Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, February 28, 2014

Blue Mountain Youth Hostel (Luwan), Shanghai

Mode menulis jalan-jalan Shanghai is now ON~!! Kita cerita pasal hostel dulu ye. Hehe..

Blue Mountain Youth Hostel cawangan Luwan merupakan pilihan kami untuk golek-golek tidur sepanjang 5 hari merewang-rewang kat Shanghai ni. Kenapa kami pilih hostel ni? Nombor satu, dalam kategori hostel yang murah, nombor dua ada beberapa kedai makan halal di sekitar hostel dan nombor tiga yang mungkin paling penting sekali kot, hostel ni dekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatt sangat dengan Metro Station. Nak tau dekatnya macam mana? Nanti aku tunjuk. :P

Blue Mountain Youth Hostel (Luwan)..

Wednesday, February 26, 2014

Korea 330K Won ~ Day 4: Naksan Park

Saturday, 23rd March 2013

Hari ni tak ada banyak aktiviti yang dibuat sebenarnya sebab banyak masa dah diperuntukkan untuk aktiviti yang satu tu. Kiranya apa yang ditepek dalam entri ni merupakan filler je. Untuk membuang masa gitu. Ke Naksan Park kita!

Aku dah pernah sampai sini dah sebelum ni. Dah puas jugak lah berposing sakan entah apa-apa kat sini. Kalau rajin, boleh check entry ni --> Naksan Park in Spring. Kali ni datang lagi untuk tunjukkan jalan kat Mulan yang tak pernah datang sini. Ok je pun nak datang lagi sebab aku suka tempat ni. Oi banyaknya ni ni ni kat hujung ayat aku. Hehe..

Fortress Trail..

Tuesday, February 25, 2014

Next Monday!

Aku setiap kali disuruh exercise..


Macam mana nak selim melim macam ni.. Huhuhu..

Monday, February 24, 2014

Our Touch

Hari ini secara rasminya aku join Our Touch. Kenapa aku join? Sebab Abah aku kata aku tak ada matlamat hidup. Hambekk kawww.. Mati lah kita mencari matlamat hidup menerusi Our Touch ni.

Our Touch ni merupakan volunteering program lah gitu. Misi utamanya ialah untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan dalam sambil-sambil kita pergi berjalan-jalan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Aku ni kan kaki jalan. Dah alang-alang berjalan tu, tak salah kan kalau kita buat kebajikan kat sana? Ni baru betul ada matlamat hidup! Hahaha..

Ada beberapa kerja-kerja sukarelawan tengah berjalan sekarang ni. Nak tau dengan lebih lanjut boleh lah pergi ke website Our Touch.

OurTouch.Org

Psstt.. Saya join misi sukarelawan di Jordan tahun depan. InsyaAllah.. ^__^

Friday, February 21, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Day 7: Yamadera, Sendai Loople, Asakusa, Akihabara

Friday, 25th January 2013

Hari Jumaat, hari ketujuh pengembaraan entah apa-apa kami di bumi matahari terbit ni. Sekejap je rasa. Dah nak habis dah rupanya edisi jalan-jalan kali ini. So the remaining days ni kita all out habis-habisan. Perjalanan hari ni boleh dikatakan jaaaaaaauuhh lah jugak. Dari Sendai ke Yamadera dan seterusnya balik semula ke Sendai, terus ke Tokyo dan dari Tokyo ke Himeji. Perghh.. Gila jauh tu. Makanya kena ala-ala prepare mental dan fizikal lah gitu. Padahal dari Tokyo ke Himeji nanti naik Nobinobi. Hehe.. Nobinobi lagi! Yaayy~!! 

Pagi ni breakfast lebih kurang, mengurangkan bekalan makanan yang ada dan terus check out. Angkut sekali beg ke Sendai Station. Oppa botak ceria sungguh hari ni. Senyum je nampak kami. Masa kami keluar, cepat-cepat dia keluarkan kamera. Nak bergambar kau depan guesthouse. Memang bersemangat waja habis ni. Hehe.. Boleh lah dia promote kat internet lah kan. Tak pun dia tulis blog. "Ku pikirkan empat lelaki yang datang rupanya empat gadis manis yang cantik rupawan." Wakakaka.. Manis lah sangat.

To Sendai Station!

Wednesday, February 19, 2014

GHOST ~ The Musical

Sunday, 26th January 2014

Yosh!! Ini lah sebab kenapa aku datang ke Korea ni. Sebab gila nak tengok Joowon dalam musical Ghost. Hambik kau. Tak hagak-hagak, tak pikir banyak, terus buat keputusan drastik dan terbang ke awan biru menuju ke Seoul. Hukkksss..

Promotional Poster..

Tuesday, February 18, 2014

Wedding Lagi

Semakin ramai yang dok langkah bendul makcik. Stress makcik bila pikir. Haha.. Diucapkan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat lah gitu kan. Kali ni officemate makcik yang tie the knot! Dua-dua pengantin lelaki dan perempuan pulak tu satu office. Office love story gitu lah kan. Bagus betul. Makcik tak dapek lah nak buat camtu sebab dah takdok rasanya yang bujang-bujang kat office makcik tu. Hahaha..

Here!!

Saturday, February 15, 2014

EDU Hostel, Jogjakarta

Kalau pergi jalan-jalan Jogjakarta, aku nak rekemen satu tempat untuk bobok dan ngorok iaitu EDU Hostel! Tempat ni masih baru (time aku pergi lah) dan sangat-sangat selesa. Thumbs up gila-gila. Harga pun berpatutan lah kot sebab satu malam, satu kepala baru IDR75,000. Masa aku pergi, rate dia dalam RM27 lah lebih kurang. Kalau rate sekarang aku rasa lagi murah. Sangat-sangat berbaloi. ^___^

EDU Hostel..

Lokasinya? Di Jalan Lt. Jen. Suprapto. Takde lah kat tengah bandar sangat, tapi boleh je jalan kaki ke sana. Aku pun hari-hari jalan kaki je ulang alik. Tak nak jalan kaki, boleh naik beca. Beca banyak bersepah-sepah kat luar hostel ni. Tak keless naik beca boleh naik teksi. Teksi pun berlambak. No hal punya lah. 

Thursday, February 13, 2014

The Moon Embracing The Sun ~ The Musical

Friday, 24th January 2014

Hikhikhikkk.. Ini ialah sebab kedua aku selamba kodok terbang ke Seoul. Sebab nak tengok musical. Memang senget terlebih kan. Musical ni namanya Moon Embracing the Sun gitu. Siapa yang dah pernah tengok versi drama, aku boleh cakap yang versi musical ni tak banyak beza cuma dicompress jadi 2 jam lebih. Ambik scene yang penting-penting je. :P

Musical ni berlangsung di Seoul Arts Center (SAC). Nak ke SAC ni boleh naik subway train Line 2 ataupun Line 3. Kalau Line 2 turun kat Seocho Station. Kalau Line 3, turun kat Nambu Terminal Station. Kami ikut Nambu Terminal Station. Keluar ikut exit #5. Dah keluar tu, kalau bukak mata luas-luas dekat dinding bersebelahan exit tu ada ditunjukkan instruction macam mana nak ke SAC. Siap ada short cut lagi lalu celah-celah apartment complex. Jalan kaki lebih kurang 10 minit jugak lah. Mudah dan senang! Nak naik bas pun boleh. Boleh refer kat sini:- Bas ke SAC.

On the way ke SAC.. Filming location Reply 1994 ke?

Tuesday, February 11, 2014

Dynamic Busan ~ Day 5: Haedong Yonggungsa, World's Mystery Library, Gukje Market, Shinsegae Centum City

Tuesday, 10th September 2013

Hari kelima jalan-jalan Busan! Utara sudah, barat sudah, selatan lebih kurang sudah, now kita ke bahagian timur pulak. Sebenarnya takde lah timur mana pun. Satu tempat ni je yang kat timur. Lain-lain tempat kat merata-rata kawasan jugak. Tempat yang kat timur tu ialah Haedong Yonggungsa. Destinasi pertama kami pada hari ni. Kalau ditranslate ke English Haedong Yonggungsa tu, jadilah Haedong Yonggung Temple. Temple lah ni!

Mesti korang perasan kan, aku ni jalan-jalan pergi temple lah, pergi shrine lah. Korang jangan nak memandai label aku kurang keimanan ye. Aku pergi tempat-tempat macam ni sebab aku suka tengok nature, suka tengok culture kat satu-satu tempat tu. Kalau tempat tu banyak temple, ye aku pergi tengok temple nya macam mana. Niat cuma nak tengok je ye, bukannya sampai nak beribadat, puji-puji, puja-puja bagai kat situ. 

Monday, February 10, 2014

Nasi Lemak Dah Tak Telanjang

Sejak dua menjak ni kan kecoh kan pasal Nasi Lemak Telanjang from MAS kan. Makanya flight dari KL ke KK naik MAS ni nasi lemak ada dalam menu sarapan pagi. Walaupun perut aku rasa sebu sebab dah breakfast, aku gagahkan diri jugak mintak nasi lemak sebab nak tau tahap ketelanjangannya tu macam mana. Memang menyakitkan mata kah? Ke separa bogel je?

Bila dah dapat tu, nah.. Tak telanjang dah! Ada je semuanya kecuali timun ler. Tak apa lah tak ada timun. Mereka yang sediakan makanan ni pun dah bekerja keras sangat dah nak sediakan makanan untuk dimakan kat langit kan. Kot ada timun tu takut cepat basi lah pulak.

Tak telanjang dah.. :)

Apa-apa pun, boleh lah MAS dengan rasa bangga kata nasi lemak kami dah tak telanjang dah. Hehe..

Monday, February 3, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Day 6: Mt. Fuji, Lake Kawaguchiko, Tokyo & Sendai

Thursday, 24th January 2013

Hari keenam sudah! Sangat lah mendamaikan, kesejukan gitu kan bila bukak mata baru sedar yang diri ni dah berada di Fujikawaguchiko. Dah lebih separuh dah perjalanan kami kat bumi matahari terbit ni. Hari ni tak ada apa-apa aktiviti sangat. Jalan-jalan sekitar Fujikawaguchiko ni je sebelum balik semula ke Tokyo dan seterusnya ke Sendai. Senak tak senak tak? Hehe.. Kalau dah sampai sini kan, memang tak sah lah kan kalau tak cari Mt. Fuji. Macam lah dia dok menyorok dalam lubang cacing khenn nak kena cari bagai. So, pagi ni agak terpisat-pisat lah jugak bangun tu, dan-dan terus bukak langsir tengok ke arah luar. Wow.. Got snow on the ground. Tapi tak berapa tebal nau lah. Mungkin sekejap je kot snow lebat malam tadi.

Outside the window..