Sunday, January 25, 2009

Project Time!

24/5/2008
Cerita Infosys Hari ke-8
48 Days to go..


Dah habis belajar, kena buat projek la pulak ye. Malas tahap gaban betul. The project? Group project lah. 4 orang dalam satu kumpulan. Senang je ahli-ahli kumpulan ni dibahagi-bahagi. Ikut turutan nama je. Aku pun nak buat macam ni lah dalam kelas nanti. Tak payah budak-budak nak cari group sendiri. Biar padan muka diorang! Kalau disuruh cari group sendiri, confirm buat dengan geng-geng. Lepas tu adalah yang merungut tak buat kerjalah, apa lah. Menyusahkan pulak jadinya.

Projek yang dibangunkan ni melibatkan C programming yang simple je. Sistem sempoi yang bernama Sterling Automation Courier Service. Tapi kerjanya banyak gila. Walaupun dibahagi-bahagikan tugas, bebannya maha dahsyat. Rimas aku jadinya. Bukan setakat nak tulis program je. Nak debug satu-satu. Harus muntah hijau aku. Seharian kami duduk di lab buat kerja. Tak cukup siang, malam pun sambung lagi. Aku confirm, security GEC tu rasa pelik tengok budak-budak Malaysia ni kok rajin sangat. Aku ni bukannya rajin, sebab lemau bab-bab programming ni. Kenalah ambil masa sikit. Tapi, kalau ikutkan lama-lama boleh jadi sewel macam ni.

Sampai satu tahap tu aku jadi teramat lah bosan. Sakit kepala tengok coding. Besok-besok je lah sambung. Balik hostel tidur lagi best!

Related Posts:

  • Infosys Foundation Program 2013 Program Infosys datang lagi! Untuk tahun 2013 ni cuba teka kat mana? Huwarrgghhh.. Ye kat tempat makcik! Nangis lah makcik kan nak buat kerja? Tapi tak apa lah. Boleh dapat experience handle program besar macam ni. Jawatank… Read More
  • Baju Baru Saya ialah ahli taraf-taraf ikan bilis. Tapi dapat jugak baju. Hehehe.. National Team gitu.. See you in the next activity! … Read More
  • Alhamdulillah.. We Did It!! Finally.. Tamat dah Infosys Foundation Program Batch-9 di UMS ni. Segala penat lelah, kelam kabut, huru-hara, pahit manis, suka duka, cubaan dan dugaan selamat ditempuh dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat… Read More
  • Tokey Kertas Double A Hambik kau. Segerombolan tiba. Ada 7 kotak semuanya. Kalau dalamnya isi kertas Double A memang kaya makcik. Tapi malangnya bukan! Makcik kayo!! Apa ada kat dalam tu? Kesemua modul/buku yang diperlukan untuk program … Read More
  • Majlis Penutup Infosys Foundation Program Batch-9 Selepas sebulan lebih merana, akhirnya tamat sudah program ni. Yay! Aku lah manusia yang paling suka sekali. Walaupun macam-macam dugaan dan cabaran yang melemahkan semangat aku sepanjang handle program ni, aku bersyukur da… Read More

0 comments :