Thursday, July 28, 2011

Majlis Penutup Infosys Foundation Program 2011

Diam tak diam, akhirnya tamat juga Infosys Foundation Program bagi tahun 2011 ni. Dah kali ke 5 dah diadakan. Batch pertama dan kedua di Mysore, India. Batch ketiga di UTeM, Melaka. Batch keempat di UNIMAS, Sarawak dan last but not least batch kelima di UUM, Kedah. Semakin ramai lah Infoscions kat Malaysia ni. ^^

Well, setelah menempuhi beberapa rintangan, berjaya juga aku menjejakkan kaki ke Sintok untuk menghadiri majlis penutupan program ni. Gigih tau. Penat kat jalan je aku ni. Mana taknya, KK-KL hari selasa malam. KL-AS the next morning and terus ke event sampai tengahari. Besoknya pagi-pagi buta dah balik semula ke KL and straight to KK. Sampai KK pengsan! Patutnya aku sambung je cuti weekend tu balik JB. Boleh mula puasa dengan family. Huhuhu..

Anyways, congrats guys! Anda semua telah berjaya mengharungi hari-hari Infosys yang perit, sakit dan yang sewaktu dengannya. Congrats juga kepada Ooi Yu Wooi dan Ting Shi Ing kerana tersenarai dalam top 10 best students! Cayalah!! I bet, lepas ni semuanya bakal dapat banyak offer kerja. Rambang biji mata nak pilih. Hehehe..

Rombongan dari Kepulauan Borneo

Gambar tak clear mana. Menunggu budak-budak ni bagi gambar yang cantik sikit tapi entah bila aku boleh dapat.

Kepada peserta-peserta Infosys yang pernah singgah blog Cik Sengal ni tanya macam-macam, sorry lah ye kalau tak sempat nak beramah mesra kat sana. Eventnya pun sekejap sangat. Nanti kalau ada Infosys Alumni Gathering boleh lah kita borak panjang. Tak dilupakan juga pada 'kawan baru' yang membuatkan Cik Sengal terkejut beruk kelu tak terkata. Selamat berkenalan! Selama ni kenal di alam maya saja dengan nick nama yang berbeza, perangai yang entah apa-apa. Infosys telah menemukan kita secara fizikal. Wakakaka.. Hampeh betul.

Till next year. Bye bye Infosys!!

0 comments :