Wednesday, 2nd May 2012
Kingston --> Glenorchy --> Queenstown
Sementara gigih, marilah menghapdet entri New Zealand ni. Dah hari ketujuh. Dah separuh dah perjalanan kami. Tengok peta pun dah separuh jugak lah (konon-konon) kami jelajah South Island ni. Kita teruskan perjalanan hari ni dari Kingston ke Queenstown. Tapi sebelum kita berkampung kat Queenstown, kita akan jalan-jalan mencari Paradise dulu. Ni salah satu tempat shooting LOTR lah ni. Kalau jumpa lah tempat tu...
P: Kingston, Q: Glenorchy, R: Queenstown.. 139km..
Sebelum gerak, marilah kita breakfast dulu. Breakfast hari ni special sangat. Fefeeling omputih gitu. Itu aje yang ada. Kalau dapat nasi lemak ni sedap jugak ni. Check out time kat Kingston Motel ni pukul 10 pagi. So, kami takdelah nak rushing sangat kot. Lepak-lepak, makan-makan, skodeng-skodeng.
Toast, baked beans, scramble eggs & mashed potato.. GUMUKSSS!!
Cantik jugak sebenarnya surrounding kat Kingston Motel ni. Tak ramai yang berkampung kat sini rupanya. Cuma kami dan makcik yang kami jumpa malam tadi tu. Dapur ni pun kami buat dapur sendiri. Sampaikan bau hangit kami kerjakan microwave. Hahahaha.. Oopsss.. Gigih mengipas nak hilangkan bau. Sebelum makcik semalam dan kawannya masuk, baik kita lari dulu. :P
Ni dah terang ni, nampak sikit lah kalau nak ambik gambor sekitar motel ni. Meh tepek sikit..
Dapur dari jauh..
Pintu Dapur..
Dapur..
Dining..
Bilik laundry dia kat belakang dapur. Nak basuh baju kena charge NZD3.00 sekali basuh. Kongsi-kongsi je. Jadinya takde lah mahal sangat.
Laundry kat sini..
Mesin basuh & dryer..
Bilik TV ke ni.. Lupa dah..
Jiran jauh..
Tempat buang sisa..
Toilet & Shower..
Sinki..
Dah! Facilities yang ada kat sini memuaskan hati jugak lah. Bersih dan teratur gitu. Boleh datang lagi ke sini kalau ada rezeki lagi datang South Island. ^__^
Charging kejap sebelum jalan..
Bye bye Kingston!
Ok start jalan. Dari Kingston kami menuju ke utara. Perjalanan dari Kingston ke Queenstown takdelah jauh mana. Dalam 48km je. Tapi sebelum kita betul-betul lepak dan bermalam kat Queenstown, kita akan pergi jalan-jalan dulu. Geng-geng nak menjelajah cari Paradise. Shooting location for LOTR. Katanya ke atas sikit. Memang akan lalu Queenstown jugak lah nanti.
Stop sekejap kat Frankton. Isi minyak. Agak mahal jugak lah minyak kat sini. Jauh dari bandar kan. Kat Queenstown nanti entah berapa entah harganya. Tengah tunggu isi minyak tu ternampak lah pulak Thai restaurant. Aduhaii.. Terbayang tomyam. Demnn..
NZD2.24 per litre..
Pemandangan dari stesen minyak Frankton..
U'uhhh..
Tak sampai 10 minit perjalan dari Frankton, sampai lah kami kat Queenstown. Lalu je. Tengok-tengok apa yang ada dulu. Agak meriah jugak tempat ni. Ramai orang. Rasa pelik pulak aku sebab sebelum ni nampak kambing je kan. Bila nampak ramai orang macam ni tiba-tiba aku rasa sebak dan seronok. Poyoss sangat.
Nanti kita datang balik ye!
Owhh ada mall..
Pekan Queenstown kami tinggalkan buat seketika dan terus menuju ke arah Paradise. Macam mana lah rupa bentuk Paradise ni ye? Almaklumlah tak pernah tengok LOTR. Sangat ignorant aku ni. Kawan-kawan yang lain dah excited dah ni nak berangan jadi hobbit bagai. Aku pulak jenis takde perasaan. Lain lah kata tempat tu tempat pengambaran Winter Sonata ke, Rooftop Prince ke. Hahahahahahhaa.. BIAS SANGAT.
Kami menyusuri jalan bersebelahan dengan Lake Wakatipu. Pemandangan memang cantik. Mula-mula cuaca agak panas, matahari agak terik. Dah tu, cloudy pulak. Ala-ala misteri gitu kekdahnya. Tapi best lah. Tenang dan nyaman je sepanjang perjalanan.
Mana ntah ni..
Lake Wakatipu..
more..
Cloudy and mysterious..
Nice..
Kami melintasi pekan kecik Glenorchy. Cantik tempat ni. Nanti baliknya boleh singgah. Apa pun kita ke Paradise dulu. Now... Aku yang tak tau apa-apa ni menonong je lah, ikut je. Cuma perjalanan ke Paradise ni agak kekonpiusan sikit. Dengan maklumat yang sikit, dan tak ada internet connection some more, memang susah. Jalan punya jalan punya jalan tak jumpa pun apa yang diorang katakan Paradise tu. Hurmm.. Salah jalan kot dah ni. Patah lah balik. Bila dah patah balik, baru nampak ada simpang ke kanan. Lorrr.. Kenapa tak nampak simpang ni tadi? Jeng jeng jeng....
Tapi kami tak nak ambik risiko. Takut perjalanan ke Paradise masih jauh. Nak-nak sebab dah sesat barat macam ni, tangki minyak yang baru je isi tadi dah boleh tahan tinggal separuh. Nak balik semula ke Queenstown jauh lagi. Makanya, kami mengambil keputusan untuk balik je lah. Tak ada rezeki nak pergi Paradise.
Sesat barat...
Mbekkk.. Mana kau?? Stress!!
On the way balik ke Queenstown, kami singgah Glenorchy sekejap. Cantik tempat ni, ada background gunung dengan salji, ada tasik. Best kalau nak ambik gambar. Angin pulak sepoi-sepoi bahasa bagai. Sejuk pun ye. Tak pasal-pasal aku turun van bawak selimut.
Welkam!!
Tempat ni kecik je. Ada satu stesen minyak yang tecit dan ada beberapa biji kedai. Rumah pulak tak lebih 30 biji tak? Satu kampung mesti kenal each other ni.
Singgah sini..
Gunung..
Tasik..
Cak!!
Hoyeh hoyeh!!
Sakan ambik gambar kat tepi tasik ni. Dah puas ambik gambar, kami pegi isi minyak buat cukup syarat sebelum balik ke Queenstown. Sambil-sambil tu nampak ada ramai orang kat belakang cafe yang ada kat depan stesen minyak tu. Ada bahagian yang ditutup. No entry katanya. Bila belek-belek, telek-telek rupanya ada pengambaran tengah dijalankan. Tak tau lah drama ke filem ke apa ke. Maybe local production kot. Kalau international, maunya meroyan tak cukup tanah kalau nampak superstar. Hehehe..
Filming in progress..
Isi minyak!
Dah pueh tangkap gambar kami gerak ke Queenstown. Layan blues dalam van tengok pemandangan. Tapi gitu-gitu lah sebab aku yang driving. Tak boleh nak enjoy sangat. Dah sampai Queenstown, berpusing kami cari parking. Semua tempat penuh! Tapi last-last tu jumpa jugak lah. Cuma time frame nya boleh parking setengah jam je kat situ. Hahahah.. Apa lagi. Macam palesit lah buat apa-apa yang patut.
Jalan-jalan skodeng tempat, cucuk duit kat bank, survey AJ Hackett punya bungy jumping, ambik gambar sana sini, then bam! 30 minit dah habis. Aku dan K Abid balik semula ke van sementara K Awa and Nott sambung mengskodeng mencari info. Merewang-rewang lah kami naik van tu tanpa hala tuju sebab nak bazirkan masa tunggu K Awa and Nott siap cari info.
Sekitar Queenstown..
Eii ada kebab halal!
Lepak-lepak..
Skodeng-skodeng..
Kami pusing-pusing cari stesen minyak jugak kat Queenstown ni tapi tak jumpa. Rupanya kena keluar sikit dari bandar Queenstown. Takde lah jauh sangat sampai ke Frankton sana. Isi siap-siap bagi penuh gitu untuk stok esok hari.
Next, kita pergi check in dulu. Cari tempat titon. Aku tak pasti lah ada banyak tempat titon campervan atau tak kat Queenstown ni, tapi tempat yang kami terjah ialah Queenstown Lakeview Holiday Park. Harganya boleh tahan mahal jugak ni. Tapi belasah je lah. Lagi pulak lokasi dia agak strategik jugak lah dan berdekatan dengan tempat aktiviti kami seterusnya.
Ini dia..
Reception Building..
Aku sekadar tunggu dalam van je. Malas betul nak turun. Biarkan kakak-kakak tu settlekan tempat tido kami malam ni. Dah puas aku duduk, dah macam-macam pesen dan aksi dah aku buat dalam van tu tapi kakak-kakak tu tak balik-balik. Apo lah masalahnya ya. Nak tak nak, aku keluar jugak lah tengok apa problemnye. Padahal tak ada pape pun. Cuma tunggu turn nak check in je. Cehh..
Lobby..
Kaunter..
Orang yang jaga kaunter tu orang Filipina ko.. Bukan local. Tapi kalau filipina pun macam lah ko boleh cakap melayu dengan dia. Hahaha.. Pangako sayo betul..
Lepas check in bagai, parking, kami pun freshen up lah sikit-sikit sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Nak pergi tengok Kiwi Haka Show. Show ni letaknya nuuuuuuuuuuunnn kat atas bukit. Nak ke sana kenalah naik gondola gitu. Cable car lah senang cerita kan. Sebelum ke sana, kita skodeng-skodeng dulu sekitar holiday park ni.
Ini hotel kot..
Fail sangat CikSengal parking..
Jiran-jiran yang lain..
Toilet with passcode.. Nak berak pun kena pakai password..
Sinki..
Shower..
TV Room..
Masa kami skodeng-skodeng ni, kami berjumpa dengan Malaysian couple with baby. Gigih berjalan bertiga. Naik caravan you know. Bukan campervan macam kami ni. Yang husband dia ala-ala kerek gitu. Dah banyak kali datang NZ ni gamaknya. Dok bercerita dia buat ni dia buat tu, dah tu bila ditanya lebih lanjut, katanya alahhh tak ingatlah sebab dah lama. Eii.. Rasa nak sepuk je. Dah tu memperlekehkan campervan kami. Dia kata van kami apa keless.. Tengoklah van dia lagi best ada toilet bagai kat dalam tu. Oii cik abang.. Entah cik abang ke cik adik ni. Kami ni pagai van mengikut kemampuan kami. Nak naik caravan macam ko tu kami tak mampu. Tak heran lah ada toilet ke, microwave oven ke kat dalam tu. Kalau ada toilet pun tak kuasa kami nak pakai. Sebab nak kena bersihkan lagi pastu. Baik pakai public toilet. Lagi selesa. Tskkk..
Dah hilang hangen, kami pun menapak ke stesen gondola. Tak jauh mana. Jalan kaki dalam 5-10 minit dari holiday park ni. Sangat-sangat lah strategik. Tak payah nak pikir pasal parking.
Ini roundabout ya..
Menapak bukan calang-calang menapak. Kena mendaki bukit lagi. Exercise sikit. Asyik duduk dalam van je kan. On the way, nampak lah satu tempay ni namanya Caddy Shack. K Awa kata Aizat pernah datang tempat ni pastu masuk dalam tv. Entah rancangan apa entah. Aku ni dah lama tak tengok tv Malaysia. Balik-balik KBS World je. Huhuhuhu..
Caddy Shack..
Kat sebelah shack tu ada Kiwi Birdlife Park. Siapa-siapa yang minat burung boleh lah jalan-jalan kat sini. Satu area je ni. Caddy Shack, Birdlife Park & Stesen Gondola Skyline.
Ada diskaun!!
Stesen gondola..
Alright! Dah habis posing ambik gambar, kami terus menuju ke kaunter membeli ticket. Kami ambik pakej Gondola + Kiwi Haka. Makanya harga tiket ialah NZD59. Yauzaaahhh mahal! Hahahah.. Gasak lah kan. Kiwi Haka Show ni, dalam sehari cuma ada 4 kali je. Kami ambik sesi pukul 6. Sempat lagi nak merewang-rewang ke tempat lain dulu sebelum tengok show.
Harga dia...
Pakcik yang jaga kaunter tiket tu sangat friendly. Siap tanya kami dari mana. Bila dengar je Malaysia terus dia cakap "Wow! Truly Asia". Oklah. Terbangak sekejap lah kami kat situ. "How did you know?", kami tanya. Dia gelak.. "I watch TV too you know", jawabnya. PUAHAHAHAHA.. Malu iols. Ko hengat iklan truly asia tu ada kat Malaysia je? Hari tu pergi Seoul pun ada terpampang iklan ni kat tv Incheon Airport.
Our tickets!!
Naik lah kami ke atas pakai gondola. Saspen pun ada lah jugak sebab dok bergegar-gegar. Tak tau nak explain macam mana. Nak kata macam naik cable car Langkawi pun aku tak boleh nak cakap sebab aku tak pernah naik cable car Langkawi tu. Cop... Langkawi pun, last aku pergi pun almost 30 years ago. Puahahahahahha!!
Up up up!!
Selamat datang katanya..
Tak lama mana lah naik gondola ni. Tak sampai 5 minit kot. Meriah jugak kat atas ni. Dah sampai tu, kami terus ke observation deck. Boleh lah tengok Queenstown dari atas. Memang best.
Bahagian kanan..
Bahagian kiri..
Holiday park. Nampak tak JUCY kami? Heheheh..
Selain nak tengok Kiwi Haka kat atas ni, ada aktiviti-aktiviti lain jugak yang boleh dibuat. Ada AJ Hackett punya bungy jumping, ada paragliding, ada luge. Macam-macam lah.
Bungy jumping..
Luge station..
Last kopek sebelum masuk.. CANTIK KAN??
Dah habis mengskodeng kat luar, kami mengskodeng kat dalam pulak. Singgah sekejap kat souvenir shop. Macam-macam ada jual kat sini. Beli lah apa-apa yang patut. Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli. Aku pun pandang-pandang je lah. Sebab kebanyakan souvenir aku dah beli kat Dunedin. Takde nak beli apa dah lah kot.
Sementara tunggu yang lain shopping, aku duduk lepak-lepak kat luar kedai. Nampak a family from Malaysia. Ramah makcik ni menegur. Tanya dari mana, berapa orang. Bila dapat tau kami cenonet-cenonet ni jalan berempat bawak campervan, terkejut gila dia. Biar betul awak ni? Tanyanya. Hahahaha.. Ye lah makcik. Berani betul ye. Katanya lagi. Dah tu husband dia mencelah. Tengok, budak-budak ni boleh buat, takkan kita tak boleh buat. Dah tu pakcik tu pun bukak lah cerita, yang bini dia ni banyak nau rasa takut-takut nak jalan kat NZ ni. Hehehe.. Kami kata nak berani sangat tu takdelah berani mana pun. Tapi bila ada 4 orang macam ni, rasa confident tu ada. Family ni jalan-jalan berempat. Dengan anak lelaki dua orang. Sewa kereta dan tidur kat bilik hotel/holiday park. Mahal wooo buat cenggitu. Kami pun berceritalah dari aktiviti jalan-jalan sampai lah ke botol air mineral. "Penting tau botol air ni!", kata makcik tu. Hahahaha.. Kami sokong sangat-sangat! By the way, anak makcik tu hemsemmm.. Kahkahkahkah..
Ok, then it's time! Berkumpul lah kami kat depan auditorium untuk Haka Show tu. Tak menyempat-nyempat, terkejut aku nampak 3 orang "gergasi" datang ke depan. Wohh!! Gergasi lah sebab besor sangat kalau nak compare dengan aku. Sereemmmm..
Opening cermony..
Dah tu, a lady came out. Bagi briefing show ni tentang hapa, do's and don'ts sepanjang show berjalan dan lain-lain lagi.
Briefing session..
Susunan program..
Ada 8 persembahan semuanya. Aku enjoyed jugak lah, sebab benda baru kan. Tak pernah tengok. Menarik jugak performance diorang ni. Ada tarian, nyanyian dan jugak interaksi dengan penonton. Diorang main tarik je penonton yang ada kat dalam auditorium tu. Kami dah saspen. Nasib baik dia tak tarik kami. Hehehehe.. Overall, sangat best! Cuma kadang-kadang tu aku seram jugak lah bila mata performer tu semua terbeliak terbelalak macam tu. Dah tu tunjuk lidah. Eii.. Seriau aku. Time nyanyi pun, mulut senyum, tapi mata terbeliak. Huwaaaa.. Takut. Tapi tu culture diorang kan. Kita tak boleh nak cakap apa lah.
Warggghhh!!
Menyanyi dan menari..
Dah habis tu, ada sesi bergambar pulak. Apa lagi. Berposing lah. Tapi muka masing-masing... Hahahahahahhaha..
Ackk!!
Dah gelap dah pun masa kami keluar dari show tu. Dah takde nak buat apa dah, so balik terus lah ke holiday park. Freshen up, mandi-mandi, solat apa-apa yang patut dah tu kita melantak!! Terus ke dapur dan masak-masak. Dapur dia agak besar dan selesa. Memang kaw-kaw best.
Tempat makan..
Dapur..
Simple menu je malam ni. Nasi putih, sayur campur, sup telur dan salmon goreng. Dessert pulak, buah peach. Hehehe.. Makan lah kami dengan enaknya. Mat saleh kat hujung tu jeling je. Family cina kat sebelah kami pun sama. Jeling. Tapi mereka ni bisingnya ya amat. Satu dewan makan, satu dapur tu boleh dengar diorang berborak.
Lauk kami!
Dah kenyang, balik van dan tido ler. Penat dah meronggeng kan hari ni. Till next day!
Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):-
Minyak Petrol = NZD36.00
Holiday Park = NZD22.00
Gondola + Kiwi Haka = NZD59.00
Total: NZD117.00
2 comments :
Salam...very nice blog cik adik....
Saya minta kebenaran guna image ticket gondola dan Bombay House untuk rujukkan harga makanan........
w'salam. thanks.
ok. boleh je. :D
Post a Comment