Hallu.. Aku kat JB lagi ni. Bulan lepas aku balik. Bulan ni balik lagi. Hehehe.. Kali ni memang aku betul2 cuti tenangkan fikiran dan minda. Chewahh! Tapi hangen gak aku balik ni. Aku terlupa bawak balik coklat2 Labuan nun. Aiseh. Dah mula balik dah penyakit lupa aku.
Sabtu malam aku pi majlis Maulidur Rasul kat surau taman aku ni. Rajin kan aku ni? Kena rajin. Surau dah laa depan rumah, pastu bapak plak pengerusi surau, mana boleh anak dok kat umah tengok konsert AF. Hehe.. Saja cari nahas la kalau camtu. Majlis start ngan sembahyang maghrib berjemaah pastu makan2. Syok woo makan dalam dulang. Pastu sembahyang isyak berjemaah n last skali ada ceramah n sesi penyampaian hadiah aktiviti anak2 surau. Ceramah agak menarik. Tapi ustaz tu dah nak last2 baru best. Awal2 ya rabbi ngantuk aku dengar. Rasa nak tido je. Dah nak abis baru ok. Pukul 11 lebih gak baru kami balik.
Hari ahad rumah aku agak meriah. Ramai adik badik mak aku datang bertandang. Hani gebu pon ada. Isnin, both parents n nyai aku nak pi umrah. Kalau dah berkumpul camni macam2 cerita yang keluar. Bapak aku plak sempat lagi pi kl. Kelas dia blom abis. Kena abiskan sebelum dia nak pi umrah ni. Malam tadi dah la balik lambat uruskan majlis maulidur rasul tu. Pastu pagi2 subuh dah pi kl. Besok nak pi umrah plak. Kalau aku tak larat weh. Aku kalau ikutkan hari ni pi kenduri Affa. Tapi tak dapat la. Sorry ye Affa. Kalau tak memang aku nak datang kenduri ko. Cuma keadaan tak mengizinkan. InsyaAllah nanti aku jenguk ko ye.
So tibalaa hari isnin mak bapak n nyai aku nak pi mekah. Semua berkumpul kat rumah aku n sama2 berkonvoi ke masjid sultan abu bakar. Macam bapak aku pi ngan yayi aku dulu. Naik bas dari masjid coz nak naik flight dari changi. Kalau dari senai senang ler nak hantar ke airport terus. Lepas zohor diorang berangkat. Mudah2an semua selamat kat sana. Amin.. Aku sempat lagi mintak mak aku doakan aku cepat dapat jodoh. Kekeke.. (^__^)V
Bila parents takde kat umah, ha aku laa yang jadik parent nye. Mak tiri kini kembali. Teringat zaman2 dulu masa mak bapak aku pi haji. Camni gak la rupanya. Tapi dulu lagi tensen. Dengan aku stadi lagi masa tu. Skarang ni dah keje dah no hal sangat. Tak payah nak pikir apa coz keje2 semua balik KK nanti baru settlekan. So sepanjang dok umah ni aku buat keje2 rumah ler. Mengemas, masak, cuci. Semualaa. Penat la pulak rasanya. Camne ni? Aku baru berangan nak berenti keje jadik surirumah kalau aku kawen nanti. Tak jadi la kot. Hahaha..
Masa cuti ni gak aku sempat jumpa member seporum yang kuat moyan. Si Sweetlove. So bertambahlaa koleksi kawan porum aku. Dulu dah kenal si kelly. Kali ni kenal sweet plak. Aku pi cari dia kat tempat keje dia. Bukannya jauh pon. UTM je. Hehehe.. Sempat la borak2 sume. Kali ni ngan sweet takde kelu lidah apa kebenda. Aku main taram je. Sebab aku nengok dia jenis yang tak kisah. Cakap pon selamba je. Aku pon selamba je la.
Selain tu sempat gak jumpa k awa. Pon sama aku pi serbu tempat keje dia. Bukan direct tempat keje la. Aku pi serbu CS. Pi jalan2 cuci mata sementara tunggu dia abis keje. Sempat la lepak2 borak2 n makan2. Catch up some news. Gosip2 dan yang sewaktu dengannya. Malam tu plak pakcik aku yang kat KK nun datang umah. Pagi2 tu terkejut badak aku dapat call dari dia. Dia ada meeting kat JB rupanya. So malam ni dia overnite kat rumah aku. Dah alang2 dia balik KK sama ngan aku besok. So sekali harung la hantar ke airport.
Lagi seminggu mak bapak aku balik. Hopefully everything ok. Yang kat umah ni pon harap2 ok gak. Aida ada, sharir ada. Harap2 Ika kembong tak buat hal malas pi skolah ke hapa. Bukan leh caya tu. Aku plak besok nak balik KK balik. Hurmmm...
Friday, April 4, 2008
Home
»
Rumahku Syurgaku (JB)
»
Mak Tiri Returns..
0 comments :
Post a Comment