Thursday, February 7, 2013

EcoCampus

Tu dia.. Kampus kami dah dikenali sebagai EcoCampus pulak dah. So let's go green people! Kisahnya, hari ni ada perasmian EcoCampus ni. Beramai-ramai lah kami turun ke ODeC. Kemain Cik Temah oii.. Hari ni hari Khamis gitu kan. Ada perasmian lagi kan. Melibatkan menteri some more kan. Haruslah makcik pakai baju batik cantik-cantik. Orang gomen. Kang tak pakai, kena tegur pulak karang. Tak kuasa makcik nak mendengarnya lah kan. 

Naik bas lah kita ke ODeC. ODeC tu hapa korang tanya? Outdoor Development Centre gitu kekdahnya. Kat dalam kampus UMS ni jugak. Cantik tempat ni. Tepi laut some more. Dengan suasana angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Kemain best kan? Tapi belum apa-apa, semangat makcik dah menurun 50%. Bas berhenti kat tepi jalan besar je. Nak ke ODeC terpaksa lah menapak. La hai. Dengan baju sutera batik makcik macam ni, dengan high heels macam ni? Aiyoyoyoyoyo..

Menapak atas jalan tar boleh lah tahan lagi gitu kan. Tapi ni menapak atas jalan trekking hutan. Nangis mak! Terpaksa lah singsing-singsing kain gitu. Nasib baik lah tak lecak. Sedih betul. Dalam 10 minit jugak lah menapak turun tangga yang tak ada rupa tangga tu. Sobss..

Yang ni ada lah rupa tangga sikit..

Dah sampai bawah tu, suasana agak meriah jugak lah. Ramainya umat. Staf ada, budak sekolah pun ada. Ada pelbagai pameran disediakan. Aku menonong terus ke khemah perasmian. Tak kuasa nak duduk kat tengah-tengah panas. Ye hari dah mula panas. 

Hi Ayam!

Terus duduk.. Penat!

Alih-alih je kan dapat gelaran EcoCampus ni. Aku pun tak pernah tau. Orang suruh datang perasmian, aku pun datang. Orang suruh buat ni aku pun buat. Sedih betul hidup. Bila kena tanya, mau menggagau tak tau nak cakap apa.

Bertindak!

Sementara nak menunggu menteri datang untuk perasmian, adalah cik abang seorang ni bertindak menjadi MC menghiburkan semua orang. Rupa parasnya tidak ku nampak lah pulak sebab aku duduk kat belakang. Tercari-cari jugak tuan empunya suara tu. Tapi bila dah lama-lama, macam ku kenal suara itu. Macam dah biasa dengar. Ku jengah-jengah, ku jenguk-jenguk. Nah.. Pakcik itu rupanya. Hehehe..

Pakcik Ampal!

Memang sesuai lah dia jadi MC. Meriah suasana. Tak lama tu, menteri pun datang. Waliaooo.. Masing-masing pakai baju korporat. Where's the batik? Cissss.. Kalau aku tau, aku pun pakai baju keparat tu. Tak payah nak bersopan-sopan pakai baju batik segala. Huh...

MC pun bertukar kepada MC yang lebih formal. Kisah EcoCampus mula dipaparkan. Aku antara dengar tak dengar je gitu. Macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ke the other way round? Orang tepuk tangan, aku pun tepuk tangan. Orang gelak, aku pun gelak walaupun aku tak tau apa yang digelakkan. Dah habis upacara perasmian dan penanaman pokok, kami pun meNGAP! Acara yang dinanti-nantikan lah kan. Kiranya bila dah sesi makan-makan ni dah tak berapa nak formal lagi dah. So pakcik Ampal tadi ambik alih balik. Sambil makan sambil dengar celoteh. Tak lama tu, ada sesi nyanyi-nyanyi pulak. Siapa yang nyanyi? Pakcik Hijau kita tu. Pakcik Zainal Abidin. Sesuai jugak lah dia ada ni sempena perasmian EcoCampus ni. Ada kaitan dengan hijau-hijau gitu.

Nyanyi beberapa buah lagu. Nak dengar dia nyanyi Hijau sila klik SINI.

Dah habis nyanyi tu, aku sempat jugak lah bergambo seround dua dengan kedua-dua pakcik ni. Excited kemain lah kan. Hahahhaa.. Poyo sangat. Habis sudah. Balik tu, aku kena tinggal dengan bas gara-gara melayan Zainal Abidin nyanyi. Terpaksa lah meminta belas kasihan orang lain tumpang balik ke office. Hurrrrr...

0 comments :