Ye. Meroyan lagi aku ni. I don't go to Singapore for nothing. Hahaha.. This time, it's KPOP Night Concert 2010!! Aku dah sewel. Aku dah SEWEL! Yeaaahhhh!! :p
Aku sampai Singapore dari KK lebih kurang pukul 12.40. Hari Sabtu ni jugak. RM75 one way flying on Jetstar. Gila kentang murah! Lebih-lebih lagi bila dibeli empat lima hari sebelum terbang. So, met up with K Bel, Seben and her friend Ana "Chan"sung kat airport. We still have lebih kurang 4 hours to kill, so kami merewang-rewang lah di kawasan sekitar. Makan-makan kat Restoran Wonder Girls. Kekeke.. Pukul 4.30 baru bergerak ke Singapore Expo Hall.
The gate opens at 6pm. Jadinya, kami melepak-lepak sajalah kat situ. Singapore Expo Hall ni tersangat-sangat lah besar. Kebetulan, ada banyak expo sedang berlangsung. Orang pun tersangatlah ramai. Belum apa-apa lagi aku dah pening kepala, tapi layankan aje. Banyak lagi masa terluang, so aku pun mengskodeng fans yang dah setia mengqueuekan diri dalam barisan sejak pukul 7 pagi tadi. Gila betul. Paling ketara, paling ramai are Sones. Fans Soshi lah ni. Serious fanboys. Damn Shocking Pink! Dengan lightstick ala-ala pedang Obi Wan Kenobi tu. Besar betul. Buat ketuk kepala orang sedap jugak tu. Kekeke..
Kami mula masuk ke dalam expo hall dalam pukul 7 lebih. Queue tersangat-sangatlah panjang. Entah siapa lah yang manage line ni. 4 CATS going through the same door. Hazabbb.. Mula-mula security memang beria-ia check thorough semua beg yang di bawa masuk. Dah last-last sampai turn kami, security just selak-selak aje. Segala jenis DSLR, camcorder, tok nenek segala lepas di bawa masuk dalam! Padahal, no camcorder, DSLR allowed. Bengang je orang-orang yang dah masuk awal-awal.
Bila masuk ke dalam seriously I AM SO FRUSTRATED. CAT 1 and 2 rata on the same ground level. Memang dah ada dalam pengetahuan aku CAT 1 and 2 ni rata. Tapi tak sangka laa pulak layoutnya sampai macam ni skali. Aku ngan Seben yang duduk di CAT 3 ni pun kira so-so oklah. Tinggi sikit. Sikit je ekk. Still terhalang juga dengan kepala orang-orang di depan kami ni. Kesian juga pada orang-orang di CAT2. Tak boleh nak nampak sangat. Dah laa stage rendah. Extended stage pun nan hado. Skrin putih kat dinding pun sangat-sangat cenonet. Hohhh.. Geram pulak aku jadinya. Sabor je lah dulu..
Sementara menunggu konsert dimulakan, organizer buat video show. Ada preview and promo filem Into The Fire. Ada promo Visit Korea. Promo online drama ~ HARU with Super Junior's "Angel" background song. Meriah jugaklah. Sekali sekala SONES dok menjerit-jerit fanchant mereka sambil menghayun lightstick. Berpinar-pinar mata aku menengok lightstick berwarna pink sokmo.
The show started at 8pm. Hall dah gelap tapi masih ada lagi orang yang baru masuk mencari tempat duduk. Bad queue management. Lemau aku jadinye bila orang lalu lalang di depan aku. Yang jalan laju takpe. Yang terhegeh-hegeh, tergedik-gedik. Adoyaiii.. Sabor je lah aku. After a few minutes, berlangsunglah opening speech dari Duta Korea dan Menteri Luar Singapore. Boleh tahan comel jugak ahjusshi Korea ni. Hehehe.. Then, the MCs came out. Ada 3 MCs. Dua diangkut khas dari Korea, dan satu lagi local mari. The Korea MC guy ni boleh tahan ganteng. Yang perempuan ni tak berapa lawa tapi tinggi. Yang made in Singapore tu aku tak pandang pun. Kekeke..
*Edit: The MCs are from Arirang. Adrian and Yemi. MC rancangan Showbiz Extra. Tu pun sebab aku tengok rancangan showbiz ni hari-hari kat Arirang TV sepanjang aku duduk kat Arab Saudi baru-baru ni...
First artist to come out is FT Island!! YEY!! Serentak dengan kemunculan mereka di stage, everyone in CAT2 depan kami ni mula berdiri atas kerusi. ARGHHH!! Bunguk!! Budus!! Dan entah apa-apa lagi lah yang keluar dari mulut aku. MEMANG MARAH! Tak nampak apa! Dah laa stage bongok rendah. Tak nampak artis. Skrin yang cenonet tu pun aku tak nampak sebab dah kena cover dengan kepala manusia-manusia sengal ni dan lightstick gabak diorang tu. Serius nak aje aku ambik lightstick tu ketuk kepala sekor-sekor. And the sound system.. FRUST!!! Suara Hongki tenggelam timbul. Harap muzik je kuat. Memang buruk. Seriously kachiwa..
mangkuk2 ayun yang tak reti bahasa...
Cik Seben kita memang dah angin sokmo. "SIT DOWN YOU MORONNN!!!" Hahaha.. Aku kalau ikutkan nak juga ikut berdiri atas kerusi. Tapi kesian pulak orang belakang aku yang sopan je duduk atas kerusi. Kira agak berperikemanusiaan jugaklah aku ni kan?
Dalam kesamaran aku dapat jugak tengok performance FTI. Aku rasa aku ni more to listening than watching nampaknya. Suara Hongki memang superb. Diorang perform 4 lagu. Macam yang aku cakap, aku cuma dapat dengar je so aku tak bleh nak story laa apa yang berlaku kat depan dan kat atas pentas tu. Tapi last-last nampak laa jugak dia bukak baju and pakai singlet hitam je. Wahhh.. Hongki dah dewasa. Hehehehe..
Then it's The Boss (D-NA) pulak keluar. Aku ni tak berapa kenal diorang ni so aku duduk diam-diam je lah atas kerusi. Fans semua dah buang tebiat. Tak boleh kontrol lagi dah. Oh.. The Boss ni rupanya aku kenal sorang yang nama Garam ke Karam tu. Tu pun sebab dia keluar kat Dream Team and Invincible Youth. Well, layan skrin je lah aku ni. Disebabkan tak berapa kenal diorang ni aku dengan seben mula speku berapa orang lah member The Boss ni. Aku nampak macam ramai. Seben kata 3 orang je yang nyanyi. Lain-lain backup dancer je. Kekeke.. Duduk jauh kekdahnya. Mana laa nak nampak kan. Then noticed one of the members sejibik macam Jaejoong. Jaejoong junior Kekdahnye. Later on bila tengok kamera K Bel, that Jaejoong junior is Garam lohhh. Tomei je. Motip lah aku tak perasan??
Diorang banyak nyanyi lagu ballads. Seriously sedap wooo. Soothing je. Hoh.. Jangan pandang sebelah mata. Kat FB Proof Label ramai yang maki-maki kenapa bawak group yang tak popular. Sekali hambik kau!! Aku kena download ni lagu-lagu diorang lepas ni. Diorang nyanyi 3 lagu. Tapi jangan tanya aku tajuk lagu dia hapa. Hehehe..
Then it's ZE:A's turn. Haa yang ni aku kenal Dongjoon je sebab selalu keluar Dream Team. Wakakakak.. Yang lain-lain sorry lah aku tak kenal. Ramai sangat. Mungkin aku kenal lah lagi sorang yang namanya Kwanghee tu. The king of plastic surgery. Hehehe.. Ala-ala kkab macam Jo Kwon jugak ni. Well, ZE:A ni lagu dia pun aku tak tau. Yang aku tau cuma lagu friday saturday sunday tu je. Kekeke.. Diorang pun nyanyi 3 lagu. Masa ZE:A perform, aku dok diam-diam jugak. Crowd kat depan dah semakin gila. Bukan setakat berdiri atas kerusi lagi dah. Siap tarik kerusi pergi kat empty space then berdiri sambil lompat-lompat some more. SELFISHHH!!!!
Summer, budak Korea yang lepak dengan kami sebelum masuk tadi suka betul laa dengan ZE:A ni. Dia baru habis photoshoot dengan bebudak ZE:A ni siang tadi. Orang kerja dengan Singapore-based Korean Website kan. Siap promote lagi. Aku ni tak tau lah nak minat macam mana kat ZE:A ni. Hehehe..
After that it's Infinite. Ni pun aku tak kenal. Banyak sangat lah group-group baru ni. Tapi lagu dia ada laa satu dua yang aku suka dengar. Macam lagu Come Back Again. Performance tu memang beshh. Mantoppp!! Nyanyi 3 lagu jugak. Semua lagu sedap banget. Mesti download lepas ni.
Then, yang dinanti-nantikan pun muncul. SHINEEEEE!!!!! Yey!! Kali ni aku tak pedulik!! Apa nak jadi, jadilah. Memang selamat dah aku panjat berdiri atas kerusi. Tak larat aku nak kesiankan orang dah. Aku nak enjoy jugak. Minho yaaa.... Hensemnye kau. Melayang sekejap noona ni. Walaupun tengok wajahmu di skrin je. Wakakaka.. Mengapa begitu indah sangat makhluk ciptaan tuhan ni. Huhuhu... Shinee berempat je. Jonghyun tak datang sebab ankle injury. Sedih jugak. Tapi takpelaaa. Janji dapat tengok Minho. Kekeke..
*Edit: Jonghyun ahhh.. Noona tau kenapa kau tak datang. Ankle injury tu cover up je kan? Sebenarnya kau tengah settlekan kisah cinta kau dengan Shin Se Kyung yang dah terbongkar tu kan. Notty you..... Hehehehe..
So, SHINee nyanyi 4 lagu. Noona Nomu Yippo. Akulah tu. Wakakaka.. Ring Ding Dong. Lucifer and Hello. MANTOP!! Tak berkelip mata aku tengok Minho. Hai.. Minho lagi! Nak-nak skrin punye kamera tu banyak betul tayang part Minho dengan Taemin je. Suka banget aku. Taemin punye rambut. Adoyaaiii.. Macam ahjumma dah. Kesian dia. Meh noona tolong sikatkan meh. Hehehe..
Dah habis SHINee, it's the fanboys' turn to meroyan. Sakit telinga aku. Tu belum lagi SNSD keluar. Dah keluar tu. Adoii.. Boleh runtuh expo hall tu. The SNSD gals sangat-sangat seksi woooo.. Macam pakai swimming suit kekdahnye. Masing-masing nak tunjuk kaki masing-masing yang panjang-panjang tu. Perghhh.. Jeles aku. Kaki cantik boleh laa kan. Dari awal persembahan sampai habis aku rasa suara orang menjerit lagi kuat dari suara budak-budak Soshi ni. Sabo je lah aku. Fanboy kat belakang aku ni lagi laa. Bunyi dah macam kambing putus urat merih dah. Krooohhh... Kroohh..
Diorang nyanyi Tell Me Your Wish, Run Devil Run, Oh! and Gee. Seriously perang litestick pink everywhere. Berpinar-pinar mata aku. Kalau buat kat malaysia ni entah lepas entah tak seksi banget bebudak Soshi ni..
Last but not least... BIG BANG!!! Yang ni memang dapat the loudest cheer ever. Semua orang dah tak hengat donia meroyan. Semua dah kena rasuk hantu bigbang. The boys are very entertaining. Energetic. Melompat sana sini. Dari jauh aku boleh differentiate kan diorang ni sebab semua lain-lain pesen. Lain laa geng-geng Infinite ZE:A semua tu. Tak kenal. Hehehe.. Aku ni tak berapa kenal lagu-lagu Big Bang ni. Pernah dengar. Tapi tak hapal tajuk. Yang aku tau macam Lies, Number 1, Haru Haru. Tapi aku salute lah. They gave a tremendous superb fantastic fabulosooo performance. Sangat-sangat DAEBAKKK!!
Mula-mula aku bajet 4 lagu je diorang nyanyi. Then tambah pulak satu lagi lagu. Whoahhh.. 5 dah. Best! Best! No wonder diorang simpan Big Bang sampai last. Then after 5th performance everything went quiet. Semua orang dok jerit-jerit encore encore. Then muncul balik Big Bang nyanyi dua lagi lagu. FUHHH!!! SUPERBBB!! Total 7 lagu!! Dah jadi showcase Big Bang dah ni!! Diorang memang perform all out. Aku rasa diorang laa paling banyak bagi fan service. Ni yang aku nampak dari jauh laa dan setelah berdiri atas kerusi. Kekekeke..
Then habis. 3 MC tu datang keluar. Secara automatik semua orang kat depan reti duduk balik atas kerusi. Menyampah aku. MCs jalan ke extended stage. See?? Kalau semua orang duduk, nampak je artis dok datang depan ke extended stage tu. Geram betul aku. MC cakap sepatah dua patah then diorang start main lagu Stevie Wonder - We Are The World. Nak promote keamanan laa ni. Then one by one artis keluar. ARTIS KELUAR JE, SEMUA AUTOMATIK BERDIRI ATAS KERUSI BALIK.. @!#!@!@$&(^&! Bungukkk...
Habislah sudah lepas tu. 10.30 jugak event habis. Gitu gini keluar lepak-lepak kat luar sekejap dah pukul 11. So we say goodbye to Ana and Summer and make way to the airport. Aku, K Bel and Seben crash landing kat airport je malam tu. Kat airport nampak bebudak jantan pink ni dok berlegar-legar.. Wowweee... Soshi balik malam ni jugak ke?? Check schedule, confirm. Balik pukul 1 pagi naik ASIANA airlines. So kami pun ikut tunggu sekali. Dah pukul 12.45 tak nampak lah pulak batang hidung Soshi ni. Then sorang mamat melayu from ASIANA ni datang kat tempat kitorang tanya "Tunggu artis ke??" Punyelaa blur muka kitorang. Dia cakap SOSHI tak lalu sini. Diorang dah masuk dah kat dalam. And we're like "Oh ye ke... Dah masuk dah ke.." Then dia cakap "Yep. Sebab saya yang uruskan diorang masuk.." Hohhh... Gaya dia cakap macam kerek pulak mamat ni. Sepuk karang. Sukalah tu jumpa Soshi. Hahaha.. Kitorang dapat berita je terus kitorang blah. Bebudak jantan shocking pink yang ramai-ramai tu masih setia menanti. Kekekeke...
McD kat airport dah jadi macam rumah kitorang. Tidur-tidur ayam je. Besok pagi lepas say babai kat K Bel naik flight balik KL, aku dengan Seben pun meredah causeway naik bas. We parted at Larkin. Aku balik Skudai sementara Seben balik BBU. Sampai rumah, mak aku perli... SUKA LAA TU BUANG DUIT. Hahahhaaa..
Aku tak banyak amik gambar kat konsert ni. Amik video pun sikit-sikit je. Tu pun ambik dekat skrin je. Bila tengok balik buruk pulak laa fancam aku ni. Nak share pun malu. Hehehe..
So next concert/fanmeeting in Singapore? Macam tak sanggup dah aku dengan audiencenya. Huhuhu...