Lagi satu port makan kalau datang ke JB ni. Food Court di Hutan Bandar. Tau Hutan Bandar tu apa? Boleh dikatakan tempat untuk rekreasi lah. Kami datang pun untuk rekreasi jugak. Rekreasi perut. Kekekeke..
Food Court Hutan Bandar..
Bukan kami je. Ramai umat Johor Bahru ni datang berekreasi perut kat sini. Mana tak gumuks-gumuks kan. Kerjanya makan je. Boleh tahan penuh jugak tempat ni. Lucky us untuk dapat meja yang terakhir. Yang datang selepas kami terpaksa lah menunggu. Hehehe..
Rekreasi Perut..
Kami makan di ZZ Sup Tulang. Katanya, sup tulang kat sini adalah terbaik kat JB. Menarik ni. Tapi aku takde lah nak makan sup tulang. Kang menjejeh kang. Kalau makan kat rumah oklah jugak. Makan kat kedai ni nak kena kontrol hensem bagai, agak susah jugak lah.
ZZ Sup Tulang..
Aku makan soto. Siap bergedil ko. Memang mantop! Harga dia pun lah mantop jugak. Hahahaha.. Tapi tak kisah lah harga dia berapa, sebab sedap. Geng-geng lain ada yang makan soto dan ada jugak yang makan mi rebus. Mi rebus dia pun mantop jugak rupa parasnya.
Soto..
Mi Rebus..
Fuh! Memang kenyang banget makan. Lain kali boleh datang lagi. Jalan nak ke sana? Errr.. Nanti aku study Google Map dulu. Ekekekeke..
0 comments :
Post a Comment