Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, January 27, 2009

Jalan-Jalan Mysore

25/5/2008
Cerita Infosys Hari ke-9
47 Days to go..


Ye. Tak senonoh kan? Konon nak siapkan projek, tapi dah gatal pergi keluar berjalan. Hehe.. Boleh la kan buat hilangkan tension.

Kami keluar beramai-ramai. Almost all of us lah. Naik dua bas. Mula-mula ramai yang plan nak keluar tapi last minute disebabkan projek, ramai yang malas nak join trip ni. Diorang lebih rela buat projek dari pergi jalan-jalan. Aku ni terbalik! Lagi rela pergi jalan-jalan dari buat projek! Hahaha.. Sebelum pergi, kami berkumpul di Reception. Ada seorang mamat local yang rajin benor lah nak ikut kami. Ali namanya. Sanggup dia jadi guide tambahan. Hmm.. Nak tambah networking lah ni.


With my roomate Shima @ Cmoi..


Our guide..

Our first stop, Chamundi Hill. Tempat yang paling tinggi di Mysore ni. Tak ada apa sangat kat sini. Cuma ada kuil dan kedai-kedai souvenir saja. Aku cuma jalan-jalan tengok barang. Tak terasa nak beli apa-apa sebab tak ada yang berkenan. Setakat pusing-pusing ambil gambar je lah. The others? Hmm.. Memborong sakan! The Hindu friends sempat lah jugak pergi sembahyang kat dalam kuil tu yang agak crowded lah jugak. Kebetulan hari ahad ni merupakan hari orang-orang Hindu ke kuil. Berhimpit-himpit lah jadinya.


Pemandangan dari Chamundi Hill


Ye, posing di kalangan local Indians.


Lembu everywhere. Kena ingat tu..


Berlatarkan Kuil Chamundi..


Teksi antik.. MYC = Mysore City?

Next, kami ke Mysore Palace. Sama juga. Kalau kat kuil tadi dah ramai, kat sini lagi ramai. India. Penduduknya kan ramai. Ke mana-mana pergi, nampak orang saja. Susah betul nak cari tempat yang tak ramai orang. So, nak masuk ke Mysore Palace kena charge Rs 100 tak silap aku. Entah lah. Lupa dah aku. Almost a year ago. Hahaha.. Hema and Shamala dapat local price. Mentang-mentang mereka keturunan India. Confirm orang jaga kaunter tu ingat mereka ni local. Haha.. Jadinya, apa yang menarik kat Mysore Palace ni? Aku pun tak tau sebenarnya. Belasah je lah. Guide kami bercerita juga tentang sejarah Mysore Palace ni. Tapi aku tak ambik port sangat.


Entrance to Mysore Palace..


Mysore Palace from outside..


Family photo..

Dari luar nampak gah. Kat dalam pun gah jugak. Cuma agak kotor sikit. Bukan sikit, banyak. Lantainya ya ampun. Macam dah beratus tahun tak dimop. Sangat-sangat lah kotor. Dah la tak boleh pakai kasut di dalam. Tau-tau je lah macam mana rasanya. Aku rasa Sultan Mysore dulu ni memang kaya banget lah. Setiap ruang dalam istana tu ada ceritanya. Dindingnya dari mana, lantainya dari mana, silingnya dari mana, tingkapnya dari mana. Serba serbi mewah. Terasa macam dalam cerita Hindustan pulak. Especially adegan tari-menari dalam majlis keramaian. Cerita Hum Dil De Chuke Sanam umpamanya. Tempat memang dah cun dah, cuma slack aku tak pakai sari je. Kalau tak, ada jugak yang berpusing-pusing dengan skirt kembang. Hehehe..


Another entrance to Mysore Palace..


Bajet hensem lah jejaka ini..

Lepas tu? Kami pergi singgah makan. Dengan keadaan kedai yang sebegitu rupa, aku tak berani nak makan. Tak pasal-pasal nanti aku kena diarrhea. Haha.. Yang lain-lain sanggup mengambil risiko. But not me. Jangan lah aku cari pasal kat tempat orang. Kalau dah sakit, nak balik Malaysia tak boleh. :p


Depan kedai makan Mughal Durbar..

Sementara yang lain makan, aku, Shima dan Kak Zana berjalan-jalan kat luar. Nampak gerai buah-buahan kat tepi jalan. Menarik sungguh buah-buahannya. Bila menawar harga, kami dimaki dengan kaw-kaw sekali oleh tuan punya gerai tu. Budak lagi tu. Umur 12-13 tahun gitu. Dia maki dalam bahasa dia lah. Manalah aku paham. Dengan memek muka dan aksi tangan-tangan nya macam Karam Singh Walia, aku pasti dia tengah marah. Ok! Tak payah lah maki. Cakap baik-baik tak boleh? Kak Zana dan Shima pun mula laa memilih buah-buahan yang nak dibeli. Dengan tak disangka-sangka budak tu menepis tangan Kak Zana dan Shima. Kaw-kaw lagi dia maki. Apa kes? Lah. Nak pilih buah pun tak boleh jugak ke? Poyo betul lah! Kalau ye pun nak meniaga, berbudi bahasa lah sikit. Ini macam singa kelaparan. Kesimpulannya, sorry lah. Takde mood kami nak beli. Kalau macam ni punya gaya, memang tak kan maju lah perniagaan kau tu!

After makan kami singgah masjid untuk sembahyang. To my surprise, masjid kat India ni strictly for men only. Us women? Tak ada layanan bagimu. Kau sembahyang lah kat mana-mana. Ok, perempuan muslim kat India ni jarang keluar. Aku rasa diorang cuma sembahyang kat rumah je. Dahsyat kan? Nasib baik kami ni ramai, dan imam masjid tu macam baik je, dan mungkin dia nampak kami ni outsider. Jadinya kami dibenarkan masuk. Itupun umat-umat di sana pandang slack semacam je. Ye lah, orang perempuan pakai baju kaler-kaler dan tudung lilit-lilit. Kejutan budaya beb! Sedangkan anak bini mereka cuma pakai jubah dan selendang warna hitam saja. Cuci mata betul orang-orang tua ni. Hahaha.. Oh ya. Di India, cuma orang-orang tua je yang pergi masjid. Sama jugek lah macam kat Malaysia. Kekeke..


Masjid..


Around Mysore..

Lepas sembahyang, SHOPPING!! Tak lah shopping hebat mana. Our guide bawak kami ke kedai mahal. Kononnya duty free gitu. Harga barang-barang pun jenis yang aku pandang sebelah mata pun belum tentu nak tengok. Haha.. Apa mereka ingat kami ni kaya? We're students for crying out loud. Mana ada fulus nak shopping kat tempat-tempat mahal. Kesudahannya, kami semua lari bertempiaran ke kedai-kedai kecil berhampiran. Apa yang dishoppingkan? Kain lah. Apa lagi. Sakan betul kami memborong. Tuan kedai pun sengih je. Sampai tak cukup tangan kami kerjakan. Our guide? Hanya mampu untuk menggelengkan kepala. Hahaha.. Shopping tak hengat sampai kena sound. Kita ni ikut schedule. Tak boleh lah suka-suka hati buat hal sendiri. Ye tak?

Our next and final stop. Brindavan Garden. Loklak lah. Kan best pergi shopping. Diorang nak bawak kita pi garden ni nak buat apa? Nak guling-guling buat video clip? Tolong lah. Our guide kata tempat ni cantik banget. Oklah. Kita tengok lah ye cantik ke idok.


On the way nak pergi Brindavan Garden..

Sampai sana, kena bayar lagi. Adeh. Pening betul. Kali ni, memang sakan orang lagi ramai. Combine jumlah umat kat Chamundi dan kat Palace tadi tak boleh nak menyamai dengan jumlah umat kat sini. Apa yang bestnya? Just garden, dengan kolam-kolam. Tak best mana pun. Indah khabar dari rupa betul. Cuma bagi aku uniknya tempat ni ialah taman ni dibuat di bawah empangan. There's a huge wall mengelilingi taman ni. Tinggi pulak tu. Difahamkan paras air yang ada disebelah empangan sana, tingginya hampir sama dengan dinding tu. So, kalau dinding tu runtuh, selamat lah kami di bawah ni jadi mangsa tsunami. Iskk..


Pintu masuk. Ramai gila orang..


Dalam taman tu. See the huge wall?

Ok. Tak best pun Brindavan Garden ni. Teringat aku di kala aku demam akibat konsert abang Nuar dulu, aku pergi jumpa Dr. Prem kat Kingfisher tu. Aku bagitau dia, aku ni kena kejutan cuaca kot sebab aku baru saja balik dari India. Excited betul mamat tu, bertubi-tubi tanya which part of India. Bila sebut Mysore je dia pun tanya ada pergi Brindavan Garden? Cantik kan? Wallahhh.. Sabo je lah aku ni. Prof Ravindra pun sama. Pun tanya aku pergi ke tak Brindavan Garden tu. Aiyarrkk. What's wrong with these people hah? What is it with this Brindavan Garden ni? Nak aje aku cakap TAK BEST LANGSUNG! Tapi takut kecik hati la pulak mereka-mereka ni. Huhu..


BALIK!!

Lebih kurang jam 8 malam baru kami bertolak balik ke Infosys. Kepenatan jugak lah. Pergi lab siapkan projek? Huh. Kirim salam sajalah. Haha..

Monday, January 26, 2009

Tahun Baru Cina = Hari Tutup Sedonia

As expected. KK 'lumpuh' sempena Tahun Baru Cina ni. Sama seperti Skudai. Taman Universiti terutamanya. Macam pekan koboi jadinya. Semua kedai tutup. Kalau diikutkan, boleh sampai seminggu tuan-tuan kedai menutup kedai.

Sama juga keadaannya dengan di KK ni. Lifeless. Orang ramai tapi kedai-kedai banyak yang tak dibuka. Kesudahannya, mereka melepak-lepak di tepi-tepi jalan membuang masa. Macam-macam jenis orang yang aku jumpa. Agak menakutkan juga lah bila mereka dah berkumpul beramai-ramai macam tu.

CenterPoint dah jadi rumah hantu. Suasana ya ampun, gelap gulita tak bermaya aku tengok. Kedai yang dibuka pun boleh dikira dengan jari. Amat-amat lah membosankan. Tapi, ramai juga orang. Apa yang mereka 'shopping'kan pun aku tak tau.


CenterPoint @ Rumah Hantu

Yang paling aku angin, mesin-mesin CDM Maybank seantero KK pun tutup kedai. Dari satu Maybank ke Maybank yang lain aku pergi. Satu CDM pun tak berfungsi. Melampau la tu. Ramai ke orang deposit duit sempena CNY ni? Tak paham sungguh aku.

Hopefully hari Rabu ni semua kembali seperti biasa..

Sunday, January 25, 2009

Project Time!

24/5/2008
Cerita Infosys Hari ke-8
48 Days to go..


Dah habis belajar, kena buat projek la pulak ye. Malas tahap gaban betul. The project? Group project lah. 4 orang dalam satu kumpulan. Senang je ahli-ahli kumpulan ni dibahagi-bahagi. Ikut turutan nama je. Aku pun nak buat macam ni lah dalam kelas nanti. Tak payah budak-budak nak cari group sendiri. Biar padan muka diorang! Kalau disuruh cari group sendiri, confirm buat dengan geng-geng. Lepas tu adalah yang merungut tak buat kerjalah, apa lah. Menyusahkan pulak jadinya.

Projek yang dibangunkan ni melibatkan C programming yang simple je. Sistem sempoi yang bernama Sterling Automation Courier Service. Tapi kerjanya banyak gila. Walaupun dibahagi-bahagikan tugas, bebannya maha dahsyat. Rimas aku jadinya. Bukan setakat nak tulis program je. Nak debug satu-satu. Harus muntah hijau aku. Seharian kami duduk di lab buat kerja. Tak cukup siang, malam pun sambung lagi. Aku confirm, security GEC tu rasa pelik tengok budak-budak Malaysia ni kok rajin sangat. Aku ni bukannya rajin, sebab lemau bab-bab programming ni. Kenalah ambil masa sikit. Tapi, kalau ikutkan lama-lama boleh jadi sewel macam ni.

Sampai satu tahap tu aku jadi teramat lah bosan. Sakit kepala tengok coding. Besok-besok je lah sambung. Balik hostel tidur lagi best!

Saturday, January 24, 2009

CNY Gift

Chinese New Year Gift from bebudak UMSInTech. Dapat juga aku makan limau tahun ni. Haha..

Friday, January 23, 2009

Aku yang SENGAL..

Sengalnya aku, bila terkejut tengok slip gaji untuk bulan Januari ni, KWSP aku dipotong 8% sahaja. Dah berkuat kuasa rupanya. Silap aku juga sebab tak pergi ke KWSP sana isi borang untuk maintain 12%. Bila dah banyak kerja, banyak benda yang nak disettlekan, benda-benda penting macam ni pun aku boleh lupa.

Sudah 3 tahun aku berkerja di sini. Upon confirmation, aku telah memilih skim pencen. Jadi pemotongan KWSP ni harus stop lah dengan serta merta, ye tak? Harusnya aku dapat gaji penuh. Tapi nampaknya belum ada tanda-tanda lagi. Lambat lagi lah aku boleh claim kesemua carumanku tu. Huhuhu.. Apa aku nak buat dengan duit tu nanti ye? Hurrmm.. Banyak projek ni. Hehe..

Aku juga baru saja memohon tiket untuk balik ke wilayah asal sempena kenduri Nora nanti. Kalau diikutkan, sejak aku bekerja di sini, aku boleh claim 2 kali dah tiket free ni. Tapi, tak pernahnya aku buat. Burn macam itu je lah tiket-tiket tu. Memang sengal aku ni. Aku bukannya tak nak. Tapi prosesnya yang leceh tu membuatkan aku rasa malas nak apply. Lagi pula pada masa tu wilayah asal yang dimaksudkan hanya sampai KL sahaja. Nak balik JB haruslah aku beli tiket sendiri. Buang karan aku ja. Naik MAS dari KL ke JB lagi mahal dari aku naik Air Asia dari KK ke JB. Baik naik Air Asia. Dah la direct, dua jam setengah je perjalanan. Senang kan?

Berkuat kuasa tahun ni, tiket balik ke wilayah asal boleh dituntut setahun sekali. Nampak gayanya tiap-tiap tahun aku boleh balik free. Tak ke best tu? (^__^)V

Wednesday, January 21, 2009

Mata Yang Tajam

Mata aku tak tajam. Kalau tak pakai cermin mata memang tak boleh fokus.

Alkisahnya, tahun 2009 aku memakaikan kanta lekap ke mataku ini. Mula-mula aku pakai ok je. Tapi suatu hari, aku rasa amat tak selesa. Mataku sebelah kiri ni mulai merah. Aku tak tahan. Jadi ku keluarkanlah kanta itu. Kubelek-belek. Ha nkau. Rupanya koyak dah kanta tu. Waiyohh.. Mata aku ni tajam juga rupanya.



Kesudahannya aku driving balik ke rumah tanpa mataku sebelah kiri. Ini sebabnya aku begitu sengal tidak membawa cermin mataku. Apa boleh buat. Main agak-agak je lah jalan tu. Nasib baik sampai dengan selamat.

Hari ni aku pakai cermin mata kembali. Senang cerita. Bila aku rasa banyak masa terluang je, baru aku pakai lense tu. Bila pikir-pikir macam buang karan + duit pun ada jugak. Huhuhu..

Friday, January 16, 2009

Aku Telah Membunuh Dia!

Suatu malam, ketika aku sedang lepak-lepak terguling-guling di depan tv aku telah menerima panggilan dari bonda. Macam-macam yang dibualkan. Dari A sampai Z. Dari kisah di JB sampai kisah di KK. Dari kisah sepupu aku nak kawen sampai kisah bila aku nak kawen. Melekek-lekek aku gelak bila disuruh kawen dalam tahun ini juga.

Jadinya, aku kalau dah ketawa tu memang tak senonoh juga lah aksinya. Habis satu lantai ruang tamu tu aku sapu. Dari hujung sini aku guling-guling sampai hujung sana. Seronok betul. Ketika berborak tu aku terasa ada sesuatu mencucuk 'belakang' ku. Aku ignore je lah. Tapi semakin lama semakin obvious. Rasa geli lah pulak benda tu mencucuk-cucuk. Bila dicheck, rupanya ada seekor lipas dalam poket belakang seluar ku. Aiyorkkk.. Melompat-lompat aku kegelian. Dah putus dah kepalanya. Bau pun semacam. Bila dikuis-kuis, ia tak bergerak lagi. Hiyerkkk..

Mesti azab cara dia mati kan? Mana taknye, aku telah menghenyak dan melanyaknya ketika aku berguling. Hahaha.. Shiaaannn dia.

Tuesday, January 13, 2009

TIREN

Aku pergi menonton TIREN malam tadi di Growball, KK. Cerita hantu Indonesia. Kok namanya TIREN? TIREN tu sebenarnya short form dari maTI kemaREN. Died yesterday lah gitu. Got it? Biasalah orang Indonesia suka banget memendekkan ayat dan suku kata. Teringat aku pada Gunawan ketika aku di Bandung 5 tahun dulu. Dia telah memendekkan perkataan Menteri Besar Johor kepada Mebejo. Melekek-lekek aku gelak. Lawak sungguh jadinya.



Jadinya, TIREN ni berkisar tentang seorang umat ni yang mati pada hari kelmarin lah. Hari ni pulak dan hari-hari seterusnya dia jadi pocong untuk membalas dendam pada orang yang membunuhnya. Cerita hantu lah kan? Beraninya aku? Ye. Sangat-sangat berani sehinggakan aku pecut 110km sejam balik ke rumah pada pukul 1 pagi. Haha.. Macam lah boleh pecut laju macam tu. Sistem jalanraya kat KK ni mana lah best. Tak mampu aku. Sepanjang jalan sunyi. Macam-macam doa aku baca. Hehehe.. Jalan ke IP dah la gelap. Nak naik ke Bukit Sepangar lagi. Tak ada lampu jalan! Tawakalillah je lah aku ni. Sesekali aku tengok back mirror dengan side mirror. Takut-takut ada yang meneman aku balik. Warrggghhhhhh!

So, back to TIREN. Pembukaannya aku dah melekek-lekek gelak. Bukannya apa. Agak mereng jugak lah scene nya. Si pompuan dan si lelaki naik motor, stop di kawasan perkuburan sebab si pompuan ni mau pipis. Hangguk betul! Macam lah tak boleh pergi public toilet. Kat kubur jugak dia nak kencing. Dressingnya, ya ampun. Tapi biasalah. Indonesian. Semua belasah je. Then it turns out to be the pompuan yang kencing ni adalah TIREN.

TIREN or nama wataknya dalam cerita ni adalah Ranti. Ranti ni pulak dilakonkan oleh penyanyi dangdut yang bernama Dewi Persik. Aku tak pernah tau Dewi Persik ni siapa, tapi setelah aku tanya pakcik Google dan makcik Wiki barulah aku tau yang dia ni penyanyi dangdut yang agak hot jugaklah. Yang banyak kontroversi. Biasalah. Mana ada penyanyi dangdut yang tak ada kontroversi. Goyang gerudi lah, skrudriver lah. Whatever! So, Dewi Persik ni pelakon utama cerita TIREN ni lah bersama-sama pelakon lain yang aku tak berapa kenal.

Ceritanya simple je. Takdelah berat sangat sampai nak kena pikir panjang-panjang. Sesuai untuk hiburan semata-mata. Kisahnya, Ranti tertangkap boyfriend dia bernama Leo tengah buat projek kaw-kaw dengan kawan baik Ranti sendiri yang bernama Maya. Ranti marah dan sedih, turun dari tangga dan tergolek dog sampai bawah. She died instantly. Leo dan Maya bawa mayat Ranti pergi untuk dihapuskan tetapi akhirnya mayat Ranti dibiarkan saja di semak. Bapa Ranti pula tau yang anaknya dibunuh, lalu ketika pengebumian, dia sengaja mengikat semula ikatan kain kapan Ranti dan berpesan kepada Ranti supaya mengejar orang yang membunuhnya. Pocongnya Ranti pun menjejak Leo dan Maya sehingga kedua-duanya terbunuh. Dalam masa yang sama juga Ranti berjaya menggoda suami Maya sehingga akhirnya jadi gila dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah yakin selesai semuanya, barulah Bapa Ranti menggali semula kubur Ranti dan membuka ikatan kain kapan. Dan sejak itu Ranti tidak lagi berkeliaran.

Tak la serabut mana kan? Seram? Tak la seram sangat. Aku admit lah ada part-part yang aku menjerit dan menyumpah-nyumpah dan main ba ba cak tutup mata. Tapi secara kesuluruhannya, biasa-biasa je. Sebab pocong yang muncul semuanya pocong statik. Tidak menyerang, tidak bergerak kecuali dalam satu scene tu, pocong tu pandai naik beca. (Bangang gilerr..) Dan aku boleh katakan juga cerita TIREN ni cerita komedi. Diselitkan juga adegan-adegan lucu yang boleh membuat penonton gelak gila-gila. Seronok jugalah melihat aksi watak-watak tempelan buat lawak bangang bila ternampak Ranti dan TIREN lain yang dilakonkan oleh Sarah Azhari. Overall, boleh lah. Terhibur juga lah aku. Alah.. Tak seram pun, takut juga aku nak balik rumah lepas tu. Hehe..

Yang menariknya, ketika aku tanya makcik Wiki tentang TIREN aku terjumpa something yang interesting juga lah. Sebenarnya perkataan TIREN tu datang dengan perkataan AYAM. AYAM TIREN gitu. Maksudnya? Aku pun tak pasti, tapi mengikut pemahaman aku, ayam tiren tu ayam yang dah disembelih tetapi tidak dibekukan dengan segera. Lepas tu dijual kepada orang dengan keadaan tidak segar. Kualiti pun kurang bagus lah. Macam spesis ayam kena gelek motokar lah ni. Hurmm.. Gitu rupanya. Patutlaa Dewi Persik dan Sarah Azhari dipilih jadi TIREN. Dua-dua gebu-gebu macam ayam. Hahaha...

Monday, January 12, 2009

Apa Dah Jadi?

Malaysia Bimbang Terhadap Kemelut Satyam

CHENNAI, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia telah melahirkan kebimbangan terhadap isu penipuan kewangan syarikat gergasi komputer India, Satyam kerana ia boleh menjejaskan operasi seluruh dunia, termasuk di Malaysia.


Satyam Computer Services iaitu syarikat penyumberan luar perisian, mempunyai jumlah pekerja yang ramai di Cyberjaya.


"Perkara ini masih belum selesai, syarikat masih tidak mampu memberikan gambaran jelas mengenai arah tujunya tetapi statusnya pada masa ini sudah pastinya menjadi isu.


"Kita bimbang mengenai arah tuju syarikat seterusnya kerana ia akan memberi kesan kepada kehadirannya di Malaysia," kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam kepada pemberita di luar persidangan Pravasi Bharatiya Divas ketujuh yang berakhir di sini, Jumaat.


Satyam, syarikat perisian keempat terbesar di India, yang ditubuhkan oleh usahawan B. Ramalinga Raju, merudum ke kancah kewangan minggu lepas, selepas beliau mengaku memalsukan angka sehingga Rs7,000 crores (RM3.5 billion) sejak lima tahun lepas.


Dalam satu langkah dramatik berlaku malam Jumaat, Ramalinga dan saudara lelakinya B. Rama Raju, ditahan polis kerana penipuan melibatkan jutaan dolar. Ia juga merupakan skandal kewangan terburuk melanda India.


"Bila saya kembali ke Malaysia, saya akan membincangkan dengan Satyam di sana untuk melihat sama ada mereka mempunyai sebarang arahan mengenai arah tuju masa depan syarikat.


"Tetapi, sudah pastinya kita akan melihat isu ini secara serius bagi memastikan yang penggunga syarikat di Malaysia dan kebajikan pekerja diambil kira," kata Subramaniam.


-- BERNAMA



What the hell happened? Baru je aku berjinak-jinak dengan Satyam ni. Dah jadi macam ni. Seriau pulak rasa. Nampak gaya, takde peluang laa aku nak ke India lagi. AS IF!! :p

Sunday, January 11, 2009

Our Newsletter

Sudah terbit rupanya buletin kami yang pertama ni. Aku tak pasti la pula sama ada yang pertama untuk tahun ni atau yang pertama dalam seumur hidup SKTM ni. Yang pastinya, ini kali pertama aku nampak buletin seumpama ni sepanjang aku kerja di sini.



Aku jadi excited juga lah kiranya, sebab aku ada menyumbang artikel dalam buletin ni. Vivien, our Science Officer telah berkali-kali ingatkan aku suruh hantar ASAP. Aku ni kalau merepek yang bukan-bukan, buat karangan sengal, memang laju. Tapi kalau disuruh mencurahkan isi-isi untuk sesuatu yang formal dengan ayat yang betul dan yang penting sekali dalam English amat lah lemau sekali. Setelah berhempas pulas, aku berjaya. Walaubagaimanapun, sungguh aku tak yakin dengan hasilnya. Aku terpaksa meminta bantuan Dr Rayner untuk membetulkan grammar aku yang tunggang langgang dan serabut itu. Setelah selesai baru lah aku email kepada Vivien.

Setelah diselak-selak newsletter ini untuk ke berapa kali, aku hampa. Artikel ku yang 'hebat' itu tak nampak batang hidung langsung. Penat sungguh aku mengarang panjang-panjang. Yang ada cuma gambar sahaja, diselitkan bersama-sama gambar aktiviti-aktiviti pelajar yang lain. Frust betul aku!


Gambar Aktiviti Pelajar Sepanjang 2008

Gambar apa ye tu? Gambar kat bawah ni lah. Gambar kami 3 umat UMS. Antara 100 orang umat Malaysia yang berjaya menamatkan pertapaan di Infosys Mysore Campus, Mysore, India. Gambar pun gambar lah. At least ada juga daripada tak ada langsung.



Overall, aku nampak penerbitan newsletter ni ada potential untuk hidup lama. Jangan hangat-hangat tahi ayam di awal tahun sudah lah. Dan yang paling penting ia adalah SEIT Newsletter ye. Bukannya apa. SEIT Postgraduate Newsletter yang diterbitkan sebelum ni layak dipanggil Chemical Engineering Postgraduate Newsletter. Tak seronok lah macam tu kan? Hehehe..

Saturday, January 10, 2009

Kotak Hitam

Dapat satu kotak hitam..



Bila dibukak, tadaaaa......



Sakan UMS ye. Diari pun nak letak dalam kotak cantik-cantik siap berbalut kertas lagi. Jangan makan bajet untuk benda lain sudah lah ye. Misalnya duit takde untuk hantar staf pergi training. Memang ada yang nak kena la tu!

Friday, January 9, 2009

Mulutku Yang Tak Ada Insurans..

Aku macam biasa keluar rumah pergi kerja jam 7.30 pagi. Kadang-kadang terbabas jugak jam 7.40 baru bergerak dari rumah. Pagi tadi, ketika aku reversed kereta keluar dari porch, aku ternampak jiran selang 5 buah rumah aku pun tengah reversed kereta keluar dari rumahnya. Viva kaler putih. Baru lagi tu sebab hujung no platnya huruf V. Aku tunggu Neni kunci gate, Viva putih tu pun lalu melepasi kereta aku. Chinese lady. Tak pernah nampak sebelum ni. Mungkin ada cuma aku je yang tak peka dengan keadaan sekeliling aku. Jiran pun jarang bertegur. So how lah?

Di traffic light IP, kereta aku dan Viva putih tadi itu dipisahkan dengan sebuah lori. Lori tersebut kiranya hendak ke arah Menggatal or Telipok or Inanam or entah lah. Yang pastinya dia hendak pergi ke sebelah kiri jalan. Dijadikan cerita, sistem jalanraya di KK ni memang hampeh. So sesiapa yang biasa keluar masuk IP pun tau lah kan. Asal nak pergi kerja je jem. Asal balik kerja je, jem. Sebabnya, jalan keluar masuk dari dan ke taman tu cuma satu lorong je. Ngok sangat! Pulai Utama yang kecik kat Skudai tu pun boleh dapat sampai 2 lorong. Inikan pula jalan utama untuk masuk ke IP, Bukit Sepangar dan kampung-kampung yang berdekatan. Tak best langsung.

Jadinya, lori ni seperti tak sabar. Traffic Light masih merah. Dia nak juga ke kiri jalan. Jadinya dia pun mengesot sikit-sikit ke tepi. Hampir saja bergesel dengan Viva putih tadi. Tak cukup dengan itu, lori tu pun naik ke atas pavement. Tayar besar. Boleh lah naik. Maka keseluruhan pavement tu dilanyaknya. Keadaan lori dah mereng sebelah. Aku risau betul kalau lori tu tiba-tiba menghempap Viva Putih yang ada kat sebelah tu. Seram aku tengok. Neni pun rasa seriau. Tapi lori itu berjaya juga pergi tanpa sebarang masalah. Fuh.. Lega aku tengok. Dan kini, aku pula mengambil alih tempat lori tadi. Berada betul-betul di belakang Viva putih itu.

Traffic light pun bertukar hijau. Harus cepat sebab tempoh warna hijau tu sekejap sangat. Semua kereta memecut laju kecuali si Viva putih ni. Aiyorrkk.. Aku terasa tension. Kereta di depannya dah jauh mengaum, tapi dia boleh main ba ba cak pula. Sangat-sangat perlahan. Mungkin dia takut traffic light tu tiba-tiba bertukar kuning dan tak sempat nak tekan break. Aku rasa marah pun ada. Sebab kalau ikutkan pengalaman aku 3 tahun menggunakan jalan ni, dua kereta di belakang aku pun masih boleh melepasi lampu hijau tu. Tapi tak apalah. Si Viva putih ni pun masih berstickerkan 'P'. Dari back mirrornya aku nampak muka chinese lady tu agak kelam kabut juga lah. So, aku bajetlah memang si Viva putih ni nak tunggu lampu kuning. Then, lampu kuning pun menyala. Tapi dengan tak disangka-sangka si Viva putih ini terus memecut. Waiyoohh?? Boleh meh? Terkezut badak aku kat situ. Mula lah aku menyumpah macam-macam kat Viva putih ni. Biasanya kalau ada pemandu jalanraya yang buat taik, aku akan sumpah dia akan accident bila-bila nanti.

Then, lepas lampu hijau aku pun meneruskan perjalanan. Tiba dekat depan Kingfisher Sulaman, aku sangkut dalam jem. Melampau benar. Selalunya jem start depan UMS. Tapi ni depan KS dah jem. Mula la mengesot sikit-sikit. Dari jauh aku nampak jalan di depan Alamesra nampak clear. Kalau tak roadblock, mesti accident ni. Jadinya, betul lah accident. Ngam-ngam di simpang u-turn nak masuk ke Menggatal tu. Then, to my surprise, siapa yang accident? Yep. Si Viva putih tu! Lagi sekali aku terkejut. Habis kemek Viva putih tu di sebelah kiri depan dan belakang. Kesian pulak aku tengok. That lady pun nampak gabra. Ni bukan setakat accident kecik ni. Tiga kereta terlibat. Aku pun tak boleh imagine macam mana boleh berlanggar. Sebab pelik betul kesan kemek di ketiga-tiga kereta tu. Aku pun proceed je lah. Sebab dah lambat kan.

Wow. Me and my big mouth! Tak ada insurans betul. Kan dah accident Viva putih tu. Iskk.. Masin jugak rupanya mulut aku ni kan? By the way, depan 1 Borneo jem lagi. Aku sampai office 8 lebih. Sorry lah. Tak kuasa aku nak punch in! Proceed to the office and start preparing for Academic Meeting scheduled at 9 am. Tengah buat kerja tu aku tiba-tiba teringatkan nasib Viva putih tadi. Macam aku yang bersalah. Tapi aku tak salah kan? Adehh..

Wednesday, January 7, 2009

Cerita Hari Ini..

Pagi tadi aku bermeeting PLUMS. Pening betul aku dibuatnya. Nasib baik settle dah semua. Boleh la semester dimulakan dengan tenang dan jayanya. Ya meh? Poyo je la aku ni. Tahun-tahun lepas berserabut je aku tengok. Kekeke.. Hopefully ok laa sikit tahun ni. Subjek yang dioffer pun tak banyak. Boleh relaks-relaks.

Tengahari aku skipped lunch. Aku dah disumbat dengan nasi lemak time meeting tadi. Tak larat ohh nak makan lagi. Banyak kalori pula nak kena bakar nanti. (Tengah try nak diet kalori macam K Awa.. ngehngehhh..) Jadinya aku menghabiskan masa aku berborak dengan si Kelly. Macam-macam la cerita yang keluar. Dari bab shopping ke bab geli-geli (hehehe..) ke bab makan.

Belum pukul 4 perut aku dah menyanyi. Tension betul jadinya. Aku ni kalau tengah lapar satu kerja apa pun tak boleh buat. Dah mula fikir-fikir nak makan apa balik nanti. Nak masak punya lah malas. Buang karan je. Nak beli pun malas. Dah la mahal, tak sedap pulak tu. Banyak betul alasan. Kelly suggest aku masak sup sayur. Diet punya pasal lah kan. Tapi ku pikir-pikir ada lagi sebuku nasi impit dalam peti ais aku tu. Tak tau nak buat apa. Kelly pun suggest lagi sekali buat lontong goreng. Humang aihh.. Aku tau lontong goreng ni agak femes lah kat Johor and Singapore, tapi tobat aku tak tau rupanya macam mana. Kelly kata buatnya macam buat mi goreng jugak. Perencah semua sama cuma instead kau masukkan mi, masukkan laa nasi impit yang dah dipotong-potong tu. OIC.. Baru lah aku paham. Tapi still tak boleh imejin rasanya macam mana. Nasi impit = nasi. So lontong goreng = nasi goreng versi gedabak la kan? Hahaha.. Betul laa tu agaknya. Kira lebih kurang la kan?

Jadinya balik tu aku try test lah. Buat lontong goreng ni. Tapi biasalah, kalau tengah malas tu aku main campak je apa yang ada dalam peti ais, masuk dalam kuali. Hasilnya:-


Mamma Mia!!

Huh, walaupun hasilnya nampak tak senonoh sikit, sedap jugak ye rasanya. Nikmat tak terkata. Hahaha.. Masuk bakul angkat sendiri lah! Alhamdulillah, kenyang aku malam ni.

Time belek-belek bahan dalam peti ais aku nampak tempe aku yang tak terbela tu. Kesian dia. Jadinya aku kerjakan dia buat sambal goreng. Apa itu sambal goreng? Hurmm.. Makanan orang Jawa Johor. Tak tau la Jawa tempat lain ada makanan ni ke tak. Ada kot? So bahan-bahan untuk sambal goreng ni senang je. Lain orang lain caranya. Ni aku tunjuk cara Cik Sengal. Bahan-bahannya kentang, tempe, tauhu, paru lembu, dipotong nipis-nipis dan digoreng asing-asing. Aku tak berapa gemor tauhu so tettt! Takdenya aku nak joinkan masuk korum. Paru lembu pun kat sini susah nak cari so aku substitute dengan pedal ayam. Fuh.. Mengancam tu! Then, bahan-bahan lain bawang merah, bawang putih dihiris nipis-nipis buat menumis. Cili padi buat penyedap rasa, lagi banyak lagi kaw-kaw. Suhun yang dah direndam dan last but not least, kicap.

Cara-caranya? Tumis bawang-bawang + cili padi, masukkan semua bahan yang digoreng, masukkan suhun, masukkan kicap. Gaul sehingga sebati. SIAP! Senang je kan?


Sambal Goreng Cik Sengal..

Walaupun rupanya tak la semenggah mana dan tak berapa cun, rasanya memang best. Boleh dimakan dengan nasi, nasi impit, or macam tu je. Cuba lah!


*Akan ku promote makanan Johor from time to time. Lepas ni apa pulak ye? Mi Rebus? Mi Bandung? Laksa Johor? Lontong? Warghhhh.. Meleleh dah air liur aku.

Sunday, January 4, 2009

Makan Soto

Gembira tak terkata aku dapat makan soto hari ni. Sampai tak terasa pun 3 jam lamanya aku terperuk kat dapur. Hehehe.. Soto tu bila dah siap, nampak je senang. Tapi banyak juga yang nak dikerjakan ye. Rebus nasi impit, buat sup, buat pegedil, buat sambal kicap, goreng itu ini. Lemau aku jadinya. Tapi still maintain. Dah teringin sangat nak makan. Bila dah siap, pueh hati lah. Suka banget!


Bahan-bahan untuk buat pegedil ye puan-puan.


Ayam goreng yang bakal disiat-siat..


Ni nak buat sambal kicap.. Kicap nya lupa nak bergambo skali..


Nasi impit yang dah siap direbus..


Pegedil yang dah siap diuli dan dileperkan, disalut telur dan digorenggg!!


Semua ready dah. Slack taugeh takde. Penat meround kat pasar, kedai tapi takde.




Cara-cara penyediaan soto Cara Cik Sengal @ Yatt

Letak nasi impit dalam pinggan..


Tabur ayam yang dah disiat-siat..


Tabur kacang goreng..


Letak pulak suhun goreng..


Then, daun sup + daun bawang..


Tabur pulak bawang goreng..


Letak sambal kicap.. Lagi banyak lagi kaw-kaw..


Last sekali curah sup.. TADAAA!! Siap untuk dimakan.


Alah.. lupa pulak nak letak pegedil. Ah, tak kisahlaa letak kemudian. Janji dapat di'ngap' dengan jayanya.. Jangan lupa mencuba ye tuan-tuan dan puan-puan! Hehehe..

Kisah Hari Ahad..

I'm BAAACCKK!! Sekejap je dah hari Ahad kan? Sekejap je dah hari ke 4 dalam tahun 2009 ni. Macam baru je semalam aku pergi join countdown. Besok hari Isnin dah. Dah start mengajar dah aku ni. Kelas pagi-pagi buta pulak tu. Kat DKP pulak tu. Malasnya..

Oh ya. Aku dah jumpa dah buku Deborah Johnson tu. Ada la seorang pakcik bertuah tu mengaku dia pinjam. Hehehe.. Seriously aku tak ingat. Dah macam orang gila aku mencari, rupa-rupanya ada dengan dia. Tapi apa pun terima kasih lah banyak-banyak ye boss. You kinda saved my life! Hahaha..

Aku tiba-tiba rindu nak balik JB. Huwaaaa.. Semalam bergayut dengan mak, Ika Kembong dok menyemak kat tepi. Arghh!! Dah lama aku tak membuli dia. My Jebon. Dah tingkatan dua dah minah tu. Tapi aku masih treat dia macam budak tadika. Mana tak naik lemak! Kalau ikutkan bulan 4 nanti baru aku balik. Lambat lagi. Kenduri Nora bulan 3 ni entah aku dapat balik ke tidak. Air Asia ni bila laa nak wat promo lagi. Mahal betul lah tiket kau orang. Nak naik MAS, tercekik pulak aku nanti.

Apa lah aku melalut ni. Nak keluar lah kejap lagi. Meroyan. Teringin nak makan soto. Ni si Emmy lah. Mintak resipi soto dari aku. Terus aku pun terliur sekali. Soto sini tak sama dengan Soto Johor. Terpaksalah aku buat sendiri. Warghh.. Dah terbayang-bayang dah. Chiow lah dulu. Pergi cari bahan buat Soto. Yeaahhhh!!

Friday, January 2, 2009

Azam Tahun 2009

Banyak azam aku untuk tahun ni, aku carry forward dari tahun lepas. Hahaha.. Macam carry forward cuti pulak. Tak terlaksana, kenalah bawak ke depan. Antara azam-azam aku untuk tahun ni:-
  1. Simpan duit lebih banyak daripada biasa. (I still want that piano you know!)
  2. Kicking my ass off buat research and publish paper 10 kuasa 20 juta seperti yang disarankan oleh our beloved dekan. (Harus masuk online journal lagi hokkayy??)
  3. Mengurangkan lagi lemak yang tepu dan tak tepu di badan ini. Harap-harap hilang lagi 10kgs macam tahun lepas.
  4. Kahwin.. (ni azam tahun 2004 aku carry forward tiap-tiap tahun sampai ke tahun ni.. :p)
  5. Dan yang paling penting.. CABUT DARI UMS! Yeeehaaaa!!!
Hahaha.. Harap-harap sebahagian daripada azam aku ni tercapai lah hendaknya. Aminnn...

Thursday, January 1, 2009

Hari Terakhir 2008

Semalam ye. Bukan hari ni. Orang cerita tentang tahun baru, makcik cerita tentang hari terakhir 'tahun lama'. Satu hari suntuk makcik meronggeng. Memang tak hengat..

Makcik sekarang dalam mood melahu. Orang putih kata IDLE. Kenapa lah namanya melahu makcik pun tak tau. Masa belajar zaman-zaman undergrad yang bertahun-tahun dulu makcik selalu tergelak bila dengar perkataan-perkataan yang membabitkan bidang komputer dimelayukan. Iye lah. Zaman dulu-dulu belajar dalam bahasa melayu. Kayu ria? Papan Ibu? Translate them yourselves!

Dah seminggu makcik cuti. Dan bakal bercuti sehingga 4hb. Ye. Melampaunya makcik. Makcik tengah bosan dan tak ada mood nak kerja. Jadi makcik pun suka suki menghabiskan cuti dengan melepak kat rumah. Orang lain pergi jalan-jalan, tapi makcik lepak bermalas-malasan. Bukannya tak nak pergi berjalan. Tak ada kawan yang nak dibawak berjalan. Ye. Makcik takde kawan. How pathetic life makcik ni. Pergi terjun lombong lah macam ni.

Pagi-pagi lagi makcik dah tercongok kat Jabatan Imigresen Sabah. Tak la pagi sangat. Pukul 8 gitu. Tujuan utama? Me'renew'kan pasport makcik yang hampir mampus tu. Sebenarnya hujung tahun depan pasport tu tamat tempoh. Tapi disebabkan permit kerja makcik yang dah expired tu, makcik kenalah renew pasport untuk ditepekkan permit kerja itu di dalam pasport itu untuk 3 tahun lagi. Lagi pulak makcik nak meroyan ke Bali bulan 6 nanti. Karang tak dapat pergi sebab mengikut peraturan yang ditulis di bahagian belakang pasport tu, Pasport baru hendaklah dipohon jika baki tempoh sah lakunya kurang daripada 6 bulan.


Permohonan makcik.. Orang yang ke 21..

Begitulah ceritanya. Melayang duit makcik rm300. Speaking of permit kerja. Ramai yang tertanya-tanya juga kenapa makcik mesti ada permit kerja? Kalau takde permit kerja makcik tak boleh kerja sini tau. Makcik ni kan orang asing. Bukan makhluk asing ye. Orang asing meaning not Sabahan lah. Kalau nak kerja kat Sabah kenalah ada permit kerja. Makcik mula-mula nak tergelak pun ada. Sebabnya, dulu masa makcik kerja kat Celestica makcik biasa tengok permit-permit kerja pekerja-pekerja Indonesia, Vietnam dan Kemboja tu semua. Tak sangka pulak makcik akan ada permit kerja macam tu juga satu hari nanti.

Pasport makcik dijangka siap dalam 2 jam. Makcik malas nak ke mana-mana. Makcik decided untuk tunggu je. Kalau ikutkan boring juga tercongok 2 jam tak ada buat apa-apa. Tapi makcik rela. Daripada makcik keluar pergi ofis ke, pergi 1Borneo ke lepas tu makcik datang balik sini dengan parking yang takde. Take note ya. PARKING SLOTS IN KK SUCKS!! Tahan je lah makcik kat sini. Tak sampai satu jam setengah, makcik dah dapat pasport makcik. Suka makcik. Tapi yang tak sukanya, gambar makcik huduh gila dalam pasport tu. Apa gambar makcik disuperimpose ke? Makcik yang putih-putih gebu ni dah jadi coklat kena sunburn. Geram betul!

Makcik pun bergegas pergi Pendaftar UMS untuk proses buat permit kerja. Tapi orang yang incharge tak ada lah pulak. Dan umat-umat yang lain kat situ tak tahu menahu pasal permit kerja ni. Inilah masalah negara. Bila orang yang incharge tak ada terpaksalah kau datang hari lain. Kalau lah ada backup yang tahu, mesti semua proses lancar je. Teringat makcik kat masalah masa nak pergi FDP Satyam hari tu. Betapa makcik menyumpah seranah super kaw-kaw. Tapi dalam hati aja lah. Hehehe..

Makcik pun menghala ke 1Borneo. Makcik pergi set rambut baru ala-ala 60's gitu. Huwahuwa.. Makcik dah lama teringin. Tapi tak menyempat. Kali ni makcik naked. Eh.. Makcik nekad. Makcik nak juga buat. Lagi cepat lagi bagus sebelum budak-budak sengal semua start semester. Karang tak pasal-pasal ada yang tegur. Malu lah makcik kalau macam tu.


Beg shopping makcik malam tu..

Malam-malam makcik keluar meroyan dengan kawan baik makcik tu. Walaupun dah tak satu tempat kerja, meroyan tetap meroyan. Kami pergi tengok wayang. Cerita Adam Sandler tu. Bedtime Stories namanya. Sepanjang cerita makcik gelak tak hengat. Lawak betul la cerita ni. Makcik paling suka si Bugsy dalam cerita tu. Mata dia, ya ampun! Asal dia muncul je, riuh satu panggung. Macam nak terbalik pun ada.


Bugsy the Guinea Pig. Mata dia beso gila!

Lepas habis wayang kami pergi melepak di Elusion Lounge kat Coutyard 1Borneo tu. Ada party kat situ. Tapi habis dah. Duduk lepak-lepak dengar live band. Seronot jugak. Join jugakla orang-orang bercountdown kat situ. Tapi makcik duduk kat tepi je. Masing-masing dah terhuyung hayang. Takut makcik. Lebih kurang 12.30 pagi kami pun balik. Makcik tak sanggup nak tunggu lama-lama. Nanti tak pasal-pasal, makcik dah ada kat atas meja meliuk lentok buat tiger show. Wakakakaa... Balik weh balik, baca yassin pulak.


The live band. Err.. Abaikan jag beso kat depan tu. Not mine!

Makcik angin jugak sebab sampai rumah, satu IP dengan Bukit Sepanggar sekali blackout. Amende lah ni. Starting of tahun baru dah spoilt gila. Nasib baik lah Neni ada kat rumah. Kalau tak maunya makcik pergi balik ke Elusion tu. Hehe.. Duduk sorang-sorang kat rumah yang beso macam ni, seram makcik! Makcik kepanasan betul. Angin tak ada pulak kat luar. Makcik pun teringat yang adik makcik kerja kat Suruhanjaya Tenaga. Makcik mesej dia kenapa tak ada elektrik, tapi dia tak reply-reply. Apa pergi berparty jugak ke dia? Oopss.. Adik makcik ni spesis baik-baik. Mesti kat masjid mana-mana tu. Hahaha.. Lebih kurang 1.30 dia reply kata SESB (Sabah Electricity) tengah repair. Rupa-rupanya dia baru balik dari Tanjung Aru tengok orang Filipin mabuk-mabuk dan terjun laut. HAMPEH!

Lebih kurang pukul 2.30 pagi baru ada elektrik. Baru lah makcik dapat tidur dengan lenanya sampai terbabas-babas pagi ni. Boleh dimaafkan lah. Semalam memang hari yang memenatkan. Untuk melaluinya sekali lagi? Akan makcik fikir dua tiga kali..