Monday, October 13, 2014

Mango Garden Restaurant, Kota Kinabalu

Bila Airah kata nak makan kat Mango Garden Restaurant, aku terus termanggu. Lah, kat manalah pulak restoran ni. Tak pernah aku dengar. Betul ke kat KK? Airah beria-ia kata ye, kat KK siap masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan lagi. Haha.. Memang bengap aku ni tak tau kat mana. Setelah digoogle, baru lah tau lokasinya. Sebelah Rumah Terbalik kat Tamparuli tu! Chehh..

Mango Garden Restaurant..



Senyap sunyi je restoran ni tak ada orang. Kebetulan kami sampai memang kami berdua je. Mungkin timingnya tak kena dengan waktu makan. Belasah je lah kan, menyinggah. Menu dia lebih kepada masakan tempatan. Sabah delicacies lah ni. Tapi benda lain goreng-goreng pun ada jugak. Aku makan kari laksa kot. Haha dah lupa ya ampun.

Menu..
Rumah Terbalik kat sebelah..

The restaurant is nice and spacious. Banyak tempat duduk. Kot lah kan yang datang berkunjung ke Rumah Terbalik tu kelaparan, boleh lah datang menyinggah ke sini. 

A lot of seats..
Dari pintu masuk..
Pelamin orang Bajau tak silap..

Makanan dah sampai, boleh lah makan. Boleh tahan sedap jugak lah. For dessert, kami try Apple Crumble. Not bad lah jugak. Tapi bila dah sejuk tu agak kejung jugak gigi aku nak menggeget. Overall OK lah.

Kari Laksa kot?
Apple Crumble..
Kicai Ping..

So, next time datang boleh lah try makanan lokal. Tapi entah bila lah nak datang lagi kan..

1 comments :

tiga lalat said...

skrg ni dh ade umah terbalik kat melaka & negeri sembilan., leh amek gmbr kat dlm umah tu yg sonoknyer., x mcm kat sabah tu bahh ;p