Nak cerita lah sikit. Semalam pergi menonton
MPO. Dengan geng-geng tempat kerja. Bersemangat pergi sebab aku memang minat orkestra ni. Lagi-lagi yang datang ni MPO kan. Walaupun aku memang tak tau Symphony mana, Concerto mana yang akan dimainkan, Mozart ke Beethoven ke Bach ke, tapi aku tetap minat nak dengar. Memang aku takkan lepaskan peluang.
Sesampainya di perkarangan Auditorium Ahmad Rafee, Menara Tun Mustapha, aku dah rasa tak sedap hati. Dah boleh nampak, ada dua jenis audience. Satu yang betul-betul appreciate orkestra, satu lagi yang jenis macam kena paksa datang. Tiba-tiba aku terasa disaster is going to happen. Berharap sangat lah apa yang ada kat dalam kepala aku tu tak kan berlaku sepanjang persembahan orkestra nanti.
Macam mana boleh kenal kelompok audience ni? Senang je. Yang betul-betul minat, kita boleh nampak attire masing-masing sesuai dengan persembahan orkestra ni. Dresscode memang betul. Lepas tu dah berdiri dalam barisan nak masuk ke dalam auditorium sebab free seating. First come, first serve. Yang tak minat? Ya ampun. Sedih nak cerita. Tak over kalau aku cakap kelompok yang kedua ni mat-mat rempit or mat-mat lepak entah datang dari mana yang dipaksa datang untuk tengok orkestra ni., Dresscode failed. Pakai jeans londeh sana sini, pakai t-shirt biasa-biasa je. Pakai selipar. Lepak, duduk kat lantai, borak, ketawa kuat-kuat macam tempat tu bapak dia yang punya. Seriously? Macam ni ke etiquette nak tengok orkestra? Tapi ada jugak di antara mereka yang pakai dresscode betul ni bawak anak-anak kecik. Ah sudah. KAU PIKIR ANAK-ANAK KAU NAK DOK DIAM KE DALAM DEWAN NANTI?
Sakit jiwa bila pikir. Jadinya tenangkan diri lah untuk tengok persembahan je. Persembahan sharp start pukul 8. Bila performance dah start, masih ada lagi audience yang tergedik-gedik baru sampai. Baru nak masuk ke dalam dewan. Ya Allah. Marahnya aku. Datuk Masidi Manjun boleh datang awal kenapa kau tak boleh ikut protokol? Yep, the VIP malam tadi was Datuk Masidi Manjun. Dah kata seating starts at 7.30 kau datang lah pukul 7.30. And kalau ikut betul-betul protokol, tak ada orang boleh keluar masuk dewan sampailah waktu interval nanti. Tapi ni selamba badak je orang keluar masuk. Sangat-sangat menggangu konsentrasi audience lain. Penganjur tak reti buat kerja ke? Aku ni nak tengok orkestra. Bukan nak tengok kau jalan-jalan ke hulu ke hilir. ADA PAHAM??
Sebelum bermula..
Basically, MPO telah mempersembahkan lima persembahan. Nama-nama persembahan tu memang aku mengaku aku tak tau namanya apa tapi ada di antaranya memang familiar sangat-sangat. There's one piece aku pernah dengar dari movie Moulin Rouge, another one pernah dimasukkan dalam OST drama Korea My Girl - Never Say Goodbye. In between ada persembahan solo flute. Masa ni ya ampun. Mendayunya sampai aku boleh terlelap. Hahaha.. Sesuai dijadikan lullaby nak tidur.
Kau ingat tenang hati aku dengar persembahan ni semua? Part yang mendayu-dayu tu boleh lah pulak si mat-mat rempit kat belakang tu buat show sendiri kat belakang. Berborak tak hengat. Bising betul. Sekali sekala aku nampak some of the orchestra members pandang-pandang atas. Maknanya diorang boleh dengar lah. Eiii.. Mana aku nak sorok muka ni. Memalukan betul. Dah tu, bila conductor buat joke kat depan, orang lain dah habis gelak, diorang baru nak gelak. Gelak macam monyet pulak tu. Aku rasa diorang tu tak paham joke tu. Diorang cuma gelak sebab orang lain gelak. Dah tu, melampau over gelaknya.
The highlight of the night? Tengah senyap-senyap tu, tiba-tiba ada budak mula menangis melalak-lalak. Memang terbaekk lah~! Conductor baru je nak angkat tongkat sakti dia tu, tiba-tiba budak tu menangis. Tak jadi nak teruskan persembahan. Nasib baik parents jenis ada perasaan fikirkan orang lain and terus keluar dari dewan tu. Kalau jenis yang tak reti nak keluar tapi dok pujuk-pujuk anak dia suh diam macam mana? Tapi, kok ye pun, kenapa kau bawak masuk anak kau in the first place? Kan, dah malu forever. Nasib baik gelap. Kalau terang dah nampak dah muka kau. Boleh masuk TV lagi. Speaking of TV, ada media buat recording sepanjang performance. Memang gasak lah kan tiba-tiba ada suara budak menangis. Melolong-lolong pulak tu. Memalukan wooo..
Kepada pihak penganjur, korang kutip dari mana mat-mat rempit ni? Kalau ye pun nak penuhkan dewan tu, pilihlah audience yang sesuai. Yang betul-betul minat. Aku rasa ramai lagi kat luar sana yang minat cuma tak aware je. Dah tu dresscode failed pun ko belasah je bagi masuk ye? Dah tu buat apa kau susah-susah cetak besar-besar pasal dresscode kat belakang tiket tu? Buat habis ink je. Kalau tak dapat penuhkan dewan, terima je lah hakikat yang tak ramai minat orkestra ni. Jangan lah nak tipu-tipu kata full house. Hipokrit you know~! Lagi satu, sila lah letak age limit. Budak-budak bawah 12 tahun, please lah jangan bagi masuk. Diorang tak boleh duduk diam kat dalam tu. Ke sana ke sini. Bising pulak tu. Nangis melalak-lalak some more. Please lah. Jadikan pengajaran. Kalau tak, sampai bila-bila kau akan ngadap masalah yang sama jugak.
Can people stop being ignorant? Kalau tak tau apa-apa sila belajar. Sila cari maklumat. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh time tengok orkestra macam ni. Kau masuk kandang kambing, tapi kau mengaum. Sampai bila-bila lah orang akan pandang slack kat kau.
Tak kisah lah apa orang nak cakap. Yang penting aku dah cakap apa yang aku nak. PEACE~!