Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, May 27, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 7: Kingston, Glenorchy, Queenstown: Skyline Gondola & Kiwi Haka Show

Wednesday, 2nd May 2012
Kingston --> Glenorchy --> Queenstown

Sementara gigih, marilah menghapdet entri New Zealand ni. Dah hari ketujuh. Dah separuh dah perjalanan kami. Tengok peta pun dah separuh jugak lah (konon-konon) kami jelajah South Island ni. Kita teruskan perjalanan hari ni dari Kingston ke Queenstown. Tapi sebelum kita berkampung kat Queenstown, kita akan jalan-jalan mencari Paradise dulu. Ni salah satu tempat shooting LOTR lah ni. Kalau jumpa lah tempat tu...

P: Kingston, Q: Glenorchy, R: Queenstown.. 139km..

Saturday, May 25, 2013

He Jia Fo Seafood Restaurant, Kota Kinabalu

Pada suatu hari, Cik Dila membawa saya yang sengal ini pergi makan kat sebuah Chinese Restaurant ni. Pemiliknya seorang Cina Muslim dari China gitu. Teruja lah saya kan sebab saya tak pernah masuk mana-mana Chinese Restaurant pun. Ni first time lah kiranya saya nak mentry lah kan.

He Jia Fo

Macam-macam menu yang ada kat sini. Tapi yang specialnya ialah Ramen gitu. Handmade noodle, buat on the spot. Ko mampu? Dapat order, time tu jugak lah dia buat mi tu. Memang fresh. Tak caya, boleh tengok dengan mata sendiri dia tarik mi tu.


Aksi menarik mi..


Antara menu yang ada..

Kaunter pembayaran..

Aku order Blackpepper Beef Ramen. Sedap weh! Mi dia kenyal. Mantop!

Nyamnyamnyam..

Siapa nak merasa mi yang sedap ni boleh lah singgah ke He Jia Fo Seafood Restaurant yang letaknya kat Sunny Garden, Jalan Tuaran. 

Thursday, May 23, 2013

Transformers Kebabomm

Di pagi hening, tengah sibuk-sibuk nak pergi kerja, jalan macam biasa kat lane belah kanan, sekali kereta depan emergency break, terus KEBAAAAAAAABBBBBBBBBOOOMMM~!!

Selamat..

Marahnya aku.. Entah siapa yang cari pasal ni sebab depan aku ada 2 kereta yang ikut break. Tapi aku yang kat belakang sekali memang tak sempat, terus langgar. Kereta paling depan kata, kereta depan dia tiba-tiba break. So dia pun break. Tapi kereta depan dia dah tak ada dah. Dah jalan.

Nasib ler kan. Orang lain salah, aku yang jadi mangsa. Kejadah break kat lane laju pun aku tak tau. Menyusahkan orang betul. Dah ni menyusahkan orang lain pulak sebab sangkut kat tengah-tengah jalan. Yang kat belakang tu memang dah menyumpah seranah berbakul-bakul lah sebab jem.

Bye bye..

Claim insurans je lah jawabnya. 2 minggu jugak lah bakal carless. Mengharap simpati officemate tumpang pergi kerja. Ni kali kedua lah kiranya aku eksiden. Yang dulu, kereta terus kojol tak dapat diselamatkan langsung.. Sobs..

Sunday, May 19, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 5: Sungkyunkwan University, Ihwa-dong Art Project, Naksan Park, Dongdaemun & KBS Building.

Tuesday 29th May 2012

Hari ke-5 meronggeng. Tema jalan-jalan untuk hari ini ialah tema budak micky mouse senget yang bernama Micky Yoochun itu. Sebabnya hari ni nak pergi ke tempat-tempat yang ada kaitan dengan drama-drama lakonan Yoochun - Sungkyunkwan Scandal & Rooftop Prince. So, destinasi utama hari ni ialah Sungkyunkwan University & Ihwa-dong Art Project.

Kedua-dua tempat ni berdekatan je. Within walking distance jugak lah. So nak ke sana, kita naik subway train line #4 dan turun di stesen Hyehwa. Nak ke Sungkyunkwan University (SKKU), keluar ikut exit no 4, dan jalan lah selama 20 minit menghala ke barat. Ha.. Cari lah sendiri arah barat tu kat belah mana. Hehehe.. Kat website tulis jalan kaki 10 minit je. Tapi 10 minit tu Korean style. Kalau Malaysian style, 20 minit hingga setengah jam. :P Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik shuttle bus. Sila tunggu kat exit no 1 Hyehwa Station tu. Tapi apa barang lah kan naik bas. Tak challenging sungguh.

Hyehwa Station Exit 4

Friday, May 17, 2013

Tokey MILO

Terkezuuutttt iols tau bila dapat Milo 4 kotak besor. Ni siapa yang baik hati sponsor aku milo ni. Meleret je senyum.

Makcik kuat dan sihat!

Bila telek sender, hurmmmhhh.. Dari MDeC rupanya. Baku-buku untuk Infosys. Ciss.. Baru nak meniaga. Kekekeke..

Tuesday, May 14, 2013

LUNAFLY in Singapore!

Saya gila. Makanya saya masuk ke SG dua hari berturut-turut untuk tengok LUNAFLY. Harharhar.. Oklah. Another new artiste yang berjaya memikat hati aku. Ni bukan kpop-kpop menari bagai ye. Ni lebih kepada indie band yang pada mulanya buat lagu dalam bahasa omputih dan nyanyi cover lagu-lagu omputih yang popular tu masuk ke dalam youtube. Hari tu masa showcase kat Malaysia aku tak dapat pergi. Jadi gigih lah pergi yang Singapore punya.


The stage..

So, dua hari. Hari Sabtu pergi fansign, hari Ahad pergi showcase. Tengah sewel kan, on the spot jugak aku pergi beli album. Nak suruh bebudak ni sign. Selama ni dok dengar yang donlot je kan.


Album and ticket..

Tunggu punya tunggu, keluar lah budak bertiga tu. Aku suka Yun! First time dengar lagu Superhero terus tangkap cintan sama ini budak. Hahaha.. Suara dia sedap. Tone yang dia gunakan untuk nyanyi lagu-lagu English sangat lah sedap untuk didengar. Macam bukan orang Korea yang nyanyi gitu.

Ni pinjam orang lain punya camera.. Berangan je ni..

Sambil-sambil mintak sign tu dapat lah jugak borak-borak dengan budak bertiga ni. Senget jugak diorang ni. Sam, senang sangat diajak borak. Teo, sangat peramah. English lintang pukang pun belasah je. COnfident yang penting. Dan last sekali Yun yang shy-shy cat. Ya ampun, susah betul nak bukak mulut. Cuma cakap Thank You je. Gasak ko lah Yun. Yang penting ko comey. Hahahah..

Next day! Showcase kat HRC. Stress giler makcik sebab stage rendah. Aku ni dah la rendang, memang tak nampak apa. Nak tak nak bebudak tu terpaksa berdiri. Tu pun hazabedah tak nampak. Masing-masing angkat kamera tinggi-tinggi.

Eiii..

Aku pun angkat kamera jugak. Tapi sekejap-sekejap je. Lenguh tangan ni. Tak larat aku dibuatnya. Dah bersandar kat tiang pun boleh penat jugak. Tepek apa yang aku dapat je lah. Sorry, all focused on Yun. Hehehehe..


Baby..


Lazy Song..


Endless Road..


This Love..


Price Tag..

Dah tak larat duduk tepi tiang, aku terus ke belakang. Terus duduk kat kaunter. Luas dan tak sesak macam kat depan tadi. Aku enjoy je lah dari belakang ni.


Superhero..


Payphone..


Just The Way You Are..


What's Your Name..


Seeing You or Missing You..


Troublemaker..


Fly To Love..

Dah abis showcase, time for photo session. Aku jeles kat Malaysia punya showcase dapat individual photo. Kat Singapore tak! Tapi tak pelah.. Janji boleh bergambo dengan Yunnie.. Miahahahah..

Nyiiiiahaaaaaaaaaaaa~!! Aku sangat pendek..

Friday, May 10, 2013

Ayam Penyet! @ Banafe Village, Johor Bahru

Baru je balik dari jalan-jalan jelajah Pulau Jawa. Ni balik JB aku dah mengidam nak makan Ayam Penyet Banafe. Makanya aku pun "K Awa, jom Banafe! Ayam Penyet!". K Awa pun ketawa melekek-lekek. Haishhh.. Kemain ko rindu kat orang tu ya. Haiyohhhh.. Idokler K Awa oi.. Hahahhahahaa..

Kalau dah jumpa-jumpa macam ni, tak sah kalau tak buat sesi petukaran harta benda. Copy gambar lah, copy Running Man lah. Apa-apa yang boleh je. Bukan selalu jumpa kan.

Jejenggg!! Penyettttt..

Sengih sampai telinga bila dapat makan ayam penyet Banafe. Lain dari yang lain tau! Tak sama dengan ayam penyet orang lain. Yang ini sedaaaaap.. Dah habis makan tu, berlagak jadik orang putih lah pulak dah nak dessert bagai. Hambik kau. Tembolok besor!

Dessert..

Kenyang perut senang hati. Boleh tidur dengan nyenyak malam ni. Hehehehe..

Tuesday, May 7, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 4: Aiins World, Gyujanggak Cartoon Museum, Trick Eye Museum & Hongik Women University, KBS Building

Monday, 28th May 2012

Sambung! Hari ke 4 meroyan pada musim bunga yang dah tak ada bunganya tapi masih perasan lagi nak panggil musim bunga. Hari ni kami ke Bucheon! Jauh perjalanan kami ni. Bergerak keluar dari Seoul dan menuju ke Incheon. Tapi tak ada lah sampai Incheon sana. Kami berhenti kat bandar yang bernama Bucheon. Ada beberapa aktiviti lah yang boleh dibuat kat sini.

Jomosshhhh..

Sunday, May 5, 2013

Suara Kita!

Jom mengundi!! Gila babeng gigih aku ni. Baru je balik dari TransJava terus balik kampung untuk mengundi. Aktiviti TransJava pun terpaksa dipendekkan. Nasib baik aku belum beli tiket lagi masa tu. Kalau tak, menangis lah aku.

Alkisahnya, patutnya, kalau ikut betul-betulnya, ini kali ketiga aku mengundi. Tapi sebab aku sengal gila, kali ni baru pertama kali aku mengundi. Harharhar.. Memang sangat tak bertanggungjawab aku ni. Kiranya kali ni dah insaf lah kan. Tunaikan tanggungjawab.

Flyer yang sampai rumah..

Pusat Mengundi..

Dewan Taman Universiti..

Ambik giliran..

Bukti!!

Dah! Baru sampai tengahari tadi dari KK, besok pagi-pagi buta aku balik KK balik. Kerja gila punya lah. Can claim or not tiket flight? Hurrr..