta macam tu lagi senang daripada backtrack, korek segala maklumat yang berkaitan dengan masalah tu, design sana sini dan yang sewaktu dengannya.

Siap ada textbook lagi tu..

Anyways, this TRIZ thingy is interesting. Tapi bagi saya, ia macam ala-ala serabut sikit lah. Saya ni sangat pantang benda-benda yang berserabut. Memang selamat lah saya campak ke tepi je. Lagi pulak, saya tak tau nak gunakan TRIZ ni kat mana dalam kehidupan seharian saya. Kalau lampu rumah tak menyala, saya tak kuasa nak kaji apa sebab-sebab dia tak menyala. Saya tak kuasa nak check sama ada hayat mentol lampu tu memang dah habis ataupun berlaku litar pintas di rumah. Kalau hayat mentol dah habis, saya tak kuasa nak kaji kenapa dia habis. Saya tak larat nak senaraikan sebab dan musabab yang boleh menyebabkan hayat mentol tu sekejap saja. Kalau kerana litar pintas, saya tak kuasa nak kaji kenapa berlaku litar pintas. Saya tak larat nak senaraikan kenapa berlaku litar pintas. Adakah kerana ada cicak mati tersepit di kotak karan? Dah tu, saya kena kaji kenapa cicak tu boleh ada kat situ? Saya nak tanya cicak tu pun tak boleh. Macam lah saya boleh bagi warning kepada cicak-cicak yang lain, "cicak, cicak.. kau jangan datang sini tau nanti kena electrocute". Dah tu nak kena korek lagi kenapa rumah saya ada cicak? MANALAH SAYA TAU!!! Huhuhuhu..

Yang saya tau, saya pergi kedai dan beli mentol baru je. Selesai. Kalau ada litar pintas, saya bagitau tuan rumah je, tak ada karan kat rumah. Nanti pandai-pandai lah dia hantar orang datang betulkan. Selesai. Tak payah pikir banyak. Hehehe..





Banyak sangat alasan saya. Tak nak guna TRIZ tu cakap je lah tak nak. Hehehehe.. 

Saturday, March 24, 2012

FT Island Shake

Introducing, the latest Shake family member!!


Selamat dah aku mendownload. Tapi setakat download je lah. Beli lagunya tak lagi. Huhuhuhu..

Thursday, March 22, 2012

Kuih Siam

Sempat merembat dua bungkus kuih masa duduk kat Regent Ramkhamhaeng 22. Sebungkus THB50 lebih kurang RM5. Namanya aku tak tau apa. Tapi rasanya, perghhh...... Tak sampai 30 minit, selesai aku kerjakan kedua-duanya. Hahahaha..

Kuih Siam..

Yang satu tu ala-ala pastry kuaci. Satu lagi tu ala-ala epok-epok serunding yang kita hidang time raya. Lebih kurang lah. Sedap kau...

Menyesal tak beli lebih. Huhuhuhu..


Friday, March 16, 2012

Regent Ramkhamhaeng 22, Bangkok

Allow me to make an entry about this hotel. Kami stay di sini untuk trip kami ke Bangkok kali ni. Nama hotel ni Regent Ramkhamhaeng 22. It's a Muslim Hotel. Makanya, nak makan pun senang!

Regent Ramkhamhaeng 22

Nak ke hotel ni, cuma ambil kurang dari 30 minit je dari Suvarnabhumi Airport. Hotel ni boleh dikatakan kat tengah-tengah lah antara bandar Bangkok dengan airport. Senang nak ke bandar, senang nak balik ke airport. Tapi agak seteresss jugak lah nak ke bandar kalau traffic jam. Sejam jugak kalau nak pergi ke area Siam Paragon.

Thursday, March 15, 2012

Bangkok.. Here I Come~!!

Hahahahaha.. Akhirnya aku pergi juga ke Bangkok. Sengal betul. Tengah tak ada duit macam ni, suka betul mencari pasal.

It's almost 4am. Tersengguk-sengguk aku kat LCCT ni. Orang semakin lama semakin ramai. Cik Mulan dah selamat tidur kat sebelah ni. Gigih kami berhomeless sementara menunggu flight pukul 10.30 pagi nanti.

Yosh. Akan ku update cerita jalan-jalan Bangkok di sini. Tapi lepas habis cerita Autumn Korea and From Taipei With Love lah kan? Hahahaha.. Berkurun lah nak kena tunggu. Tapi tak apa. Berbaloi kot nak tunggu. Hehehe..

Oklah. Tidur sekejap. Tata..

Wednesday, March 14, 2012

Rocket Expert

What are the boys up to these days? Yang seorang tu dah jadi pakar roket. Kalau boleh, semua orang diroketnya. Kekekekekeke..







cr: Shindong's Youtube ~ siasiagay

Kekekekeke.. Kreatif betul budak sorang ni. Lepas ni siapa pulak yang jadi mangsa roket dia ye..

Monday, March 12, 2012

AI3 Meeting

Entah macam mana, tiba-tiba out of the blue aku boleh terlibat dengan AI3 ni. Nak sebut pun tak pandai. A-I-Three? AI-Three? Sekali bila dibelek-belek, sebutannya adalah A-Triple I. Hahahahahaha.. Sabar je lah aku.

Apa benda alah AI3 ni? AI3 adalah nama pendek. Nama panjangnya ialah Asian Internet Interconnection Initiatives. Nak tau lebih lanjut sila buka site ni --> http://www.ai3.net/

Alkisahnya, kami kat Sabah ni bakal menjadi tuan rumah untuk mesyuarat AI3 tahun ni yang akan diadakan pada 17-19 Mei 2012. Gigih tau nak buat persiapan. Aku yang terer makan ni ditugaskan untuk incharge hal-hal makanan. Ambik kau! Pening lah aku nak memikirkan menu yang sesuai. Almaklumlah, peserta mesyuarat ni datang dari merata dunia.

So, kami berteleconferencing dengan committee dari USM, Chulalongkorn Univ and Keio Univ untuk membincangkan tentang persiapan meeting yang akan dijalankan tu. Jakun sekejap aku sebab tak pernah seumur hidup aku bertele-teleconferencing macam ni. Terkagum dan terkesima lah sekejap. Hahaha..

Us..

Konsepnya, diorang nampak aku, aku nampak diorang. Diorang dengar aku, aku dengar diorang. Tapi buruk bebenor lah aku dalam screen tu. Macam anak badak. Huhuhuhu.. 

Well, the meeting went well walaupun ada kalanya kami terputus hubungan. Sekejap dengar sekejap tak nampak etc. etc. Tapi syok jugaklah meeting macam ni. Tak payah nak berkumpul kat mana-mana baru nak buat meeting. We're going to have several more meetings for further discussion. Harap-harap the AI3 Meeting nanti akan berjalan lancar hendaknya. InsyaAllah, Amin.

So, Meeting SPoC Infosys boleh tak buat macam ni? Hehehehe..

Saturday, March 10, 2012

Jalan-Jalan Cari Pasal

Hallu~!! Weekend baru ni aku jalan-jalan cari pasal ke Kundasang. Ada kerja beb. Dah lama jugak aku tak ke area sini. Last pergi pun entah bila. Aku ni, kalau tak ada kawan datang melawat, tak ada lah aku nak datang sini. Tourist guide bertauliah lah katakan. Hehehe..

Oh ya. We have a new attraction in Tamparuli sebenarnya. Rumah terbalik. Seen it in the paper, internet dan berkesempatan jugak melintasi rumah tu on the way nak ke Kundasang. Agak menarik. Boleh dimasukkan dalam itinerary jalan-jalan Sabah. Nak kena check it out ni. Buat review apa-apa yang patut sebelum recommend kat kawan-lawan suruh pergi. ^___^ Tapi nak perginya tu entah bila.

Rumah Terbalik..

Jauh perjalanan..

Yosh. We had a retreat sebenarnya kat Kundasang ni. Retreat untuk apa? Untuk membincangkan hala tuju program luar di UMS ni. Macam-macam isu yang dikorek, dianalisa (chewah) dan cuba dicari jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat kami beretreat, banyak juga input yang aku dapat.

9.30pm........... T____T

Ting tong ting tong, selesai lah kami punya retreat. Besoknya juga aku balik, while the rest teruskan retreat sehingga hari Ahad. Diharap segala yang dibincangkan akan dimanfaatkanlah ye. ^___^

Thursday, March 8, 2012

SBPA Mansuh~!!

Mansuh! Mansuh! Mansuh juga akhirnya SBPA ni. Sengal...

Mana taknya. Aku macam orang gila dikejar-kejar disuruh sign SBPA ni. Kebetulan tengah cuti-cuti Malaysia kan. Kalau tak sign cepat-cepat gaji lambat dapat lah, tak akan dilayan lah, apa lah. Cissss..

Apa kelebihan SBPA ni dimansuhkan ye? Aku pun tak tau sebenarnya. Yang penting gaji naik 13%. Muahahahaha.. Terbaik lah staf gomen sorang ni. Huhuhuhu..

Monday, March 5, 2012

Drama Drama

Drama Korea apa yang tengah hangat dan hot sekarang? Dah lama tak layan drama kekdahnye. Sejak dua menjak ni sekadar layan-layan ayam je. Tak pernahnya nak duduk bertenggek depan tv or streaming depan lappy. Tak ada masa satu hal. Lagi pulak drama yang dok ditayangkan semuanya ala-ala lemau gitu. Tapi dalam lemau-lemau tu ada satu drama ni tak boleh aku tinggal. It is The Moon Embracing The Sun. Walawei~!! Gila addicted dengan drama ni. Huhuhuhuhuhu..

The Moon Embracing The Sun

Bersemangat waja aku mencuci mata layan drama ni. Mana taknya, yang jantannya semua handsome-handsome. Jadi rebutan ramai. Geng-geng karat aku pun dok berebut-rebut sama sendiri. Macam sewel je. Aku pun ditepis-tepisnya. Last-last yang tinggal untuk aku, pakcik baju hijau tu je. Kekekeke.. Pakcik pun pakcik lah. Comel apa selalu kena dera tutup mata ngadap dinding. :P

Tu yang tengah layan. Yang coming soon? Aku dah aim dua ni. Rooftop Prince - Micky Yoochun & Han Ji Min and King 2 Hearts - Lee Seunggi & Ha Jiwon. Tengok trailer dua-dua drama ni boleh tergolek aku dibuatnya especially Rooftop Prince. Hehehe.. So, mesti layan!

Rooftop Prince

King 2 Hearts

Korang pulak layan drama apa? Meh lah share-share. ^___^

Friday, March 2, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ At the Beginning

Friday, 18th November 2011

Ye. Aku pergi merayap ke Korea lagi. Macam orang gila dah. Tahun ni je 3 kali aku pergi Korea. Cik Ina pun dah bising-bising. Tak ada tempat lain ke kau nak pergi, tanyanya. Aku sengih je lah. Nak cakap macam mana lagi lah kan? Hehehe..

Trip Winter Sonata, trip backpackers. Trip Summer Scent, trip santai-santai. Trip Autumn in My Heart ni trip apa kebenda pulak? Well.. Trip meroyan! Meroyan tengok Super Junior to be exact. Hahahaha.. Sewel tak sewel. Almost tiap-tiap hari kami ada aktiviti dengan Super Junior. Kelesss kau. Bab melagha memang no.1 aku ni kan? Astaghfirullahalazim.. Bila nak insaf ni.

Rombongan Cik Kiah kami seramai sepuluh orang. Ramai kali ni. Lapan orang kaki meroyan, and lagi dua tu aku saja gatal-gatal ajak. Ajak-ajak ayam pun ada jugak sebab dua orang tu memang tak masuk kategori kami yang sewel ni. Tapi setelah diberi penerangan segala, tak sangka pulak diorang nak ikut. Belasah je lah kan. Lapan orang kaki meroyan tu sudah semestinya aku, Mulan, Queen, Aleng, Asue, Fieza, Leen and Idie. Yang un-kaki meroyan tu is my sister Aida and my colleague K Yati. Sakaaaannnn~!! Kekekekeke..

Thursday, March 1, 2012

It's March Already

It's March already. I achieved some things. The things are menghabiskan duit pergi jalan-jalan. :P

It's March already. Aktiviti meroyanku mula kembali. Got lots of outstation thingy and some out-of-work-area-thingy-you-know-what-i-mean is happening this month. Stay tune for the updates!

It's March already. Someone's sometwo's somethree's birthday is around the corner. Aigoo yah.. Aku belanja makan je lah. Boleh?

It's March already. I haven't been home for 2 months now. Missing Cik Ina's cooking badly. When can I come home? Wuwuwuwuw..

It's March already. Well, I'm planning something at the moment. What? Kahwin? Nahhhh.. Wait and see. ^___^

It's March already. After that it's April. My NZ trip. The status is still unknown. ㅠ___ㅠ

It's March already. MOVE YOUR ASS AND START YOUR PHD PROPOSAL~!! *dun want! dun want!*


Terus stress bila disuruh buat PhD.....