Thursday, May 23, 2013

Transformers Kebabomm

Di pagi hening, tengah sibuk-sibuk nak pergi kerja, jalan macam biasa kat lane belah kanan, sekali kereta depan emergency break, terus KEBAAAAAAAABBBBBBBBBOOOMMM~!!

Selamat..

Marahnya aku.. Entah siapa yang cari pasal ni sebab depan aku ada 2 kereta yang ikut break. Tapi aku yang kat belakang sekali memang tak sempat, terus langgar. Kereta paling depan kata, kereta depan dia tiba-tiba break. So dia pun break. Tapi kereta depan dia dah tak ada dah. Dah jalan.

Nasib ler kan. Orang lain salah, aku yang jadi mangsa. Kejadah break kat lane laju pun aku tak tau. Menyusahkan orang betul. Dah ni menyusahkan orang lain pulak sebab sangkut kat tengah-tengah jalan. Yang kat belakang tu memang dah menyumpah seranah berbakul-bakul lah sebab jem.

Bye bye..

Claim insurans je lah jawabnya. 2 minggu jugak lah bakal carless. Mengharap simpati officemate tumpang pergi kerja. Ni kali kedua lah kiranya aku eksiden. Yang dulu, kereta terus kojol tak dapat diselamatkan langsung.. Sobs..

1 comments :

Aliah Nuqmans said...

Aisehh.. cian ko kak..
Bertabah la ye