Friday, April 18, 2008

Farewell Lunch

Tengahari tadi kami ada buat makan2 sket. Sempena geng2 kami yang nak pi sambung blaja. Yang diraikan 3 orang, Lau, Liawas n Jen. Tapi Jen tak dapat plak nak datang. Kami yang lain ni pon tak ramai yang free. Sape yang ada je lah. Lau terbang petang ni. Cepat betul dia nak pi. Liawas next week. Jen maybe next sem takde dah. Bila lagi nak kumpul ramai2 camni. Dah ada kesempatan buat ajelah.

Aku ditugaskan cari tempat makan n bagitau semua orang pasal makan2 ni. Punyela sengal kepala hotak tak boleh pikir tempat makan mana yang best. Last2 aku pilih Kohinoor je kat Kingfisher tu. Hari tu dah penah makan sekali, rasa pon ok. Lagi pulak tak sempat dah nak cari jauh2. Dekat2 je.

Janji pukul 11 pagi, tapi sorang pon tak nampak batang hidung lagi. Pelayan kat situ bawak aku ke belah dalam restoren. Saspen je. Nak makan kat dapur ke? Hehehe.. Rupanya dia bawak aku kat bilik tertutup. Yang dok makan bersila. Perghh.. Tak tau plak aku ada tempat makan camni. Nice decor. Suasana pun best. By the time yang lain sampai pon, semuanya terkejut n surprise tengok tempat camni. Apa lagi. Posing sakan la kami.


Makanan kat Kohinoor ni dimasak upon ordering. So bayangkan la kalau order banyak alamatnye lambat la tunggu. Tapi ok gak. Sementara tunggu makanan yang fresh n panas2 tu kami borak2 kosong. Macam2 laa diceritakan. Termasuklaa kes penculikan tu. Nak2 kami makan ni pon di Kingfisher. Lupa skejap pasal keje. Bila makanan sampai, kami terus makan. Lapar la katakan. Memang concentrate betul makan.

Lepas makan ada laa farewell speeches. Sedeynye. Harap2 kami will stay in touch. See you guys three years later...

0 comments :