Saturday, April 9, 2011

Jom Menyelam!!

Akhirnya! Makcik dah dapat lesen menyelam. Gigih tak? Penyelam harapan bangsa ni. Hahahaha..

Tadi makcik pergi buat diving assessment kat kolam renang Kompleks Sukan Penampang. Makcik dengan Syafa tertinggal keretapi sebenarnya. Geng yang lain semua dah complete. Makcik berdua je yang belum settle-settle lagi.

Cuaca redup. Diving gear semua baru-baru. Cantik! Tersangat best lah hari ni. Mesti geng-geng lain jeles ni sebab masa diorang buat assessment, panas terik ya ampun. Masing-masing dah terbakar dah. Ada hikmah juga ye bila ketinggalan macam ni.

Awal-awal assessment, makcik dah buat lawak. Masa makcik nak terjun tiruk ehh, masa makcik nak buat giant stride masuk kolam, fins makcik tertinggal kat belakang. Sebelah je pulak tu. Malu makcik. Macam mana boleh tertanggal masa nak masuk kolam tu. Dah makcik kena ketawa kaw-kaw. Makcik pun ketawa jugak. Tapi lambat jugak effect ketawa tu sebab mulut makcik kena sumbat dengan regulator. Susah nak ketawa. Hahaha..

Makcik kena assess macam-macam. Tapi yang bestnya semua ala-ala poyo. Ala-ala informal kekdahnya. Siap gelak-gelak lagi. Buat apa nak tension-tension kan? Yang penting kita enjoy! Walau macam mana pun, paling penting sekali masa diving ni ialah buoyancy. Kena pandai agak-agak kita ni bergerak kat tengah-tengah antara permukaan dengan dasar laut. Huihhh.. Buoyancy Beyonce ni makcik terer!!!


Selepas ni, banyak lah aktiviti makcik boleh buat kan? Cuma nak kena sediakan duit je. Tu yang agak lemau sikit makcik nak layan. Huhuhu..

0 comments :