Sunday, August 5, 2007

Di kala Keboringan, Aku Menconteng

Right.. Menconteng lagi kat sini. Malam2 sabtu macam ni sepatutnya memang happening. Tapi kali ni rasa bosan pulak. Zyka balik rumah. Neni pulak pi tido umah kawan dia. Nadia keluar tak balik2 lagi. Aku dok sorang2 tergolek2 depan tv yang dah dimutekan sambil mengadap notebook ni. Ntah apa la cerita tengah tayang tu. Mengadap notebook ni lagi menarik nampaknya. Untuk sementara ni la sebelom LOST main kat tv pukul 9 nanti. Background music - White Love Story from As One. Lagu dari OST the latest korean drama - 1st Shop of a Coffee Prince. Dari tadi dok repeat jek. Winamp aku pon dah naik penat agaknya main lagu yang sama dari tadi. Lama2 terasa sayu plak aku dengar lagu ni...

Cerita hari ni? Hari ni macam biasa, pagi2 dah pegi UMS bukak bilik tutorial. Dah tertulis sejak azali agaknya setiap hujung minggu aku kena buat kerja ni. Mula2 memang rasa sesak. Nak kena sacrifice masa tidur lagi. Tapi lama2 ok dah. Lepas settle semua aku pi ke satu tempat tu. Tempat apa? Secret. Hanya orang yang terdekat je yang tau mana aku melencong pagi2 sabtu macam ni. Hehe.. Poyo je kan aku ni.
Around pukul 12 aku start gerak. Nak balik rumah la kononnya ni. Tapi on the way tu nampak banner PC Fair kat Sabah Trade Centre. So aku terpikirla best jugak kalau aku pi sana. Tapi aku ni sengal jugak coz tak tau trade centre tu kat mana. Hahaha.. Lepas dapat info dari K Rafidah aku pon pi menuju ke sana. Mak oii. Jem! Parking pun tarak! Dahsyat betul. Padahal awal lagi ni. Takde rezeki la aku nak menyinggah. Terus pi Servay beli groceries. Lepas tu pi opis. Settlekan hal2 RCCST07. Dok situ sampai pukul 5.30. Pun tak siap2 keje ni. Besok je la aku sambung balik. Nak kena balik cepat coz citer 1 Litre of Tears start main hari ni.

*picture credit to d-addicts
1 Litre of Tears. Ceritanya sedih. Aku ada tengok dalam 3 to 4 episode. Lepas tu takde masa nak tengok dah. It's a True Story about an active girl yang sakit spinocerebellar atrophy. Aku pon tak sure penyakit apa secara spesifiknya. Something like otak dia jadik tak berfungsi sikit demi sikit. So far no cure. Takde sape yang survive penyakit ni. That girl lived up to 10 years after diagnosed with the disease. She died at the age of 25. Dengan background music dia yang best dan mendayu2, dengan family budak tu yang ceria n happening, dengan hero n doktor yang hensem (wakakkaa..), rugi kalau tak tengok. But...... The hero reminds me of my neighbour. Ya ampun!! Muka sebijik. Tapi I don't like him la. Tak gentleman langsung. Teringat aku masa2 kesukaran aku bila terkunci dari luar gate. Dia pandang je. Bukannya nak tolong. Nyampess..
Warghh.. Bosannya. Baru 7.30. Lambat lagi la LOST nak main. Apa nak buat ekk? Kalau aku layan Coffee Prince best jugak ni. Pi layan la jap. Nanti aku sambung balik keje2 menconteng ni.............


*picture credit to soompi
Yippieee!! Dapat gak khatam Coffee Prince ni. Stakat episode yang ada la. Well, Coffee Prince ni one of the latest drama kat Korea. In fact, masih ditayangkan n the shooting of this drama is still ongoing. Hu la laa. Memang best la. Hero dia? Gong Yoo!! AAAAAAHHHHHH!!! Heroin?? Yoon Eun Hye!! YEYYYY!! A nice combination. Cerita pasal apa? Hehe.. I'm in the process of writing synopsis for this drama. Nanti dah siap aku tepek kat sini. Drama ni disiarkan tiap2 hari Isnin n Selasa. Baru 10 episode main. Total ada 16 episode. Tapi dengar2 mungkin ditambah 2 episode jadik 18 episode. Syioknya! Drama ni boleh tengok online. Tapi aku download je. Tak sabar nak tunggu apa jadik dalam episode 11. Saspen ni!! So, Coffee Prince is a DRAMA MUSTI TENGOK!! Ehhh.. LOST dah start. Wa pi layan dulu....
I'm back.. Dah pukul 10 dah. LOST pon dah abis part 1. Sambil2 tunggu sambung part 2 aku sambung conteng kat sini. Si Nadia tak balik2 lagi. Biar betul minah ni. Tadi pagi sebelum aku keluar dia sempat bagitau dia nak keluar gak. Family dia datang. So okla no prob. Tapi dah malam2 camni kok tak balik2 lagi. Risau gak aku. Sorang2 ke aku malam ni? Oh TIDAK!! Anjing dah start menyalak tu. Huhu.. Nape la malam ni ko nak bising2 anjing oi. Aku ni dah le penakut. Huwaaaaa..
LOST part 2 ni aku tak bape nak concentrate la. Aku dok pikir n renung2kan apa yang aku dah buat for the past few days. Banyak benda yang berlaku. Tapi ada satu benda ni yang buat aku rasa semacam. Lately aku notis yang penyakit lupa aku ni semakin menjadi2. Two days ago time aku nak pi keje aku tertinggal notebook kat rumah. Padahal aku dah letak tepi pintu. Tinggal nak angkut masuk kereta je. Pun tak teringat nak buat. Padahal kat opis memang guna notebook tiap2 hari. Dah tengah jalan baru ingat. Nak patah balik susah coz pagi2 camni memang la jem yang teramat. So pegi punch dulu n balik semula ke rumah. Nasib baik la tak berapa jauh sangat. Baliknya waktu petang pulak aku terlupa nak punch out. What am I thinking? Padahal rutin aku tiap2 hari datang keje balik keje mesti punch. Lalu mesin punch tu pun banyak kali. Pun tak terbuat. Yesterday, aku keluar rumah terlupa bawak kunci rumah. Dah jelas dan nyata kunci rumah ada next to my bag and next to my car keys. Beg amik. Kunci kereta sure amik. Tapi kunci rumah tak amik. Nasib baik balik ngan Neni. Kalau tak, tak boleh masuk aku. Seblom balik rumah petang tu aku singgah bank. CIMB kat SPS tu je. Tapi I don't know what happened, aku bagi signal nak masuk ke simpang SST. Cepat2 aku tersedar n pulas stereng keta tu. Pastu instead of masuk ke simpang SPS aku bley terlajak sampai ke SPE plak. Neni konpius. Aku lagi la konpius. Aku tak paham kenapa aku salah jalan. Sakit ke aku ni? Pastu, today. Nak balik dari opis tadi aku dah siap kemas2 barang nak dibawak balik. Notebook aku n some books to study at home. Notebook aku amik. Buku2 tu aku tinggal plak. Dah turun bawah baru ingat. Naik balik semula amik buku tu. And... I bought some eggs siang tadi kat Servay. Tapi baru je tadi aku sedar telur tu takde. Ya Allah!! Apa jadi dengan aku ni? Is there something wrong with me? Aku kena pegi checkup la macam ni. Bahaya betul. Bila benda2 ni jadi kat aku, aku teringat cerita 50 first date. Aku teringat cerita A Moment To Remember. Aku teringat jugak kat cerita 1 Litre of Tears. Isk.. Terlebih emo plak aku ni. Kena amik omega-3 banyak2 ni.
And Nadia just contacted me a while ago. Dia kata dia tak balik malam ni. Dok lepak ngan family dia. Dia kata lagi dia dah bagitau aku pagi tadi dia tak balik malam ni.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... There I go again. ARGHH!!
Dah dekat pukul 3 pagi dah. Sorang2 la aku kat rumah ni. Besok ada kelas. Kalau bleh kensel kan best.............

0 comments :