Tuesday 29th May 2012
Hari ke-5 meronggeng. Tema jalan-jalan untuk hari ini ialah tema budak micky mouse senget yang bernama Micky Yoochun itu. Sebabnya hari ni nak pergi ke tempat-tempat yang ada kaitan dengan drama-drama lakonan Yoochun - Sungkyunkwan Scandal & Rooftop Prince. So, destinasi utama hari ni ialah Sungkyunkwan University & Ihwa-dong Art Project.
Kedua-dua tempat ni berdekatan je. Within walking distance jugak lah. So nak ke sana, kita naik subway train line #4 dan turun di stesen Hyehwa. Nak ke Sungkyunkwan University (SKKU), keluar ikut exit no 4, dan jalan lah selama 20 minit menghala ke barat. Ha.. Cari lah sendiri arah barat tu kat belah mana. Hehehe.. Kat website tulis jalan kaki 10 minit je. Tapi 10 minit tu Korean style. Kalau Malaysian style, 20 minit hingga setengah jam. :P Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik shuttle bus. Sila tunggu kat exit no 1 Hyehwa Station tu. Tapi apa barang lah kan naik bas. Tak challenging sungguh.
Hyehwa Station Exit 4
Sepanjang-panjang jalan ke SKKU, terdapat deretan kedai di kiri dan kanan jalan. Pemandangan yang sama jugak lah kat mana-mana kawasan universiti yang ada kat Korea ni. Lepas stress belajar, pegi shopping. Tak pun cuci mata tengok barang. Pagi ni banyak kedai tak bukak lagi. Masih awal kot kami ni keluar meronggeng.
To SKKU..
Eiihh Khun..
Omakk kau!!
Dah 20 minit berjalan tu sampai lah kami kat main entrance. Sangat menarik. Orang awam keluar masuk, bas keluar masuk, teksi apa lagi. Guard ada kat tepi tu tapi buat bodoh je. Tak macam kat universiti tempat kita. Asyik kena tahan je. Aku yang staf pun kadang-kadang kena tahan jugak. Hurhh...
Pintu Masuk..
Lambang Sungkyunkwan..
Sebenornye idokler SKKU ni digunakan sebagai tempat pengambaran SKKS tu. Tapi aku ni nak lah jugak tengok kan, macam mana rupa bentuk SKKU ni. Mana taknya. Sejak zaman Joseon lagi kan dah ada. Masih guna bangunan dolu-dolu kah. Ada bangunan baru yang moden kah. Profesor-profesornya pakai baju kaler putih topi hitam kah. Banyak persoalan ni. Chewahh..
Campus Information..
Yep! Campur-campur. Ada lagi bangunan lama dan ada jugak bangunan moden. Skodeng-skodeng lah. Agak besar jugak kawasan Sungkyunkwan ni. Tak mampu lah nak masuk sampai ke dalam. Jalan-jalan kat sekitar main entrance je.
Jalan masuk..
Bangunan baru dan lama..
Cerita sikit lah ye pasal SKKU ni. Established in year 1398 dengan nama Sungkyunkwan. Ajaran yang diajar kat sini ialah yang berkaitan dengan ajaran Confucius. Tengok je lah cerita SKKS tu. Sama lah tu lebih kurang. Cuma pada tahun 1946, Sungkyunkwan ni diangkat menjadi universiti. SKKU ni ada dua kampus. Satu kat Seoul, kampus yang ni lah dan satu lagi kat Suwon. Kat Seoul ni more to Humanity dan kat Suwon more to Natural Science. Aku kalau nak masuk universiti ni kenalah masuk kampus Suwon. Wah berangan gitu.
Nasib baik bangunan asal Sungkyunkwan ni dekat area main entrance je. Tak payah nak jalan jauh-jauh. Memang menarik lah tempat ni. Kita jalan-jalan lah cuci mata.
Pintu masuk ke bangunan asal..
Tadaaa...
Ni dah beratus tahun kot pokok ni..
Bilik tidur bahagian barat..
Bilik dia kecik je! Muat seorang je.. Dalam SKKS punyalah besar..
BANGOONNNNN~!!
Kelas?
Peta kawasan asal Sungkyunkwan..
Puas hati dapat jejakkan kaki kat Sungkyunkwan ni. Kat Malaysia ada tak pusat pengajian zaman tok nenek dulu yang masih preserve rekabentuk zaman dolu-dolu? Macam tak ada kan? Huhuhuhu..
Oklah. Dah habis skodeng, marilah kita bergerak ke destinasi seterusnya. Tengah jalan-jalan tu sekali.......
WOH!!
Ternganga aku. So, memang ada lah tenaga pengajar SKKU tu yang pakai baju camni. Terbaik lah! Rezeki aku nampaknya dapat jumpa seorang kat sini. Tiba-tiba rasa out of place gitu. Lain macam je sebab orang tu pakai baju zaman dulu-dulu di zaman moden ni.
Jalan punya jalan, sampai lah balik ke Hyehwa Station tadi. So, kami jalan terus menghala ke Dongdaemun Station untuk ke destinasi seterusnya iaitu Ihwadong Art Project. Ihwadong ni agak glamer jugak lah sebab satu ketika dulu, pernah masuk dalam 1 Night 2 Days. Lee Seunggi pernah ambik gambar dengan lukisan sayap kat dinding kawasan perumahan Ihwadong ni. Dah tu, drama Rooftop Prince pun ada jadikan tempat ni salah satu lokasi pengambarannya. Part prince sengal tu pergi dating dengan Park Ha.
Untuk ke sana kami menyusuri Daehangno. Nama pun Daehangno kan. Memang kawasan universiti ni. Sepanjang-panjang jalan ni aku kira ada 3 kot universiti. Semuanya bersebelahan. Tak payah gaduh-gaduh.
Daehangno..
Some decos..
Kamben!
Seoul National University..
Spital..
Nice place..
Truly Asia..
More univ..
Aippp.. Tengah-tengah jalan ko..
Dah sampai kat destinasi sepatutnya, aku jadi blank. Kalau ikut instruction, betul lah ni. Tapi kenapa macam salah je. Jalan je lah. Mengikut bacaan, kita akan lalu jalan berbukit. Jalan pun terbongkok-bongkok. Betul lah kot ni kan. Baru jalan sikit dah penat. Singgah kedai kejap beli aiskrim. Hehehe..
Naik bukit..
Aiskrim ni sangat sedap!
Tengah jalan naik bukit tu, aku toleh ke belakang. Aku nampak lukisan kat bawah ni. Soheh lah. Betul lah tempatnya ni. Maka nya, mari terus naik ke atas bukit ni.
Lukisan..
Lukisan tu gambar orang dan mesin jahit. Katanya dulu-dulu, kawasan ni kawasan tukang jahit cari makan. Ada banyak kedai menjahit kot kat sini. Tapi ni aku macam tak nampak lah pulak.
Peta laluan Ihwadong..
Banyak sculpture, lukisan dan mural yang menarik ada kat kawasan Ihwadong ni. Aku pun sakan lah berposing dan bergambar kat sini. Bagus juga ya diorang buat benda-benda macam ni. Cuma masalahnya, ni kawasan perumahan. Ada orang tinggal. Sejak keluar kat 1 Night 2 Days (link), ramai yang datang ke sini. Lepas tu buat bising, ganggu ketenteraman awam. Tu sebabnya lukisan sayap tu dah kena padam. Takde sape dah boleh ambik gambar kat situ.
So tepek gambar je lah ye?
One of the project..
Jalan going down..
Lukisan kat dinding..
Naik bukit macam siput..
Avengers?
Jalan punya jalan jumpa lah signboard ke Naksan Park. Ni dah boleh jumpa fortress wall dah kat sini. Jalan punya jalan punya jalan lagi, jumpa lah tangga bertuah ni. Sengih je lah kan bila jumpa. Posing sakan ler jawabnye sebab Yoochun pun ada ambik gambar kat sini. Harharhar..
Naksan Park..
Tangga tu..........
Close up!
Annyeong~!!
Kami berjalan menaiki tangga tu. Sampai atas, nampak dah fortress wall. Lepak-lepak kejap kat situ sebab semput naik bukit naik tangga bagai. Tenang je kawasan ni. Macam tak ada orang.
Fortress Wall..
Pemandangan..
Then, nak pergi kat tempat satu lagi. Gigih bukak internet bagai cari maklumat, tapi tak jumpa lah pulak macam mana nak ke sana. Jalan je lah ikut instinct. Last-last jumpa jugak. ^______^
A man and a dog..
Ngeeeeeeeeee..
More sculpture..
Lagi..
Dan lagi..
More..
Lagi dan lagi..
Lagi lagi..
Kirin!
Tumfuk-tumfuk...
Tinggi ni..
Meriah!
Kucing siapa ni
Eeepp..
Kalau ikut bacaan kat internet, datang ikut Hyehwa Station, balik ikut Dongdaemun Station. Tapi entah macam mana, kami tembus balik kat Hyehwa Station. Kekeke.. Dah tak larat nak jalan, kami naik je train ke Dongdaemun Station untuk lunch. Lunch ikan bakar ler, mana lagi. Gigih melantak. Wargghhh rindu nak makan ikan bakar!
Nomnomnom..
Dah kenyang, kami ke aktiviti seterusnya. Klik sini --> Catch Me If You Can Musical.
Dah habis layan musical, kami balik semula ke hostel untuk rehat-rehat. Then, meronggeng ke Yeouido. Katanya malam ni dak-dak Infinite jadi guest kat SUKIRA. Apa lagi. Cuci mata lah.
Sebelum pergi KBS, kami singgah sekejap kat H&G. Konon-konon nak skodeng Jongjin lah ni. Kot-kot kalau ada lah kan. Hehehe.. Kalau ada, boleh pass hadiah kat dia. Kalau dia takde, mak dia pun jadi lah. Bapak dia ke. Siapa-siapa je yang boleh terima hadiah tu. Dah sampai-sampai tu, kedai agak lengang. Wahhh.. Magic betul lah. Selalunya penuh sampai takde tempat duduk.
Dari jauh dah nampak omonim kat kaunter. Jongjin tak nampak lah pulak. Bila omonim nampak je aku masuk, terus dia kebelakang, tarik Jongjin keluar and cakap "yeongeo.. yeongeo.." Maksudnya "english, english" ler. Hahahah.. Comel sungguh lah omonim ni. Jongjin tak menyempat nak sarung apron dah kena tolak ke kaunter. Memang muka terpaksa giler. Tak pasal-pasal Jongjin terpaksa ambik order kami. Hahaha.. Suka aku! Dah lah comel gila. Suara dia pun. Haiyohh.. Sangat lah sedap didengar. Huwahuwahuwa..
Disebabkan tak ramai orang lah kan, dia yang ambik order, dia yang buat order dan dia yang serve pada kami. Hulalalalala.. Sengih sampai ke telinga kami ni. Masa ambik minuman yang dah siap tu, kami ambik kesempatan pass hadiah kat dia. Wah, kemain suka dia. Senyum sampai ke telinga. Tak putus-putus cakap thank you, thank you sambil senyum. Mood dia sangat baik hari ni. Noona pun sangat gumbira tak terkata. Menggigil-gigil keluar dari H&G dan jalan pun tunggang langgang tak betul menghala ke KBS. Hahahahahhaa..
Sampai KBS, bajet nak tunggu kat lobby, alih-alih tengok dak-dak Infinite tu dah ada kat dalam konti. Konpom ni ikut pintu sebelah sana. So, kami terus keluar. Punya lah ramai orang siap bangku bagai, dengan lense yang gedabak, siap tripod bagai. Memang meriah lah. Kami nak ambik gambar pun tak dapat. Terpaksalah meminta ihsan orang yang memanjat tu mintak tolong snapkan sekepeing dua gambar. Jadi lah..
Aku fail nama budak-budak ni..
More..
4 comments :
GH sye ritu dkt je dgn SKKU. tp xmsuk pn uni tu pasai busy nk jln luar je. hohoo. xsngke lak dlm uni tu cmtu ye. ohsem jugk.
btw kak, cmne nk taw guest2 SUKIRA yg dtg tyme tu eh ? tgk mne ?
tak sure nak tengok senarai guest kat mana.. biasanya dapat tau kalau ikut fanbase.. diorang selalunya akan update schedule retis2 ni..
Kalau mau pi kawasan mural tu, turun di Hyehwa Station jak kan. Aku ke sana minggu depan, belum pernah lagi menapak sampai Naksan Park ni. Plus memang plan mau pi area mural ni.
p/s Baru nampak hidung si L, sudah aku rasa mau pengsan!
bibie,
yes. turun hyehwa station dan jalan menghala ke naksan park.. tak lah susah mana pun sebab ada signboard.. selamat balik seoul!
Post a Comment