Friday, November 14, 2014

SK10D9N ~ Day 1: Dynamic Busan Part I: Dongbaek Island, Busan Yacht Center, Busan Cinema Center

Bismillahirahmanirrahim.. Mukadimah kepada trip ni boleh baca kat sini. Mari kita start. ^___^ 


Friday, 24th October 2014

Kami selamat tiba di Gimhae International Airport lebih kurang pukul 9 pagi. Macam biasa lah kan, go through immigration, collect luggage, lambai uncle kastam, dan seterusnya keluar dari Arrival Hall. Ini kali kedua aku ke Busan. Makanya tidak lah tercangak-cangak fikir nak ke mana. Macam biasa jugak lah, kalau jalan-jalan ke Korea ni, perkara pertama yang dibuat sebelum meninggalkan airport ialah pergi topup kad T-Money.

Ramai kata tak boleh guna T-Money kat Busan. Mula-mula aku pun percaya jugak, sampai beli Cashbee Card takut tak laku T-Money yang ada. Tapi sebenarnya boleh je. Janji kad T-Money yang digunakan tu dibeli selepas tahun 2011. Baru lah stesen-stesen subway kat Busan ni kenal dengan T-Money kita tu. Itu pun dapat tau selepas ditarbiyah dengan staff subway di Gimhae tu. T-Money Mulan sokmo error takmo detect, sedangkan aku dan Sue lenggang kangkung lepas je. Bila disoal-siasat, T-Money tu Mulan beli pada tahun 2009. Nasib baik lah aku teringat nak bawak Cashbee Card, tak payah lah beli kad baru. Hehe.. 

Cashbee Card jadi penyelamat..


So, ke Busan Station lah kita! Dulu, aku naik bas berhenti-henti dari Gimhae Airport ke Haeundae. Dah merasa naik bas, mengada-ngada lah pulak nak try naik train. Tapi ada terfikir jugak, mesti azab ya ampun nak kena tukar-tukar station, dengan nak pikul begnya lagi. Tapi ada terfikir jugak, bila lagi nak merasa. Dah tu boleh pulak tu congak-congak tambang. Kalau naik bas berhenti-henti, berapa tambangnya, kalau naik airport bus, berapa tambangnya, kalau naik train berapa tambangnya. Paling murah? Of course lah naik train. Makanya, marilah kita!

Nak sangat murah kan, memang sengsara hazabedah sungguh kami dibuatnya. Setiap kali tukar train kena naik turun tangga. Even sampai kat Busan Station pun kena naik turun tangga! Dah lah dalam train sokmo berdiri. Nak menahan beg lagi. Memang malang sungguh nasib kami ni. Nak sangat beradventure kan, memang padan muka. Dah, lepas ni kita naik teksi je! Tiba-tiba teksi kan. Tak masuk dalam pilihan langsung. Haha.. 

Kami sebenarnya menghala ke Busan Station ni, untuk redeem tiket keretapi yang dah dibeli online sebelum kami terbang. Tiket keretapi ke Seoul ye dek non. Mengada-ngada sangat nak pergi Seoul sebab dirasakan banyak masa terluang. So, pergi di kaunter, tunjukkan itinerary yang dah diprint siap-siap, dan dapat lah tiket tu. Kami akan menaiki keretapi Mugunghwa dari Busan Station pada pukul 11.30 malam dan sampai ke Seoul Station pada lebih kurang pukul 4.30 pagi. Kita tidur je lah dalam keretapi tu. Dah jimat dah tempat tidur untuk satu malam. :P 

Harga sehala ialah KRW28,600. Ini je lah yang kami mampu. Nak naik KTX mahal bebenor. Dah tu cepat nau sampai. Kang terpaksa cari tempat tidur lagi. Dasar cheapskate, kena lah pikir dua tiga kali. Hehe..

Tiket Train Mugunghwa ke Seoul..

Dah selesai dapatkan tiket, kami terus mencari locker untuk simpan beg. Dah alang-alang tu mari lah kita jalan seround dua kat Busan ni sementara nak tunggu train malam nanti. Ada beberapa tempat locker disediakan kat dalam Busan Station ni. Pandai-pandai lah korang cari. Kami pun dok berapa kali dok pusing-pusing sebab kebanyakan locker ni penuh! Tapi Alhamdulillah, last-last dapat lah jugak. 

Harga locker ni ikut saiz, dari yang kecik berharga KRW1,500, sehinggalah yang besar berharga KRW3,000. Kami kongsi-kongsi je locker ni selagi mana yang boleh. Selagi boleh sumbat, kita sumbat. Segala instructions nak guna locker ni ada disediakan in English. Idokler ko menggagau tak reti nak pakai. Canggih tau mesin locker ni sebab kena pakai fingerprint bagai. Dah settle semua tu, jangan lupa pulak ambik resit. ^__^

The lockers..
Mesin locker..
Instructions..
Resit..

Dah tu kita ke Haeundae! Amboi kemain kan. Hari ni kita pergi tempat paling jauh dulu. Nanti nak balik, kita singgah yang dekat-dekat pulak. Kebetulan memang dah lunch time, nak pergi Haeundae pulak tu kan, apa kata kita singgah makan sup ikan kod! Nyam nyam nyam sampai terbayang-bayang depan mata. Ngences tau. Order almari sekali. Huh. Nyaman jek. Direction nak ke kedai sup ikan kod ni, aku dah pernah share dalam trip dulu. Sila lah belek ye.

Lunchiieeee~!!!

Dah selesai makan, kami jalan-jalanlah sekitar Haeundae. Jalan-jalan kat Haeundae Beach, pastu pergi ke Dongbaek Island, Busan Yacht Center dan jugak Busan Cinema Center. Semua tempat yang aku dah pernah pergi dulu. Dah pernah cerita jugak. Makanya, tak perlu lah aku nak cerita kat sini. Tepek gambar je lah ye. Kakak-kakak dua orang ni tak pernah sampai. Diorang lah yang terlebih excited. Hehe..

Haeundae Beach..
Lighthouse at Dongbaek Island..
Mermaid tu masih kat situ.. Kalau beralih tempat mau aku tarkazut..
Nurimaru APEC House berlatarbelakangkan Gwangan Bridge..

Dulu, tak berkesempatan nak masuk ke dalam Nurimaru APEC House ni sebab dah terlebih waktu opening hours. Ini pun sipi-sipi jugak dah nak dekat closing. Tapi sempat meloloskan diri untuk masuk. Boleh tengok-tengok apa yang ada dalam sini. Dulu digunakan untuk persidangan APEC. Sekarang ni sebahagian daripadanya dah jadi memorial je. Ada lah details on the APEC meeting and stuffs. Sebahagian lain masih lagi digunakan untuk persidangan-persidangan antarabangsa. 

Meja persidangan..

Dah tu berjalan lah kami ke Busan Yacht Center. Sama jugak macam dulu. Ambik masa dalam 40 minit jugak lah berjalan. Haha.. Mesti mek-mek ni dah menyumpah-nyumpah aku sebab jauh nau. Takpe, kita jalan-jalan menghirup udara segar. Bila dah penat, senang lah nak ngorok atas train. 

Agak best jugak lah lepak kat Busan Yacht Center ni sebab kebetulan dah nak sunset. Tapi idokler stay sampai sunset kang gelap susah nak cari jalan pulang. Dah tu, kami naik train ke Busan Cinema Center. Jalan-jalan kat sana pulak sampai lebam. 

Tengok yacht.. Fefeeling orang kaya..
Layan sunset..
Glamer ko..
Tengok wayang..
Kepenatan sudah..

Dah kat sini baru lah kami solat jamak. Solat kat mana, ko tanya? Kat mana-mana pun boleh. Kami solat kat tepi bangku berdekatan dengan sebuah convenience store. Hehe.. Orang yang lalu lalang pun tak heran tengok kami. So, no hal punya lah. Sementara menunggu waktu maghrib, lepak-lepak dulu minum kopi di cafe yang berhampiran. Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami pun bergerak balik ke Busan Station. 

Dah penat sangat, sampai Busan Station terus ambik beg, singgah beli jajan dan terus melepek menunggu waktu boarding train. Dah masuk dalam train tu, tak pandang kiri kanan dah, terus tidur. Kepenatan sangat agaknya kan, aku cuma sedar bila dah sampai Seoul Station. 

Yok tido!

Orait. Pendek je entri kali ni, sebab tak ada benda baru nak diceritakan. Entri panjang-panjang will be on Jeju. Ok, selesai sudah hari pertama. Hari kedua, kita jumpa di Seoul pulak. Adios! ^__^


Kos perbelanjaan hari ni:-

Topup T-Money  = KRW20,000
Mugunghwa Train = KRW28,600
Luggage Locker = KRW3,000
Lunch Ikan Kod = KRW11,000
Coffee & Jajan = IDR8,500


TOTAL = KRW71,100

0 comments :