Minggu ni minggu present. Bertarung lagi skali anak2 buah aku n student2 yang lain. Tinggi harapan aku nak tengok semuanya success. Tapi bagi yang stengah2 yang under perform tu susah sket la aku nak bagi komen. Kalau dapat lepas syukur alhamdulillah. Aku dah tak mampu nak guide diorang lagi. Dah tak larat nak jumpa dah muka diorang lagi.
Nama je minggu presentation. Ingatkan kurang la keje aku. Tapi tak juga. Boleh dikatakan setiap hari aku terlibat dengan slot presentation. Kebanyakannya aku jadi panel je. Kira ok gak la. Just menilai presentation students je. Tak payah aku nak baca report check satu2 n bagi komen/cadangan or hentam gila2.
This sem nak dijadikan cerita ntah camne si Chung susun jadual, anak2 buah aku dapat Dr Pat dalam sesi diorang. Gabra abis. Aku pon cuak giler. Dr Pat bila dah bukak mulut semua terus diam. Lecturer lain pon terkedu. Saspen betul. Tiba harinya, aku lagi takut berbanding ngan student2 aku. Tapi aku poyo je buat2 tenang. Padahal menggeletar. Hehehe.. Memang soheh. Sorang2 anak buah aku dihentamnye. Ada yang dah terdiam, tak kurang plak yang nangis. Sabo je la. Aku rasa macam nak menyorok bawah meja pon ada. Tak sanggup nak tengok bebudak ni kena tembak.
Tapi tu kan lumrah. An FYP presentation is not an FYP presentation kalau takde sesi hentam menghentam ni. At least dengan segala hentaman ni, menunjukkan yang lecturer tu concern dan amik tau pasal projek yang bebudak ni bangunkan. Ok la tu daripada diorang diam je. kalau diam nampak sangat diorang tak berminat. Kirim salam je laa nak dapat markah tinggi2.
Lega jugak aku akhirnya bila semua sesi dah tamat. Budak2 apa lagi, lagi lega. Tapi dalam masa yang sama masih risaukan dengan markah yang bakal diorang dapat. Relakslaa. Korang ada gak berusaha untuk buat semua ni. Masa presentation pon walaupon tak konfiden, korang tau apa yang nak dipresentkan. InsyaAllah semuanya success...
0 comments :
Post a Comment