Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha 2013

Salam Aidiladha CikSengal ucapkan pada semua pembaca. Ecehhh.. Hahahhaa.. Tahun ni berkesempatan sambut kat kampung halaman gitu. Tapi Kami empat beradik je lah yang menyambutnya. Mak bapak jauh di perantauan kan. Adik paling kecik pulak tak balik sebab ada exam. 

Nothing much lah raya ni. Just masak sempoi-sempoi je buat nasi impit, sambal goreng, sayur lodeh dan ayam masak merah. Dah tu menggedik buat muffin. Settle. Nak makan, ye makan. Tak nak ye udah lah kan?

Muffin..

Lauk raya..

Dah habis melantak, aku mengambil kesempatan untuk menjengah masjid depan rumah. Ada buat aktiviti korban gitu. Menarik ni. Boleh lah skodeng-skodeng apa-apa yang patut.


Aktiviti Korban..

Tukang tengok je ye. Tak ada buat apa pun. Hehehehe.. Nak tolong masak, dah ramai sangat orang kat dapur masjid tu. Kang too many cooks spoil the broth pulak lah kan. Hahahha.. Alasan orang malas gitu.

Tepek gambar je lah ye..

Kerumun lembu..

Lembu terakhir disembelih..

Aktiviti melapah..








Dah agak-agak penat tengok orang melapah, penat lah sangat tu kan, aku pergi lepak minum cendol. Hahahaha.. Ada pakcik ni sangat lah baik hati sponsor cendol for free. Mudah-mudahan murah rezeki pakcik ni.

Cendol!

Nomnomnom..

Dah abis makan cendol, balik rumah. Hahahhaha.. Sangat tak senonoh. Habis dah kisah Aidiladha di rumah. Petang ni nak balik KK. Sobss..

0 comments :