Thursday, January 1, 2009

Hari Terakhir 2008

Semalam ye. Bukan hari ni. Orang cerita tentang tahun baru, makcik cerita tentang hari terakhir 'tahun lama'. Satu hari suntuk makcik meronggeng. Memang tak hengat..

Makcik sekarang dalam mood melahu. Orang putih kata IDLE. Kenapa lah namanya melahu makcik pun tak tau. Masa belajar zaman-zaman undergrad yang bertahun-tahun dulu makcik selalu tergelak bila dengar perkataan-perkataan yang membabitkan bidang komputer dimelayukan. Iye lah. Zaman dulu-dulu belajar dalam bahasa melayu. Kayu ria? Papan Ibu? Translate them yourselves!

Dah seminggu makcik cuti. Dan bakal bercuti sehingga 4hb. Ye. Melampaunya makcik. Makcik tengah bosan dan tak ada mood nak kerja. Jadi makcik pun suka suki menghabiskan cuti dengan melepak kat rumah. Orang lain pergi jalan-jalan, tapi makcik lepak bermalas-malasan. Bukannya tak nak pergi berjalan. Tak ada kawan yang nak dibawak berjalan. Ye. Makcik takde kawan. How pathetic life makcik ni. Pergi terjun lombong lah macam ni.

Pagi-pagi lagi makcik dah tercongok kat Jabatan Imigresen Sabah. Tak la pagi sangat. Pukul 8 gitu. Tujuan utama? Me'renew'kan pasport makcik yang hampir mampus tu. Sebenarnya hujung tahun depan pasport tu tamat tempoh. Tapi disebabkan permit kerja makcik yang dah expired tu, makcik kenalah renew pasport untuk ditepekkan permit kerja itu di dalam pasport itu untuk 3 tahun lagi. Lagi pulak makcik nak meroyan ke Bali bulan 6 nanti. Karang tak dapat pergi sebab mengikut peraturan yang ditulis di bahagian belakang pasport tu, Pasport baru hendaklah dipohon jika baki tempoh sah lakunya kurang daripada 6 bulan.


Permohonan makcik.. Orang yang ke 21..

Begitulah ceritanya. Melayang duit makcik rm300. Speaking of permit kerja. Ramai yang tertanya-tanya juga kenapa makcik mesti ada permit kerja? Kalau takde permit kerja makcik tak boleh kerja sini tau. Makcik ni kan orang asing. Bukan makhluk asing ye. Orang asing meaning not Sabahan lah. Kalau nak kerja kat Sabah kenalah ada permit kerja. Makcik mula-mula nak tergelak pun ada. Sebabnya, dulu masa makcik kerja kat Celestica makcik biasa tengok permit-permit kerja pekerja-pekerja Indonesia, Vietnam dan Kemboja tu semua. Tak sangka pulak makcik akan ada permit kerja macam tu juga satu hari nanti.

Pasport makcik dijangka siap dalam 2 jam. Makcik malas nak ke mana-mana. Makcik decided untuk tunggu je. Kalau ikutkan boring juga tercongok 2 jam tak ada buat apa-apa. Tapi makcik rela. Daripada makcik keluar pergi ofis ke, pergi 1Borneo ke lepas tu makcik datang balik sini dengan parking yang takde. Take note ya. PARKING SLOTS IN KK SUCKS!! Tahan je lah makcik kat sini. Tak sampai satu jam setengah, makcik dah dapat pasport makcik. Suka makcik. Tapi yang tak sukanya, gambar makcik huduh gila dalam pasport tu. Apa gambar makcik disuperimpose ke? Makcik yang putih-putih gebu ni dah jadi coklat kena sunburn. Geram betul!

Makcik pun bergegas pergi Pendaftar UMS untuk proses buat permit kerja. Tapi orang yang incharge tak ada lah pulak. Dan umat-umat yang lain kat situ tak tahu menahu pasal permit kerja ni. Inilah masalah negara. Bila orang yang incharge tak ada terpaksalah kau datang hari lain. Kalau lah ada backup yang tahu, mesti semua proses lancar je. Teringat makcik kat masalah masa nak pergi FDP Satyam hari tu. Betapa makcik menyumpah seranah super kaw-kaw. Tapi dalam hati aja lah. Hehehe..

Makcik pun menghala ke 1Borneo. Makcik pergi set rambut baru ala-ala 60's gitu. Huwahuwa.. Makcik dah lama teringin. Tapi tak menyempat. Kali ni makcik naked. Eh.. Makcik nekad. Makcik nak juga buat. Lagi cepat lagi bagus sebelum budak-budak sengal semua start semester. Karang tak pasal-pasal ada yang tegur. Malu lah makcik kalau macam tu.


Beg shopping makcik malam tu..

Malam-malam makcik keluar meroyan dengan kawan baik makcik tu. Walaupun dah tak satu tempat kerja, meroyan tetap meroyan. Kami pergi tengok wayang. Cerita Adam Sandler tu. Bedtime Stories namanya. Sepanjang cerita makcik gelak tak hengat. Lawak betul la cerita ni. Makcik paling suka si Bugsy dalam cerita tu. Mata dia, ya ampun! Asal dia muncul je, riuh satu panggung. Macam nak terbalik pun ada.


Bugsy the Guinea Pig. Mata dia beso gila!

Lepas habis wayang kami pergi melepak di Elusion Lounge kat Coutyard 1Borneo tu. Ada party kat situ. Tapi habis dah. Duduk lepak-lepak dengar live band. Seronot jugak. Join jugakla orang-orang bercountdown kat situ. Tapi makcik duduk kat tepi je. Masing-masing dah terhuyung hayang. Takut makcik. Lebih kurang 12.30 pagi kami pun balik. Makcik tak sanggup nak tunggu lama-lama. Nanti tak pasal-pasal, makcik dah ada kat atas meja meliuk lentok buat tiger show. Wakakakaa... Balik weh balik, baca yassin pulak.


The live band. Err.. Abaikan jag beso kat depan tu. Not mine!

Makcik angin jugak sebab sampai rumah, satu IP dengan Bukit Sepanggar sekali blackout. Amende lah ni. Starting of tahun baru dah spoilt gila. Nasib baik lah Neni ada kat rumah. Kalau tak maunya makcik pergi balik ke Elusion tu. Hehe.. Duduk sorang-sorang kat rumah yang beso macam ni, seram makcik! Makcik kepanasan betul. Angin tak ada pulak kat luar. Makcik pun teringat yang adik makcik kerja kat Suruhanjaya Tenaga. Makcik mesej dia kenapa tak ada elektrik, tapi dia tak reply-reply. Apa pergi berparty jugak ke dia? Oopss.. Adik makcik ni spesis baik-baik. Mesti kat masjid mana-mana tu. Hahaha.. Lebih kurang 1.30 dia reply kata SESB (Sabah Electricity) tengah repair. Rupa-rupanya dia baru balik dari Tanjung Aru tengok orang Filipin mabuk-mabuk dan terjun laut. HAMPEH!

Lebih kurang pukul 2.30 pagi baru ada elektrik. Baru lah makcik dapat tidur dengan lenanya sampai terbabas-babas pagi ni. Boleh dimaafkan lah. Semalam memang hari yang memenatkan. Untuk melaluinya sekali lagi? Akan makcik fikir dua tiga kali..

12 comments :

Unknown said...

oo...
org semenanjung mcm kita kene buat pasport ek?
saya tidak tahu menahu plak....
tapi kalau masih student x per ma, kan?

CikSengal said...

ermm.. takpe kot. Entah la ye. hehehe..

Anonymous said...

yat ni.. kata takde kawan?.. ni ha sapa? bukan kawan.. ala yat.. kalau nak lepak2 ckp je la.. nnt saya teman kan..before 5 hb kita lepak laie tau.. hehehe

CikSengal said...

hahahaha.. i mean kawan dalam erti kata kawan yang boleh dibawak meroyan buat benda2 tak senonoh tanpa keizinan sape2.. kekeke... tapi akak pon ok je kan? haha..

Misako said...

wei.. kita pun nak ikut meroyan sekali..bleh? tapi kena accompany with 3 ultramen skali.. ok ker..:)
hahaha.. korang p meronggeng nanti pandai2 jaga diri... yatt.. amacam.. mana nak p makan nak celebrate Fid p further study pulak.. adek incharge yer.. akak ikut jak..

CikSengal said...

haha.. boleh2 bawak ultramen. Banyak monster nak kena hapuskan nih. Hehehe.. Erm, kita nak melantak kat mana? Si Chung propose Jati Tomyam. Hahaha.. Macam takde tempat lain dah..

faizul hadi said...

walaupun saya secara langsung tidak terbabit dgn geng sedari pegi meroyan, namun, saya cadangkan anda sume cuba plak test muara tom yam di kingfisher...lagi best tom yam nya berbanding di jati tom yam...order lambat plak tuh kat jati tom yam tuh...

CikSengal said...

Best ke muara tomyam tu? Selama ni pi jati tomyam tu tak pernah pulak dapat order lambat. Mungkin kami semua ni cun2 belaka, laju je diorang buat.. Kekeke..

faizul hadi said...

sgt2 best...
saya pegi jati tom yam slalu lambat dpt order...tom yam pun kureng skit berbanding muara tom yam....tp lain mulut, lain rasa....huhuhu...

CikSengal said...

oic.. kena pegi try jugak ni. Saya kalau takde geng malas nak pi melepak. Malu... Nak kena kontrol macho lagi makan sorang2.. heheheh..

faizul hadi said...

hahaha....
jika begitu, bolehlah cik ajak saya...
hahaha...dapatla saya makan tom yam free...

CikSengal said...

Apa kes tomyam? Orang semua buat tomyam. Masak benda lain lah. :p