Monday, November 10, 2014

Yeha Guesthouse (City Hall), Jeju Island

*Yeha Guesthouse (City Hall) telah ditukar nama ke Hostel Lyndon pada Jun 2015.

Semasa jalan-jalan 5 hari ke Jeju-do, kami memilih untuk bermalam di Yeha Guesthouse cawangan City Hall. Mula-mula nak booking di cawangan Terminal, tapi penuh lah pulak. Antara sebab pilih nak duduk kat Yeha ni adalah sebab review yang menarik dari guests yang pernah duduk kat sini. Harga pun boleh lah. Tak lah mahal, tak lah murah. It's Jeju-do. Tempat tourists. Mahal sekali pun, ambik lah jugak. Nak-nak dah malas nak pikir nak tidur kat mana. Lagi pulak, dapur hostel ni menyediakan kelengkapan memasak untuk Muslim guests. Jadi tak ada masalah lah untuk kami masak-masak di dapur. 

Pintu masuk depan nun.. Kaunter pendaftaran kat belah kiri tu..
Yeha Guesthouse City Hall ni letaknya berdekatan dengan City Hall. Kalau dari Jeju Airport boleh naik bas no 100 dan berhenti di Tamra Welfare Center. Yeha Guesthouse ni berada di tingkat 6 sebuah bangunan yang berada di seberang jalan dari bus stop tu. Boleh nampak signagenya dari jauh. Kat tingkat bawah bangunan tu, ada sebuah klinik. Bright pink gitu signage klinik tu. Pintu masuk nak ke Yeha ni di sebelah kiri klinik. Tekan lif dan naik lah ke tingkat 6.

Kami sewa kereta. Kalau naik kereta tu, boleh lah masukkan no telefon Yeha Guesthouse ni ke dalam GPS dan ikut saja lah route yang diberi. Ada 3 public parking lot berdekatan dengan Yeha ni. Free lah. Tapinya, first come first serve. Ikut nasib jugak lah nak dapatkan parking kat sini. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, pandai-pandai lah parking kat tepi jalan-jalan kecik. Jangan sampai kena saman sudah. :P

Kami berempat. Senang cerita, kami terus ambik dorm 4 orang. Satu malam, KRW22,000 seorang. Kami stay 4 malam kat sini. Sebelum ni ada juga plan nak pecah-pecahkan hari, 2 malam duduk di Jeju City, dua malam lagi duduk di Seogwipo City. Tapi MALAS kebabun. Makanya, berkampung je lah kat sini. Dorm empat orang ni siap dengan toilet sekali kat dalam. Tak perlu lah nak berkemban keluar. Hehe.. Oh ye, masa check in ni akan dikenakan deposit kunci KRW10,000. Bila check out nanti jangan lupa minta balik ye. 

Our room..
The beds..
Beds sebelah sana..
Shower best gilakkk... 

Dapur dan ruang lepak agak besar lah jugak. Semua kemudahan ada disediakan. Setiap pagi, ada disediakan roti, telur dan cheese secara percuma. Boleh lah isi perut sebelum keluar jalan-jalan. Macam yang aku cakap tadi, nak masak-masak kat sini ada disediakan utensils untuk Muslim Guests. Disimpan dalam kabinet yang berkunci. Mintak dengan staf di kaunter kombinasi kunci kabinet tu. Dan gunakan lah tanpa was-was! Dah siap pakai tu, jangan lupa kunci balik!

Dapur..
Peti ais dan drinking water..
Sarapan pagi..
Utensils for Muslim Guests..

Jangan terkejut bila bukak kabinet ni ada nampak Maggi lah, Brahim lah, apa lah. Confirm ramai Malaysian yang duduk kat sini sebelum ni. Hehe.. Kot-kot ada bawak bekal makanan yang lebih-lebih tu, boleh lah letak kat sini. Sharing is caring. Daripada kita buang kan. Baik kita tinggalkan je untuk kegunaan guests seterusnya.

Ruang makanan pun selesa jugak. Boleh main games dan tengok TV kat sini, sambil-sambil makan tu. Dah selesai makan tu jangan pulak lupa untuk recycle mana-mana yang boleh!

Boleh tengok TV..
Other side..
Sarang kata Please Recycle!!

Lain-lain facilities, ada disediakan ruang komputer untuk buat apa-apa yang patut. Free Wifi memang ada throughout the guesthouse. So, tak perlu lah nak berebut guna komputer. Kot-kot tak bawak laptop bagai, boleh lah guna komputer ni nak transfer gambar bagai. Kalau nak basuh baju, ada disediakan mesin basuh dan dryer di tingkat 7. Tak ingat aku berapa bayarannya, dalam KRW3000 kot sekali basuh. Boleh bayar kat kaunter pendaftaran. 

Bilik komputer..
Where are you from?
Greetings dari staffs.. Yang kanan atas tu HANDSOME gilakk depan mata.. Hahaha..

So ok lah kan? Memang boleh duduk sini lagi kalau aku datang lagi. Hehe.. For more info go to http://www.hostellyndon.com/english/ (updated). 

0 comments :