Wednesday, May 14, 2014

NAIA yang Naya...

Wednesday, 22nd January 2014

Kisahnya lah kan, disebabkan aku ni mereng yang teramat, makanya selamat lah sampai kat Manila ni menaiki flight Air Asia Zest. Bertolak dari KK pada pukul 11.15 pagi, dan tiba lebih kurang pukul 2 petang. Air Asia Zest ni merupakan sebahagian daripada Air Asia Philippines. Kod penerbangan pun bermula dengan Z2. Punyalah excited kan nak pergi Seoul, lompat-lompat negara ni. Tapi nak kena tunggu lebih 12 jam lagi baru boleh terbang keluar. Sementara tu, kita relaks, dan ronda-ronda Manila terlebih dahulu. Yay!!

KK to Manila..


Hello Philippines!!

Flight AA Zest ni kalau dari KK, akan turun di Terminal 4 Ninoy Aquino International Airport (NAIA). Dah touchdown dan parking, ambil masa jugak lah untuk keluar. Ku pikirkan kenapa lah pintu kapal ni tak dibukak-bukak. Dekat 15 minit tau tunggu! Tak lama tu terdengar anak kapal membuat announcement mengatakan lebih kurang "kami tak boleh nak bukak pintu sebab imigresen dan kastam tak bagi bukak." HAH? Apa punya alasan tu? Kelakar sungguh lah dek non. Kalau imigresen dan kastam tak bagi bukak pintu, maksudnya apa tu? Kami tak boleh masuk ke Manila? Kena patah balik ke KK? Jeng jeng jeng.. Kemusykilan sungguh. 

Lepak kat dalam je tak boleh keluar!!

Dekat setengah jam jugak lah, baru pintu dibukak. Bas pun dah sedia menanti di kaki tangga. Naik bas dan terus masuk ke bangunan terminal. Bangunan terminal yang comel sikit dari Terminal 2 KKIA. Lebih kurang je sebab bangunan setingkat. Dulunya, terminal ni merupakan terminal domestik. Tapi sekarang dah dijadikan terminal Air Asia gitu.

Tecit je terminalnya..

Masuk je terminal, actually aku tak sempat masuk ke dalam bangunan lagi pun, dah kena beratur. Heh? Kok beratur kat luar terminal? Lah.. Kisahnya macam Terminal 2 KKIA jugak lah ni. Masuk-masuk pintu terus jumpa imigresen. Belakang imigresen terus carousel ambik beg. Mak aihh.. Memang ciput sungguh Terminal 4 ni! Patutlah tadi announcement kata tak boleh keluar dari kapal lagi. Begini rupanya. Banyak passengers sampai, kena queue panjang-panjang kat luar terminal. Kiranya, nak redakan queue dulu lah ni, baru kami dibenarkan keluar flight. Cheh..

Add caption

Imigresen tak banyak songeh. Mungkin sebab muka aku pun dah macam muka Philippines jugak. Haha.. Serantau gitu khen. So tak ada apa nak ditanya. Dah settle imigresen, dan ambik beg aku terus ke kaunter shuttle bus untuk pergi ke Terminal 3. Flight ke Seoul adalah dari Terminal 3. Nak tak nak, kena lah transfer terminal kan. Plannya, pergi Teminal 3, letak beg dan seterusnya pergi jalan-jalan Manila. 

Terpinga-pinga aku cari kaunter shuttle bus. Sekali kaunter kecik je kat sebelah carousel beg tu. Ramai orang pulak tu berkerumun kat situ. Semuanya nak pergi ke terminal lain-lain. Jadi sesak lah pulak. Tempat duduk pulak tak ada. Dah tu nak kena tunggu. Dekat sejam jugak aku menunggu. Dah penat sangat, aku pun duduk atas carousel. Gasak lah. Bukan aku sorang je. Ramai mat saleh dan minah saleh pun buat macam tu jugak. Huhu.. 

Akhirnya, bergerak lah jugak ke bas. Entah ke mana entah staf bas ni bawa kami ikut jalan belakang. Alih-alih tembus balik ke tempat parking kapal terbang. Ehh.. Kat situ, dah ada bas menunggu. Naik lah aku ke atas bas tu memikul segala beg yang ada. Lebih kurang 10-15 minit kemudian sampai lah di Terminal 3. 

Terminal 3

Terminal 3 ni agak cantik jugak lah. Baru diupgrade katanya. So, agak bling bling lip lap lip lap anak mami lah rupa parasnya. Kalau airport macam ni, ok sangat lah untuk lepak-lepak. Kalau Terminal 4 tadi, nangis kot nak lepak-lepak sebab sempit dan kecik sangat. Orang kata, Terminal 1 dia lagi hampeh buruk gila. Tak nak lah aku pergi explore ke sana. Hehe..

Ok dah sampai, aku cari tempat left luggage, tak jumpa lah pulak. Ke aku yang tak reti nak explore airport ni. Dah tu, kat setiap pintu masuk, security agak ketat. Semua orang yang keluar masuk perlu scan barang, scan diri. Uihh.. Macam seram je. Aku dah mula cuak. Ni kalau aku keluar ni nak kena scan bagai, masuk pun nak kena scan bagai lagi. Beg nak campak mana kalau aku keluar?

Penat dah pikir. Tengok-tengok dah dekat pukul 6pm. Gilosss.. Nak pergi jalan hapa macam ni? Sudahnya, tak jadi keluar. Duduk je lah bertapa dalam airport ni sampai pukul 2.40 pagi. Masak kau!! Nak sangat tiket murah kan. Padan muka nak kena tunggu lama.

Duduk melepek main internet sampai lah waktu check in pukul 12 tengah malam. Kebanyakan penumpang ialah Korean. Yang local Pinoy pun ramai jugak. Majoritinya jenis yang macam dalam rancangan "Love in Asia" kat KBS World tu. Hehe.. Tiba masa untuk aku check in, banyak lah pulak kena soal dengan staf kat kaunter tu. Balik-balik dok tanya mana Visa Korea. Hadoii.. Berapa banyak kali jugak aku nak kena cakap I DON'T NEED ANY VISAAAAAAA.. Tak paham jugak. Dia nak check dengan pegawai dia jugak. Check lah. Then pegawai dia pun datang kata aku ni Malaysian lah. MALAYSIAN. No need visa. Huh.. Aku cakap ko tak nak dengar. Nyampess..

Beratur untuk check in..
To Seoul..

Settle.. Masuk ke dalam dan bayar airport tax PHP550 dan tunggu untuk boarding. Mata pun dah tak larat nak bukak besar-besar. Gitu gini, sampailah masa untuk boarding. Lega makcik! Tak larat dah nak tunggu lama-lama kat NAIA ni.

See you soon Seoul!

2 comments :

norsalihah shaleh said...

purgh.. ni memg berusaha sungguh..hehe

zinziemeewah

CikSengal said...

kalau dah namanya sewel kan.. hehe..