Sunday, December 16, 2012

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 1: Ehwa Women's University, Seodaemun Museum of Natural History, Dongdaemun, Cheonggye Stream, K-Story & Whystyle

Another edition of jalan-jalan Korea. Tak habis-habis kan? Orang tanya, tak boring ke kau asyik jalan-jalan pergi Korea? Jawapan aku senang je. TAK! Sampai ke sudah, masih banyak lagi tempat yang aku belum pergi. Makanya jangan terkejutlah lepas ni aku pergi Korea lagi. Oklah, whatever. This is the Spring version. Hehehe..

Friday, 25th May 2012

Kali ni pergi ala-ala orang kaya sebab naik MAS. Over nau kan? Tapi MAS buat sale kaw-kaw. Lagi murah dari harga tiket AA. Memang tak lepaskan peluang lah. Bertolak malam, sampai besok paginya. Dah sampai Incheon, benda pertama sekali aku buat ialah topup T-Money dan sewa handphone.

Dah berapa trip aku pergi ni, pernah sekali je aku sewa handphone. Tu pun yang bodoh-bodoh punya boleh call dan sms je. Kali ni, aku ambik dataplan sekali. Senang nak godek internet. Pakej yang diambik ialah dari S-Roaming. For more details boleh klik sini.

Kaunter S-Roaming at Incheon Airport..


Handphone Sewa..

Dah settle semua tu, kami pun gerak ke Seoul naik bas. This time round kami duduk kat Hostel Ahjumma lagi. Sayang betul kami dengan ahjumma tu kan. Kekekeke.. So, settle down, mandi-manda, siap-siap dan terus keluar. Destinasi pertama - Ehwa Women's University.

Jalan-jalan kali ni, aku teringin nak pergi ke universiti-universiti yang ada kat Seoul ni. Nak cari ilham lah kot, mana tau ada rezeki bila-bila nanti aku datang ke sini untuk mencari ilmu. Tak salah berangan. Hehehe.. 

Ehwa Women Univ Station..

On the way ke Ehwa, kami lalu deretan kedai yang entah berapa entah banyaknya. Sangat meriah! Happening dan ramai orang. Memang macam ni kot kawasan-kawasan universiti kat Korea ni. Tak adalah student dia keboringan kan?

Kawasan yang meriah..

Yauzzaaahhhh~!!

Jalan kaki sekejap je. Tak jauh mana pun universiti ni dengan stesen subway. The surrounding sangat menarik. Gabungan bangunan lama dan baru. Bangunan-bangunan yang ada dalam universiti tu sangat menarik minat aku. Terkagum jugak lah sekejap.

Entrance..

Peta Universiti..

See? Unique kan?

Zoom lagi.. Guest what? Dewan kuliah tau..

Main building rasanya..

Nama je Ehwa Women University, tapi ramai je jantan-jantan berlegar kat sini. Masuk kat dalam pun bersepah-sepah mereka ni. Takde rupa universiti pompuan pun. Selain daripada bangunan universiti, ada jugak muzium. Sementara ada masa ni kami masuk dan tinjau-tinjau jugak lah ke dalam. 

Muzium..

Dah agak-agak puas tu, kami keluar dan menyusuri jalan-jalan di sekitar Ehwa. Best jugak ni kalau nak shopping mopping kat sini. Banyak yang boleh dicari. 

Merewang..

Jalan punya jalan kami nampak Chatime. Wah. First time ni aku jumpa Chatime kat Seoul. Skodeng punya skodeng, kebetulan baru bukak hari ni. Intip punya intip, kami jumpa dengan owner dia. Terkejut punya terkejut bila dapat tau owner dia orang Malaysia. Hahahaha.. Even pekerja dia pun dari Malaysia. Owner datang untuk buka dan rasmi. Stay for a few days sebelum balik semula ke Malaysia. Gigih betul.

Chatime in Ehwa..

Jalan lagi. Jumpa kedai beg. Seketul beg KRW10,000. RM28 lebih kurang. Murah kan? Design pun cantik-cantik. Selamat lah aku merembat seketul bag. Buat pergi office. 

Bags anyone?

Pilih-pilih..

Some more..

Next destination - Seodaemun Museum of Natural History. Kenapa nak pergi sini? Sebab gila tengok Running Man. Muzium ni merupakan salah satu lokasi rakaman Running Man lah ni. Episode yang mana? Episode dengan Big Bang sengal tu. Gigih mencari kat mana letaknya muzium ni.

Mengikut apa yang tertulis di website, nak ke muzium ni kena naik bas. Tak boleh nak jalan kaki dari mana-mana stesen subway. Stesen yang terdekat pun stesen Sinchon, tak pun Hongje. Oleh sebab kami dari Ehwa, kami turun di Sinchon je. Dari Sinchon, keluar exit 3 dan kena naik bas no 03. Melilau kami cari bus stand kat exit 3 ni tapi tak jumpa. Last-last, nampak je bas tu kat tengah jalan, kami terus tahan dan naik. Memang tak ikut protokol langsung.

Bas Yoochun.. 6002..

So dah naik bas tu nak turun kat mana? Sangat sengal, sebab tak tau. Hahahaha.. Dah lah semua stop dalam tulisan Korea. Makanya, gunakan kemudahan internet yang ada, cari nama muzium ni dalam Hangul dan cuba matchkan dengan nama-nama stop dalam laluan bas ni. Mujur ada! Aku pun tak ingat dah nama stop tu apa dia. Tapi agak jauh jugak lah. dalam 10 stops dari Sinchon station? Entah ye.

Dah turun dari bas tu, muzium tu bukannya letak kat tepi jalan besar ye. Kena masuk ke dalam. Jalan nya naik bukit. Memang tertonggek-tonggek lah naik ke atas. Aku dah jalan ke depan, manakala geng-geng yang lain melenggang kangkung kat belakang. Tiba-tiba, masing-masing memecut lari ke atas. Ada yang berkaki ayam lagi. Lintang pukang lari macam ketakutan ya amat. Terkejut aku. Ingatkan apa, rupanya ada cute puppy on the loose. Ya ampun comel sangat anak anjing tu! Tapi geng-geng ni pantang, takut gila dengan anjing. Tu yang lari tak cukup tanah kena kejar. Hahahahaha..

Naik bukit..

Jalan naik bukit ni dalam 5 minit jugak lah. Muzium letaknya kat sebelah kiri. Entrance fee ialah KRW3000. Marilah kita masuk!

Seodaemun Museum of Natural History..

Tiket..

Masuk-masuk, kedatangan kami disambut oleh t-rex. Wow. This is it. Kita dah kat dalam ni. Sama macam kat dalam Running Man. Hehehehe.. Tapi kemusykilan yang amat sangat. Muzium ni kecik je! Macam mana diorang boleh shooting dalam ni ye? Sempit betul. Dengan crew lagi, dengan cast lagi, dengan camera gabak bagai. Nak menyorok pun susah. 

Ngauummm..

So we go level by level. Tengok apa yang ada. Kalau dah natural history, mestilah berkaitan dengan kehidupan dari zaman ice age dulu kan. Macam-macam yang dipamerkan. 

Dah pusing-pusing tu, kami tengok 3D show kat dalam mini theater. Tempat GD dok main cak-cak dengan HaHa. Cosy je tempat ni. Lampu dipadam, dan tayangan pun bermula. Rancangan kartun. Mula-mula semangat tengok. Tapi dah lama-lama tu mata aku semakin berat. Nak-nak speaking Korean kan. Haramjadah tak faham apa. Tak sampai separuh jalan aku dah zzzzzzzzzz.. Nikmat betul tidur. Bila dah habis je tayangan, lampu dipasang. Masa tu, semua terpisat-pisat tenyeh muka. Hampeh betul. SEMUA TIDUR RUPANYA! Hahahahhaa..

Tayangan untuk tidur..

Menyenget..

Then we went upstairs. Ada satu tempat opening. Haaa.. Tempat dinosaur-dinosaur ni. Mula lah buat aksi posing entah apa-apa. Layankan je lah. Yang tak tahannya tu, muzium ni dikelilingi dengan apartment. Apa yang kami buat, selamat lah orang-orang yang tinggal kat apartment tu boleh nampak. Belasah je lah.

Nyorok dalam telur..

Ngiahhh~!!

Then masuk ke dalam balik, dan habiskan tour. Tak lama pun kami dalam muzium ni. Sungguh, kecik je muzium ni. Memang tak dapat bayangkan macam mana diorang Running Man boleh main nyorok-nyorok dalam sini. Kalau aku lah, susah aku nak nyorok kat tempat macam ni.

Muakss!!

Oyster Princess..

Balik lah kami. Keluar dari muzium dan menapak turun. Nak balik ke stesen Sinchon, kena seberang jalan dan pergi ke bus stand yang terdekat. Naik bas no berapa pun tak kisah janji dalam laluan bas tu ada tulis stesen Sinchon. 

Dari seberang jalan.. Nak ke muzium kena masuk ke simpang tu..

Bus stop..

Cadangnya nak pergi ke Seodaemun Prison lepas tu. Tapi masing-masing dah melepek kelaparan tak makan apa lagi kan, makanya kami terus cari makan. Tak tau nak makan kat mana, aku bawak geng ke Dongdaemun untuk makan ikan bakar. Aku dah ke sini banyak kali. Tapi geng-geng ni tak pernah pergi. Dah alang-alang tu, aku tunjukkan lah jalan.

Jeonju Sikdang..

Menu dia sama je tiap-tiap hari. Dah tiga kali datang, tiga-tiga kali tu lah side dishes dia sama. Tak berubah. Aku suka. Sebab salah satu side dishes dia daun perisa colgate. Aku tak tau apa nama side dish tu tapi rasa dia rasa colgate. Berangin je bila makan. Ramai tak minat. Maka aku dengan gembiranya membedal bagi habis. :P

Jemput makan..

Sambil-sambil..

Dah kenyang, kami jalan-jalan sekitar Dongdaemun. Ambik kesempatan untuk cari souvenir kat sini. Beli siap-siap, supaya nanti tak ada lah kelam kabut last minute nak cari. Dah alang-alang sampai sini kan. Lepas ni tak payah datang dah. Boleh pergi ke tempat lain pulak.

Cheonggyecheon..


Dongdaemun gate..


Aku tak ada apa nak dicari buat souvenir, so duduk kat tepi je lah. Menunggu yang lain-lain shopping.

Cuci mata je..

Ada beg jugak..

Accessories..

Next stop is Myeongdong. Mula lah, kalau dah sampai sini bertukar jadi fangirl. Kebetulan dua buah kedai ni baru bukak. Masuk lah kita ke dalam ye. Kedai apa? Kedai kakak Heenim dan kedai bapak Yeye. Hehehe..

K-Story..

Orang dok cerita-cerita. Heenim dan kakak dia dok tweet manjang. Dah alang-alang sampai Myeongdong ni, marilah kita mengskodeng apa yang ada. Kecik dan comel je kedai ni. Banyak jual merchandize dan album-album KPOP. Cafe pun ada kat dalam ni. Boleh lepak-lepak minum-minum.

Inside K-Story..

Cafe..

Heenim..

Area Suju..

Leave a message..

Lepak-lepak lah jugak kat sini dalam setengah jam. Kakak si Heenim ni takde lah pulak. Kalau ada boleh interview. :P

Then, kami ke kedai bapak Yeye. Tak jauh mana pun kalau jalan kaki dari K-Story. Tapi mula-mula tu aku sesat barat jugak lah. Bapak Yeye jual cermin mata. Cantik jugak design-design yang ada. Spek aku ni pun dah layak campak ke longkang. Tapi tak ada fulus lah pulak kan. So simpan je lah angan-angan nak buat spek Why Style ni. Lain kali je lah ye.

Why Style..

Tingkat atas.. Banyak variety..

More..

Lepak-lepak lagi kat sini. Kami kacau pekerja yang ada June & Cora. Macam tak ada kerja sangat dah kan. June ni Korean. Pandai cakap Cina. English pun ok. Cora pulak Chinese. Student some more. Kerja part time kat Why Style ni. Mencot-cet je lah kerja kami, borak entah apa-apa. Kebetulan tak ramai customer. Boleh lah lepak-lepak. Balik pun bila kedai dah nak tutup. Kekekeke..

That's it! Habis dah jalan-jalan hari pertama. Till the next entry!

Related Posts:

4 comments :

vanilla_zerome said...

Lawak la part Bab* J tu... hahahaha...

CikSengal said...

banyak kedai ni.. brand famous kot kat seoul ni..

Amanda Musa said...

Ehwa tu best kan. camne nak pergi kat ikan bakar tu yer?

CikSengal said...

amanda,
boleh refer kat sini http://budgettravel2korea.blogspot.com/2011/01/grilled-fish-restaurant-dongdaemun.html