Sunday, November 16, 2014

SK10D9N ~ Day 2: Hi Seoul Part I: Ehwa Women's University, Gyeongbokgung, Wiki Cafe, Dongdaemun Design Plaza

Saturday, 25th October 2014

Kami tiba di terminal Seoul Station lebih kurang pukul 4.30 pagi. Masih lagi kemamaian masa turun train tu. Padahal nyenyak tidur sampai berdengkur-dengkur. Hehe.. Dah kat station ni, kami freshen up basuh muka gosok gigi bagai dan cari port solat Subuh. Selepas tu kami pun melangkah keluar untuk check in hostel.

Trip kali ni, kami stay di Big Bang Hostel, Euljiro-3-ga. Hostel ni, adik-beradik dengan Girls Generation Hostel. Sampai sana lebih kurang pukul 7 pagi. Nasib baik lah ahjumma dah bukak kaunter, dan nasib baik jugak lah bilik memang dah ready. Dapat lah kami check in, mandi-mandi dan rehat, dan buat apa-apa yang patut. Sambung tidur pun sempat. Hehe.. Topup energy sebab dah dua malam tak jumpa tilam. Lebih kurang pukul 11 pagi baru lah kami keluar.

Trip ke Seoul untuk dua hari ni agak santai. Tak ada nak ke mana sangat. Just nak jalan-jalan tengok Autumn Foliage kononnya. Tapi takde pun foliage nya. Awal sangat kami datang. Ada tu ada lah jugak tapi sikit sangat. Nak posing, main baling-balin, campak-campak daun kering memang tak dapek lah.

Dah lepas makan, kami decided untuk pergi ke Ehwa Women's University. Dulu dah pernah masuk dah university ni. Menarik jugak lah. Dengan old building, modern building, pokok-pokok pun banyak. Kot-kot lah kan ada pokok yang dah berdaun merah oren kan. Boleh lah posing-posing. Sayangnya kat Ehwa, beberapa pokok je yang daunnya dah mula bertukar warna. The rest masih kehijauan. Hampa lah jugak kan. Takpe lah. Jalan-jalan je kat dalam ni untuk sedapkan hati. 

Kawasan Ehwa Women's University.. 

Tak banyak daun merah oren.. :(

Boleh lah, setakat nak snap sekeping dua gambar. Itu pun entah apa-apa jadinya. Pinjam DSLR adik, tapi tak reti nak guna. Sudahnya kabur je. Tak pun, putihhh semacam. Manusia pun jadi hantu. Haha.. 

Next, kami ke Gyeongbuk Palace. Pernah jugak masuk ke Gyeongbuk Palace ni masa trip Winter Sonata 2011. Keras kejung dan gigil-gigil, pusing-pusing dalam kawasan palace ni. Almaklumlah, masa tu, first time aku pergi negara yang sejuk kematu macam ni. Sebelum tu belum pandai lagi nak jalan jauh-jauh. Hehe.. Dulu duduk kat Hengland lama memang lah merasa sejuk macam ni. Tapi time tu masih budak-budak belum baligh lagi. Ni dah tua bangka baru nak merasa balik. Pergi ke Korea ni lah titik permulaan aku pergi jalan-jalan waktu musim sejuk. Dah tu berjangkit pulak lepas tu. Pergi Jepun pun time snowing, pergi New Zealand pun sama. Bukan sebab aku suka nau jalan-jalan musim sejuk ni, tapi sebab masa tu tiket promo murah gila-gila. Kalau di suruh lagi, tak nak aku. :P

So, masuk lah kami ke Gyeongbuk ni. Autumn Foliage hunting katanya. Mintak-mintak ada lah scenery yang menarik. Sebelum masuk ke dalam, kita tengok performance palace guard dulu. 

Performance di luar palace..

Well, boleh lah. Autumn Foliage nya baru nak up sikit-sikit. Tapi masih belum menarik lagi untuk diambik gambar. Disebabkan trip dulu dah masuk ke segala ruang istana, pergi menjengah ke king and queen chambers, kawasan rumah maharani, putera raja bagai, kali ni santai-santai je jalan-jalan kat perkarangan istana. Tak kuasa dah lah nak masuk kat ruang-ruang tu. Nak-nak, hari ni hari Sabtu, punyalah ramai manusia yang datang visit.

Blue House kat belakang nun..
Ada lah sikit-sikit..
Pond kat tengah-tengah tu..

Semakin lama, semakin ramai orang. Sudahnya kami terus keluar. Bila dah ramai ni, nak posing pun susah. Dah keluar ni, kami jalan-jalan di Gwanghwamun Square. Entah lah dah berapa kali aku pergi Gwanghwamun Square ni sampaikan nak ambik gambar pun dah malas dah. Dah tu kami menyusuri Cheonggyecheon dan seterusnya ke KTO untuk solat. 

Dah sampai KTO tu, selain solat, kami dok kacau staff-staff kat situ tanya pasal Jeju. Excited kami ni lepas Seoul ni, kami nak ke Jeju. Senarai tempat yang kami nak pergi dan aktiviti apa yang kami nak buat semuanya dah ada dalam tangan. Dah survey siap-siap. Kot-kot lah kan boleh dapatkan extra info. Dah tu kami ke K-Star Gallery yang ada kat situ. Apa lagi. Entah apa-apa pesen punya posing dengan kadbod artis yang ada kat situ. Cuma kali ni takde lah sehebat dulu. Haha.. 

Next kami ke Wifi Cafe. Minum petang kononnya ni. Dah penat berjalan, boleh lah minum-minum lepak-lepak dan cuci mata tengok Sungjin. Tu pun kalau si Sungjin ada lah. Tapi instinct mengatakan dia ada. Boleh ajak dia borak-borak. Haha.. Kami jalan kaki je dari KTO ke Wiki Cafe ni. Dalam 15 minit gitu. 

Wiki Cafe.. 

Hurm. Memang ada si budak bertuah Sungjin ni. Jap lagi kita panggil dia untuk borak-borak. Sebelum tu kita ngeteh dulu!

Vanilla Latte hot and cold adna Strawberry hapa entah..
Honey Bread share 3 orang sebab kedekut.. :P

Dah ala-ala kenyang gitu, dah tu nampak Sungjin tak busy, kami pun panggil dia untuk lepak dengan kami. Punya lah selamba kodok je kan. Nasib baik dia sporting. Bantai je cakap English. Terkial-kial dia nak pahamkan. Tapi nasib baik dia paham jugak lepas 5 minit berfikir. Haha.. Macam-macam borak, tanya pasal study dia, sampai lah ke isu sensitif time tu - kisah abang dia si Sungmin nak kahwin. Nak tanya lebih-lebih takut kan, kami ucap je congratulations. Dia pun kata thank you for understanding. 

Sungjin kena interview dengan noona-noona gedik.. Haha..

Yang kelakornya lah kan, masa cerita pasal study dia tu, tiba-tiba terkeluar dia speaking Arab. Haha.. Nangis mak, tak paham. Dia ingatkan kami faham Arab sebab kami pakai tudung, Aduh, terkena sebijik. Bahasa Al-Quran, tapi tak pernah nak belajar. Bila tanya lebih-lebih, dia gelak. Dia kata, tu je yang dia tau. Dah lama dia stop belajar and tak ada siapa dia nak practice converse. Sayang jugak tu. Dah tu, kami yang gedik ni pun ajar bahasa Melayu kat dia. Sampai tersasul-sasul aku dibuatnya dan salah sebut. Tak pasal-pasal dia marah aku, "That's Selamat Malam!". Hambekkk kauuu.. Dah tu kami pun beredar pergi. Kemain Sungjin jerit "Assalamualaikum, Selamat Jalan" kat kami. Ye lah. Bye-bye Sungjin. Jumpa lagi nanti. 

Malam masih muda. Kami pun bercadang untuk jalan-jalan ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). Baru bukak jugak lah tempat ni. Macam UFO je kalau tengok dari jauh. Nak ke sini, boleh naik subway train dan turun di Dongdaemun History & Culture Park. Dah tu, keluar ikut Exit 1. 

Dongdaemun Design Plaza..

Kebetulan, time tu ada pameran LED Rose Garden. Macam cantik je bila tengok kat internet. Rose tu rose plastik lah. Dah tu diorang pasang lampu kat dalam rose plastik tu. Bila malam, pasang lampu, cantik je rose-rose ni bersinar-sinar gitu. Tapi malangnya, ada limited access lah pulak. Masa kami sampai tu, ramai gila orang yang ada dalam garden tu. Makanya kami tak dapat masuk. Lebih-lebih lagi, dah tiba waktu closing. Frust menonggeng jugak lah. Nak tak nak, besok malam kita datang lagi. 

Dah tak dapat tu, kami jalan-jalan je sekitar DDP ni. Ramai orang, dan agak bising. Rupanya ada free concert kat hujung nun. Macam ada festival jugak lah kat sini. Siang tadi ada Kim Soo Hyun alien handsome tu datang buat fanmeeting. Konsert malam ni entah siapa lah pulak. Bila dah balik, di google, baru dapat antara artis yang perform ialah Shinee and Secret. Pakkal je tak berapa minat kan. Kalau minat, mau dah tercongok kat depan tu. Tapi aku pergi lah jugak menjengah. Hehe.. 

Orang lepak-lepak dan konsert kat hujung nun..
Tak nampak apa.. 

Habis dah aktiviti untuk hari ni. Balik lah ke hostel sebab dah pukul 11 malam dah. Sampai hostel, kami korek periuk nasi ahjumma. Nasi untuk hari ni warna purple siap kacang lagi. Makanlah dengan kimchi. Waduh, nikmat sungguh. Hehe.. 

Ok. Till the next entry!


Kos perbelanjaan hari ni:-

Big Bang Hostel  = KRW25,500
Lunch = KRW6,700
Gyeongbuk Palace Entrance Fee = KRW3,000
Wiki Cafe = KRW8,000

TOTAL = KRW43,200

0 comments :