Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, October 30, 2013

AKEPT, Bandar Enstek

Tiba-tiba kena pergi kursus kat AKEPT ni. TIBA-TIBA. Tapi aku suka aje sebab dapat keluar dari KK. Hahahaha.. Kena pergi kursus kepimpinan ko. Ada tokoh jadi pemimpin ke aku ni? Nan hado sungguh. 

Kisahnya lah kan AKEPT ni entah kat ceruk rantau tuk kun tempat jin bertendang mana lah letaknya. SCARY SUNGGUH nak ke sini. Dah lah malam-malam. Tak ada lampu jalan bagai. Tengok peta yang dibagi macam dekat je dengan KLIA. Penipu banget. Jauh! Nasib baik lah adik aku baik hati nak hantar. Tapi dia pun menyumpah-nyumpah gak. Hahahahah..

Memang. Dalam hutan betul. Sunyi sepi je tempat ni. Tapi, dia punya facilities kelessss ko. Hostel dia macam hotel! Ada orang tolong kemas lagi. Wahhh.. Mengimbau balik kenangan duduk Mysore dulu. Best sangat!

The room..

Ada tv bagai..

Pintu masuk dan gobok..

Toilet..

Belah kanan..

Belah kiri..

Pandangan dari bilik..

AKEPT ni banyak organize kursus. Kesemua peserta akan duduk kat hostel yang disediakan ni. Mudah. Makan pun sedap-sedap. Gomen kan. Mestilah kerjanya makan je.

Next time kalau ada kursus lagi kat sini, boleh datang lagi. Tapi kalau sampai seminggu kursus tu tak ada transport memang mati kutu. Untuk keselesaan maybe AKEPT boleh bukak kedai runcit or supermarket kat dalam ni. Senang kalau tiba-tiba emergency nak beli barang. Hehehehe..

Monday, October 28, 2013

Flaming Steamboat, Sunway

Sempena turun Sunway baru-baru ni untuk hantar si Ika gedik tu balik ke Taylor's, kami singgah menketedarah kat sini. Aku pun tak pernah tau tentang kewujudan tempat ni. Tak pernah duduk kat KL kan. Jadinya our lovely brother bawak kami datang sini. Dia ok je bawak makan, janji aku yang bayar. Hahaha..

Flaming..

It's a steamboat restaurant. Ada 3 branch Flaming ni. Selain kat Sunway ni, ada branch kat Setapak dan kat Shah Alam. Yang kat Sunway ni boleh tahan besar jugak. Tapi nak parkingnya, mak oii payah sungguh. Tak banyak ruang parking kat sini. 

Hargan untuk buffet RM29.90 satu kepala. Kalau tambah tolak tax bagai dalam RM35 jugak lah. So, kita makan sampai tak boleh jalan. Boleh gitu? Tepek gambar lah ye. 

Tingkat atas..

Segala jenis bebola dan lelain..

Segala tok nenek alat membuat cicah..

Ada gorengan jugak..

Sluuuuuuuurrrrrrrrrppp..

Ceker!!

Fuuhhhh memang tergolek kekenyangan. For more info go to http://flamingsteamboat.com/

Saturday, October 26, 2013

Konvokesyen UTM ke-51

Terkocoh-kocoh aku dari KK balik ke JB untuk attend konvo adik aku nan seorang ni. Dari rumah pukul 4 pagi. Naik flight 6 pagi. Sengal naik MAS kena transit KL. Dari KL pukul dah dekat pukul 10. Sampai JB almost 12pm. Orang tu dah keluar dewan dah. Huwarrrgghhh!! Tapi sempat lah aku sampai untuk bergambar. Menyemak memeriahkan majlis. Ye lah. Parents dok jauh kan. Siapa lagi nak datang celebrate.

I'm here!

Dapat Master dah! Lepas ni sambung PhD pulak! Aku? Kweng kweng kweng... Malas nak pikir. Harharhar..

Yang grad tak nak pakai jubah!

Family potrait mesti ada. Orang kat Arab tu sibuk suruh ambik gambar beramai-ramai. Nak lepas rindu lah tu kot. Aishhh.. Macam geli je. Hahahaha..

Us.. Specky siblings..

Then, I met someone. My KTHO room mate back in 1999! Waliaaaaooo.. Di UTM terchenta ni kita bertemu untuk pertama kali dan di UTM ni jugak lah kita bertemu lagi. Mek Yus datang attend konvo adik ipar dia. Sempat lah borak-borak sekejap.

With Mek Yus!

Errmmm.. Tahun depan ada lagi sorang konvo Master kat UTM ni. Kami adik beradik memang lah produk UTM. Huhuhuhu..

Sunday, October 20, 2013

Dynamic Busan ~ Day 2: Busan Museum, UN Memorial Cemetery, Jagalchi Market, Gwangbok-ro, Busan Tower, World Musical Instruments Museum, 40 Steps Cultural Tourist Theme Street, Busan Cinema Center & Shinsegae Centum City

Saturday, 7th Sept 2013

Punyalah lambat nak update kan. Banyak benda dah lupa dah. Huhuhu.. Ampun! Marilah korek balik buku nota. Nasib baik lah ada catatan sana sini. Boleh lah jugak buat reference.

It’s Day 2 people! Gigih sungguh ni nak keluar pergi jalan-jalan. Tapi segigih mana pun, aku rasa ala-ala tak larat pun ada sebab down with fever. Kesengalan sungguh. Dah lah kepala weng. Batuk melampau-lampau pulak tu. Memang sangat tak syok. Harap-harap tak melarat lah sampai besok lusa tulat. 

Tengah bersiap-siap nak keluar tu, sempat lah jugak menjengah ke luar tingkap. Cuaca sangat mendung. Gelap. Ada tanda-tanda bakal hujan sekejap lagi. Terus takde mood. Leceh betul nak pergi berjalan kalau hujan ni. Tapi takkan tak nak berjalan kan? Mana syok dok memerap kat dalam bilik je. Akan diusahakan jugak lah macam mana pun. Dah la tak bawak payung, baju hujan dari Malaysia. Over sangat membajet cuaca cantik kat Busan ni. Tak lama tu hujan turun renyai-renyai. Argghhh.. Kita belasah je lah!

Wednesday, October 16, 2013

Mejik Koperpil..

Mejik mejik mejik.. Selalunya lah kan, sesak sangat lah Senai Airport ni especially kat kaunter Air Asia. Kali ni aku balik KK aku terkejut beruk mak yeh.


Takde orang!

Biar betul? Nak kata aku lambat tak jugak. Nak kata aku awal pun tak jugak. Hurmmm..

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha 2013

Salam Aidiladha CikSengal ucapkan pada semua pembaca. Ecehhh.. Hahahhaa.. Tahun ni berkesempatan sambut kat kampung halaman gitu. Tapi Kami empat beradik je lah yang menyambutnya. Mak bapak jauh di perantauan kan. Adik paling kecik pulak tak balik sebab ada exam. 

Nothing much lah raya ni. Just masak sempoi-sempoi je buat nasi impit, sambal goreng, sayur lodeh dan ayam masak merah. Dah tu menggedik buat muffin. Settle. Nak makan, ye makan. Tak nak ye udah lah kan?

Muffin..

Lauk raya..

Dah habis melantak, aku mengambil kesempatan untuk menjengah masjid depan rumah. Ada buat aktiviti korban gitu. Menarik ni. Boleh lah skodeng-skodeng apa-apa yang patut.


Aktiviti Korban..

Tukang tengok je ye. Tak ada buat apa pun. Hehehehe.. Nak tolong masak, dah ramai sangat orang kat dapur masjid tu. Kang too many cooks spoil the broth pulak lah kan. Hahahha.. Alasan orang malas gitu.

Tepek gambar je lah ye..

Kerumun lembu..

Lembu terakhir disembelih..

Aktiviti melapah..








Dah agak-agak penat tengok orang melapah, penat lah sangat tu kan, aku pergi lepak minum cendol. Hahahaha.. Ada pakcik ni sangat lah baik hati sponsor cendol for free. Mudah-mudahan murah rezeki pakcik ni.

Cendol!

Nomnomnom..

Dah abis makan cendol, balik rumah. Hahahhaha.. Sangat tak senonoh. Habis dah kisah Aidiladha di rumah. Petang ni nak balik KK. Sobss..

Monday, October 14, 2013

Ruemz Hotel, Subang

Sempena aktiviti merendek kat KL ni dan sempena melawat adik bongsu kesayangan aku yang mengada-ngada tu aku memilih untuk duduk kat Ruemz Hotel ni. Lokasi Ruemz Hotel ni ialah dalam kampus Taylor's Univ by the Lake gitu lah. 

Godek kat internet dapat harga RM160. Boleh lah. Janji senang aku nak jumpa minah gedik tu.

Ruemz..

Bila dah check in masuk dalam aku terbangak. This room for RM160? Biar betik? Menyengih je lah aku dibuatnya. Serius sangat berbaloi-baloi!

The bed..

The table..

Almari & peti ais..

Iron pun ada.. Suke!!

Kawasan bilik air..

Sinki..

Shower..

Toilet..

Bed from toilet..

TV..

View luar..

Angle lain..

PUEH HATI! Sangat best bilik ni. Memang seronok gilos lah aku duduk sini. And the breakfast not bad jugak lah. Berbaloi-baloi!

Nomnomnom...

Next time boleh duduk sini lagi. Hehehehe.. For more info visit http://www.ruemz.com/

Sunday, October 13, 2013

MyTeksi

Siapa pernah guna khidmat My Teksi? Aku baru first time pakai. Tu pun sebab aku dari Taylor's Univ nak keluar susah nak cari transport. Panggil teksi thru this app je lah.

Sila donlot..

Senang je nak guna. Dah install, app ni akan detect lokasi kita. Then kita boleh isi destinasi kita dan click button Book Now untuk book teksi. Then app akan locate semua taxi driver yang berdaftar yang ada sekitar kita. Dah tu bidding pun berlaku antara taxi drivers ni. Maklumat top bidder akan keluar dan dia akan datang jemput kita. Mudah sangat!

Ermmm kat Semenanjung boleh lah pakai app ni ye especially area Lembah Klang. Kalau kat KK ni hampeh sikit. Hehehehe..

Friday, October 11, 2013

Weight Management Challenge

Badan bagai dipam-pam membesar dengan sihatnya. Maka wajarlah pergi kursus ni. Kena challenge dek non. Dalam tempoh 3 bulan kena kuruskan badan and live a healthy life gitu. Ko mampu?

Mula-mula dengar briefing..

Lepas tu check apa-apa yang patut..

Dah tu diajar bersenam.. Pssttt.. Instructor mantop! Ahakss..

Nak nangis dapat result check up tu. Body age aku 57. Nenek rupanya aku neh! Patutlah asyik lemah je tubuh badan. Cis dan cis dan cis. Moh lah kita pergi gym. Ada 3 bulan nak kurus ni.......