Monday, November 26, 2007

Dah Pindah Dah

This few days back aku sangat2laa packed. Start dari hari jumaat lagi aku dah mula packing n kemas2. Nak pindah rumah dah. Yey!! Suka gila aku. Tak payah nak bertarung dengan semut2 durjana tu lagi. Rumah sewa baru aku kat Bukit Sepangar. Bukit you.. Jangan memain. Tak jauh mana pun. Taman belakang Indah Permai je.

So kemas2 ni banyak harta karun aku jumpa bawah katil, blakang almari. Kehkeh.. Dahsyat. Mula2 maintain je mengemas tapi dah lama2 tu aku smakin saspen. Pesal laa banyak sangat barang aku ni. Bilik kecik je. Barang mak datuk punyela banyak. Baju je dah 5 beg. Biar betul aku ni. Rasa macam sikit je baju aku. Benda kecik2 yang remeh temeh aku main campak je dalam kotak. Malas nak layan satu2.

Hari sabtu sambung lagi. Memang tak siap2 la aku mengemas. By the time aku siap hari dah petang dah. Tu baru bilik aku. Belum main hall lagi, dapur, peti ais --> OH MY GOD!! Banyak benda expired dalam situ. Kahkah.. Malam tu gak aku godek peti ais. Yang lelain settlekan dapur.

Ahad proses mengangkat. Aku hire adik ipar k rafidah for moving purpose. Musti pakai lori. Barang aku punyela banyak macam orang dah kawin. Actually kat rumah ni semuanya barang aku. Dari tv, mesin basuh, peti ais, dapur, meja makan, kabinet dapur, bla bla bla.. Proses pindah je sampai 2 trip. Angkut punye angkut tengahari gak baru settle. Dah tu pi makan n panggil orang pi potong rumput. Takkan nak biar belakang dapur tu cam hutan. Sebelum serah kat tuan rumah baik kemas2 sket2 kan. Tak laa dia kena heart attack bila tengok rumput2 dah sama tinggi ngan dia. Hehehe..

Gitu gini dah 4 lebih. Babai rumah lama. Welcome rumah baru. Barang2 aku humban je kat tepi dalam bilik tu. Mentang2 dapat bilik besar. I Like!! Nanti2 la aku kemas. Penyakit 'M' datang dah....

0 comments :