Friday, April 29, 2011

Kisah Sengal Saint o'clock

Pada 17hb April yang lepas, aktiviti mendapatkan pass untuk ke showcase 2AM telah diadakan. Nak dapatkan pass showcase ni senang je. Pergi ke One Utama, beratur kat sana, topup prepaid Digi RM50 dapat lah pass showcase sekeping. Valid satu pass untuk satu orang. Kalau mengada-ngada nak pergi autograph session, just tambah topup lagi RM30. Jadinya untuk pergi showcase + autograph session, RM80 worth topup diperlukan. Kalau mengada-ngada lagi nak main games dengan members of 2AM, Tambah lagi topup RM50. Jadinya, total yang diperlukan ialah RM130. Dapatlah ketiga-tiga benda yang disebutkan tadi.

Cik Sengal pun teringin jugak lah nak pergi showcase, autograph session and main games dengan 2AM ni. Cik Sengal memang minat diorang ni. Especially dengan si Ong Ahjibaem. Hehehehe.. Suka bangat lah dengar lagu-lagu diorang yang jiwang karat dan tangkap leleh tu. Kalah lagu-lagu Eddie Hamid tau. :p Jadinya, kawan kepada kawan Cik Sengal telah berjaya mendapatkan passes untuk Cik Sengal, the RM80 ones. The game session pass awal-awal lagi dah sold out. Tak berpeluang lah Cik Sengal nak main games dengan mereka. Tapi tak apalah. Asalkan dapat bertentang mata during autograph session, dah cukup baik dah.

Later on Cik Sengal dapat info bahawasanya, untuk autograph session, all signing will be done on the album. Ah sudah!! Nak kena beli album lah pulak. Cik Sengal ada CD burn mereka. Boleh tak sign atas tu je? Hahahaha.. Oklah. Cik Sengal pun pergilah cari album mereka ni kat Speedy. Memang nak beli lah ni. Lagi pulak CD burn Cik Sengal tu sekejap-sekejap main lompat-lompat katak. Suara Jo Kwon dah selamat jadi suara chipmunk. Sangat-sangat tak best. Bila dah sampai Speedy, Speedy kata stok album belum sampai. Adoii.. Lambatnya. Cik Sengal entah kenapalah gigih sangat nak kan album tu, sempat lagi tinggalkan no telefon and minta the salesgirl call bila album sampai. Semangat hokkay!!

The next day, dapat call the album is in store. Yey!! Suka betul.



2AM Saint o'clock Special Edition. Macam kereta Cik Sengal pulak dah ada special-special edition macam ni. Ada CD lagu + DVD MV + folder. Nice!

Bila dibuka di dalamnya..


FREE SHOWCASE PASS.................. WTH???

6 comments :

en_me said...

maksudnyer.. free lohh.. ahaha

CikSengal said...

hahaha.. tu lahh.. beli album dapat showcase pass free.. adoiii..

en_me said...

sengal kanns.. ahaha

psst. me nk gi KK next month, care to bring me around.. ihiks

CikSengal said...

uikss.. jalan2 kk ke?? bilanya nak datang tu? boleh saje kalau nak bawak jalan2.. tapi kena tau tarikh ler.. hujung bulan ni makcik balik kampung seminggu.. :p

en_me said...

leh anta email kat yginsaf@yahoo.com

Cik Rose said...

awak dtg ke tak nnti sabtu ni. jumpa di sana.