Tengah dok mengemas bilik yang macam sarang tikus ni aku terima call dari bapak aku. Dia tanya aku dah call rumah blom. Aku pon saspen nape plak? Ada something happened ke? Bapak aku pon cakap ler si jebon tuntut RM500. Aku tetiba je culture shock. OH NO!!!! For real?? Matik aku. Tetiba teringat yang hari ni hari Khamis dan hari ni gak keputusan UPSR keluar. Dan si Jebon tu dapat 5A! Waduh.. Aku happy pun ye sedih pun ye. Happy coz minah tu boleh score biarpun punyelaa malas nak belajar. Dalam kelas dah le selalu dapat nombor puluh2. Memang aku tak bagi harapan tinggi sangat kat dia. Yang paling saspen terkejut gila tu cuma 6 orang je dalam kelas dia yang dapat 5A termasuk dia. Kira bagus la tu. Syukur Alhamdulillah. Bersungguh jugak dia rupanya bila jawab peksa tu. Mak aku pon tak sangka dia bley dapat penuh. Mesti senyum melebar si jebon tu. Dah le mulut lebar. Semakin lebar la.
Aku call rumah, mak aku kata dia pi tampal result tu kat tepi tv bagi orang tengok. Cheh.. Ngengada plak camtu. Tau la bangga. Over plak. Tapi dalam2 happy tu aku jadik sedey plak. Terpaksalaa aku mengbankrapkan diri aku. Huwaa.. Aku tak expect dia dapat full. Nyesal aku janji ngan dia nak bagi RM500 kalau dapat 5A. Kapok! Padan muka aku. Mak aku pon padankan muka aku. Ntah2 masa dia jawab exam tu dalam kepala dia lima ratus.. lima ratus.. Kat kertas soalan pon nampak duit lima ratus. Haru betul. Jebonnn.. Yati bayar pakai installment laa ye. Hehehe..
Thursday, November 15, 2007
Home
»
Rumahku Syurgaku (JB)
»
Go Jebon, GO!!
0 comments :
Post a Comment