Thursday, August 4, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 9 (Final Day): Dae Janggeum Theme Park & Hongdae

Sunday, 20th February 2011

It's the final day. Huhuuhu.. Akhirnya. Tiba juga hari untuk meninggalkan bumi Korea ni. Tak nak balik boleh tak? Hehehe.. Tu lah yang dok ulang-ulang dalam kepala aku. Tak nak balik. Tak nak balik. Tapi balik jugak. Dan pergi lagi during summer. Hahahaha..

Kalau ikut itinerary, memang tak ada plan apa-apa untuk hari ni. Kiranya cuma nak bermalas-malasan di hari terakhir. Tapi, time tengah breakfast tu, kami membuat keputusan drastik dan tiba-tiba untuk ke Yangju. Pergi ke MBC's Dae Janggeum Theme Park. Weehuu!! So, kemas-kemas dengan sepantas kilatnya, check out, letak barang and off we go!!


Bilik yang macam tongkang pecah..



Breakfast!!

Bergerak! Kami cuma tau nak ke Dae Janggeum kena turun di station Yangju. Hah. Gasak. Bergerak lah kami ke Yangju. Dari station Hapjeong kami ambil train line no 2 menuju ke station City Hall. Dari City Hall kami ambil train line no 1 straight menuju ke Yangju. Perjalanan dari Hapjeong ke Yangju mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit jugak. Mungkin lebih. Aku pun dah tak ingat! Tapi in between nak ke Yangju tu kami kena tukar train jugak. Tapi tak pasti kat station mana sebab train yang kami naik tu berhenti sampai station tu je.

Sesampainya di station Yangju, kami terus ke Information Counter. Nak cari maklumat macam mana untuk ke Dae Janggeum Theme Park ni. Nasib baik ahjumma kat situ pandai jugak lah cakap english walaupun tak berapa terer. Katanya naik bas warna kuning no 2-4. Tunggu kat luar station, seberang jalan. Oklah. Bergerak lah kami ke sana.

Station Yangju. Bergaya dengan coat baru beli semalamnya. Hahaha..

Strawberries..

Lebih kurang 15 minit juga kami menunggu bas datang. Tambang dari station Yangju ke theme park cuma KRW1,000 je. Perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 15 minit. Kami pun menyusuri countryside yang agak sunyi tu. Rumah-rumah kampung dengan kebun masing-masing. Macam pekan mati pun ada sebab sunyi sepi tak ada orang. Tiba di satu persimpangan, bas pun berhenti dan driver bas menjerit Dae Janggeum, Dae Janggeum!! Aku toleh kiri kanan. Mana Dae Janggeum Theme Park nya? Kami tak nampak pun. Driver bas kata "walk 10 minutes!" sambil menunjuk satu lorong. Lohh.. Kena jalan kaki masuk dalam ke? Adoiii..

Berjalan lah kami. Slow and steady. Dari jauh dah nampak studio MBC. Betul lah ni kot. Excited. Excited! Akhirnya sampai juga ke pintu masuk theme park. Tiket masuk ke dalam KRW5,000. Ok! Masuk!

Kaunter Tiket..

Setelah beberapa hari kat Seoul pada musim sejuk ni baru lah kami berjumpa dengan snow. Tu pun ala-ala dah nak cair dah. Tapi sempat juga lah berposing. Hehehe..

Aku dan Snow..

Bekas tapak tangan siapa ni? Ji Jin Hee!! My beloved Pegawai Min!!

Theme park ni merupakan lokasi utama pengambaran drama Dae Janggeum @ Jewel in the Palace selain di Jeju. Kawasannya agak besar. Cuma kawasan antara satu bangunan dengan bangunan yang lain tu agak sempit. Macam manalah mereka-mereka managed untuk shooting kat tempat-tempat sempit macam ni ye. Nak mengangkut kamera lagi. Staf-stafnya lagi. Kagum betul aku.

Aku tak reti lah nak cerita panjang-panjang. Tepek gambar sajalah ye!

Lokasi pertemuan Lady Han dengan Janggeum..

Dapur..

Dapur utama Lady Han..

Dapur lagi..

Tempat maharani buat inspection..

Tempat Janggeum kena kurung..

Dapur lagi..




Tempat isi red pepper, kicap segala..





Dah habis meround kami pun menggatalkan diri mencuba outfit-outfit zaman Joseon ni. Kena charge KRW8,000 juga untuk satu outfit. Gasaklah. Dah alang-alang boleh berangan, apa salahnya spent sikit. Bila lagi nak merasa macam ni kan. Tapi, sengsara juga nak pakai baju zaman dulu-dulu ni. Dah lah banyak pieces, dengan headset yang berat. Sampai sakit kepala aku dibuatnya. Hasilnya...

Kehkehekhe.. Ada rupa jadi permaisuri kejam tak??
Boleh lah kan? Kira ayu jugaklah aku jadi permaisuri. Hahahaha.. Potrait permaisuri, Janggeum dan gundik raja. Hehehe.. After that jalan-jalan lagi. Kami masuk sebentar ke dalam visitor centre untuk membelek merchandize yang ada dijual. Agak mahal. Aku tak beli apa-apa pun. Tapi bagi sesiapa yang minat untuk buat koleksi memang ok lah kalau nak beli. Dah tu kami cari port solat. Celah-celah bangunan purba ni kami solat. No problemo!


Tempat Janggeum nak seludup masuk istana..
Pasar..

Studio MBC dari jauh..

Jom guling-guling!!

Overall, it's a nice place to visit. Boleh berangan berada di zaman Joseon. Tiba-tiba boleh terbayang Janggeum kat depan mata. Aiseh!!

Dah tu kami keluar. Cari port makan. Kelaparan dah kami ni pagi tadi breakfast roti je. Di persimpangan jalan masuk tempat kami turun bas tadi ada satu restoran ikan bakar. Nama kedainya Tosok Maeul. Macam tu lah lebih kurang. Ni pun tau sebab K Awa telah berjaya menggoogle tempat-tempat makan sebelum datang. Jadi, kamu pun melantak lah kat situ.

Ni kedai dia dari jalan besar. Memang tak boleh missed..

Masa kami sampai memang tak ada orang. Tuan kedai pun relaks-relaks. Kami masuk je, semua berkerah tenaga masak. Kami order dua set Samchi and dua set Godengo. Kedua-dua Samchi and Godengo ni spesis ikan mackerel ni. Seperti biasa, side dishes turut disediakan.Banyak pulak tu. Fuh. Sangat best!!

Ta-daaa!! Best kan?
Nasi kacang hitam..

Antara lauk-lauknya..

Kimchi Soup..

Burrppp.. Alhamdulillah!!

Tengah lapar kan. Habis licin kami kerjakan semua makanan. Termasuk side-dishes tambahan yang ahjumma tu bagi for free. Hulalala.. Sungguh seronok. Dah lepas makan tu relak-relaks sekejap kasi turun makanan semua masuk perut sambil layan Gag Concert kat tv. Walaupun tak paham apa, gigih aku gelak. Kos keseluruhan makan untuk 4 orang KRW32,000. Dapat free coffee lagi. Suka. Suka!

Then it's time to leave. Only to realize that K Awa's rented handphone is missing. O_o Jam dah menunjukkan pukul 4 petang. By hook or by crook kami kena bergerak ke airport paling lambat pun pukul 8 malam. Nak tak nak kena balik sekarang jugak sebab kami ni jauh di luar Seoul. Anything can happen. Tawakalillah je. Disebabkan Nott masih ada barang yang nak dibeli, aku dan Nott balik ke Seoul terlebih dahulu sementara K Abid n K Awa masuk balik ke theme park untuk mencari handphone. Dengan harapan jumpalah handphone tu.

Tunggu bas punyalah lama. Dekat setengah jam tak muncul-muncul. Nasib baik ada teksi. Belasah naik je. Nasib baik pakcik teksi ni pandai english sikit-sikit. Minta hantar ke Yangju station tapi dia kata Nogyang station lagi dekat. Apa-apa lah pakcik. Asalkan sampai ke station dan dapat balik ke Seoul sudah. Kurang dari 10 minit, sampai lah kami di Nogyang Station. Tambang teksi yang dikenakan adalah KRW6,500.

Nogyang station
Satu hal lagi nak menunggu train ni. Dekat setengah jam jugak! Masak betul. Harap-harap K Awa n K Abid nanti dapat kejar train yang tak berapa kerap ada ni. Huhuhu.. Aku dan Nott berjalan-jalan di area Hongik University. Pusing-pusing tengok apa yang ada. Orang punyalah ramai sana sini. Mencari cafe Coffee Prince yang original macam drama tu tapi tak jumpa. Cafe Coffee Prince yang lain ada lah jumpa. Dekat-dekat dengan Cafe Hello Kitty ni.

Hello Kitty Cafe..

Penuh sesak dengan orang..

Ada castle..

Setelah pusing-pusing, kami tak jumpa apa-apa yang berkenan di hati. Kesudahannya kami terus ke Namdaemun. Naik train dan tukar di City Hall. Gelak punya gelak about this one thing sampai tak perasan kami dah sampai station City Hall. Orang keluar masuk. Kami masih relaks-relaks. Tiba-tiba je aku tergerak hati tengok nama station. Hoh??!! City Hall!! Terus aku melompat keluar. Tapi Nott tak sempat. Train pun bergerak. Wakakakaka.. Nott tertinggal kat belakang. Aku dok berkampung kat situ sekejap sementara menunggu Nott datang balik. Hahahaha..

Tengah dok belek-belek ni lah. Gelak-gelak sampai terlepas station..

Nott beli t-shirt lagi untuk family dia. Memang kelam kabut sikit. Sepanjang on the road, K Awa ada jugak call. Handphone tak jumpa. Tak ada rezeki. Nanti kat airport terpaksalah report hilang. Huhuhu.. Rush rush kami sampai jugak ke Kim's lebih kurang pukul 8. K Awa n K Abid pun baru sampai. Kami mengangkut beg keluar dan bergerak ke jalan besar. Kebetulan aku yang paling depan sekali dan baru je keluar pintu pagar Kim's, terus nampak teksi lalu kat jalan besar. Jauh tu tapi boleh aku terkinja-kinja macam orang gila dok melambai-lambai teksi tu. Laju semacam je teksi tu. Aku bajet drivernya tak nampak. Nampak gayanya, terpaksalaa tunggu teksi lain. Tapi driver tu nampak!! Hahaha.. Terus dia patah balik and pergi ke arah kami. Yang lain-lain macam terperanjat tiba-tiba teksi datang depan kami. Hahahaha.. Off to airport!!!

Tambang ke airport around KRW40,000. Pergi report handphone hilang and check in. Kena denda certain amount. Charge ke kad kredit. Tapi kalau ada orang pulangkan, duit tu akan direfund balik. Syukur alhamdulillah. Few weeks later K Awa dapat refund. Ada orang yang baik hati pulangkan handphone tu. ^^


Jaaa!! Balik dah kita.. Selamat sudah meround selama 9 hari di bumi Korea. Till next time! Kita jumpa di entry Summer Scent! YEAAYYY!!



Kos perbelanjaan hari ini :- KRW34,500

Nanti aku buat rumusan untuk 9 hari ni.. ^^

5 comments :

Misako said...

yatt..akak memang tak bleh ikut.. fobia nak mampos ketinggalan kapal terbang.. ahhaha

e.l.i.z.@ said...

Hahaha mmg gaya permaisuri kejam hahahha
Aku ni kan setiap kali baca entri ko,byk je nk tanya.pastu bila dh habis baca,terus lupa hahahha tp yg kelakar tu kwn ko la,nott,blh plak tertinggal kt blakang hahahha

Brapa kena charge hp ilang tu? Sib baik dpt refund..baik ati sgguh org korea ni

CikSengal said...

misako,
saya seram pun ye.. tapi setakat ni belum penah tertinggal flight lagi.. huhuhu..

eliza,
sengal lah ko.. kekeke.. dah dok gelak2 tengok iklan bongek tu.. mana nak pasan station.. aku tak pasan bape kena charged.. aku rasa dalam RM400 kot.. tapi pastu dapat balik..

Adyani Iman Al-aydrus said...

salam...very nice story..mmg sgt sengal..hehe....nsib bail tak tertgl flight..emm anyway mkanan y awak mkn tu cmne nk tau halal ke tak?ade tulis ke cmne?

CikSengal said...

tak ada tanda halal.. tempat tu memang takde jual benda lain selain ikar bakar.. jadi kami yakin halal..