Sunday, October 20, 2013

Dynamic Busan ~ Day 2: Busan Museum, UN Memorial Cemetery, Jagalchi Market, Gwangbok-ro, Busan Tower, World Musical Instruments Museum, 40 Steps Cultural Tourist Theme Street, Busan Cinema Center & Shinsegae Centum City

Saturday, 7th Sept 2013

Punyalah lambat nak update kan. Banyak benda dah lupa dah. Huhuhu.. Ampun! Marilah korek balik buku nota. Nasib baik lah ada catatan sana sini. Boleh lah jugak buat reference.

It’s Day 2 people! Gigih sungguh ni nak keluar pergi jalan-jalan. Tapi segigih mana pun, aku rasa ala-ala tak larat pun ada sebab down with fever. Kesengalan sungguh. Dah lah kepala weng. Batuk melampau-lampau pulak tu. Memang sangat tak syok. Harap-harap tak melarat lah sampai besok lusa tulat. 

Tengah bersiap-siap nak keluar tu, sempat lah jugak menjengah ke luar tingkap. Cuaca sangat mendung. Gelap. Ada tanda-tanda bakal hujan sekejap lagi. Terus takde mood. Leceh betul nak pergi berjalan kalau hujan ni. Tapi takkan tak nak berjalan kan? Mana syok dok memerap kat dalam bilik je. Akan diusahakan jugak lah macam mana pun. Dah la tak bawak payung, baju hujan dari Malaysia. Over sangat membajet cuaca cantik kat Busan ni. Tak lama tu hujan turun renyai-renyai. Argghhh.. Kita belasah je lah!


Destinasi pertama hari ni ialah Busan Museum. Sementara hujan belum lebat ni boleh lah jalan laju-laju pergi ke Haeundae Station. Nak ke Busan Museum kenalah naik subway train line no 2 dari Haeundae Station dan turun di Daeyeon Station. Dah sampai Daeyeon Station boleh lah keluar ikut Exit 3 ataupun Exit 5. Jalan kaki sejauh 700m lebih kurang untuk ke muzium ni. Keluar je Daeyeon Station, hujan dah mula lebat. Tapi masih boleh lagi berjalan. Nasib baik bawak hoodie. Boleh lah cover apa-apa yang boleh. 

700m jangan dipandang remeh tau. Aku berjalan hampir setengah jam dalam hujan! Baju memang dah basah dah. Tinggal nak lencun je lagi ni. Punya lah jauh muzium ni. Gigih sangat nak jalan kaki kan, padahal ada je bas lalu lalang. Cuma tak habis study pasal bas kat Busan ni. Tak pasti nak naik kat mana dan turun kat mana. 

We're here!

Dah sampai tu aku agak tercengang jugak lah sebab keadaan sekitar muzium tu sangat sunyi sepi. Waliaoo.. Betul ke ni muzium? Seorang pun takde. Tawakalillah je lah masuk. Dah masuk ke dalam kawasan muzium tu, ada lencongan pulak dah. Tak boleh nak masuk ikut main entrance. Terpaksa kami masuk ikut entrance kecik kat bahagian tepi muzium tu. 

Lengang ko..

Busan Museum ni takde dikenakan bayaran masuk apa-apa. Free of Charge ye. Tu sebab muzium ni masuk dalam itinerary kami. Kami ni kalau boleh nak pergi tempat-tempat yang free je. Nak jimat kos punya pasal. :P

Tiket masuk..

Rupa-rupanya Busan Museum ni tengah under renovation. Sepatutnya ada 2 floors of exhibition. Tapi yang bukak ni cuma satu floor je. Tak pasti lah kalau bahan exhibit ni di crampkan dalam satu tempat atau pun apa yang ada je ni yang dibagi untuk kita tengok. Bahan exhibit lebih kepada treasures of kerajaan Silla, Georyeo dan Joseon. Ada jugak on relationship between Korea-Japan. Ye lah, Busan ni pintu masuk ke Korea dari Jepun. So ada lah on display relationship kedua-dua negara ni. Selain tu, Busan di zaman penjajahan Jepun dan zaman selepas tu.

Aku tepek some of the exhibits lah ye. Tak banyak ambil gambar dalam muzium ni sebab gelap dan gambar tak berapa cantik.

Degree Cert..

Busan once upon a time..

Busan Station..

Gadget ke sekolah..

Kedai kopi zaman Joseon..

Aktiviti halau hantu? 

Kami tak lama kat muzium ni sebab kepanasan. Hahaha.. Tak tau lah mungkin sebab masih awal kan. Dia tak bukak aircond lagi. Rasa berkepam, tak sabar nak keluar dari muzium ni. Kat tingkat bawah sebelum pintu keluar ada kedai souvenir. Sekadar tengok je lah sebab mahal. :P

It's time to move tapi hujan selebat-lebat tidak kat luar. Pening pikir macam mana nak gerak. Takkan nak terperap dalam muzium ni sampai hujan reda. Kalau tengok langit memang tak ada tanda-tanda nak berhenti ni. So kami membuat keputusan drastik untuk keluar je. Redah je hujan ni. Memang semakin weng lah demam aku balik nanti.

Berlari dalam hujan..

Nak pergi mana?

Destinasi kami yang seterusnya ialah UN Memorial Cemetery. Kejadah sangat lah kami ni pergi kuburan kan. Tapi dah alang-alang tu. Lagi pulak tak jauh mana berjalan dalam 10 minit je, kami belasah je lah. On the way nak ke sana tu nampak lah Busan Cultural Centre. Tak masuk dalam itinerary so tak pergi lah. :P

Busan Cultural Centre..

Sampai kat main entrance UN Memorial tu, kami terima tabik hormat daripada guard kat situ. Terkejut aku. Aku tak pasti lah pulak dia ni memang orang UN ke guard kat situ ke apa ke. Dah tu dia datang menghampiri. O-ohhh.. Kami ada buat salah ke? Tak boleh masuk ke? Saspen dah aku. Ke dia terkejut tengok kami datang sini dalam hujan macam ni. Tak pernah dibuat orang lah kan hujan-hujan pergi kubur. Dah datang dekat tu dia tanya kami dari mana. Oooo.. Tanya tu je ke. Lepas bagitau kami dari Malaysia, dia pun persilakan kami masuk gitu. Ecehhh.. Terasa special pulak. Kohkohkoh..

Pintu masuk..

Kubur kan, harus lah sunyi sepi. Memang tak ada kerja kami ni tau. Kami je yang menonong cari pasal kat sini. Tapi kawasan kat sini sangat lah cantik. Kemas dan bersih. Pokok-pokok tersusun bagai. Landscape pun cantik. Ambik gambar posing Bollywood sangat lah sesuai kat sini. 

Best guling-guling ni..

Kat sini menempatkan memorial mereka-mereka yang berjuang dalam Korean War dulu-dulu tu. Ada beberapa buah negara yang terlibat. Yang dapat dikenalpasti ada 11 negara. Ada jugak askar-askar yang tak dapat dikenalpasti asal dari negara mana. Jumlah yang terkorban adalah seramai 2300 orang. Paling ramai dari UK dengan jumlah 885 orang. 

Antara memorial yang ada..

South Korean Interred..

Jangan bising..

Beberapa minit berjalan dalam hujan, tiba-tiba hujan berhenti. Macam tau-tau je kami tengah jalan-jalan kat sini. Aishh tetiba rasa seram lah pulak. Hehhehehe.. Sementara tak hujan ni, kami jalan sampai hujung. Besar jugak lah kawasan memorial ni. Ada beberapa bangunan kat hujung kawasan menempatkan beberapa khazanah dan pameran gitu. Kami pun posing lah mana-mana yang patut dan snap beberapa keping gambar kat kawasan sekitar.

UN Forces Monument..

Antara yang dipamerkan..

Wall of Remembrance..

Dah puas posing, tiba-tiba hujan turun dengan sangaaaaaaaat lebatnya. Lintang pukang kami lari mencari tempat berteduh. Jauh pulak tu! Memang dah lencun habis dah ni. Masuk lah kami dalam chapel yang ada kat dalam situ menumpang teduh. Chapel tu bertindak as Memorial Service Hall gitu. Kat sini boleh tengok dokumentari on Korean War.

Kat dalam tu ada dua orang middle eastern uncle. Tua dah. Jalan-jalan kot. Sempat lah berbual-bual. Yang seorang dari UK. Yang seorang lagi dari mana aku tak ingat lah pulak. Excited jugak lah diorang bila dapat tau kami dari Malaysia. Yang seorang tu dah biasa pergi Malaysia. Yang seorang lagi nak pergi tahun depan ni. Aku sempat lagi cakap tukar duit RM sekarang sebab murah. Hehehehe..

Pakcik berdua ni ada payung. So tak ada masalah dia nak jalan-jalan. Kami ni ha. Terpaksa lah tunggu hujan reda baru boleh berjalan. Tapi semakin lama tunggu makin lebat pulak dah. Almost sejam jugak lah kami melepak dalam chapel tu. Tak boleh jadi. Kena jalan jugak ni. Memang menonong je lah kami redah hujan. Terpaksa! Guard yang ada kat main entrance tu tak tau nak simpati kat kami ke apa. 

Laju-laju kami jalan balik semula ke Daeyeon Station. Jauuuuuhhh!! Nasib baik lalu celah-celah bangunan. Boleh lah mengelak dari terkena hujan. Dah sampai Daeyeon Station tu, kami naik train untuk ke destinasi seterusnya iaitu Jagalchi Market.

Let's go!

Nak ke Jagalchi Market ni tak susah mana. Turun je kat stesen Jagalchi. Keluar ikut Exit 10 naik escalator ke atas dan terus berjumpa dengan main entrance ke Jagalchi Market ni. Sebelum ke kawasan pasar, kami bertemu dengan beberapa deretan kedai makan. Gigih tau pekerja kedai makan tu tarik kami jemput makan kat dalam. Ni kedai cantik macam ni mesti mahal ni. Kehkehkehkeh.. Kami senyum je lah kata kami jalan dulu. Nanti kami datang singgah. Macam lah datang balik kan. Hahahaha..

Pintu masuk..

So kat Jagalchi Market ni boleh tengok macam-macam khazanah laut yang dijual. Banyak benda yang pelik-pelik yang aku tak pernah tengok ada dijual kat sini. Dia punya sotong kurita, mak oii. Kalau diukur ni sama tinggi dengan aku agaknya. Ni kalau makan ni setahun tak habis. Huhuhuhu..

Lai lai sotong sotong..

Ikanssssssss..

Siputan dan kerangan?

Sambil jalan sambil skodeng tempat makan. Perut dah menyanyi-nyanyi dengan bestnya. Kat bahagian kanan pasar ni ada banyak deretan kedai ikan bakar. Pilih je lah nak makan kat mana. Nampak simple-simple je kedai ikan bakar ni. Confirm jauh lagi murah dari kedai yang awal-awal tadi. Kekeke.. Tapi bila aku skodeng-skodeng ni, tuan kedai masing-masing macam ala-ala tak berapa nak user friendly lah nak menjemput kami masuk. Kalau orang lain, beria-ia dia jemput. Maybe sebab aku ni pelik kot di mata diorang. Tak pun diorang tak pandai nak cakap Englisheee untuk entertain kami. Alahai. Nak communicate apa sangat lah setakat nak makan ikan bakar je.

Terliur ko.. 

Dah kat hujung-hujung tu ada seorang perempuan ni dok perhatikan kami. Mulut dia ala-ala nak cakap something tapi tak terkeluar. Aku pun jalan lah ke depan lagi. Dah habis sampai hujung, kami patah balik. Lalu balik kat depan kedai perempuan tadi tu. Tak tunggu panjang, dia terus tarik tangan aku dan sebut “BBQ fish! BBQ fish!” Hamboihhh.. Terus berani dia. Hehehe.. Rezeki dia lah kan hari ni sebab dia berani nak tarik aku masuk ke dalam kedai. Sudahnya, kami pun masuk ke dalam untuk melantak!

Our Lunch..

Ikan bakar! Ada 3 jenis, dihidangkan bersama nasi putih dan side dishes. Harga KRW7,000 seorang. Not bad. Murah lah jugak. Memang kenyang makan. Sempat lagi dok keringkan baju dalam kedai ni. Pasang kipas sekuat-kuat tidak. Hehehe..

Selesai makan, hujan pun berhenti. Syukur Alhamdulillah. Boleh lah jalan dengan tenang. Kami keluar dari kawasan Jagalchi ni, dan lintas jalan untuk ke BIFF Square. BIFF tu stands for Busan International Film Festival. Kalau time-time BIFF ni, kawasan BIFF Square ni penuh dengan aktiviti kot. Antaranya mungkin ada artis datang lepak-lepak sini buat fanmeeting bagai. Andaian aku je lah.

BIFF Square..

Kat area BIFF Square ni ada beberapa theatre. Dok tayang filem lah kot kan sepanjang festival berlangsung. Dah tu ada jugak lah hand print celebrity yang datang. Kebanyakannya ditepek kat atas jalan. Boleh tengok satu persatu tangan siapa yang dipijak tu. Hehehe..

BIFF Square ni sebenarnya bersambung dengan Gwangbok-ro. Kalau dipandang secara kasarnya, kawasan ni boleh dikatakan sama macam Myengdong kat Seoul. Penuh dengan macam-macam jenis kedai. Kiranya sebijik Myeongdong lah. Fashion, cosmetics, cafes, etc. etc. Aku pun sempat jugak lah menabung kat Nature Republic yang ada kat sini. Hehehe. Tapi yang menyampahnya, aku lupa nak bawak credit card. Tertinggal kat hostel. Stress!! Terpaksa bayar cash. Huhuhuhu..

Gwangbok-ro

Kami berjalan menyusuri kedai-kedai yang ada kat Gwangbok-ro ni. Di beberapa tempat kami nampak banyak arca yang comel-comel bersepah-sepah di tengah jalan. 

Anjing siapa?

Anak siapa tercicir?

Monyet siapa tercicir?

Salam.. salam..

Beratur panjang untuk beli Crepe.. O_O

Tengah jalan-jalan tu tiba-tiba kami nampak satu eskalator kat celah-celah kedai. Eh. Eskalator apa ni? Ke mana? Aku pun datang dekat-dekat dan nampak gambar Busan Tower. Oh. Eskalator naik ke Busan Tower ke? Bagus-bagus. Mari lah naik. Tak kuasa nak menapak jalan kaki.

Eskalator ke Yongdusan Park..

Mari naik!

Memang tinggi eskalator ni. Tapi bukan lah one shot naik dari bawah sampai atas. Terpisah-pisah jugak lah eskalator ni. Tapi mudah sangat. Tak perlu nak pening kepala pikir macam mana nak pergi ke Busan Tower. Tapi nanti nak baliknya agak masak lah sebab kena turun tangga. Kekeke..

Santek tak?

So Busan Tower ni letaknya kat Yongdusan Park. Agak luas jugak lah kawasan Yongdusan Park ni. Terletak kat kawasan Mt Yongdusan gitu. Yongdusan kalau guna direct translation jadik Dragon Head Mountain. Yong = dragon, du = head, san = mountain. Kisahnya kalau dari udara, tempat ni bentuknya macam kepala deregoonnn gitu lah. 

Apa yang menarik kat sini? Well, ada Busan Tower. Naik atas tower and you can see all of Busan. Ada statue of Lee Sunshin. No no no no.. Bukan IU ye tapi the almighty Admiral Lee Sunshin. Ada taman yang kita boleh jalan-jalan skodeng jantan gitu. Ada Citizen's Bell, ada Flower Clock, ada open stage untuk cultural performance, siapa-siapa nak perform dialu-alukan. Lagi ada macam-macam muzium. Ada 3 muzium tak silap. Then last but not least, ada Locks Park. Aku tak tau lah nama tempat ni apa tapi aku namakan dia Locks Park je lah. Macam kat Namsan tuuuuuu..

Busan Tower..

Memang ada hajat untuk naik ke viewing platform, tapi sebelum tu, kami jalan-jalan kat bawah ni dulu. Posing ambik gambar kat mana-mana yang dirasakan best. Kat tempat locks tu memang harus lah kan. Siapa-siapa yang rasa diri dia gedik boleh lah beli lock dan lock kan lock tu kat sini. Aku tak berapa nak gedik so tak buat ler.. 

Posing kat sini..

Posing kat sinun..

Assa! Marilah naik ke Busan Tower. Harga tiket untuk masuk ialah KRW4,000. Tapi kami beli integrated tiket Busan Tower + World Musical Instruments Museum dapat lah harga tiket KRW5,000. Kalau beli asing-asing mahal. 

The ticket..

So berdesup lah naik ke atas tu. Kawasan kat viewing platform ni takde lah besar mana pun. Seoul Tower lagi luas sikit lah. Tapi still boleh lah untuk jalan-jalan kat sini. Kebetulan hari ni tak berapa ramai sangat orang, so boleh lepak-lepak di port yang sesuai. Dari atas ni boleh nampak bandar Busan.

Gayat...

360 darjah jugak lah mengsnap gambar. Padat betul Busan ni. Second largest city in South Korea kan. Kebanyakan bangunan sepesen je design nya. Colourful pulak tu. So kat viewing platform ni ada cafe, ada kedai, sama je lah macam Seoul Tower. Dah alang-alang ni kebetulan haus pulak kan. Belilah minuman. Sambil minum sambil layan blues tengok Busan dari atas.

Busan..

Busan port?
Hot choco and Busan..

Dah settle layan blues kat atas, kami turun bawah balik untuk ke instrument museum tu. Marilah kita tengok apa yang ada kat dalam. Agak-agak ada tak alat muzik dari Malaysia. Alat muzik Malaysia pun kebanyakannya spesis hybrid dari macam-macam negara. 

World Musical Instruments Museum..

Muzium ni tak ada lah besar mana. Tapi dua tingkat lah jugak. Banyak jugak lah musical instrument yang dipamerkan. Penat skodeng satu-satu, tak ada satu pun dari Malaysia. Sadis sangat. Yang rupa bentuk kompang pun dia kata asal Vietnam. Hahahaha.. Sabar je lah.

Antara yang ada..

I got this at home!!

Bangau ada? Ehh.. Bongo..

Adik beradik sitar?

Some of the musical instruments tu dibiarkan terdedah on display without glasses gitu lah. So alat-alat ni kita boleh main. Gasak lah ko nak buat apa. Yang gong tu ko boleh ketuk sampai pekak. Yang boleh ketuk, sila ketuk. Yang boleh tekan, sila tekan. Yang boleh tiup, sila tiup. Tak ada siapa nak marah. Siap ada staf kat situ boleh tunjuk cara-cara nak mainkan alat-alat muzik ni.

Dah puas mengetuk, kami pun start beredar dah lah. Keluar dari kawasan Busan Tower dan mula bergerak ke bawah balik ke Gwangbok-ro. Kebetulan nak turun tu, ada performance pulak lah dah kat open stage. Ada persembahan hikhok lah. B-boy bagai gitu. Dok breakdancing sampai ke pagi macam Abdul Wahub gitu. Ehehehe.. Marilah lepak sekejap layan mereka ni.

Ohhh.. Tempat evacuation jugak Yongdusan ni..

Cultural Performance..

Dah habis diorang menari, ada performance awek-awek comel 3 orang main violin pulak. Wauu dah macam tengok Bond pulak. Bukan James Tembun Jebon tu. Bond yang ni haa --> http://www.youtube.com/watch?v=AbaNGU1CrXI 

Dah habis layan Bond Busan, ada girl group pulak menari. Dah, malas dah aku nak tengok. So, kami bergerak lah dari situ. Nak ke bawah tu lalu lah jugak depan Citizen's Bell dan Flower Clock bagai tu. Snap beberapa keping gambar buat syarat.

Citizen's Bell

Flower Clock, Lee Sunshin & Busan Tower..

Udah!! Mari turun tangga yang beribu-ribu lemon tu balik ke Gwangbok-ro. Jalan lah lagi kat sini. Next destination ialah 40 Steps Cultural Theme Street. Katanya dekat je kan. Makanya kami jalan kaki je lah. Dah alang-alang tu. Sambil menikmati pemandangan sekeliling gitu. Chewaaahh..

Hurrkkkkkkkk.. 

Dah bosan jalan atas tanah, kami turun eskelator dan jalan bawah tanah. Ada Underground Shopping Mall kat kawasan Nampo Station ni. Jalan je lah kan. Tapi kan, aku tak boleh lah duduk lama-lama bawah ni. Macam berkepam, susah nak bernafas gitu. Panas pun ye. Macam manalah peniaga-peniaga kat bawah ni boleh tahan. Dah biasa dah kot. Aku ni jalan kemain laju nak cari exit keluar. Tak tahan bahang.

Underground shopping..

Antara kedai yang ada..

Kat hujung-hujung..

Dah keluar naik atas tu, melilau jugak lah mencari 40 Steps ni. Sekali kat belakang je. Cis.. Kat sini tak ada apa sangat lah yang menarik. Tapi, ada tapi tu. Tapi tempat ni ada kisah sejarahnya. Well, back to the olden days lah ni. Kisahnya tempat ni tempat bertemu untuk Korean War refugees back in 1950. Time tu communications payah sikit, so tempat ni jadik meeting spot gitu lah. Lagi pulak, once upon a time tempat ni pernah jadi kawasan residen orang-orang Jepun yang ada kat Busan ni. Sejarah lah kan. Orang-orang
Jepun boleh lah datang ke sini untuk trace back tok moyang diorang. Mana-mana yang minat sejarah Korean War boleh lah datang sini untuk tengok tinggalan yang ada.

40 Steps!

Kawasan ni senyap je. Memang senyap sunyi sesunyi-sunyinya. Ada banyak kedai, tapi kebanyakannya tak bukak. Bilangan orang yang ada kat sini pun boleh kira dengan jari. Kekonpiusan melanda sungguh. Ada banyak statue & arca kat sini. Statues ni semua menggambarkan aktiviti harian orang Korea zaman perang tu lah. Aku tepek gambar je lah ye.

Mother and Children..

Railway..

Bom malatop omak kau?

The 40 steps..

Buruh kanak-kanak..

Break from work..

Ok dah. Now kita balik semula lah ke Gwangbok-ro. Jalan kaki lagi. Selagi boleh. Tapi kaki ni sebenarnya dah nak give out dah pun. Dah mula sakit-sakit. Tapi gigih jugak meneruskan perjalanan. Mari lah kita singgah Gukje Market dulu sebelum balik. Gukje Market ni ala-ala Namdaemun Market kat Seoul. Macam-macam ada kat sini. Kalau nak cari souvenir pun kat sini jugak lah. Lokasi Gukje Market ni on the other side of Gwangbok-ro. So, jalan jugak lah menyusuri Gwangbok-ro ni lagi sekali.

Ehemmm..

Laaa anak badak siapa tercicir ni..

Dah nak malam ni semakin meriah pulak Gwangbok-ro ni. Semakin ramai orang. Mungkin lepas habis kerja kot. Ke sebab dah petang nak ke malam ni cuaca dah ok sikit baru ramai orang start keluar. Dah tu kat tengah-tengah Gwangbok-ro ni ada event. Ada stage besar. Tak tau lah aku event apa. Kalau ada retis kpop nak jugak aku tunggu. Tapi malangnya takde kaitan langsung. Ekekekek..

La hai.. Kesian..

Gigih kan jalan sampai Gukje, tapi dah malam ni tutup pulak rupanya. Puahahahhaha! Adoihlahh.. Kena datang siang lah pulak kan. Nanti kalau ada masa kami akan datang balik! Nak cari souvenir untuk dibawa balik. Souvenir untuk diri aku sendiri ler. Kekekeke.. 

Peta Gukje Merket..

Next destination? Marilah jalan-jalan sekitar Centum City. Wahhh.. Kemain ni. Gaya macam banyak sangat tenaga. Tapi ye lah kan. Takkan dah nak balik dah. Malam masih muda. Kang dah sampai hostel, tak kuasa dah nak keluar balik. So selagi boleh, kita all out lah. Kat Centum City ni ada Shinsegae Department Store - the world largest department store gitu. Siap masuk Guinness Book of World Records lagi. So mesti lah terjah kan? Then ada Busan Cinema Center. Boleh skodeng!

Nak ke sana kami naik subway train je. Turun kat station Centum City dan keluar ikut Exit 6 untuk ke Busan Cinema Center. Jalan ke depan, dari jauh dah nampak Busan Cinema Center ni. So, kat belah kiri jalan ada Lotte Dept Store dan Shinsegae Dept Store. Kat kanan jalan ada Busan Cinema Center. Kita pergi Cinema Center dulu lah!

Keluar dari subway station tu, tiba-tiba rasa macam eh, kat sini ke? Semalam dari airport kami naik bas ke Haeundae memang lalu jalan ni. Boleh lah naik bas balik ni? Kami pun menghampiri bus stop yang terdekat. Nah. Terpampang besar-besar bas nomot 307. Hoyehh!! Kalau tak larat naik subway kita naik bas je balik nanti!

Lotte & Shinsegae..

Busan Cinema Center..

Busan Cinema Center ni sebenarnya boleh dikatakan official venue lah gitu untuk Busan International Film Festival (BIFF). Ada 3 main buildings. Kat tengah-tengah pulak ada outdoor theatre. Ni kalau time BIFF ni, banyak aktiviti kat sini ni. Kalau timing kena, boleh tengok free movie kat sini. Jalan-jalan je lah kat sini. Nak tengok movie berbayar pun tak ada bajet. Katanya mahal tengok wayang kat Korea ni. Aku pun tak tau. Hehehe..

Busan Cinema Center..

Jalan ke depan dan sampai kat outdoor theater. Whoaaaahhh this place is huge! Ada screen besar. Tempat duduk pun banyak. Memang best kalau nak melayan movie kat sini. Tapi tak ada lah pulak tayang free movie hari ni. Apa yang ada ialah parents bawak anak masing-masing beriadah kat sini. Dah bertukar jadi padang bola dah. Hehehe..

Outdoor Screen..

The seats..

Dah pueh berposing kat outdoor theater, kami try masuk dalam lah pulak. Marilah tengok apa yang ada. Sambil-sambil tu boleh cari jamban. Dah tak tahan dah! Kekekeke.. Ada banyak movie baru jugak lah ditayangkan kat sini. Sekadar tengok-tengok je. Tempat beli tiket pun cantik. Kawasan punya lah luas. Siap bersofa bagai. Ni nak tidur pun sedap ni. :P

Antara movie yang ada..

Kaunter beli tiket + sofa tempat lepak..

Dah habis layan blues kat dalam, dah dapat pergi jamban kami pun bergerak ke luar. Turun eskalator yang tinggi itu ke bawah sambil pandang ke siling. Wowww.. Cantik dengan lampu warna warni. Meriah betul lah.

Lip lap lip lap anak mami..

More..

Dah settle, kami pun berjalan lah ke Shinsegae. Tengok apa yang ada kat dalam ni. Besar katanya kan. World record katanya kan. So kita check it out lah. Masuk-masuk je terus ternganga jugak lah. Ni tempat orang kaya! Aku tak mampu nak masuk ni. Hahahahhaa..

Berapa tingkat daaa..

Largest tau!

Hurmmm.. Kalau tengok secara kasar, tak ada lah besar mana tempat ni. Macam mana boleh dikatakan world's largest? Aku rasa MidValley lagi besar. Dia ukur macam mana? Hehehhee.. Sekali, aku rasa aku nak ketuk kepala aku sendiri. The largest sebab Shinsegae ni as in Shinsegae itself lah. Maksudnya satu bangunan ni dia saja. Tak ada kedai-kedai lain. Oooohhh.. Gitu ke? Aku sampai terpaksa buat cerita sendiri sampai terpaksa bayangkan Metrojaya or AEON or Parkson or paling cikai pun Giant sebesar-besar penuh satu bangunan ni. Barulah boleh paham kenapa dikatakan world's largest. :P

Jalan-jalan cuci mata je lah. Aku dapat tau ada Kyobo Bookstore kat dalam ni. Marilah try tengok. Tapi kan tiba-tiba.... Ada bunyi something dah tu ada announcement. Habis je announcement tu, semua pekerja-pekerja terus kelam kabut. Ehhh why? Dah nak tutup ke? Baru 8.45pm? Tutup pukul berapa ni? Serious aku terbangak. Masing-masing pantas mengemas. Yang mana dok kat kaunter perfume, dengan pantasnya tutup kaunter. Yang mana jaga section skin care, dengan pantasnya simpan semua barang. Ada customer pun dia tak layan ko!

Dah macam rusuhan dah. Hahahaha.. Serious aku memang ternganga. Biar betul diorang ni? Gayanya macam siapa lambat, tak boleh keluar dari sini. Puahahahaha.. Running Man ke apa ni? Ke ada candid camera? Hahahaha.. Banyak sangat tengok variety show macam ni lah fikirannya.

Ye lah. Dah masing-masing macam ni, kami pun keluar lah. Baru je nak jalan-jalan. Cis.. Kena datang lagi ni untuk ke Kyobo. Dah tu kena datang awaaaaaaaaaaal. Oklah. Kita balik hostel je lah. Jauh dah berjalan ni. Kaki tak larat dah, makanya naik bas je lah. Nak naik subway, nanti turun kat Haeundae Station kena naik tangga takde eskalator, lif bagai. Baik naik bas je. Hahahahhaa..

Naik bas..

Fuhhh.. Kemain jauh berjalan hari ni kan. Dah sampai hostel, mandi, ngunyah-ngunyah terus tidur. Memang kepenatan sangat. Besok nak jalan lagi!

Kkeutt!!


Perbelanjaan Hari Ini:-

Lunch = KRW7,000.00
Busan Tower Package = KRW5,000.00
Jajan-jajan = KRW7,300

Total = KRW19,300


0 comments :