Tuesday, January 7, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 4: Masjid Cheng Ho, Masjid Sunan Ampel, Solo Balapan

Monday, 29th April 2013

Hari keempat dah kat bumi Jawa ni. Baru empat hari, so belum terserlah lagi lah kejawaan aku ni. Padahal muka tonyeh hidung kemek. Haha.. So dah hari keempat ni makanya, jalan-jalan secara pakej Surabaya-Bromo-Malang akan berakhir hari ni. Mana yang kena balik Malaysia tu, balik Malaysia lah kan. Mana yang tak balik Malaysia macam aku, K Awa dan K Ayu akan sambung pikul backpack meredah saki baki Pulau Jawa ni. Redah sangat lah kan. Yehet! 

Disebabkan hari ni hari terakhir, so program jalan-jalan hari ni santai-santai je. Tak ke mana sangat pun. Sekadar jalan-jalan sekitar Surabaya je. Itu pun ada dua tempat je nak pergi. Masjid Cheng Ho dan Masjid Sunan Ampel, so tak ada lah nak rushing. Cumanya nak kena ada kat stesen keretapi pukul 3 petang untuk kami bertiga yang tak balik Malaysia ni meneruskan perjalanan ke Solo. 

Pagi-pagi ni kami breakfast sempoi-sempoi je di Sparkling Backpacker. Ada mihun goreng sempoi dan telur dadar. Minum pulak kopi o kaw-kaw pekat dan likat. Nyaman sungguh lah. Kami enam kuntum bunga Nusantara makan di meja sambil ditemani seekor kumbang Eropah. Hehe.. Harry namanya! Orang Ireland. Dah setahun dah Harry mengembara naik basikal dari Dublin. Destinasi terakhir katanya ialah Sydney sebelum balik semula ke Ireland. Sangat gigih kan? Kalau aku nak buat macam ni, mesti dah kena pelangkung dengan mak bapak aku. 



Breakfast sempoi..

With Harry!!

Harry ni umurnya baru 28 tahun ko. Muka matured gila. Aku yang dah tua bangka ni pun masih babyface. Hahaha uwekk.. Seronok Harry dikelilingi gegirls gitu kan. Nak-nak senang nak communicate. Kemain terkezut beruk maknyeh dia bila jumpa orang macam kami ni yang pandai cakap English. Hello, see the drumstick leg lah. Hehe.. Memang syok lah borak-borak dengan kau Harry oii.

Dah lepas breakfast, siapkan packing, kami pun bergerak lah keluar. Tapi sebelum tu skodeng-skodeng sekejap lah kat sini ambik gambar. Sempoi je sebenarnya tempat ni. 

Ngopi-ngopi di sini..

Tangga ke atas..

Tempat lepak tepi recept counter..

Bye bye!!

Okies. Nasyid dah dok ready dengan van dia dah. So bergerak lah kami menuju ke Masjid Cheng Ho. Disebabkan aku ni main ikut orang je kan, aku pun tak tau sebenarnya apa yang ada kat Masjid Cheng Ho ni. Dah balik Malaysia baru google gitu. Hehe.. Masjid Cheng Ho ni ada tiga tau kat Indonesia ni! Ko hengat ada kat Surabaya je? Aku pun mula-mula ingat ada kat Surabaya ni je. Lagi dua ada kat Palembang dan Pasuruan. Kalau tengok dalam gambar macam sepesen je masjid ni. Yang penting dinding warna merah, atap warna hijau. Masjid Cheng Ho lah tu.

Masjid Cheng Ho Surabaya..

Kalau dah namanya Cheng Ho, mestilah dinamakan sempena Laksamana Cheng Ho kan. Ni sejarah tingkatan berapa lah ni ye. Aku pun dah tak ingat. Yang aku ingat dia ni pelayar tersohor, dan sangat berpengaruh dalam penyebaran Islam di China. Dan dia ada hubungan dengan zaman kegemilangan kerajaan Melaka dulu. Itu je lah yang aku tau. Aku tak tau pun dia tu sebenarnya seorang eunuch dan pernah serve anak raja China. O_o Godek-godek kat Wikipedia ni baru lah aku tau. 

Korang tau tak, aku kan rasa macam tertipu. Bukan, bukan. Aku yang bodoh sebab tak cari info. Hehe.. Aku ingatkan lah kan masjid ni wujud sejak zaman Cheng Ho lagi. Dah nama dia Masjid Cheng Ho kan. So, aku bajet Cheng Ho datang sini buat masjid. Sekali masjid ni dibangunkan pada tahun 2002. HAHAHA.. Serius tipah tertipu. Haha..

Apa ko hengat bina tahun 1403?

Dah puas berposing sakan kat luar masjid, kita duduk kat dalam masjid pulak. Open air jugak lah masjid ni. Angin pulak kuat. Memang sangat best. Kita solat sunat tahiyatul masjid dulu lah ye.

Dalam masjid..

masjid..

Boleh sign autograph.. Hehe..

Dah selesai solat, relaks-relaks dalam masjid dan ambik gambar bagai, kami skodeng-skodeng lah pulak sekitar kawasan masjid ni. Kat sebelah bangunan masjid ada replika kapal. Kapal Cheng Ho lah kot ni. Kat belakang kapal tu ada mural. Gambar Cheng Ho kot? Kok gelap Cheng Ho nye? Ni macam pergi kat Grand Palace Thailand lah ni. Patung Marco Polo tapi mata sepet. Hehe..


Ada bangunan masjid, ada bangunan pentadbiran, ada tadika jugak. Waliaooo.. Sekolah tadika ni memang daebak sebab cikgunya pakai shekshi-shekshi dan anak muridnya pakai shikirt duduk terkangkang-kangkang. Kot ye pun, kat kawasan masjid lah kan. Haiyoohh.. 

Hepp adik manis duduk sopan-sopan ye..

Lebih kurang pukul 10 pagi, kami pun bergerak pergi untuk ke destinasi seterusnya. Masjid Sunan Ampel. Hah, yang ni betul Sunan Ampel yang bangunkan ke baru buat tahun 2000-an? Hehe.. Masjid Sunan Ampel ni mesti lah Sunan Ampel yang bangunkan. Katanya tahun 1421 gitu dah ada dah masjid ni. Lama sangat-sangat tu. Kalau kat Malaysia, masjid yang paling tua dan masih digunakan pun dibina pada tahun 1728. Ni hasil google-an ni. Hehe..

Sunan Ampel ni mengikut apa yang aku google merupakan salah seorang daripada Wali Songo yang bertanggungjawab menyebarkan Islam di Pulau Jawa. Nama betulnya Raden Ahmad Rohmatullah. Aku pun tak tau sangat pasal Wali Songo ni. Nak kata mereka-mereka ni semua memang asal orang Pulau Jawa tak lah jugak sebab macam ada orang luar jek. Dari Uzebek lah, dari Egypt lah. Nanti kita google lagi ye cari maklumat pasal mereka.

Dah sampai masjid Sunan Ampel ni, mesti lah nak kena singgah tengok makam Sunan Ampel kan. So, nak ke makan tu kemain jauh jugak lah nak berjalan kaki dari kawasan parking depan masjid ni. Ke ada banyak tempat parking, tapi saja je si Nasyid ni pergi parking jauh-jauh? Tssskkk.. On the way nak ke makam tu aku nampak ada satu shopping street. Nyiaaa aaaa auuu.. Ada orang matanya sudah bulat-bulat besar-besar nampak tempat shopping. Hehe..

Nanti singgah!!

Sebenarnya selain makam Sunan Ampel, banyak lagi makam-makam lain yang aku tak tau milik siapa. Of course lah ada tulis nama kat makam tu, cuma aku tak tau orang-orang tu siapa. Mungkin orang-orang ternama zaman dahulu kala kot. Tak pun pahlawan ke, pejuang ke, ataupun sahabat-sahabat Sunan Ampel ke. Aku pun tak pasti.

Moh jalan..

Kat kawasan masjid ni kenalah jaga penampilan dan hormat adat istiadat kat sini ye. Jangan lah gelenyar habis. Kawasan masjid kan. Sila ikut adab-adab yang telah ditetapkan. :) Meh aku tepek gambar je dulu.

Perhatian!!

Masuk..

Kat kawasan masjid ni punya lah ramai orang. Tapi cuma ada berapa ketul je manusia kat dalam masjid. Semuanya pergi mana? Yes, betul lah tu. Semuanya berjalan menuju ke makam. Berduyun-duyun boleh tahan ramainya. Bersangka baik lah kan. Belum masuk waktu, makanya tak ramai orang kat dalam masjid ni.

Dah jalan jauh sikit, tibalah kami kat pintu masuk makam Sunan Ampel. Bila dah masuk ke dalam kawasan makam, kita tak boleh ambik gambar. Boleh ambik gambar kat luar je. Gambar yang ada ni pun gambar curi-curi. Hehe.. Tapi curi-curi pun still tak dapat ambik gambar makam Sunan Ampel sebab spy ramai sangat. Antaranya tukang sapu sampah kat situ. Hehe..

Ke makam..

Pintu masuk..

Nak masuk ke dalam kena bukak kasut. Aku sebenarnya tak paham kenapa nak kena bukak kasut sebab bila dah masuk tu, sama je tanahnya, sama je laluan pejalan kaki dengan yang kat luar. Takut kotor? Entah lah. Tapi dah kena bukak kasut kan, ye bukak aje lah.

Dah jalan ke depan, ada dua laluan, satu laluan untuk lelaki satu lagi untuk perempuan. Gigih main pisah-pisah. Tapi aku tengok diorang tak ikut pun peraturan ni. Main belasah je lalu. Yang laluan untuk perempuan pun ada orang lelaki masuk jugak. Bersangka baik, mereka tak reti membaca. 

Pecah dua..

Aku tengok makam Sunan Ampel dari jauh je. Tak pergi dekat-dekat. Sekadar sedekahkan Al-Fatihah, aku pun bergerak pergi. Tak lama pun aku kat situ. Sebabnya, aku tak berapa selesa. Terlalu ramai orang satu hal. Dah tu aku tak tau ramai-ramai tu buat apa sebenarnya. Nak kata mengaji, macam tak bunyi orang mengaji. Macam menyanyi pun ye. Dah tu, yang buat aku terbangak kat situ, sekejap-sekejap mereka bangun berdiri tegak, lepas tu duduk, lepas tu berdiri tegak balik ramai-ramai sambil "mengaji". Entah lah. Aku pun tak tau nak cakap macam mana dah.

Selain dari makam Sunan Ampel, makam yang ramai dikunjungi ialah makam Mbah Bolong dan makam Mbah Soleh. Entah ye. Kita datang ke kuburan ni bagi mengingati mati, tapi mereka yang datang ni macam nak mintak berkat gitu? Korang paham tak maksud aku? Susah nak cakap kan. Nak-nak cerita pasal Mbah Bolong dan Mbah Soleh tu macam tak menyampe akalku. How can someone die 9 times and have 9 tombs? Ya kalau difikirin secara logika ya ngakk masuk di akal kan? :P

Makam Mbah Bolong..

Makam Mbah Soleh..

Ada tukang cuci je..

Selengang-lengang tidak..

Sementara nak tunggu masuk waktu Zohor, kami pun pergi lah cuci mata kat shopping street yang kami lintas tadi tu. Dari segi barang jualannya, banyak yang boleh dijumpai kat Mekah. Ada orang kata kalau shopping kat sini, terasa macam shopping kat Mekah gitu. Ye lah kot. Ada lah jugak feeling-feeling macam tu. Nak-nak kebanyakan peniaga kat sini berketurunan Arab. Dah berapa keturunan dah agaknya ye duduk kat Surabaya ni. Boleh lah kot kan panggil tempat ni Pasar Arab? Macam Pasar Filipina kat KK tu. 

Yaaaa!! Belanja mbak!!

Tapi kan, tempat ni sangat panas dan berkepam gitu. Sungguh aku rasa tak senang duduk sebab tak selesa. Aku takde beli apa-apa pun kat sini. Yang lain-lain gigih lah jugak menyopping. Nak-nak yang dah nak balik Malaysia tu kan. Aku ni kureng lah bab-bab nyopping ni. Lain lah kalau benda tu aku minat kan. Apo nak beli kat sini? Jubah? Kacang? Kurma? Semuanya boleh diimport terus dari Arab sana. Haha.. Berlagak betul. Lagi pulak perjalanan aku masih jauh lagi kan. Tak larat kot aku nak kendong banyak-banyak jalan jauh-jauh. Dah lah nak pikul epal dan jambu Malang lagi! 

Tempat petola? Hehe.. Ok lawak hambar..

Selesai shopping, belum masuk waktu Zohor lagi. Adoilah. Makanya, kami teruskan perjalanan. Nanti solat kat tengah jalan je. So, sekarang kita pergi lunch! Saat yang dinanti-nantikan gitu kan. Hehe.. Entah ke mana Nasyid bawa kami lunch. Yang pentingnya kat restoran tu aku makan lele penyet. Weeehuuuu~!! Sedap wa cakap lu. Sambal dia fullemekkk. Rasa macam tiap-tiap hari sejak datang Indonesia ni aku makan penyet. Hehe.. Tak muak pun makan hari-hari sebab sedap. Harga pun murah. Sangat berbaloi-baloi. 

Special penyet! Tu sebab sedap!

Lele penyet dua ekor ko...

Erkk Alhamdulillah..

Next destination? Stasiun Surabaya Gubeng. Yosshh.. Tibalah masanya untuk membabaikan diri gitu. On the way nak ke airport, aku, K Awa dan K Ayu di dropkan kat stesen keretapi. Kami bertiga ni nak pergi jalan-jalan lagi. K Rin, Zati dan Razat pulak nak balik Malaysia terus dah. Kemain buat drama pulak kat stesen keretapi ni. Sampai berjumpa lagi lah ye di episode jalan-jalan yang lain. Bye Nasyid! Puehehehhee.. 

Stasiun Surabaya Gubeng..

Kaunter tiket..

Ok. Tamat lah sudah edisi jalan-jalan ikut pakej dan bermulalah edisi jalan-jalan suka-hati-gamble-je-ke-mana-nak-pergi-tanpa-ada-itinerary gitu. Apa yang pasti, kami cuma ada tiket keretapi dari Surabaya ke Solo je. Dah sampai Solo nanti baru lah pikir nak buat apa. Amacam? Sangat thrilling kononnya lah kan. Huahua.. Jangan nanti gabra huru-hara tak tentu pasal ye sudehh. Mudah-mudahan semuanya ok. :) 

Poyo je kan bunyinya. Padahal dah booking dah tempat tidur untuk malam ni. Kami memilih untuk cari tempat yang berdekatan dengan stesen keretapi Solo je nanti. Sebab dah malam kan, nak pergi jauh-jauh tak mampu. Dah tu, besoknya kami akan bergerak ke Jogjakarta dengan menaiki train jugak. So, tak perlu lah nak pikir banyak nau.

Banyak masa lagi nak dibuang kat sini, makanya kami cari surau. Kat dalam stesen ni tak ada surau. Kena jalan ke bangunan sebelah. Surau dia kecik je dikongsi bersama lelaki perempuan. Boleh lah. Daripada tak ada khenn. Dah settle solat tu, meronda-ronda lah sekitar stesen. Agak baru jugak lah kot stesen ni sebab nampak baru. Hehe.. Ada minimart, ada bank, ada Dunkin Donut. Meriah lah jugak. 

Moh beli jajan..

Bank..

Momom donat jom!

Agak layu jugak lah nak tunggu naik train. Tapi jangan risau, ada DJ yang bertugas untuk menghiburkan kita gitu. Dah penat berceloteh, dia pasang lagu. Dah boring pasang lagu, dia nyanyi pulak tu. Nasib baik suara sedap. Dah tu, dengar announcement ketibaan dan pelepasan. Eh.. Macam suara DJ tadi je. Laa dia jugak yang buat announcement ke? Bila tengok, memang betul. Semua dia buat. Sangat multitasking.

DJ serba boleh!

It's time to board! Kami ambik executive seat. Boleh tahan best jugak lah sebab ada socket plug buat charge handphone. Weehuuu~!! Harga tiket ialah IDR150,000. Tiket ni pun dah beli awal-awal kat Probolinggo hari tu dengan bantuan Pak Wawan. Perjalanan dari Surabaya ke Solo akan mengambil masa lebih kurang 4 jam gitu. So relaks, and enjoy the journey je lah ye. Sampai sana pun dah malam. Harap-harap tak susah lah kami nak cari tempat tidur malam ni. 

The seats..

Yehettt~!!

My tix..

Keretapi ni bukan keretapi express. Ada lah jugak berhenti kat beberapa tempat. Aku pun tak perasan sangat. Last stop ialah Jogjakarta. Makanya kalau nak tidur tu nak kena alert lah. Pasang alarm siap-siap. Memang aku terus pengsan pun lepas tu. Hehe..

Sun is setting..

Lebih kurang pukul 8 malam, sampai lah kami di Solo Balapan Station. Keluar dari stesen macam orang blur. Malu bertanya sesat jalan kan, makanya kami bertanya arah kat pekerja kedai 24 jam yang ada kat stesen keretapi ni. Rupa-rupanya tak jauh mana pun tempat tidur kami malam ni. Jalan kaki dalam 10 minit je. 10 minit no hal lah kan? Macam tak biasa. Jalan kaki je lah!

We're here!!

Kemain pakcik-pakcik teksi, dok panggil-panggil kami suruh naik teksi. Kami jalan kaki je lah pakcik. Macam tak percaya muka masing-masing bila kami kata nak jalan kaki je pikul backpack macam ni. Selagi boleh, bolehkan aje kan? Bukannya susah mana pun. Lagipun tenaga masih ada. Lain lah kalau dah melepek tak larat nak jalan.

Tempat tidur kami malam ni ialah Hotel Indah Jaya. Kategori hotel murah jugak lah, tapi harganya boleh tahan mahal jugak lah bagi kami yang cheapskate ni. Hehe.. Tempat lain yang murah jauh-jauh pulak tu, kalau ada yang dekat dengan station pun takde available room. Makanya mana yang ada je lah.

Dah lepas check in, kami keluar pergi jalan-jalan untuk menikmati udara malam gitu. Entah ke mana lah arah tuju kami, last-last jumpa supermarket. Masuk ke dalam beli jajan. Malam ni makan jajan je lah. Malas nak makan berat-berat. Dah tu terus balik. Sebab rasa macam sunyi sepi sangat tempat ni bila dah malam. Rasa seremm pun ada jugak.

Beli jajan lagi..

Okies! Tu je lah kot cerita hari keempat. Pendek je sebab tak banyak aktiviti yang dibuat hari ni kan. Next entry will be on jalan-jalan sekitar Solo. Till then, adios!

2 comments :

mrs.smile said...

waah gambar semua besar, sangat puas hati tengok, kalau edisi nz & japan gambqui mirprorar super besar camni lagi best!

CikSengal said...

@mrs.smile,
apo gambqui mirprorar tu? hahah.. insyaAllah entry lama-lama tu akan diedit semula biar gambar semua besor2.. hehe..