Cuti2 skolah camni memang tak soheh takde kenduri kawin. Antara yang kawin cuti skolah ni sepupu aku yang paling rapat. Mana tak rapat coz aku ngan dia sebaya. So adalah aku alasan nak cuti panjang minggu ni. Almaklumlaa kan ums tak cuti. Cuti mid sem dibawak ke raya plak dah. Apa2 la labu. Janji aku dapat balik join kemeriahan majlis kawin sepupu aku ni.
Bila cerita pasal kenduri kawin ni, orang johor kalau buat memang meriah. Dari sesi merewang, berinai, khatam Quran, hari pernikahan, hari persandingan, dengan bape kali salin baju, dengan hantarannya, dengan bunga manggarnya, dengan kompangnya, dengan silat pengantinnya, dengan makanannya, dengan berkatnya, memang serba serbi meriah. Lain orang lain cara penyampaiannya. Aku kat sini nak share sket la apa yang berlaku kat majlis kawin sepupu aku secara khususnya dan majlis kawin orang johor secara amnya.
Majlis makan2 sepupu aku buat hari ahad. Majlis nikah buat sabtu malam. So dua hari sebelom tu rumah makcik aku dah sebok. Kat tempat makcik aku masih kuat lagi dengan amalan masak sendiri. Tak main laa buffet2 ni. Hari jumaat tu memang dah sebok dah dengan aktiviti merewang. Apa yang dibuat masa merewang ni? Banyak. Antaranya dah start kupas mengupas, kopek mengopek. Masing2 datang bawak pisau masing2. Selain tu ada gak aktiviti merebus telur. Kenduri sepupu aku ni pakai telur rebus biasa je. Nak buat telur pindang tak sempat kot. Aku lagik suka makan telur pindang. Tapi takde rezeki la kot nak makan time ni. Boleh dikatakan orang yang datang merewang tu dah tau apa yang patut dia buat masa tu.
Aku datang hari sabtu. Petang plak tu. Hahaha.. Bertuah punye sepupu. Datang paling lambat. Pagi tu aku ada aktiviti bergambor ngan family. Si Sharir konvo. Sakan bergambo kat studio. Posing tak hengat punye la. Sampai2 je umah makcik aku dah tak banyak benda nak buat. Macam biasa la. Kalau aku sampai je riuh satu rumah. Macam mem besar plak aku ni. Hehe.. Keluarga mak aku semua tinggal dekat2. Paling tak 2 minggu skali mesti berkumpul. Kalau diorang berkumpul manalaa aku ada join skali kan. Tu yang terasa macam aku ni tetamu agung kat situ. Kehkehkeh.. Perasannya aku ni. Bila takde benda nak buat aku pon dok relaks je la. Lepak2 dalam bilik pengantin. Pelamin pon dah naik. Siap ada rumput2 plastik lagi. Ala2 dalam taman la tu. Hehe.. Skejap je dah nak malam. Majlis nikah lepas Isyak. Tak banyak masa dah yang tinggal.
Aku tak dapat bayangkan camne laa sepupu aku nanti bila sanding. Minah ni memang suka ketawa. Pantang dia kalau ada yang buat lawak ke apa ke musti ketawa gila2. Dah le kaum kerabat mak aku ni semuanya kuat menyakat. Karang tak pasal2 tengah sanding tu dia ketawa kuat2. Pecah laa mekap kat muka. Kehkehkeh..
Mak andam datang agak lewat gak. So mekap pon start lambat la. Aku pon sambil2 tu bersiap2 la nak ikut pi masjid. Bila aku dah siap aku tengok sepupu aku dah takde. Lorr.. Dah pi masjid ke? Tak kan laa diorang tinggalkan aku kat sini. Tak bleh jadi ni. Aku pon berlari keluar. Tengok2 sepupu aku tengah posing kat pelamin. Laa.. Bergambor dulu ke? Biar betul. Dah nak dekat isyak dah ni. Tapi wat bodo je la. Memang sakan makcik2 n pakcik2 aku menyakat sepupu aku. Tahan je dia gelak. Tak keluar suara pon. Sabo. Sabo. Sesi bergambar lama plak tu. Aku dah naik saspen. Yang lelain pon cam rasa pelik je. Sekali ha ngkau. Ada miscommunication. Mak andam mati2 ingat nikah kat rumah. Tu yang dia boleh sambil lewa slow melow wat keje n sempat lagi salin2 baju bergambo atas pelamin. Yang lain macam WHAT *%#%$*&????? Agak tegang gak masa tu. Mana taknya. Dah pukul bape tapi belom pi masjid lagi. Tok kadi n geng dah tunggu kat masjid. Pengantin lelaki dah berpeluh2. Kelam kabut jadiknye. Sepupu aku pon bersiap dengan pantasnya. Dan aku pon tetiba jadik drebar F1 pecut bawak sepupu aku pi masjid..
Majlis nikah went well. Pengantin lelaki lancar je sebut. Ye la. Tentera beb. Mana bley cakap gagap2. Hehehe.. Sepupu aku ni dah takde bapak so abangnya jadik wali. Bapak aku pon menyelit jadik saksi. Overall ok. Selamat dah diorang. Nasib baik takde sesi bersakinah. Kalau tak lagi sayu jadiknye. Sesi sakinah ni biasanya, sesi mak bapak pengantin pompuan menyerahkan anak dia ke keluarga belah pengantin lelaki. Syahdu beb kalau betul2 buat. Mau nangis gila2. Penah dulu skali kenduri sepupu aku yang lagi sorang tu wat sesi sakinah ni. Yang ada kat situ sume nangis. Aku pon sayu jek. Antara ayat2 yang aku ingat "sekiranya tiada persefahaman lagi pulangkan la anak kami dengan baik.. bla bla bla.." Orang tengah sedih2 tu tetiba aku dapat sms dari bapak aku. "Tu dia.. Akademi fantasia.." Siott je bapakku itu.
Balik dari masjid ada sesi bergambar lagi. Banyak betul. Ada gak sesi makan2. Untuk tetamu yang datang la. Majoritinya keluarga pihak lelaki n jiran2 yang berdekatan la. Aku dok lepak kat dapur je. Aku sebenarnye memang suka datang umah makcik aku ni. Sebabnya makanan banyak. Tak kisah la kenduri biasa ke doa selamat ke. Makanan banyak n sedap2. Makcik aku memang pandai masak. Tu yang best tu. Keje aku malam tu selongkar periuk je. Hahaha.. Malam tu aku amik tender buat bunga pahar. Tak susah mana pun. Paharnya dah ada. Main cucuk je bunga telur tu. Dekat kul 3 jugak aku tido. Tido dalam bilik pengantin. Pengantin lelaki balik umah dia. Hehehe..
Awal pagi dah bangun. Senak betul. Bape jam je dapat tido. Pagi2 aku dapat tender goreng nasi. Aku ngan makcik aku ler. Serabut gak aku. Tak penah masak banyak2 satu kawah camtu. Nak gaul pon seksa. Kalau silap gaul mau dengan aku2 skali masuk dalam kuali besar tu. Hikhik.. Lepas tender wat brekfes aku amik tender wat bunga rampai plak. Adeh. nak memotong daun pandan yang berlambak2 tu. Malas betul. Tapi ikutkan je la. Karang majlis aku takde sape yang nak buatkan bunga rampai. Hehehe.. Lepas tu semua anak2 dara (ececehh..) sepupu2 aku yang pompuan buat aktiviti berinai. Macam2 pesen. Aku pon ikut join skali. Macam aku yang nak kawin. Miahahaha.. Untuk suka2 kan. Paling best pon bley tahan 2 hari je inai tu. So no hal la. Takdela nak takut ke apa balik KK nanti masih lekat kat tangan. Tak pasal2 aku kena interview kaw2 nanti. Hehehe..
Pagi2 tu gak budak karaoke dah memekak pasang lagu kuat2. Majlis kawin kat Johor ni kalau takde karaoke macam tak sah agaknye. Lagu pon rock2. Sesekali lagu dangdut. Sabo je la aku. Majlis orang. Kalau majlis aku tak mo lah. Panggil ghazal lagi best. Pastu panggil budak2 tecit wat persembahan zapin. Kan best macam tu. Berangan tak hengat aku ni. Orang datang merewang dah datang. Penanggah pun dah ada. Yang datang merewang tu ditugaskan untuk bungkus berkat. Err tau ke berkat tu apa? Berkat tu makanan kenduri versi tapau la. Untuk tetamu yang datang. Aktiviti bungkus berkat ni buat kat rumah sebelah. Hari tu kira ada la dalam 10 orang makcik yang dok membungkus kat situ. Ada yang bungkus nasi, ada yang bungkus lauk, ada yang organize lauk. Cekap dah diorang wat keje2 ni. Tak payah disuruh2.
Pukul 10 orang dah start datang. Ramai gak. Cuaca agak baik hari ni. Wah.. Pengantin ada baling spender dia atas khemah kot. Kihkihkih.. Mana la tau kan. Tu antara petua yang aku penah dengar la tak mo bagi hujan turun. Aku pon dah pakai cantik2. Cantik ala kadar je. Karang terlebih cantik susah plak. Takut orang salah tengok kata aku pengantinnye. Hehe.. Sepanjang hari ni aku amik tender jadik video lady. Video cam bapak aku yang jadik mangsa. Segala jenis aktiviti aku shoot. Dengan umat2nya yang aku tak kenal ntah sape. Yang mengenterpremnya lagi. Sabo je la. Shooting kat dapur paling meriah. Ngan muka2 selebet makcik2 aku siapkan makanan untuk makan beradab. Hehehe.. Jangan kena marah sudah. Sambil2 tu sempat aku mengendeng makan lebihan lauk yang tak dibuat makanan beradab.
Lepas zohor pengantin pon datang. Aku seriously tak perasan. Coz diorang start berarak dari jauh. Aku cuma perasan bila kompang dah start bunyi. Terkedek2 aku lari pegi sambut. Musti rakam masuk video. Karang ngamuk plak sepupu aku tengok gambo laki dia takde. Sepupu aku plak dah dok kat pelamin ngan mak andam. Bila rombongan pengantin lelaki ni dah sampai depan khemah jamuan, kena halang plak ngan dua pakcik ni. Tersengih2 pakcik yang menahan ni. Ada sesi berpantun la pulak. Tak larat aku. Pantun plak ntah pape. Gasaklaa ko. Spontan reka n spontan jawab. Berpeluh2 wakil dari rombongan pengantin lelaki. Tu namanya tol yang pertama. Jangan memain. Kenduri kawin kat johor ni banyak lalu tol. Memang masak laa rombongan pengantin lelaki. Lepas wakil pengantin lelaki tu bayar tol kat dua2 pakcik tadi baru laa rombongan dibenarkan lalu. Tapi sebelum tu pengantin lelaki disuruh duduk dulu coz ada yang nak menyilatkan dirinye. Waduh.. Rindu aku ngan aktiviti silat ni. Skill silat aku dah pupus ditelan zaman. Huhu..
Dah lepas silat pengantin lelaki pon start jalan ke rumah. Mamat karaoke tu dah sound2. "E'eh.. Senangnya pengantin lalu. Senangnya diaaaaa...." Paham2 je la kan. Maksudnya takde sape ke nak jadik tol lagi halang pengantin lelaki dari datang masuk ke rumah. Kekadang pikir cam bebudak je. Tapi seronok. Untuk suka2 kan. Sampai kat gate, makcik2 jiran sepupu aku ni plak yang jadi tol. Ada pantun2 lagi. Adeh.. Penat la camni. Yang sakit si wakil tu la. Terpaksa melayan kerenah tol2 ni. Lepas masing2 dapat habuan pengantin lelaki pon pi ke pelamin. Kena tahan lagi. Kali ni sepupu sepapat aku yang berdozen2 tu dah duduk siap2 ramai2 depan pelamin jadik tol. Camno la pengantin lelaki nak naik ye tak. Kena la jugak bayar. Lepas tol budak2 kena plak tol mak andam. Yeszaaa... Mak andam dok ngan bergaya skali atas kerusi tepi sepupu aku. Selagi tak dibayar dengan best skali dia takkan bangun. Sian pengantin lelaki. Macam2 dugaan. Nak kawin pon susah. Hehe.. Lepas mak andam puas hati ngan bayaran tol baru laa dia bagi pengantin lelaki duduk. Dah selamat dua orang tu atas pelamin. Sesi bergambor pon dimulakan.
Tak lama tu hujan pon turun. Nasib baik tak bape lebat. Aisyy.. Sepupu aku memang tak baling spender ke bumbung. Dah posing sakan tiba la time makan beradab. Aku jadik ketua mengangkat. Sonot betul mengarah sepupu2 aku yang lain2 angkat makanan. Time pengantin makan aku pon dapat laa relaks jap. Pengantin makan sket je. Lauk makanan beradab yang lebih2nya dibawak masuk ke dalam rumah. Apa lagi. Kami pon memulakan aktiviti menghabiskan semuanya. Makan ramai2 syok gila.
Tetamu yang datang ramai. Kawan2 sepupu aku, kawan2 makcik aku, kawan2 arwah pakcik aku. Pakcik aku dulu peramah gila. Memang baik ngan ramai orang. Tu la ada gak orang yang tak dijemput pon datang. Tetamu yang datang tak payah tunggu lama terus je makan. Lepas makan barulaa jumpa pengantin. Nak balik tetamu pompuan datang salam n hulur angpow kat mak pengantin pompuan. Yang tetamu lelaki plak hulur angpow kat abang sepupu aku. Aktiviti ni biasa dah kat tempat aku ni. Kenapa ada hulur2 duit? Aku pon tak tau nape. Tapi sebenarnya mengikut apa yang mak aku kata datang makan ke kenduri kawin bukan free. Kena bayar. Tapi ikhlas la nak bayar bape. Tak kisah. Paling koman pon ada yang menghulur 5 hengget. Yang banyak duit tu ada yang hulur 50hengget. Seratus pon ada. Sebenarnya bagus gak wat camni. Sebabnya, lain kali tetamu yang datang tu buat kenduri, kita datang kita balas balik hulur angpow. Kalau la makcik tu bagi angpow 10 hengget, kita akan balas balik 10 hengget kat majlis dia. Kalau 5 hengget, kita balas laa 5 hengget. Kalau 50 hengget, kita balas 50 hengget jugak. Biasanya kat angpow tu siap tulis nama orang yang menghulurnya. Senang nak ingat bape banyak kita kena pulangkan. Aku rasa ok gak wat camtu. Saling tolong menolong. Overall, majlis kenduri sepupu aku ni bukan setakat balik modal. Dapat untung lagi empat lima ribu. Not bad kan? Lepas tetamu salam nak balik, diorang akan dibagi berkat sorang satu bawak balik. Bagus betul kenduri kat johor ni kan. Dah laa dapat makan kat majlis, pastu dapat tapau bawak balik lagi. Ada stengah orang kata benda camni membazir je. Tapi bagi masyarakat selatan, johor khususnya benda2 camni laa yang jadikan majlis kenduri kawin tu unik. I'm proud to be a Johorean.
Lepas abis majlis semuanya lepak. Lepak = dok melepek kepenatan. Tapi pengantin tak dibenarkan relaks. Keje diorang pon bermula. Mencuci segala periuk belanga yang ada. Haha.. Tu biasala tu. Pengantin tak bleh relaks. Lawak aku tengok sepupu aku laki bini dok kerjakan periuk2 tu. Sampai maghrib gak. Aku plak dah lepak2 tengok tv. Bapak aku n adik2 aku yang lain tengahari lagi dah balik. Si gemokk tu nak balik segamat. Sian plak takde yang nak menghantar pi Larkin. Yang tinggal kat situ cuma aku, mak aku n si jebon ika kembong jek. Malam sket la baru balik. Malam tu ada acara lagi. Nanti aku sambung balik citer apa acara tu...

0 comments :
Post a Comment