Wednesday, November 6, 2013

Kenyang di Senibong, Johor Bahru

Ni first time tau aku datang Senibong! Selalu dok dengar orang makan seafood kat Senibong. Murah lah, apa lah. Cumanya aku je yang tak pernah pergi. Ni dah alang-alang ada yang mengajak, aku ikut je lah. Nak jugak tau Senibong tu macam mana. Kalau orang dok bercerita pasal Senibong, tak ada lah aku nak ketinggalan bullet train kan.

So, ada banyak lah jugak restoran seafood kat sini. Pilih je nak yang mana. Kebetulan tukang bawak dah biasa dengan satu restoran ni, so kita pergi restoran yang ni je lah. 6 Corner. Ke Corner 6? Ahh belasah je lah kan. Kekekeke..

6 Corner kot..

Punyalah ramai umat kat sini. Penuh! Kami terpaksa tunggu sekejap sebelum dapat tempat duduk. Kisahnya kat restoran ni ada hidangan set yang agak murah harganya. Menu dalam set tu pun boleh dikatakan meriah jugak dengan pelbagai variasi. Ada kerang, udang, sotong, ikan, etc. etc. Restoran lain aku tak tau lah pulak. Nak kena survey lah pulak lepas ni.

Penuh!!

Kami dapat tempat di bahagian luar restoran. Duduk tepi tambak gitu sambil menghirup udara malam. Best lah tu kan kononnya. Nampak Singapore some more.

Our seats..

Kalau setakat makan seafood je, tak kick lah kan. Dah kat Johor ni, kena lah makan Otak-Otak. Not to forget Pepes. Nama dia kemain ala-ala lushah gitu tapi rasanya sedap lah jugak. Meratah dua benda ni sambil ditemani kacang rebus. Vavavavavavava.. Sangat malatoppp!!

Nyam nyam nyam..

Boleh tahan lama jugak lah untuk dapatkan makanan sebab ramai orang. Nasib baik ada otak-otak, pepes dan kacang rebus depan mata. Hilang lah sikit kelaparan tu. Kalau tak, maunya dah bukak jurus silat sendeng kat situ. Huhuhu.. 

Makanan tiba satu persatu. Dapat snap beberapa keping je sebab dah lapar sangat, dah start makan lupa nak snap gambar-gambar yang lain. Ekekeke.. Asal ada lah. Mari makan!

Udang & Kangkung..

Kerang rebus..

Errrpppppp.. Alhamdulillah, perut saya sangat gembira. Harga semua sekali untuk 6 orang makan dalam RM150 kalau tak silap. Boleh lah. Masakan sedap, kenyang, aku gumbira. Makanya, boleh datang lagi restoran ni.

Selesai..

So, kalau datang JB ni jangan lupa singgah Senibong ye! Jangan tanya aku macam mana nak pergi, sebab aku tak tau jalan. Hahahaha.. Sila google. :P

Related Posts:

  • Mariners Cafe & Bistro, Johor Bahru Mari kita sambung lagi edisi cafe hunting dan cafe hopping sekitar JB ni. Dua tiga bulan aku tak balik, ada saja cafe baru yang muncul. Kali ni kita ronda-ronda town lah ye. Cafe pertama yang kami terjah ialah Mariners Cafe… Read More
  • Almost Famous Cafe, Johor Bahru Another cafe tempat lepak-lepak suka hati. Ni lah kerja aku sekarang kalau balik JB. Kerjanya nak meng'cafe hunting' dan cafe hopping je. Tapi best jugak lah kan, sebab banyak nau cafe yang unik-unik ada kat sekitar JB ni.&… Read More
  • IT Roo Cafe, Johor Bahru Banyak dah review kat Internet pasal IT Roo Cafe ni. Kali ni review aku pulak. Mana boleh aku ketinggalan kat belakang kan. Kisahnya lah kan, the best chicken chop in town gitu. Best sangat ke? Sedap ekk? Tu dia punya … Read More
  • Makan dan Makan Kalau aku balik JB, apa yang aku buat? Yes, makan! Kali ni aku balik JB, aku makan.. Lontong Kering Pak Mansor.. Mi Rebus Hj Wahid.. Ya Allah, makin gemuk lah aku dibuatnya. Balik hujung minggu pun boleh naik 3kg… Read More
  • Pot's Kitchen, Johor Bahru *Updated on 3rd Aug 2015, katanya cafe ni dah tutup! Tak dapat nak sahkan. Nanti balik JB aku tengok. Huhu.. Dah selesai mengonyel kat Mariners Cafe & Bistro kami melompat pula ke Pot's Kitchen. Pot's Kitchen ni aku … Read More

0 comments :