Friday, May 16, 2014

South Korea 7th Edition ~ Day 1: 23rd Seoul Music Awards & Mouse Rabbit

Punyalah lama kepam entry ni, meh siapkan dan terus publish!


Thursday, 23rd January 2014

Alhamdulillah, selamat landing di ICN lebih kurang pukul 7.30 pagi. Flight direct dari Manila. First time try naik Air Asia Zest, aku rasa tak berapa best sangat lah. Cabin crew macam tak berapa nak friendly. Dah tu, tak ada stok South Korea's Arrival Card nak dibagi siap-siap kat dalam flight. Sudahnya, terpaksalah pergi isi sebelum ke imigresen. Lambat lah jadinya. Nak-nak saing pulak dengan manusia dari negara mana entah yang kerjanya asyik memotong barisan je. Geram betul dengan mentaliti macam ni.

Paling-paling pun 8.30 pagi baru keluar. Bertemu dengan si Kia kat luar. Makcik ni dah sampai awal lagi, naik MAS straight dari KL. Aku je yang ngada-ngada lompat-lompat. Aku dan Kia berdua je lah jalan-jalan untuk trip kali ni. Walaupun berdua je, ada ramai jugak lah kawan-kawan kami yang lain yang sama-sama dok merewang Seoul dengan geng masing-masing. 

Macam biasa, duduk GG Hostel. Lepas check in, mandi dan rehat-rehat kami keluar merewang di Myeongdong. Jalan-jalan cuci mata. Tengok-tengok, SPAO ada sale. Sempat lah rembat hoodie harga 30 hengget. Suka banget kot. Dah tu, pergi makan. Time ni, aku dan Kia ditemani oleh Mira. Bertiga lah makan kat sini. Mira ni aku kenal gitu-gitu je kat Twitter. Tak pernah jumpa secara fizikal pun. Sekali jumpa, jauh terus kat Seoul.


Makan punya makan, borak punya borak tengok-tengok dah dekat pukul 4 dah. Kami pun berpisah dengan Mira. Mira plan nak jenjalan tempat lain, kami pun plan nak terjah tempat lain. Oleh kerana trip ni merupakan trip sewel, kami terus ke Jamsil Sports Complex. Gigih sangat lah kan pergi kompleks sukan. Sebenarnya, petang ni berlangsungnya Seoul Music Awards kat sana. Jom ler kita berjimba-jimba skodeng artis. Kami kan Kpop. Hehe.. Bongek.

Jamsil Stadium..
Seoul Music Awards..

Nak masuk ke dalam ni kena ada tiket. Tiketnya free, tapi nak dapatkan tiket tu, nak kena masuk pertandingan lah, nak kena shopping kat mana entah, nak kena register sana sinun, makanya susah lah jugak kan untuk orang macam aku dengan Kia yang tetiba enterprem ni untuk dapatkan tiket. Ulat tiket banyaklah jugak berkeliaran, tapi letak harga tak senonoh. Tiket tu free kot. Tapi harga yang diletak kedaung mahal. So kami duduk je lah kat tepi kaunter pengagihan tiket tu, kot-kot ada lebih kan. Boleh lah rembat. Hehe..

Malangnya, takde lebih. Sedih lah jugak konon. Bergerak lah kami untuk balik. Tapi tiba-tiba kena tahan dengan dua orang budak perempuan ni. You want tickets? Katanya. Hoh? What. Nak ler! Ko ada lebih ke? Haha.. Dia nak let go tiket dia, so kami beli lah dengan harga KRW10,000. 30 hengget lah senang cerita. Dah dapat tu terus lah meroyan kan macam orang tak cukup tanah. Hehehe..

From our seats..

Dah masuk dalam tu, seating dia ya ampun paling atas. Dah tu menjunam ke bawah. Macam Stadium Malawati jugak lah. Seram je. Tapi boleh nampak semua. Boleh lah kan. Yok kita tengok Seoul Music Awards ni. Pengacara untuk awards ni ialah my boya Eunhyuk, A-Pink's Eunji dengan pakcik ni yang biasa aku tengok tapi tak tau nama. Hehe.. Syiok ohh nampak banyak retis kat sini. Macam biasalah kan, semua retis yang datang akan dapat award. Kita tengok lah satu-satu naik pentas.

Pengacara yang malatopsss..
A Pink..
B1A4..
Crayon Pop..
B To B..
Penyampai award.. Gagman dan Gagwoman Gag Concert..
Anak-anak jin..
SHINee..
Inpiniteuuu..

Selain gambar zoom sampai doploh kali, banyak jugak lah video aku ambik. Zoom doploh kali jugak. Hehe.. Tapi malas nak upload semua. Mana yang ada je lah.

A Pink ~ No No No..

Crayon Pop ~ Bar Bar Bar..


Gelagat Pengacara..


EXO - Wolf & Growl..

Meriah kooo.. Nak-nak fans anak serigala. Sakit telinga aku diorang menjerit. Yang dok sebelah aku adoihhh.. Boleh pekak dengar dia jerit. Well, Seoul Music Awrads ni kami tak tunggu sampai habis. Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami pun keluar dalam kesejukan salji yang dah mencair tu untuk pergi mencari secawan kopi. Sedap kan sejuk-sejuk ni minum kopi. Paling dekat yang boleh kami pikir ialah ke Mouse Rabbit. Haha.. Dekat sangat lah khenn.. Naik train pun 4 stesen jugak.

Tak ada apa yang happening kat MoBit malam ni. Anak bujang MoBit pun tak nampak batang hidung lah pulak. Kita senyum-senyum kat mak bapak dia je lah. Sebelum tu kena lah cop tempat jugak. Walaupun takde anak bujang, kemain penuh MoBit ni. Nasib baik ada tempat duduk kat tingkat atas.

Latest MoBit's Collection..

Tengah duduk-duduk tu tiba-tiba riuh kat bawah. Hah kenapakah? Anak bujang dah mai? Haha.. Boleh lah order dengan dia nanti. Ku pikirkan anak bujang kecik yang mai. Rupanya anak bujang besor pun mai jugak. Walaweii.. Rezeki wei rezeki. Terus cepat-cepat beratur untuk order. Kang lambat nau, dia balik kang. Berdebor-debor seram sejuk dok dalam barisan macam nak jumpa bakal laki. Poyo sangat. Haha.. 

Dah sampai turn tu terus aku oh my Yesung kenapa kau hensem bangettt. Haha.. Terus lupa nak order apa. Tapikan, dia senyap je malam ni. Eh macam lah tiap-tiap malam aku jumpa dia kan. Aku nak ajak borak pun takut. Setakat sebut order, largiee, hawrt, cold, dengan harga je. Mahal sungguh suara kau ye! Kedekut betul. Maybe dia tak tau nak jawab apa kot kalau aku tanya soalan kan. Takpe lah. Janji nampak lubang hidung kau kan Yeye kan. :P

Bukan yeye buat..

Minum, skodeng Yeye lagi, dah tu minum lagi, skodeng lagi. Tengok-tengok dia dah takde kat kaunter. Lorr balik dah ke. Dia dah takde, kami pun balik lah. Haha.. Tapi rupanya dia ada je kat dalam cafe tu, dok melepak dengan kawan-kawan dia kat satu sudut tengah sedut asap. Chaitt.. Terkejut ahkak tengok taww dek non. Tak baik untuk kesihatan tau wak. Nanti suara tak mantap. Hehe..

Sampai hostel je dah pukul 11 lebih. Kemain sekejap sungguh masa berlalu. Padahal bukannya pergi mana-mana pun. Tapi enjoy lah jugak hari ni sebab dapat jumpa sampai dua orang mamat SuJu depan mata. Hoyeh hoyeh. Malam ni boleh tido lena punya lah. Hehe.. Tapi sebelum tido kita posing dulu hasil sopingan. :P

Hoodie SPAO 30 hengget.. Yours truly pakei kaler merah.. Hehe..


Till the next entry~!!

4 comments :

Bibie Karim said...

Paling win lah kan. Huntung gilak. Pi stadium tiba2 dapat tix walaupun kena beli. And lepak minum MoBit, tiba2 Yesung pula datang. Macam tau2 ko ada di sana.

CikSengal said...

Bibie,
Haha.. Satu hari sengih macam orang tak betul.. hehe..

norsalihah shaleh said...

wahhhh... jumpa yesung!!! seriously??? wow!!!!! memg super duper berbaloi

zinziemeewah

CikSengal said...

ha'ahh.. terkedu jugak lah.. ingatkan jumpa adik dia dah cukup bahagia dah.. haha..