Monday, November 25, 2013

Super Show 5 Malaysia!

Hola! I ditched Majlis Konvokesyen for this. Suka hati makcik lah kan. Kihkihkih..

Pendek je entry ni. Kisahnya aku pergi KL, tengok SS5 lepas tu meronggeng dengan kawan-kawan dan dah tu balik KK. Sekejap je pun meronggeng kat sana. Cuti dah habis dah kekdahnya. Tapi sonot jugak lah merewang-rewang kat sana.

Sampai KL Jumaat petang. Ngam-ngam ho lah kan, turun je LCCT terus ke KLIA. Kat sana dapat bertemu dengan encik Sungmin. Yang datang sorang-sorang dari Jepun straight sampai KL ni. Yang lelain sampai malam nanti gamaknya. Relaks je encik Sungmin jalan-jalan. Takde orang tolak-tolak pun nak tengok dia dari dekat. Dah masuk kereta tu dia duduk diam-diam. Kereta tak dapat nak jalan sebab kena blok dengan kereta lain. Ada Uncle sorang tu sambil angkat barang sambil bagitau, "kamu kena terima kasih sama saya sebab kereta saya blok kereta dia" Hahahhaha.. Ye lah uncle. Terima kasih lah banyak-banyak. 

Encik Sungmin..

Dah alang-alang malas nak gerak, kami lepak je kat KLIA untuk tunggu yang lain sampai. Kisahnya, macam nak roboh KLIA tu. Aku pandang dari jauh je lah. Tengok je dari jauh. Walaupun dah cukup jauh aku duduk tak kacau orang, aku kena rempuh jugak. Tergolek dog makcik. Memang gila lah orang-orang ni. Patut kena tangkap masuk jail mereka yang ganas-ganas ni. 

Besoknya kami keluar lepas Zohor. Dah ramai dah kat perkarangan stadium. Perut tengah krok krek kelaparan kan, terus je meluru ke gerai Kyochon. Dapat lah makan ayam SuJu ni. Jadilah kan dapat merasa. Nak rasa kat Korea tak halal lah pulak kan. Semoga lebih banyak branch Kyochon dibukak kat Malaysia ni. Kalau ada kat KK lagi bagus.

Makan ayam!!

Gerai ayam..

Yamsengg!!

Ohoiii ayam..

Scrumptious!!

Lepas makan ayam, makan aiskrim pulak. Duduk bersila kat atas jalan macam orang homeless. Hehehe.. Seronot buat macam ni ramai-ramai. 

Sekerem..

Dah settle makan semua, kami pi letak barang-barang kat kereta Mulan. On the way tu, ternganga tengok satu kereta ni. Mak oiii.. Kereta siapa lah ni. Gigihnya dia pi cat macam ni. Huhuhuh.. Kalau kereta aku macam ni, perghhh.. Memang percuma aku promosi budak-budak SuJu ni satu Sabah.

Kereta siapa ni?

My ticket!

Oraito, masuk lah kita. Dah masuk tu, tersengih macam apa bila tengok pemandangan dari seat kami. Original plan bukan macam ni. Dah masuk dalam ni nampak pulak extension stage sampai ke tepi. Gelak besau lah kami! Hahaha.. Dokek yo ni nak nampak diorang. Best! Best!

From our seats..

Extension..

Start!!

Takde banyak nau lah nak cerita pasal SS5 kat Malaysia ni. Sama je dengan SS5 yang lain. Yang lainnya kat Malaysia ni ada Heenim. Orang dah keluar army dah kan. Dapat lah join. Dah tu mana-mana scene yang togel, takde ye kat sini. So selamat lah mata ni dari pandang yang bukan-bukan. Hahhaa.. Apa-apa pun sangat lah best tengok budak-budak ni terkinja-kinja. Dah takde protokol dah masing-masing main belasah je buat adlib sendiri sepanjang konsert.

Lepas gian agaknya lah kan. Tahun lepas SS4 tak datang, makanya SS5 ni all out habis. Nak-nak bila keluar untuk segment ucapan alu-aluan tu masing-masing terkejut beruk tengok stadium full house. Nak-nak pit yang belah depan sangat lah sesak. Diorang tak tau, sebenarnya strategi organizer tu jual tiket untuk pit depan dulu, dah penuh baru bukak pit belakang. Ekekeke..

Sungmin..

How Am I Supposed To Live Without You..

Sungmin lagi..

Hyuk & Zhoumi..

Pak Maon, Dumok, Heenim, Henry..

Donghae buat ucapan hari raya..

Hurmm.. Tu je lah kot. Clip ada lah sikit-sikit ambik. Tepek je lah kat sini ye. 



Harlem Shake..


Alone..


Trap..


Close Ur Mouth..


Shake It Up..


Rockstar..


Dancing Out..


Kyuhyun's Ending..


Heechul's Ending..


Henry's Ending..


Zhoumi's Ending..


Hyuk's Ending & Members being Silly.. Bodoh sangat..


Donghae During So I..

Abis dah! So, mari kumpul duit untuk SS6 pulak. Hehehe.. Datang Malaysia lagi ye, jangan tak datang pulak!

2 comments :

zinziemeewah said...

SS5... mula2 plan nk pi tp lepas tu ada prob so xleh pi...huhu
tp sapa makcik yg donghae peluk tu???? ok mati kejelusan

zinziemeewah

CikSengal said...

sayangnya.. hehe.. makcik tu management staff stadium putra tak silap..