Monday, February 18, 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad

Soalan: Siapa pernah pergi tengok konsert pakai telekung? 
Jawapan: .......................... *facepalm*


Alkisahnya lah kan, konsert yang aku pergi ni ialah konsert abang pojaan hati gitu. Dah lama minat. Dah lama suka. Dah lama jatuh chenta. Chenta yang tak kesampaian gitu. First crush pun ye. Haha.. Mengada-ngada sungguh. Dia lah cik abe Anuar Zain. Bila dapat berita je Anuar Zain nak buat konsert, terus excited tak ingat. Mesti pergi! Mesti dapatkan tiket! Kalau dah minat sangat mesti sampai beli tiket VVVVVVVVVIP lah kan? Tapi malangnya aku beli tiket yang paling murah. Masa promotion pulak tu. Kuikuikuik.. Tak ada bajet dah sebenarnya aku ni. Beli tiket murah je lah. Tiket flight pulak, redeem enrich points. Nasib baik cukup. 

Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari...

Dah 30 tahun dah abe Nuar menyanyi. Dah umur aku dah. Hahahah perasan sungguh. Kali terakhir aku tengok abe Nuar perform depan mata tahun 2008 dulu kat KK. Gigih pergi tengok sebab buat kat dalam kampus kan. Dah pernah merasa sekali, haruslah nak kena pergi lagi.

Aku pergi konsert ni dengan geng KPop tau. Siapa kata kami tak sokong artis tempatan? Kami sokong! Tapi sokong yang senonoh je lah. Yang tak senonoh yang suka gaduh sana sini, tarik rambut, baling kasut, kena tipu datuk, dengki kat artis lain, gaduh dengan mak, posing kat swimming fool, cari publisiti murahan, etc. etc. kami tak layan. Buang karan je. Selagi aku tak dengar cerita tak senonoh tentang satu-satu artis tu, aku akan terus sokong.

So, aku dan Mulan pergi ke venue untuk ambil tiket. Ambik siap-siap, nanti tak ada lah kelam kabut sangat. Rupa-rupanya, masih banyak lagi tiket available. Ramai jugak yang beli on the spot. Dah lepas ambik tiket, kami balik ke hotel dan lepak-lepak. Keluar balik ke stadium lebih kurang pukul 6 petang.

Ngeee~!!

Tiket!

Setibanya kat perkarangan stadium, kami pergi melantak dulu. Lantak yang ringan-ringan je, beli kat gerai-gerai yang ada sekitar stadium tu. Lepak-lepak makan bawah khemah. Cuaca dah mula sendu. Jangan lah hujan. Jangan lah hujan. Tapi hujan jugak. Semakin lama semakin lebat. Ya ampun. Sabar je lah. Tunggu je kat bawah khemh sampai hujan reda.

Hujan tak reda-reda. Dah habis solat Maghrib kat surau tepi khemah tu pun, hujan masih tak berhenti-henti. Masih lebat. Dah dekat 8.15 dah. Kedekut sangat nak keluarkan duit beli baju hujan RM5 kan, kami main redah je hujan tu. Mencicit-cicit lari. Selamat lah, memang basah kuyup lencun. Bertabah je lah. Kami pun masuk ke dalam stadium. Tiket murah, haruslah duduk jauh-jauh kat tingkat atas. Nak naik ke tingkat atas ni pun, tangganya, laluannya tak berlampu. GELAP GULITA. Aihh pengurusan stadium ni tak buat kerja ke. Marah jugak lah masa ni.

Ni nak nampak hapa ni...

Now comes the horror part. Kami ni dah lah lencun. Entah macam mana lah, ditakdirkan kami ni duduk betul-betul kat bawah blower. HAZABEDAH SUNGGUH! T______T Angin yang keluar dari blower tu yang meniup kami dengan kaw-kawnya tu dah macam angin aircond dah sejuknya. Dengan kami yang basah kuyup ni lagi. Tak semena-mena aku menggigil. Seriously. Macam mana lah aku nak survive throughout the concert. Korek-korek beg, nak cari something buat selimut. Tapi tak ada. Sweater pun tak bawak. Apa yang aku bawak? Telekung.............. So? Hehehehhehee... Now you get it right? That's how it happened. Le sobsss..

Sepanjang-panjang konsert, aku berselubung dengan telekung. Bukan aku aje. Geng-geng KPop ku yang lain pun sama. Hahahaha.. Senget masing-masing. Tapi not to the extent sampai sarung terus ke badan lah. Kalau sarung terus, mau terkejut orang-orang kat sekitar aku tu. At least selubung macam ni, aku dah tak menggigil dah. Sambil selubung sambil hayun lightstick. Ko hado? Lightstick SuJu jugak yang aku pakai. Mulan pulak hayun lightstick 2PM. Geng kat depan sana pulak hayun lightstick Shinhwa. Hahahahaha.. Abang Nuar.. Sila create warna lightstick untuk konsert anda..

Yosh. Banyak jugak lagu yang abe Nuar nyanyi. Lebih kurang 25 lagu jugak lah. Tak terkira. Aku enjoy je dengar dia nyanyi. Malas nak ambik gambar or video bagai. Layan kan je lah. Mana lagu-lagu yang aku tau, aku ikut nyanyi sekali. Syok betul. Abe Nuar pandai berinteraksi dengan peminat. Ada je celotehnya. Masa performance Ajari Aku, Nora Danish buat kejutan selambak naik atas pentas pakai dress ropol-ropol. Haiyohhh.. Ada kiss kiss hand pulak dah. Kawen je lah dengan Nora Danish, abe Nuar oiii.. Selain tu, highlight konsert ni ialah tayangan khas MV Sempurnakan Aku. MV ni sambungan dari MV Ajari Aku. TERNGANGA aku tengok MV ni sebab.......... Korang tunggu je lah bila MV ni keluar nanti.

Aku cuma ambik video bila dah encore. Dua ketul je. Asal ada lah kan..


Lelaki Ini..

Dah tu, abe Nuar kata boleh request lagu dari dia. Penonton dah bising-bising. Entah macam mana, lagu raya yang dia pergi nyanyi. Belasah je lah abe Nuar oii.. Dah nak raya jugak kan. Raya Cina. Kekeke..


Suasana Hari Raya..

Last but not least, Sedetik Lebih. Bila direquest, sakan abe Nuar menjawab dia tak prepare langsung untuk lagu ni. Saja je tau. One of my favourite songs ni. Gigih aku duduk senyap-senyap, tak nyanyi sama-sama sebab nak record video. Suara yang kedengaran tu ialah suara geng KPop aku. Heheheheh..


Sedetik Lebih..

Habis! Aku sangat enjoy. Memang best dapat dengar abe Nuar nyanyi live. Tahun depan buat lagi ye abe Nuar. Saya pasti datang.. ^____________^

2 comments :

Ina said...

ada tak orang belakang cakap cik yatt and the geng salah masuk konset sebab berselimut dengan telekung! hehe abg nuar crush time dolu2 eeh...

CikSengal said...

dah start konsert baru pakai kekdahnye.. hehehe..