Tuesday, May 7, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 4: Aiins World, Gyujanggak Cartoon Museum, Trick Eye Museum & Hongik Women University, KBS Building

Monday, 28th May 2012

Sambung! Hari ke 4 meroyan pada musim bunga yang dah tak ada bunganya tapi masih perasan lagi nak panggil musim bunga. Hari ni kami ke Bucheon! Jauh perjalanan kami ni. Bergerak keluar dari Seoul dan menuju ke Incheon. Tapi tak ada lah sampai Incheon sana. Kami berhenti kat bandar yang bernama Bucheon. Ada beberapa aktiviti lah yang boleh dibuat kat sini.

Jomosshhhh..
Destinasi kami ialah Aiins World. Tiba-tiba terasa gedik nak pergi Aiins World ni. Kenapa nak pergi sini? Sebab tempat ni pernah menjadi salah satu lokasi pengambaran Running Man. Episode 75 kalau tak silap aku. Sila tengok balik. :P Okeh nak ke Aiins World ni, naik lah subway train Line #1 dan turun kat Songnae Station. Dah turun tu boleh ambik bas nomot 7-2, nomot 5-2 dan nomot 558. Berhenti kat bus stop Aiins World. Boleh tahan lama lah jugak tunggu bas ni. Ada dalam setengah jam jugak lah. Makanya, kami cekup je bas yang sampai dulu. Kebetulan bas nomot 5-2.

Tunggu bas..

Banyak stop ni..

Naik bas, driver tu macam peramah lah pulak tanya nak pergi mana. Aku cakap je lah Aiins World. Sengih je dia. Betul lah bas ni kan. Kalau tak betul memang ler dia suruh turun. 

On the way..

Selepas lebih kurang 20 minit naik bas sampai lah kami kat pintu masuk Aiins World. Turun lah kat sini, dan berjalan lah kami ke main entrance. Dari jauh dah nampak banner Running Man. Hehehehe..

Bus stop ada tulis Aiins World..

Running Man!

Main Entrance..

Lagi banner..

Harga tiket untuk masuk ke Aiins World ni KRW10,000. Boleh lah. Takde lah mahal mana pun. Janji kat dalam tu best untuk dilayan.

Tiket masuk pakai resit je..

Oklah. Masuk lah kita ke dalam. Apa yang ada kat dalam Aiins World ni sebenarnya? Pada siapa-siapa yang tak tau, kat sini ada banyak miniature bangunan-bangunan yang terkenal seluruh dunia. Tak dapat pergi jauh-jauh, kita pergi sini je lah kan. Boleh berangan ambik gambar dengan Eiffel Tower bagai. 

Masuk-masuk je terus nampak peta. Boleh tahan besar jugak tempat ni. Boleh semput jugak lah dibuatnya. Aiins World ni dibahagi kepada beberapa bahagian. Ada bahagian Asia, bahagian America, bahagian Africa, bahagian Europe, etc. etc. So setiap bahagian akan diletakkan bangunan-bangunan miniature ni mengikut kesesuaian bahagian tu lah. 

Peta..

Pemandangan pertama.. See twin towers?

Big Ben?

Eiffel, I'm in love....

Er... apo neh..

Dushhh!! Matilah tak tau nama bangunan ni..

Mampuihh!!

Banyak jugak lah aku snap gambar kat sini. Setiap satu bangunan tu aku capture, tapi tak mampu lah nak tepek semua. Mana yang sempat je lah aku letak kat sini. 

Sambil-sambil berposing tak hengat tu, ada dua orang ahjusshi ni sakan tengok kami. Dia pun posing maut jugak. Macam-macam posing mengalahkan kami. Bila dia nampak aksi kami yang entah apa-apa, dia gelak pastu dia ikut jugak posing camtu. Lawak giler ahjusshi dua orang ni. 

Haa yang ni aku tau.. Cathedral yang tak siap-siap kat Spain tu..

Makan roti sardin depan Pyramid.. Ko mampu? Huhuhuhu..

Hurrmm.. Apo neh? Kat South America kan?

Sydney Opera House..

Statue of Liberty..

Osaka castle..

Great wall of China..

Ha... yang ni aku ada original version punye.. Bukan miniature.. Hehehehe.. 

Angkor Wat..

Gyeongbokgung..

Gigih ko ambik gambar dengan twin tower. Sampai ke Korea aku ambik gambar. Kat KL nan hado tak pernah pun. Kat KL tu Bangla dengan Nepal je yang posing depan Twin Tower. Kekeke.. 

Dah habis jalan-jalan tu kat penghujungnya ada kedai souvenir. Macam-macam ada jual kat sini. Tapi aku tak ada bajet lah pulak kan. Skodeng-skodeng je lah cuci mata.

Candyyyyyyyy~!!

Twin Tower model..

Next? Kami keluar dari Aiins World dan jalan-jalan menikmati udara Bucheon ni. Tak jauh tu kami bertemu dengan Gyujanggak Cartoon Museum. Another place for sightseeing kat Bucheon ni. Masuk lah sekejap tengok apa-apa yang patut..

Manhwa Museum..

Ada dua bangunan..

Admission fee untuk masuk ke Cartoon Museum ni ialah KRW5,000. Kami tak masuk pun. Just jalan-jalan kat area tempat yang free je. Menarik jugak lah tempat ni. Kebetulan time kami sampai ni, ada kerja-kerja pertukangan dilakukan. Mungkin ada festival or event yang akan diadakan kat sini dalam masa yang terdekat ni. 

Infinity Challenge & WGM..

Mural kat toilet..

Eeeeppp~!!

Put your hands up, put your hands up!

Kat luar bangunan..

Okies.. Itu je lah kot. Tak nak lama-lama kat sini sebab perjalanan masih lagi jauh. Kami mengambil keputusan untuk balik semula ke Seoul dan menuju ke Hongdae. Perut dah lapar mintak diisi!!

Tunggu lah bas kat depan cartoon museum tu. Sepatutnya tunggu kat bus stop kat seberang jalan untuk balik ke subway station. Tapi kami malas, sebab nampak route bus ni berpusing so kami decide nak duduk dalam bas je makan angin. Nanti last-last dia pergi jugak subway station tu.

TAPI HAMPEH. Sampai hujung dia berhenti dan suruh kami turun. Hahahahaha.. Dah buang masa kat situ. Makanya, kami bertukar bas dan balik lah ke Songnae Station.

Dari Songnae Station kami berdesup pergi ke Hongdae. Turun kat Hongik University lah. Kat sana kami nak pusing-pusing Hongdae, pergi skodeng Coffee Prince Cafe and Hello Kitty Cafe, Trick Eye Museum dan yang paling penting sekali kami nak pergi makan sup ikan cod! Aku dah diracun oleh JC ke sana. Dia kata pergilah kedai oppa dia. Ye lah JC aku pergi lah ni. Hehehe..


JC sakan makan..

Macam mana nak ke Restoran ni? Kat Hongdae Station, keluar ikut exit 1, jalan straight sampai jumpa simpang ke kanan, belok kanan then belok kiri lagi. Restoran tu ada kat belah kanan jalan. 

Luar dia camni..

Masuk lah kami ke dalam. Suasana agak best jugak lah. Bila ahjumma datang tanya nak makan apa kami terus blur. Hahahahaha.. Lupa nak tanya JC nama makanan tu hapa. Agaknye stress ahjumma tu tak dapat jawapan, dia terus ke dapur dan prepare apa-apa yang patut. Nasib baik betul makanan yang diprepare tu. 

Dalam kedai..

Lagi..

Nyam~!!

Senyap je lah kami makan. Tak bunyi apa pun. Dah tu ahjumma tu rajin pulak nak ajak borak. Mana yang kami paham, kami jawablah. Mana yang dia laju kemain cakap tu kami sengih je. Hehehe.. Dah tu dia tanya tak rindu kat parents ke? Aku dah rasa pelik dah. Kenapa nak rindu? Dia kata sebab dah tiga tahun dok sini. Aku nak tercekik kat situ jugak. Tiga tahun? Hah? Halamakkkk.. Instead of cakap baru tiga hari kat sini, kami tercakap dah tiga tahun. PUAHAHAHAHAHAHAHAHHA~!! Patut lah dia tanya rindu kat family ke tak. Wakakakakakak malu iols!

Dah tu dia dok membebel. "Dah tiga tahun dok sini takkan lah tak pandai nak cakap Korea" (translated). Dia suruh kami belajar bahasa Korea ni rajin-rajin supaya senang. Tak lah terkial-kial nak order kat kedai makan. Dah tu dia capai menu dan ajar kami sebut satu-satu nama makanan. PUAHAHAHAHAHHAHAHA.. AKU MALU!! Serius malu! Rasa nak sorok muka ni bawah meja. Makanya dengan pantas kami makan supaya boleh blah dari kedai tu cepat-cepat. Hahahaha.. 

Lega bila dapat keluar. Ya ampun. Aku takmo lah datang sini lagi. Hahahaha.. Aku akan datang bila dah pandai cakap Korea fluently. Tunggu ye ahjumma. :P

Next stop is Trick Eye Museum. Nama pun Trick kan, nak ke sini pun very tricky. Sebabnya dia bukan satu bangunan yang besar yang boleh nampak dari jauh. Museum ni kat bawah tanah! Makanya, kena bukak mata besar-besar untuk cari Trick Eye Museum ni. 

Signboard..

Macam gini je ye pintu masuk dia..

Macam scary je tempat ni. Kena turun tangga dua kali. Yolah kat level B2 kan. Boleh ye diorang buat dalam tanah muzium macam ni. 

Turun tangga..

Wah. Kat bawah tu kemain luas. Ada cafe lagi. Bagus diorang jimat space. Tak cukup atas tanah, kita buat bawah tanah pulak. So, pergi kat kaunter, beli lah tiket. Harga tiket ialah KRW15,000 seorang. Gigil lah kan membayarnya. Hahahaha..

Kaunter..

Cafe..

Ok. Mula lah sesi mengambil gambar dengan sengalnya. Belum apa-apa aku dah nampak statue orang berak siap dengan hasilnya lagi tu kat simen. Iyerkkk.. Aku pandang tempat lain, dan pandang balik, ada seorang budak kecik ni dah angkat "hasil" tu untuk dibuat main. Iyeewww gross! Boleh dialihkan? OMG. Lepas tu budak tu campak "hasil" tu masuk kolam kat sebelah statue tu. Puahahahahaha.. Sabo je lah aku.

Eepppp...

Banyak lukisan kat sini yang boleh mengtrick mata kita. Nampak real je dari jauh. Moh laa tepek gambo je. Tak semua gambar ditepek. Yang dirasakan senonoh je ni. Hahahahaha..

Syyy..

Ehh ko siapa?

Amik duit!!

Aku si mata duitan..

Simbah dia!

Eii shame shame..

Bawaku terbang ke awan..

Sakan makcik soping tau..

MAKCIK KAYOOOOOOOO!!

Lompat lagi..

Skodeng ye..

Melekek-lekek gelak dalam tu. Entah apa-apa jenis pose dah kami gayakan. Senak perut. Mau terkeluar balik ikan cod tadi. Dah habis berposing, kami join satu event kat kaunter beli tiket tadi. Main spin the wheel gitu. Dapat lah souvenir. Boleh lah daripada tak ada.

Next? Kita jalan-jalan ke Hongdae. Aku teringin kan nak masuk ke dalam universiti-universiti kat Korea ni. Hari tu dah pergi Ewha. Hari ni Hongik pulak. Kiri kanan nak ke Hongik ni kedai saja. Memang syiok betul. Stress belajar, pegi soping. Stress mengajar pi soping. Macam lah kat KK aku tak boleh buat kan. 1B kat sebelah je. Tapi tu nak kena naik kereta. Malassss.. Huhuhuhu..

Hongdae..

Padang Hongdae..

Lepak-lepak sebentar kat Hongdae ni. Konon-konon berangan jadi student sini lah. Muekekeke.. Perasan sungguh. Dah tu kami jalan-jalan pergi skodeng Coffee Prince Cafe. Kali ni aku dah ingat jalan dah. Tapi bila sampai sana tutup lah pulak. Ni tutup forever ke hapa ni? Dah macam rumah hantu dah aku tengok.  

So, empat tempat lah kita pergi kat Hongdae ni. Nak tau tempat-tempat tu kat mana, sila refer map bawah ni.

Peta Hongdae..

Hari dah nak malam. Kami menggedikkan diri untuk singgah Yeouido sebelum balik ke hostel. Sajo nak tengok DJ Sukira bertugas malam ni. Punya lah ramai orang yang menebeng kat lobby KBS tu. Dengar suara DJ je lah..

Skodeng DJ MinWook..

Dah tu kita skodeng budak comel kat H&G pulak. Hahahahaha.. Hari ni kemain dia senyum je. Mood baik lah tu. Kalau tak kejenya nak marah orang je. Hul..

Jongjin..

Oraito! Dah penat dah hari ni jalan punya jauh kan. Balik lah hostel balik. Besok masih ada untuk pergi meronggeng-ronggeng lagi..

2 comments :

Anonymous said...

Assalamualaikum kak.saya nak tanya berapa won oder makan kat kedai ikan kod tu? Terima kasih bagi arah jalan ke kedai.cari kat site lain tak jumpa

CikSengal said...

anonymous,
waalaikumsalam.. masa makan ni satu hidangan tu 6000 won per head..