Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, August 28, 2007

Mengundur..

Hari sabtu aku join sepupu aku 'mengundur'. Ni istilah biasa la yang orang Johor pakai bila rombongan pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki. Sekaligus buat majlis makan2 n bersanding skali. Meriah jugak tapi hujan daa.. Lecak gak. Abis tenggelam kasut aku yang cun melecun ni. Kalau la ku tau aku pakai selipar jopon jek. Aku tak lama kat sana. Lepas say babai kat sepupu aku, aku pon balik. Tinggal laa ko ngan keluarga mertua ko. Isy.. isy.. isy.. Tapi takpe. Dia jenis yang pandai bawak diri. Kalau aku ni. Mampuih!!

Isnin pepagi buta aku balik KK. Student aku mai amik. Patutnye keje tapi malas betul. Singgah opis jap. Tak lama tu balik rumah n tak balik2 keje balik. Kihkihkih...

Saturday, August 25, 2007

Meronggeng lagi

Ni last minute punye decision. Tak pikir panjang pon. Aku bagitau mek yus aku nak datang jenguk dia n terus beli tiket. Drastik betul. Seronot pun ye. Dapatlaa aku meroyan n meronggeng kat KL. Yihaaaa!!!

Aku pi hari rabu. Tiga hari gak laa aku kat sana. Konon2 berbachelorette party laa aku ngan mek yus. Dia kan dah nak kawin. Aku plak memang tak dapat nak datang majlis dia. So aku datang la ni menjenguk dia seblom dia jadik isteri orang. Alkisahnya mek yus plak keje. So aku berparty laa sorang2. Layan blues sorang2 jalan2 buang masa kat KL nun. Lepas mek yus abis keje baru laa dapat beramas mesra together2.

Err.. Koleksi korean drama aku dah bertambah. Kihkihkih.. Bagus betul. Sambil menyelam sambil minum air. Sambil2 datang melawat mek yus, sambil2 tu gak aku borong cd. Sukanya hati aku. Mek yus tengok pon poning kapla dia. What to do mek. One of my obsessions. Tak bley nak kata tak.

Hari jumaat aku balik jb. Bas pukul 7.30 naik kat pudu la. Tapi seblom tu aku merewang lagik. Lepas tunggu mek yus balik keje kitorang merewang ke lot 10. Mek yus bawak opismate dia. Cari barang kawin mek yus ler. Dah agak2 pukul 6.30 tu kitorang pon bergerak la ke pudu. Nak naik monorail, monorail tak nak berenti plak. Penuh ngan umat manusia. Tak jadik! naik teksi. Jalan plak jem gilos. Aku dah gabra. Jam kat dashbod teksi tu dah pukul 7.15. Pakcik teksi tu lagi nak menakutkan aku kena tinggal bas la apa la. Tak bley jadik. Dah 7.30 tapi masih tak jalan2 gak. Apa lagi aku terus turun dari teksi tu. Tiga dara pingitan ni pon berlari2 pi stesen bas. Hahaha.. Lawak gilos. Main redah je jalan lorong belakang rumah mana ntah. Sampai sana dah dekat 7.40. Aku pi amik beg, mek yus pi konfem tiket n opismate mek yus pi tahan bas kalau betul bas nak jalan dah. Dah penat2 tu tengok2 bas tak sampai lagi sebab jem kat luar. Chett!! Buang karan betul. Dari naik pukul 7.30 dah jadi naik pukul 8.30. Pukul 9 lebih baru keluar KL. Sampai skudai pukul 1. Nasib baik malam masih muda kat skudai tu. Kalau tak, tak rela aku. Tak pasal2 kena culik. Owh Tidakkk!!

Tuesday, August 21, 2007

Konvo.. Konvo..

Macam la majlis kawin tu aku yang punya. Kepenatan sangat aku tido mati macam kayu sampai tak sedar dah pukul 10 pagi. Terjaga pun sebab dapat mesej dari bapak aku "jap lagi nak kuar dewan ni.." WHAT?? Terus aku melompat dari katil tu. Mati la aku. Matilaaa. Cepat2 aku siap2. Aku tunjal2 si jebon suh bangun tapi tak mo bangun. Aku plak yang ditendangnya. Mimpi main kuda kepang kot. Sambung yang malam tadi punya. Hehehe.. Ah gasak! Ko tak nak ikut sudah.

Hari ni si Sharir konvo. Konvo gak akhirnya dia setelah extend stahun. Kihkihkih.. Jahatnya aku. Sepatutnya aku join skali masuk dewan. Tapi pagi tu liat betul nak bangun. Last2 mak bapak aku je yang pegi. Aku pon macam mamai2 je mak aku suh datang ke sana dalam kul 10. Memang aku tak sedar. Tu yang macam orang gila siap2 ke sana.

Sampai kat sana nak cari parking pon humang aih susah nak mampus. Ramai betul umat. Graduan semua dah keluar. Habislaa aku kena lecture ngan mak aku. Last2 aku parking tepi longkang. Berlari aku ke dewan. Nasib baik tak jauh. Aku ni datang bukannya apa. Lupa nak bagi mak aku kamera. Nak harapkan kamera kopab bapak aku tu bermasalah sungguh. At least ada backup la kalau yang satu tu korup.

Sian adik aku. Konvo ngan junior dia. Kengkawan dia sume dah konvo. Adalaa dua tiga orang yang tercicir macam dia. Dapatla jugak bergambar. Sama gak macam aku dulu. Bergambar pon dua tiga kerat je. Tapi kes terbalik plak. Time aku dulu batch aku ramai yang gatai extend. Hahaha.. Berlagaknye aku. Huhu..

Bestnya teringat pasal konvo ni. Dengan pesta konvonya. Kalau masuk dewan bley dengar live orchestra. Best siott. Bila ntah nak masuk balik dewan tu. Tahun depan mungkin ada peluang. Si Aida plak konvo. Apa nak buat. UTM is our second home....

Monday, August 20, 2007

First time tengok.. Rasa jakun pun ada..

Apa acara yang aku katakan tu? Nasib baik gak aku tak balik awal. Malam tu abang sepupu aku panggil persatuan kuda kepang wat persembahan. Humang aih. Memang best la. Aku ni kan tak penah tengok persembahan kuda kepang. Dengar2 tu banyak la. Camne orang yang wat persembahan ni lama2 naik hantu, kupas kelapa pakai gigi, kejar orang, panjat pokok. Memang gerun la. Sebelum start tu pemain2 tu check kuda masing2. Patu yang main alat muzik pon wat sound test. Persembahan ni pakai gamelan, gendang n gong. So tau2 je laa. Muzik pastinya muzik yang menyeramkan. Ala2 citer pontianak harum sundal malam la plak.
Persembahan start dalam kul 9.30 malam. Memang lambat dah. Ramai orang datang tengok. Mostly jiran2 satu perumahan tu. Diorang excited gak nak tengok orang main kuda kepang ni. Aku lagi laa bapak excited. Mula2 pemain2 tu berbaris panjang. Dok mencangkung dengan kuda masing2 kat sisi. Bila muzik main diorang pon start bergerak. Menghenjut2 macam orang naik kuda tu. Diorang pon bergerak ikut muzik. Ada ketuanya. Pegang cemeti lagi. Yang ketuanya ni pon pegi ke depan ke belakang sambil menghenjut2 tu sementara yang lain masih stay dalam satu barisan. Mak aku kata ketuanya tu tengah check perbarisan kuda tu. Betul ke tak. Lepas checking tu satu barisan tu pecah dua. Masing2 saling bertemu n buat pergerakan lain. Stage yang ketiga diorang menghenjut dalam bulatan. Semakin lama semakin laju. Sambil bergerak sambil duduk. Kepala masing2 bertemu kepala yang lain2. Semakin lama semakin laju. Semakin lama semakin laju. Muzik plak semakin saspen. Ada yang sampai tersasar keluar bulatan n cepat2 masuk balik. Aku semakin saspen. Cemeti bertukar tangan. Ada sorang pakcik ni masuk join. Yang lain2 masih berpusing tak tentu arah. Aku dah start gerun.. Pakcik ni pon libas cemeti ke tanah. And..........................
Pemain2 tadi yang dok ligat pusing2 pon mula menjerit n menghempaskan diri ke tanah. Ada yang lay flat on the ground tak gerak langsung. Ada yang mencangkung. Ada yang merangkak macam hantu ju-on. Siap merangkak gostan lagi. Isyy.. Seram jangan nak cakap la. Ada yang dok mengepak2. Macam ayam pon ada. Ada yang merengus macam kuda. Masing2 dah kena masuk semangat kuda kepang. Pakcik yang pegang cemeti tadi ditugas mengawal pemain2 ni dari wat benda yang tak sepatutnya. Ada gak pemain yang relaks je. Mungkin semangat kuda kepang tu tak kuat dalam diri dia. Tu yang ok je. Yang dahsyatnya ada ahli2 diorang yang tak join main pon kena sampuk sama. Dah menari2 macam monyet. Keliling gelanggang. Ahli2 yang lain yang tak join dok keliling gelanggang jadi pagar. Tak bagi pemain2 tadi keluar dari sempadan yang sepatutnya.
Memang menarik tengok persembahan kuda kepang ni. Nak2 part diorang kupas kelapa ngan gigi. Mak oii.. Kuat betul gigi diorang. Lepas kupas tu diorang ketuk tempurung kelapa tu wat lubang n minum air. Pastu piknik sakan. Sekali tengok macam main2 tapi macam betul2 la plak. Tak paham aku. Pemain2 ni cukup takut ngan cemeti. So bila ketua tu libas je cemeti masing2 lari lintang pukang. Tapi tak keluar dari sempadan la. Persembahan non-stop sampai pukul 12malam. Belum lagi abis aku dah balik. Tak larat la nak tunggu..

Sunday, August 19, 2007

Balik Kampung!!

Cuti2 skolah camni memang tak soheh takde kenduri kawin. Antara yang kawin cuti skolah ni sepupu aku yang paling rapat. Mana tak rapat coz aku ngan dia sebaya. So adalah aku alasan nak cuti panjang minggu ni. Almaklumlaa kan ums tak cuti. Cuti mid sem dibawak ke raya plak dah. Apa2 la labu. Janji aku dapat balik join kemeriahan majlis kawin sepupu aku ni.

Bila cerita pasal kenduri kawin ni, orang johor kalau buat memang meriah. Dari sesi merewang, berinai, khatam Quran, hari pernikahan, hari persandingan, dengan bape kali salin baju, dengan hantarannya, dengan bunga manggarnya, dengan kompangnya, dengan silat pengantinnya, dengan makanannya, dengan berkatnya, memang serba serbi meriah. Lain orang lain cara penyampaiannya. Aku kat sini nak share sket la apa yang berlaku kat majlis kawin sepupu aku secara khususnya dan majlis kawin orang johor secara amnya.
Majlis makan2 sepupu aku buat hari ahad. Majlis nikah buat sabtu malam. So dua hari sebelom tu rumah makcik aku dah sebok. Kat tempat makcik aku masih kuat lagi dengan amalan masak sendiri. Tak main laa buffet2 ni. Hari jumaat tu memang dah sebok dah dengan aktiviti merewang. Apa yang dibuat masa merewang ni? Banyak. Antaranya dah start kupas mengupas, kopek mengopek. Masing2 datang bawak pisau masing2. Selain tu ada gak aktiviti merebus telur. Kenduri sepupu aku ni pakai telur rebus biasa je. Nak buat telur pindang tak sempat kot. Aku lagik suka makan telur pindang. Tapi takde rezeki la kot nak makan time ni. Boleh dikatakan orang yang datang merewang tu dah tau apa yang patut dia buat masa tu.
Aku datang hari sabtu. Petang plak tu. Hahaha.. Bertuah punye sepupu. Datang paling lambat. Pagi tu aku ada aktiviti bergambor ngan family. Si Sharir konvo. Sakan bergambo kat studio. Posing tak hengat punye la. Sampai2 je umah makcik aku dah tak banyak benda nak buat. Macam biasa la. Kalau aku sampai je riuh satu rumah. Macam mem besar plak aku ni. Hehe.. Keluarga mak aku semua tinggal dekat2. Paling tak 2 minggu skali mesti berkumpul. Kalau diorang berkumpul manalaa aku ada join skali kan. Tu yang terasa macam aku ni tetamu agung kat situ. Kehkehkeh.. Perasannya aku ni. Bila takde benda nak buat aku pon dok relaks je la. Lepak2 dalam bilik pengantin. Pelamin pon dah naik. Siap ada rumput2 plastik lagi. Ala2 dalam taman la tu. Hehe.. Skejap je dah nak malam. Majlis nikah lepas Isyak. Tak banyak masa dah yang tinggal.

Aku tak dapat bayangkan camne laa sepupu aku nanti bila sanding. Minah ni memang suka ketawa. Pantang dia kalau ada yang buat lawak ke apa ke musti ketawa gila2. Dah le kaum kerabat mak aku ni semuanya kuat menyakat. Karang tak pasal2 tengah sanding tu dia ketawa kuat2. Pecah laa mekap kat muka. Kehkehkeh..

Mak andam datang agak lewat gak. So mekap pon start lambat la. Aku pon sambil2 tu bersiap2 la nak ikut pi masjid. Bila aku dah siap aku tengok sepupu aku dah takde. Lorr.. Dah pi masjid ke? Tak kan laa diorang tinggalkan aku kat sini. Tak bleh jadi ni. Aku pon berlari keluar. Tengok2 sepupu aku tengah posing kat pelamin. Laa.. Bergambor dulu ke? Biar betul. Dah nak dekat isyak dah ni. Tapi wat bodo je la. Memang sakan makcik2 n pakcik2 aku menyakat sepupu aku. Tahan je dia gelak. Tak keluar suara pon. Sabo. Sabo. Sesi bergambar lama plak tu. Aku dah naik saspen. Yang lelain pon cam rasa pelik je. Sekali ha ngkau. Ada miscommunication. Mak andam mati2 ingat nikah kat rumah. Tu yang dia boleh sambil lewa slow melow wat keje n sempat lagi salin2 baju bergambo atas pelamin. Yang lain macam WHAT *%#%$*&????? Agak tegang gak masa tu. Mana taknya. Dah pukul bape tapi belom pi masjid lagi. Tok kadi n geng dah tunggu kat masjid. Pengantin lelaki dah berpeluh2. Kelam kabut jadiknye. Sepupu aku pon bersiap dengan pantasnya. Dan aku pon tetiba jadik drebar F1 pecut bawak sepupu aku pi masjid..

Majlis nikah went well. Pengantin lelaki lancar je sebut. Ye la. Tentera beb. Mana bley cakap gagap2. Hehehe.. Sepupu aku ni dah takde bapak so abangnya jadik wali. Bapak aku pon menyelit jadik saksi. Overall ok. Selamat dah diorang. Nasib baik takde sesi bersakinah. Kalau tak lagi sayu jadiknye. Sesi sakinah ni biasanya, sesi mak bapak pengantin pompuan menyerahkan anak dia ke keluarga belah pengantin lelaki. Syahdu beb kalau betul2 buat. Mau nangis gila2. Penah dulu skali kenduri sepupu aku yang lagi sorang tu wat sesi sakinah ni. Yang ada kat situ sume nangis. Aku pon sayu jek. Antara ayat2 yang aku ingat "sekiranya tiada persefahaman lagi pulangkan la anak kami dengan baik.. bla bla bla.." Orang tengah sedih2 tu tetiba aku dapat sms dari bapak aku. "Tu dia.. Akademi fantasia.." Siott je bapakku itu.

Balik dari masjid ada sesi bergambar lagi. Banyak betul. Ada gak sesi makan2. Untuk tetamu yang datang la. Majoritinya keluarga pihak lelaki n jiran2 yang berdekatan la. Aku dok lepak kat dapur je. Aku sebenarnye memang suka datang umah makcik aku ni. Sebabnya makanan banyak. Tak kisah la kenduri biasa ke doa selamat ke. Makanan banyak n sedap2. Makcik aku memang pandai masak. Tu yang best tu. Keje aku malam tu selongkar periuk je. Hahaha.. Malam tu aku amik tender buat bunga pahar. Tak susah mana pun. Paharnya dah ada. Main cucuk je bunga telur tu. Dekat kul 3 jugak aku tido. Tido dalam bilik pengantin. Pengantin lelaki balik umah dia. Hehehe..

Awal pagi dah bangun. Senak betul. Bape jam je dapat tido. Pagi2 aku dapat tender goreng nasi. Aku ngan makcik aku ler. Serabut gak aku. Tak penah masak banyak2 satu kawah camtu. Nak gaul pon seksa. Kalau silap gaul mau dengan aku2 skali masuk dalam kuali besar tu. Hikhik.. Lepas tender wat brekfes aku amik tender wat bunga rampai plak. Adeh. nak memotong daun pandan yang berlambak2 tu. Malas betul. Tapi ikutkan je la. Karang majlis aku takde sape yang nak buatkan bunga rampai. Hehehe.. Lepas tu semua anak2 dara (ececehh..) sepupu2 aku yang pompuan buat aktiviti berinai. Macam2 pesen. Aku pon ikut join skali. Macam aku yang nak kawin. Miahahaha.. Untuk suka2 kan. Paling best pon bley tahan 2 hari je inai tu. So no hal la. Takdela nak takut ke apa balik KK nanti masih lekat kat tangan. Tak pasal2 aku kena interview kaw2 nanti. Hehehe..

Pagi2 tu gak budak karaoke dah memekak pasang lagu kuat2. Majlis kawin kat Johor ni kalau takde karaoke macam tak sah agaknye. Lagu pon rock2. Sesekali lagu dangdut. Sabo je la aku. Majlis orang. Kalau majlis aku tak mo lah. Panggil ghazal lagi best. Pastu panggil budak2 tecit wat persembahan zapin. Kan best macam tu. Berangan tak hengat aku ni. Orang datang merewang dah datang. Penanggah pun dah ada. Yang datang merewang tu ditugaskan untuk bungkus berkat. Err tau ke berkat tu apa? Berkat tu makanan kenduri versi tapau la. Untuk tetamu yang datang. Aktiviti bungkus berkat ni buat kat rumah sebelah. Hari tu kira ada la dalam 10 orang makcik yang dok membungkus kat situ. Ada yang bungkus nasi, ada yang bungkus lauk, ada yang organize lauk. Cekap dah diorang wat keje2 ni. Tak payah disuruh2.
Pukul 10 orang dah start datang. Ramai gak. Cuaca agak baik hari ni. Wah.. Pengantin ada baling spender dia atas khemah kot. Kihkihkih.. Mana la tau kan. Tu antara petua yang aku penah dengar la tak mo bagi hujan turun. Aku pon dah pakai cantik2. Cantik ala kadar je. Karang terlebih cantik susah plak. Takut orang salah tengok kata aku pengantinnye. Hehe.. Sepanjang hari ni aku amik tender jadik video lady. Video cam bapak aku yang jadik mangsa. Segala jenis aktiviti aku shoot. Dengan umat2nya yang aku tak kenal ntah sape. Yang mengenterpremnya lagi. Sabo je la. Shooting kat dapur paling meriah. Ngan muka2 selebet makcik2 aku siapkan makanan untuk makan beradab. Hehehe.. Jangan kena marah sudah. Sambil2 tu sempat aku mengendeng makan lebihan lauk yang tak dibuat makanan beradab.

Lepas zohor pengantin pon datang. Aku seriously tak perasan. Coz diorang start berarak dari jauh. Aku cuma perasan bila kompang dah start bunyi. Terkedek2 aku lari pegi sambut. Musti rakam masuk video. Karang ngamuk plak sepupu aku tengok gambo laki dia takde. Sepupu aku plak dah dok kat pelamin ngan mak andam. Bila rombongan pengantin lelaki ni dah sampai depan khemah jamuan, kena halang plak ngan dua pakcik ni. Tersengih2 pakcik yang menahan ni. Ada sesi berpantun la pulak. Tak larat aku. Pantun plak ntah pape. Gasaklaa ko. Spontan reka n spontan jawab. Berpeluh2 wakil dari rombongan pengantin lelaki. Tu namanya tol yang pertama. Jangan memain. Kenduri kawin kat johor ni banyak lalu tol. Memang masak laa rombongan pengantin lelaki. Lepas wakil pengantin lelaki tu bayar tol kat dua2 pakcik tadi baru laa rombongan dibenarkan lalu. Tapi sebelum tu pengantin lelaki disuruh duduk dulu coz ada yang nak menyilatkan dirinye. Waduh.. Rindu aku ngan aktiviti silat ni. Skill silat aku dah pupus ditelan zaman. Huhu..
Dah lepas silat pengantin lelaki pon start jalan ke rumah. Mamat karaoke tu dah sound2. "E'eh.. Senangnya pengantin lalu. Senangnya diaaaaa...." Paham2 je la kan. Maksudnya takde sape ke nak jadik tol lagi halang pengantin lelaki dari datang masuk ke rumah. Kekadang pikir cam bebudak je. Tapi seronok. Untuk suka2 kan. Sampai kat gate, makcik2 jiran sepupu aku ni plak yang jadi tol. Ada pantun2 lagi. Adeh.. Penat la camni. Yang sakit si wakil tu la. Terpaksa melayan kerenah tol2 ni. Lepas masing2 dapat habuan pengantin lelaki pon pi ke pelamin. Kena tahan lagi. Kali ni sepupu sepapat aku yang berdozen2 tu dah duduk siap2 ramai2 depan pelamin jadik tol. Camno la pengantin lelaki nak naik ye tak. Kena la jugak bayar. Lepas tol budak2 kena plak tol mak andam. Yeszaaa... Mak andam dok ngan bergaya skali atas kerusi tepi sepupu aku. Selagi tak dibayar dengan best skali dia takkan bangun. Sian pengantin lelaki. Macam2 dugaan. Nak kawin pon susah. Hehe.. Lepas mak andam puas hati ngan bayaran tol baru laa dia bagi pengantin lelaki duduk. Dah selamat dua orang tu atas pelamin. Sesi bergambor pon dimulakan.

Tak lama tu hujan pon turun. Nasib baik tak bape lebat. Aisyy.. Sepupu aku memang tak baling spender ke bumbung. Dah posing sakan tiba la time makan beradab. Aku jadik ketua mengangkat. Sonot betul mengarah sepupu2 aku yang lain2 angkat makanan. Time pengantin makan aku pon dapat laa relaks jap. Pengantin makan sket je. Lauk makanan beradab yang lebih2nya dibawak masuk ke dalam rumah. Apa lagi. Kami pon memulakan aktiviti menghabiskan semuanya. Makan ramai2 syok gila.

Tetamu yang datang ramai. Kawan2 sepupu aku, kawan2 makcik aku, kawan2 arwah pakcik aku. Pakcik aku dulu peramah gila. Memang baik ngan ramai orang. Tu la ada gak orang yang tak dijemput pon datang. Tetamu yang datang tak payah tunggu lama terus je makan. Lepas makan barulaa jumpa pengantin. Nak balik tetamu pompuan datang salam n hulur angpow kat mak pengantin pompuan. Yang tetamu lelaki plak hulur angpow kat abang sepupu aku. Aktiviti ni biasa dah kat tempat aku ni. Kenapa ada hulur2 duit? Aku pon tak tau nape. Tapi sebenarnya mengikut apa yang mak aku kata datang makan ke kenduri kawin bukan free. Kena bayar. Tapi ikhlas la nak bayar bape. Tak kisah. Paling koman pon ada yang menghulur 5 hengget. Yang banyak duit tu ada yang hulur 50hengget. Seratus pon ada. Sebenarnya bagus gak wat camni. Sebabnya, lain kali tetamu yang datang tu buat kenduri, kita datang kita balas balik hulur angpow. Kalau la makcik tu bagi angpow 10 hengget, kita akan balas balik 10 hengget kat majlis dia. Kalau 5 hengget, kita balas laa 5 hengget. Kalau 50 hengget, kita balas 50 hengget jugak. Biasanya kat angpow tu siap tulis nama orang yang menghulurnya. Senang nak ingat bape banyak kita kena pulangkan. Aku rasa ok gak wat camtu. Saling tolong menolong. Overall, majlis kenduri sepupu aku ni bukan setakat balik modal. Dapat untung lagi empat lima ribu. Not bad kan? Lepas tetamu salam nak balik, diorang akan dibagi berkat sorang satu bawak balik. Bagus betul kenduri kat johor ni kan. Dah laa dapat makan kat majlis, pastu dapat tapau bawak balik lagi. Ada stengah orang kata benda camni membazir je. Tapi bagi masyarakat selatan, johor khususnya benda2 camni laa yang jadikan majlis kenduri kawin tu unik. I'm proud to be a Johorean.

Lepas abis majlis semuanya lepak. Lepak = dok melepek kepenatan. Tapi pengantin tak dibenarkan relaks. Keje diorang pon bermula. Mencuci segala periuk belanga yang ada. Haha.. Tu biasala tu. Pengantin tak bleh relaks. Lawak aku tengok sepupu aku laki bini dok kerjakan periuk2 tu. Sampai maghrib gak. Aku plak dah lepak2 tengok tv. Bapak aku n adik2 aku yang lain tengahari lagi dah balik. Si gemokk tu nak balik segamat. Sian plak takde yang nak menghantar pi Larkin. Yang tinggal kat situ cuma aku, mak aku n si jebon ika kembong jek. Malam sket la baru balik. Malam tu ada acara lagi. Nanti aku sambung balik citer apa acara tu...

Sunday, August 12, 2007

Menakluk Sungai Padas

Semalam aku pi moyan. Moyan kat sungai padas. Memang shiok giler. Memula macam tak caya je. Sebab aku bukannya jenis orang yang nak pi moyan kat hutan2 or sungai2. Tapi bila dah ikut aku jadik seronot. Aku buat apa kat sungai padas ni? Tak lain tak bukan aku pi join white water rafting ler. Humang aih.. Memang best la. Nak pegi sana pun bukan main adventure lagi. Macam2 rintangan dan cobaan harus dialami. Hehehe..

Aku pegi ngan anak2 aku. Anak2 FYP aku. Beria2 diorang ajak. Aku pon kebetulan takde nak buat apa so ikut je la. Kalau tak bila lagi nak buat keje2 gila camni. Pukul 6.45 pagi aku dah tercongok kat kampung E. Naik bas dari situ. Ramai jugak yang pegi. Semuanya student. Aku sorang jek yang bukan student. Alah. Orang bukannya tau aku student ke tak. Aku kan maintain muda remaja. Hehehe.. Kami jalan lebih kurang pukul 7.30 pagi. Ada dua bas yang pegi. Lebih kurang dalam 60++ orang la yang ikut. Singgah kat KK jap amik sorang guide ni. Sementara tu ada la mamat sorang ni naik ke bas bawak video camera. Apa lagi the sengalians ni memposingkan diri depan kamera. So very the tak senonoh. Gile glamer weh! Around 8 pagi baru kami teruskan jalan.

So kat mana ekk sungai padas ni? Aku memula pon blur jugak. Tapi aku tau kat bahagian selatan. Exact place? Wo bu zhi dao. Wait n see la ke mana bas ni bawak. Atas bas, pakcik guide tadi bagi sket briefing. Namanya Itik. So unique. Aku tak tau la nama betul ke nama samaran jek. Nama2 orang sini bukannya boleh predict sangat. So dia bagitau kita akan pi ke Beaufort. Which takes around 1 1/2 hours la dari KK. Oooo... Baru la aku tau kita nak pi Beaufort la ni. Hahaha.. N then dari Beaufort kita akan naik the oldest train ever in Borneo to the rafting place. Which took around 2 hours. Mak oii.. Aku dah terbayang keretapi tu depan mata. Hoho.. Camne la rupa aku bila naik train tu. Mesti lawak. Apo taknye. Bak kata guide kami tu "U'll get a free massage n sauna on that train." Huwaaa.. Abis la aku. Aku kan puteri lilin. Sob Sob.....
Sepanjang perjalanan kami disajikan (disajikan?? whatever la) dengan video orang berafting kat padas tu. Best betul tengok. Melompat2 diorang dalam raft tu. Tak kurang gak yang terbalik terpelanting keluar dari bot. Adeh. Camno la nanti. Gabra gak aku. My swimming skill dah berkarat dah. Tapi no worries. Pakai life jacket. Everything will be okay.

Lama gak dok atas bas tu sampai aku terlelap. Mengantuk gila babeng. Terkujat beruk aku bila guide tu tetiba bersuara. Bagitau dah nak sampai. Terpisat2 aku bangun. Dah sampai dah pun pekan Beaufort. Last aku pi Beaufort around two years ago tak silap. Time kenduri Omeng. Tak banyak berubah. We went straight to the train station. Tempat rafting ni can only be reached by train. So nak tak nak kena naik train. So kat stesen tu apa lagi yang bley dibuat. Melainkan tunggu train n posing sakan amik gambo. Hehehe..


At Beaufort train station

Bila train sampai masing2 macam semut kerumun gula. Berebut2 naik. Kami je dah bape ramai. Pastu ada team mat saleh lagi. N local people lagi nak naik train tu. Dengan barang2 diorang lagik. Teringat aku Amazing Race kat India. Memang pack macam sardin. Train plak takde kipas or aircond. Dengan cuaca yang panas terik macam ni for sure aku masak kat dalam tu. Kat dalam gerabak tu memang takde tempat dah nak duduk. Memang full. So aku dok berdiri je la. Mampus aku. Tak kan nak berdiri sampai dua jam? Harus aku pengsan. Then aku dengar train tu nak ditambah gerabak. So kami pon keluar la. Dengan harapan dapat tempat dalam gerabak baru yang disambung tu. Tapi no luck la. Penuh jugak. Last2 dapat tempat yang paling best. Atas pelantar with no dinding n ceiling. OPEN SPACE MAN!! Masak. Memang masak!

Pelantar tu dah le buat dari besi. Terbakar pungkoq aku. Panasnya bukan main. Aku pon sengal jugak. Pakai tudung hitam. Kepala aku rasa cam kena rebus jek. Tak payah tunggu lama. Dengan selamba kodoknye aku tukar tudung. Nasib baik bawak tudung kaler putih. Kurang sket haba kat kepala ni. Lama2 rasa macam seronok plak duduk kat tempat open macam tu. Isyy.. Tak bley digambarkan dengan kata2. Kena naik dulu baru tau macamana bestnye dok kat open space ni. Keretapi pon start jalan. Adeh. Nasib baik slow. Kalau laju maunye aku tergolek dog jatuh kat rail keretapi. Walaupun panas, dok kat open space ni kena angin. Ok la jugak. Kalau dok dalam gerabak mesti berkepam je. Huih.. Sepanjang perjalanan tu sengih jek. Tak penah terlintas sekalipon aku naik keretapi camni. Sesekali terasa cam dalam citer hindustan plak. Sesekali terasa gak nak menari "Chal Chaiyya.. Chaiyyaa.. Chaiyyaa.. Chaiyyaa..." YEEEHAA!!!!


Kat tengah-tengah Hutan..

Sepanjang jalan tu kami lalu the countryside of Sabah. Lalu perkampungan orang. Menurut firasat dan perkiraan aku, ni la perkampungan orang Murut. The once known as the head hunter tribe. Gerun seyy. Rumah2 nya pon rumah kampung. Banyak yang serba kedaifan. No electricity line. No proper water source. Tapi... Ada tapi nya tu. Walaupon rumah tak bape nak best, kat atas setiap bumbung musti ada piring astro. Hahaha.. Jangan memain. Dahsyat.. Sepanjang jalan jugak tak terkira la bape kali train tu stop. Ye la kan. Satu2nya pengangkutan yang boleh digunakan kat kawasan pedalaman ni. Dah jadi macam bas jugak la. By this time aku memang betul2 masak atas pelantar tu. Muka tangan semua dah perit terbakar. Sauna ngan massage free pon dapat.

Around 12pm kami pon sampai kat stesen yang dimaksudkan. Rayoh? Ruyoh? Apa ntah nama stesen tu. The ending point for aktiviti rafting ni la. Kami turun n simpan barang2 kat bangunan Riverbug. Pastu cepat2 naik ke train balik. Menuju plak ke starting point about 10km away. This time aku sempat meloloskan diri ke dalam gerabak. Dapat dok atas kerusi. Tapi tak best langsung. Panas. Tak kena angin. Dok luar lagi best.

Stesen untuk starting point ni namanya stesen Pangi. Sempat jugak dijamu makan tembikai n pisang kat situ. Macam nyet plak. Hehehe.. No. Macam bayau. Hahahaha.. Perkataan baru aku belajar dari bebudak sengal ni. Tobat aku tak tau menatang amende la bayau ni. Rupanya proboscis monkey. Chet! Hampeh betul. Kat situ kami berkumpul n dibagi sket briefing untuk memulakan rafting. All the dos and don'ts. Macam2 la. Then it's time. YES!! IT"S TIME!! Satu raft kami naik 8 orang. Sorang tu guide kami. Nama Anil. Kecik keding je mamat ni. Risau aku kalau tetiba aku terpelanting masuk sungai larat ke tak dia nak angkat aku masuk raft balik. Hahahha..


Hantu betul bebudak ni. Tersedak2 aku kat atas pokok ni..

Sungai padas ni ada 7 rapid. Tempat air yang deras giler tu la. Tapi area sungai tu ok gak. Coz lepas lalu satu rapid, kita akan sampai kat tempat yang tenang n lapang. Pastu baru jumpa lagi satu rapid n jumpa lagi tempat yang tenang. Air sungai tersangat2 la dalam. Sempat jugak aku menghumbankan diri dalam sungai tu. Syiok betul time panas2 camni berendam dalam air. Air pon sejuk je. Bila nak naik balik ke raft tu memang problem. Dah le berat. Dengan baju basah lagi. Lagi la berat. Sampai tersangkut jari aku kat railing tu. Bisanya ya ampun!! Tahan je la. First time lalu rapid tu jangan cakapla. Meraung2 aku. Raft terpantul2. Anil jerit2 jangan stop dayung. Tapi biasakla. Tak mampu aku. Apa la yang ada pada kudrat seorang pompuan. To be precise kami semuanya pompuan. Anil sorang je jantan. Dengan air yang laju camtu. Senak sekejap. Cuak, cuak jugak. Tapi bila dah lepas tu rasa lega yang teramat sangat. Sangat2 la best. Lain rapid lain pengalamannya.

Certain2 point laju betul kami dayung. Bila terpikirkan makan barbeque lunch nanti membuatkan kami excited nak cepat sampai. Tengah lapor weh. Sanggup buat apa je untuk makan. Tapi Anil plak wat dajal. Dia saja je buat raft tu tak jalan. Dia kata kena ikut turn. Lorr.. Lantak la orang lain nak slow. Kami nak makan cepat2. Hehehhe.. Tengah dok dayung2 tu ada sorang mamat ni dok melompat dari satu raft ke raft yang lain. Shoot video beb. Aku rasa DVD ekspedisi kami ni nanti penuh ngan muka kami jek. Team kuat enteprem la katakan. Kecoh pon ye. Orang lain punye video shoot pon kami sempat enteprem. Gile Glamer! So overall hari ni, nasib kami baik. Sikit pon tak terbalik raft kami tu. Sakses! SAKSES!! Hehehehe.. Anil kata skarang ni musim panas tak bape challenging. Lain la kalau musim hujan ke apa. Air sungai banyak. Masa tu konfem ada raft yang terbalik. Isyyy... Tak mo aku datang time hujan.

Aktiviti berafting lasted for two hours. Penat weh. Kami stop kat ending point. Kebetulan time kami naik tu train pon sampai. Wallah. Harus cepat! The last train to go back to Beaufort. Rushing la jugak. Belum makan lagi. Nak salin baju lagi. Nak tak nak train tu kena tunggu kami. Sian kat penumpang2 lain. Terpaksa tunggu kami siap makan n kemas2. It's almost 4 pm. Kami baru nak makan lunch. Dengan lapar n basah camni memang boleh telan apa saja. Tak sempat nak menikmati makanan betul2 train tu dah bunyikkan hon dia suruh kami cepat2 naik. Elemekkk.. Relaks la. Ingat robot ke hapa. Memang tak tenang aku nak makan. Salin baju pon ala kadar jek. Tudung pon main sarung je. Takde masa nak cantik2.




Best kan??

Ingatkan nak dok kat atas pelantar lagik tapi dah dioccupied ngan mat saleh. Nyampess.. Time panas tak nak dok luar. Time sejuk redup camni sebok je nak dok kat luar. Aku terpaksa masuk ke dalam gerabak. Bukan gerabak tempat duduk penumpang. Gerabak tempat barang. Sadis betul. Dengan bau durian segala. Rasa nak pengsan. Sabo je la. Dah tak larat nak pikir. Penat2 camni terpaksa layan je la.

Kami sampai Beaufort around 6 pm. Terus pi ke bas. Lega aku dapat duduk atas kerusi. Setelah beberapa jam aku dok kematu. Sakit giler. Tak menyempat2 belum keluar dari Beaufort lagik aku dah tido. Sampai la KK. Pukul 8.30 baru sampai rumah. Badan dah mula rasa sengal2. Tangan jangan la cakap. Rasa kebas. Huwaaa.. Besok ada kelas. Macam tak larat jek nak bangun besok.

Kesimpulannya, memang seronok buat aktiviti white water rafting ni. Banyak pengalaman aku kutip. Kalau ada peluang aku akan pegi lagik. Masih dok tunggu gambor2 tengah dok merafting n DVD ekspedisi. Nanti gambo rafting dah ada aku tepek kat sini. Musti lawok aksi2 aku kat situ. So guys, apa lagi? Semuanya ada di Malaysia. JOM JALAN-JALAN!!




More info --> Padas River White Water Rafting

Wednesday, August 8, 2007

Merepek Sambil Makan Kerepek

Err.. Setelah beberapa hari berlalu, takde plak penyakit aku datang menyerang. Syukur alhamdulillah. Ni namanya penyakit ngada2. Hehe.. Tapi ok la. Takde la nak menyusahkan aku. Nak2 time ni aku perlukan otak aku untuk buat keje. Banyak betul benda yang nak kena ingat. Harap2 aku dapat stay camni lama2 sket. ^__^

Weh!! Aku nak balik JB weh!! Shiok bah. Kalau takde aral melintang menegak membujur aku balik 17hb ni. Seminggu aku meronggeng. So geng. Kita jumpa di sana.. DI SANAAA..

Bila nak balik ni banyak jugak kiriman yang aku dapat. Tolong beli ni. Tolong beli tu. Nak yang ni. Nak yang tu. Mak aku macam biasa la. Benda yang dia mintak beli tu kalau tak ikan bilis, udang kering. Kalau tak udang kering, ikan bilis. Kali ni ada tambahan plak. Cili kering. Lohh.. Di JB ngak ada apa? Nak dijadikan cerita, aku ni jenis tak rajin pegi pasar. So tak tau harga benda2 ni. But menurut kata2 mak aku, kat sini lagi murah kalau nak dibandingkan dengan JB. Ye ke mak? Kat sini ikan bilis yang dah dikopek sekilo RM11. Udang kering plak yang gred biasa2 sekilo dapat RM20. Kalau kat JB tak dapat harga2 nih. Baru la eden tau. So geng, cuba check at your nearest grocery store. Betul ke tak dapat lagi murah dari harga ni? Curiosity masih melanda diriku.

Ok. Dapat kiriman satu hal. Nak membelinya satu hal. Take note yang aku ni jarang pi pasar. Memang hampeh la bab2 membeli barang dapur ni. Biasanya aku menabung kat Giant jek. Sonang semuanya bawah satu bumbung. Nak pi bandingkan harga sini sana memang tak terlarat. Iskkk.. Tetiba teringat plak lagu rap pengguna bijak KDNHEP. "bandingkan harga.. sebelum membeli.." Alamak. No time beb! Mak aku pesan. Beli ikan bilis kat sini. Beli udang kering kat situ. Haaa?? Seriously? Nampaknye mak aku lebih tau selok belok kedai yang murah kat KK ni daripada aku. Aku? Yang aku tau cuma kedai mana yang murah kat pasar pilipin jek. Hahahahahaha....

Sunday, August 5, 2007

Di kala Keboringan, Aku Menconteng

Right.. Menconteng lagi kat sini. Malam2 sabtu macam ni sepatutnya memang happening. Tapi kali ni rasa bosan pulak. Zyka balik rumah. Neni pulak pi tido umah kawan dia. Nadia keluar tak balik2 lagi. Aku dok sorang2 tergolek2 depan tv yang dah dimutekan sambil mengadap notebook ni. Ntah apa la cerita tengah tayang tu. Mengadap notebook ni lagi menarik nampaknya. Untuk sementara ni la sebelom LOST main kat tv pukul 9 nanti. Background music - White Love Story from As One. Lagu dari OST the latest korean drama - 1st Shop of a Coffee Prince. Dari tadi dok repeat jek. Winamp aku pon dah naik penat agaknya main lagu yang sama dari tadi. Lama2 terasa sayu plak aku dengar lagu ni...

Cerita hari ni? Hari ni macam biasa, pagi2 dah pegi UMS bukak bilik tutorial. Dah tertulis sejak azali agaknya setiap hujung minggu aku kena buat kerja ni. Mula2 memang rasa sesak. Nak kena sacrifice masa tidur lagi. Tapi lama2 ok dah. Lepas settle semua aku pi ke satu tempat tu. Tempat apa? Secret. Hanya orang yang terdekat je yang tau mana aku melencong pagi2 sabtu macam ni. Hehe.. Poyo je kan aku ni.
Around pukul 12 aku start gerak. Nak balik rumah la kononnya ni. Tapi on the way tu nampak banner PC Fair kat Sabah Trade Centre. So aku terpikirla best jugak kalau aku pi sana. Tapi aku ni sengal jugak coz tak tau trade centre tu kat mana. Hahaha.. Lepas dapat info dari K Rafidah aku pon pi menuju ke sana. Mak oii. Jem! Parking pun tarak! Dahsyat betul. Padahal awal lagi ni. Takde rezeki la aku nak menyinggah. Terus pi Servay beli groceries. Lepas tu pi opis. Settlekan hal2 RCCST07. Dok situ sampai pukul 5.30. Pun tak siap2 keje ni. Besok je la aku sambung balik. Nak kena balik cepat coz citer 1 Litre of Tears start main hari ni.

*picture credit to d-addicts
1 Litre of Tears. Ceritanya sedih. Aku ada tengok dalam 3 to 4 episode. Lepas tu takde masa nak tengok dah. It's a True Story about an active girl yang sakit spinocerebellar atrophy. Aku pon tak sure penyakit apa secara spesifiknya. Something like otak dia jadik tak berfungsi sikit demi sikit. So far no cure. Takde sape yang survive penyakit ni. That girl lived up to 10 years after diagnosed with the disease. She died at the age of 25. Dengan background music dia yang best dan mendayu2, dengan family budak tu yang ceria n happening, dengan hero n doktor yang hensem (wakakkaa..), rugi kalau tak tengok. But...... The hero reminds me of my neighbour. Ya ampun!! Muka sebijik. Tapi I don't like him la. Tak gentleman langsung. Teringat aku masa2 kesukaran aku bila terkunci dari luar gate. Dia pandang je. Bukannya nak tolong. Nyampess..
Warghh.. Bosannya. Baru 7.30. Lambat lagi la LOST nak main. Apa nak buat ekk? Kalau aku layan Coffee Prince best jugak ni. Pi layan la jap. Nanti aku sambung balik keje2 menconteng ni.............


*picture credit to soompi
Yippieee!! Dapat gak khatam Coffee Prince ni. Stakat episode yang ada la. Well, Coffee Prince ni one of the latest drama kat Korea. In fact, masih ditayangkan n the shooting of this drama is still ongoing. Hu la laa. Memang best la. Hero dia? Gong Yoo!! AAAAAAHHHHHH!!! Heroin?? Yoon Eun Hye!! YEYYYY!! A nice combination. Cerita pasal apa? Hehe.. I'm in the process of writing synopsis for this drama. Nanti dah siap aku tepek kat sini. Drama ni disiarkan tiap2 hari Isnin n Selasa. Baru 10 episode main. Total ada 16 episode. Tapi dengar2 mungkin ditambah 2 episode jadik 18 episode. Syioknya! Drama ni boleh tengok online. Tapi aku download je. Tak sabar nak tunggu apa jadik dalam episode 11. Saspen ni!! So, Coffee Prince is a DRAMA MUSTI TENGOK!! Ehhh.. LOST dah start. Wa pi layan dulu....
I'm back.. Dah pukul 10 dah. LOST pon dah abis part 1. Sambil2 tunggu sambung part 2 aku sambung conteng kat sini. Si Nadia tak balik2 lagi. Biar betul minah ni. Tadi pagi sebelum aku keluar dia sempat bagitau dia nak keluar gak. Family dia datang. So okla no prob. Tapi dah malam2 camni kok tak balik2 lagi. Risau gak aku. Sorang2 ke aku malam ni? Oh TIDAK!! Anjing dah start menyalak tu. Huhu.. Nape la malam ni ko nak bising2 anjing oi. Aku ni dah le penakut. Huwaaaaa..
LOST part 2 ni aku tak bape nak concentrate la. Aku dok pikir n renung2kan apa yang aku dah buat for the past few days. Banyak benda yang berlaku. Tapi ada satu benda ni yang buat aku rasa semacam. Lately aku notis yang penyakit lupa aku ni semakin menjadi2. Two days ago time aku nak pi keje aku tertinggal notebook kat rumah. Padahal aku dah letak tepi pintu. Tinggal nak angkut masuk kereta je. Pun tak teringat nak buat. Padahal kat opis memang guna notebook tiap2 hari. Dah tengah jalan baru ingat. Nak patah balik susah coz pagi2 camni memang la jem yang teramat. So pegi punch dulu n balik semula ke rumah. Nasib baik la tak berapa jauh sangat. Baliknya waktu petang pulak aku terlupa nak punch out. What am I thinking? Padahal rutin aku tiap2 hari datang keje balik keje mesti punch. Lalu mesin punch tu pun banyak kali. Pun tak terbuat. Yesterday, aku keluar rumah terlupa bawak kunci rumah. Dah jelas dan nyata kunci rumah ada next to my bag and next to my car keys. Beg amik. Kunci kereta sure amik. Tapi kunci rumah tak amik. Nasib baik balik ngan Neni. Kalau tak, tak boleh masuk aku. Seblom balik rumah petang tu aku singgah bank. CIMB kat SPS tu je. Tapi I don't know what happened, aku bagi signal nak masuk ke simpang SST. Cepat2 aku tersedar n pulas stereng keta tu. Pastu instead of masuk ke simpang SPS aku bley terlajak sampai ke SPE plak. Neni konpius. Aku lagi la konpius. Aku tak paham kenapa aku salah jalan. Sakit ke aku ni? Pastu, today. Nak balik dari opis tadi aku dah siap kemas2 barang nak dibawak balik. Notebook aku n some books to study at home. Notebook aku amik. Buku2 tu aku tinggal plak. Dah turun bawah baru ingat. Naik balik semula amik buku tu. And... I bought some eggs siang tadi kat Servay. Tapi baru je tadi aku sedar telur tu takde. Ya Allah!! Apa jadi dengan aku ni? Is there something wrong with me? Aku kena pegi checkup la macam ni. Bahaya betul. Bila benda2 ni jadi kat aku, aku teringat cerita 50 first date. Aku teringat cerita A Moment To Remember. Aku teringat jugak kat cerita 1 Litre of Tears. Isk.. Terlebih emo plak aku ni. Kena amik omega-3 banyak2 ni.
And Nadia just contacted me a while ago. Dia kata dia tak balik malam ni. Dok lepak ngan family dia. Dia kata lagi dia dah bagitau aku pagi tadi dia tak balik malam ni.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... There I go again. ARGHH!!
Dah dekat pukul 3 pagi dah. Sorang2 la aku kat rumah ni. Besok ada kelas. Kalau bleh kensel kan best.............

Saturday, August 4, 2007

As One - White Love Story

Choeumen alji meothaesso
Nareur beoneun geudaeui geunuhnbiji
Wae geurohke anddakkawatneunji
Onjena mudgeo shipdon mal
Aju jogeum naemam algo itneunji
Hanbondeo yaegihanjok obsotjiman

Ijen aneunde geudaedeo nachorom
Haruharu hemaeyotdongol
Jamdeulseu obshi nomu apa haessotdaneun gol
Seoneul jabayo
Dashineun geudaereur neohchi anheulke
Saranghaeyo naega seumswineun nalkkaji

Geudaereo momchwoboryotjyo
Naehgen neul meojilkehman daehadon geudaega
Nar beomyo uso juhdon nal

Ijen aneunde geudaedeo nachorom
Haruharu hemaeyotdongol
Jamdeulseu obshi nomu apa haessotdaneun gol
Seoneul jabajwo
Dashineun nareur neohchi marayo
Saranghaeyo naega nuhngamneun narkkaji

ulji anhayoijen
geudae naegyoteh isseuni
gomawoyo irohkeh meojaran naege
geudaereul sonmuhl haejwoso


English Translation
I didn’t know at first
why your gaze, looking at me
made me feel so flustered
I always wanted to ask
if you understood just a little of my feelings
although I never told you

Now I know, how you were as lost
and wandering as I was
How you hurt so much, it kept you from sleep
Hold my hand,
I won’t let go of you again
I love you, as long as I breathe…

Things stood still
when you, who’d always treated me coldly,
smiled at me that day

Now I know, how you were as lost
and wandering as I was
How you hurt so much, it kept you from sleep
Hold my hand,
don’t let go of me
I love you, till the day I close my eyes in rest

I won’t cry
Now that you’re by my side
Thank you…
for giving me the gift of you

Err.. Romanization aku buat sendiri based on the Hangul. Tak kisah la salah eja ke tak. Yang penting bunyi dekat2 sama. Hangul n Translation aku cilok kat dramabeans.com.