Fuhh.. What can I say? Sangat-sangat DAEBAK Super Show 3 kat Malaysia ni! Walaupun Super Show 2 Malaysia tahun lepas sangat happening, still tak boleh lawan yang ni. Walaupun Super Show 3 Bangkok yang aku pergi selama dua hari Januari baru ni ada banyak scene bukak-bukak baju, nosebleed segala, still jugak tak boleh lawan yang ni. Entah ye. Mungkin sebab kat tempat sendiri kot. The boys were totally awesome. They did a super duper fantastic job by menebeng kat depan aku all the time!! SUPERBB!!
Sejak Redstar kata diorang tak dapat handle Super Show 3 kat Malaysia ni, aku memang dah putus harapan dah. Tu sebab aku gigihkan diri pergi Bangkok. Sengal gila. Pergi Bangkok semata-mata nak tengok konsert. Dari KK pulak tu. Dah minat kan. Nak buat macam mana lagi. Aiseh.. Cerita pasal Bangkok ni, entry Super Show 3 Bangkok aku masih dalam draft. Bila entah nak siap. Everything pasal Super Show 3 Malaysia sebelum ni sangat-sangat lah gloomy until RITS tampil ke depan, willing to organize. Terasa macam apa ya. Macam boleh bernafas balik? Wakaka.. Sungguh kronik CikSengal ni.
Urusan pembelian tiket ni aku terpaksa serahkan pada Cik Kia kita. Aku yang nun jauh di kepulauan Borneo ni tak dapek lah nak turun KL membelinya. Kebetulan lah pulak, masa tiket dijual aku sedang berpoya-poya di Seoul. Berpoya-poya di Seoul lagi best kan? Hahahaa.. Gedebak gedebuk itu ini, we managed to get VIP seats. Betul-betul depan stage. Terasa bahagia sangat-sangat hidup ini.. Hokhokhok!!
The day has come. Aku bertolak dari KK malam 18hb Mac dengan sidekick aku si Dila. Sidekick mesti ikut! Mana boleh kena tinggal bini Donghae sorang ni. Hehehe.. Tiket murah. Naik malam ler. Kalau ikutkan hati nak juga ambik flight awal. Nak pergi menyambut lah kononnya kedatangan darlings aku semua tu ke Malaysia ni. Tapi disebabkan takut cita-cita murni aku tu tak kesampaian seperti tahun lepas (frust menonggeng betul), aku pendamkan sajalah. Janji besoknya aku boleh meroyan all out. Agak kesengalan aku malam tu disebabkan flight delay. Pukul 1 pagi baru sampai KLIA. Tapi bersyukur jugak lah setakat delay je. Kalau cancel terus? Memang menonggeng laa aku kat KKIA sana. Macam biasa, tagline kami "TRUE BACKPACKER SLEEPS AT AIRPORT", itulah yang aku buat malam tu. Besok pagi baru gerak masuk KL.
Pukul 10 pagi kami dah sampai hotel. Duduk kat Sri Petaling je. Tempat yang sama tahun lepas. Berangan nak check in awal tapi bilik semua penuh. Kena check in pukul 2 jugak. Terpaksa lah duduk menayangkan diri kat lobi je. ELFs sana sini, keluar masuk hotel. Staff Crew SS3 pun sama. Semuanya berkampung kat Sri Petaling ni rupanya. Macam mana lah tak full. Ada these 2 girls nak check in tapi bila check dalam sistem, reservation dia takde. Memang toya habis dah muka minah-minah tu. Orang kat kaunter tu pun dah tak boleh nak buat apa sebab bilik memang penuh. Aku pun jadi cuak. Aku punya reservation? Cepat-cepat aku check. Nasib baik ada. Kalau tak, hurmm.. Berkampung kat Bukit Jalil je la kot. Orang backpackers kan boleh tidur kat mana-mana je. Hahaha..
Pukul 12.30 kami dah dibenarkan check in. At last! Mandi-mandi, makan-makan and around 4pm kami bergerak ke stadium. Cik Kia dah sebok SMS suruh aku datang secopek yang mungkin. Ye. Ye.. I'm coming!!
Dah sampai stadium aku cepat-cepat ke port menunggu CARIans. Jumpa lagi mereka-mereka ni kat sini. Sempat jumpa airwickss, berkenalan dengan k jel, se7enstarz (ni selalu jumpa neh kalau ada activity kat singapore.. Kuikui..), hadiff yang tengah sibuk distribute lightstick, mulan yang dah macam orang meniaga duduk kat atas lantai dengan beg plastik penuh wristband and pompom, and last but not least kia ler. Wajib jumpa kia ni sebab tiket SS3 ada dengan dia, and t's KRY dia yang gigih aku bawak dari Seoul masih ada dengan aku lagi. Then off to beratur. Jumpa hana hirokawa masa beratur sebab duduk sama-sama dalam stadium. Sebelum beratur, aku buat preparation untuk operasi menyeludup kamera. Kihkihkih.. Baik punya spot aku tapuk kamera ni. :p
Kami bergerak masuk ke dalam stadium. Beg di check ala-ala je oleh security. Tak macam kat Bangkok hari tu. Harus full body check. Siap kena raba lagi. Lepas tu lalu scanner lagi macam kat airport. Terbaekk lah! Kat Malaysia ni tak ketat pun. Tu yang aku suka! Hahaha.. Dah sampai dalam, aku menyengih sampai ke telinga. Fuh.. Sangat suka dengan seat aku ni! Jelas terang dan nyata kalau the boys datang ke depan. Mau meroyan bersungguh-sungguh macam ni. Tapi slack jugak. Seating ni betul-betul rapat dengan console section. Dah lah benda alah console tu tinggi. Pemandangan agak terjejas jugak lah. Yang jadi mangsa mulan. Memang betul-betul tepi console. Kalau kenyit-kenyit boleh dapat kot duduk atas console tu. Hehehe..
My seat. DAEBAKK kan??
Lightstick zaman SS2 aku yang lepas dah hidup segan mati tak mahu. Jadinya beria lah aku order dengan hadiff. Belum apa-apa dah jadi macam ni..
Various media duduk kat depan untuk capture gambor lah. One of them sangat lah comel. Adoi. Boleh jadi artis mamat ni. He was zooming towards us lah in the crowd. Dila pulak tengah angkat banner Donghae sayang dia. Aku pun cepat-cepat mengendeng ke Dila, pandang mamat tu sambil buat peace sign. Mamat tu senyum, click the camera and buat thumbs up. Wakakaka.. Mampuihlaa. Majalah mana lah nanti keluar muka aku yang cun ni.
MC malam tu aku tak kenal siapa tapi diorang DJ lah. Dari FlyFM kot. Lawak jugak lah budak dua orang ni. Berchotchet chotchet diorang sementara menunggu konsert start. Then, lampu pun padam. Semua orang dah tak boleh duduk diam. VCR Intro dipasang. Seriously,boleh runtuh stadium tu dengan jeritan fans. aku pun dah naik pekak. Aku sopan je tak jerit-jerit macam diorang. Nak kena jaga tatasusila sebagai seorang pendidik. Kahkahkah.. Eleh. Awal-awal ni je. Tengok lah nanti dah tengah-tengah. Hadiff boleh confirmkan semuanya macam mana aku meroyan. Hihihi..
Opening..
Ok. Itu je untuk opening. Donghae terbang naik atas, members muncul tengah-tengah, Siwon muncul depan mata, and a bit of Sorry Sorry performance, finished. Dah havoc sangat, mana aku nak pegang kamera, mana aku nak melayan orang-orang kat depan yang kadang-kadang menghalang kamera aku. Jadinya aku stop ambik video. The rest of the performance ambik gambar je.
The concert started with Sorry Sorry performance. Kinda like this concert version. Seronok aku join nyanyi. Walaupun lirik berterabur. Hehehe.. The next song is Super Girl. Henry and Zhoumi join naik pentas. Performance ni kat stage depan sana. Tak berapa nampak sangat lah. Tapi kat tengah-tengah tu, my Hyukjae tiba-tiba muncul kat depan. Meroyaaaaaann!
Dah habis Super Girl, lagu Don't Don pulak. Yang ni tengok je lah dari jauh. Tapi towards the end, the boys mula gerak ke depan. Apa lagi. Tadah kamera je lah. Huwahuwahuwa.. SUKA!! The highlight was when Heechul, Zhoumi, Henry and Jungmo from TRAX muncul kat tengah-tengah. Heechul on drums, Henry on violin, Jungmo on guitar and Zhoumi pulak gigih rapping. Adoi.. Heenim. Cair aku tengok kau main drum..
Hyukjae, Wookie and Yesung..
Abang long tetiba muncul..
Abang long Leeteuk..
The highlight of Don't Don..
Dah habis Don't Don ada tayangan VCR SUJU kat taman with little kids. Waduhh.. Comel banget diorang ni. Dah tu terus bersambung dengan lagu No Other. Masa ni aku tak banyak ambik gambar sebab tangan dok occupied dengan lightstick lah, dengan belon lah, dengan pompom lah. Pastu mata pulak melilau tengok orang. Mulut pulak sebok nak menyanyi sebab banyak-banyak lagu, ni lah satu-satunya lagu SUJU yang aku hafal dari awal sampai habis termasuk rap-rap sekali. Lagu lain mesti ada tersyasyul sana sini. Sempat ambik gambar Sungmin and Leeteuk terbang je.
Dah habis No Other, sesi perkenalkan diri pulak. Masing-masing sengal betul. Pak Arab Leeteuk lah paling memorable. Gelak jahat tak hengat. Gelak orang kaya. Jalan ke depan baling botol air mineral kat fans sambil kata warar, warar. Kuikuik.. Water lah pakcik. Kalau kat Bangkok hari tu, hari pertama dia baling botol mineral. Hari kedua dia baling ais lah pulak. Aiseu. Aiseu.. Muahahahaha.. Asyik ber "APPA KHABAR" je throughout the perkenalan. Sekali, terdengar pulak "OMMA KHABAR". Hahaha.. Dah ada appa, mesti ada omma kan? Sengal..
Next song after perkenalkan diri was Confession. Versi Korea ni. Gigih aku cari kat tenet nak download. Tapi yang jumpa versi Mandarin je. Time performance lagu ni masing-masing kesengalan dah. Wookie and Sungmin wat show sengal kat depan kami dengan baju senget diorang tu. Adoii..
Dah habis tu, some members get off stage, and some lagi pergi ke tengah. It's ROKKUGO TIME!! Suka aku dengan lagu ni walaupun lirik sangat-sangat merepek. Macam biasa, macam-macam drama budak-budak ni buat. Aksi baring wajib ada. Tahun lepas pun ada gak. Hehehe..
Then break sekejap. It's solos time. First up is Ryeowook dengan One Fine Spring Day. Performance ni memang aku suka. Sebab Sungmin join sekali main gitar. Baru je aku nak bukak mulut nyanyi sama-sama, sekali yang keluar dari mulut Wookie, bahasa cina. HAMPEHH!!! Penat aku hafal lirik. Sekali dia nyanyi versi mandarin. Walaweii.. Potong stim betul.
Then it's Baby Kyu's turn. Dari tengah stage dia muncul, terus berjalan ke depan ke arah kami. Lagu cina lagi. Sabor je lah makcik. Tapi sedap lah jugak dia nyanyi. Of course lah. Kyuhyun kan. Kalau suara tak sedap tu bukan dia lah. Lagu apa yang dia nyanyi ni aku tak tau tajuknya apa. Kalau tahun lepas aku tau lah. Forgive Me by Jam Hsiao. Haaa, yang tu aku hafal lirik dia. Hehehe.. Performance ni aku tak ambik video sebab aku tau mesti terganggu video aku nanti tu dengan suara-suara bini dia kat sebelah. Wakakakaka.. Jangan marah ekk Kia..
Kyu's solo..
Dah habis Kyu punya solo, sesi merebut aweks pulak antara Eunhyuk and Donghae. They performed a self-make song for SS3. Memang sedap lagu ni. I Wanna Love You gitu tajuknya. Gambar takde, video pun takde sebab betul-betul engrossed tengok sesi merebut-rebut tu. Hahaha.. Oh yes, no bukak-bukak, selak-selak baju ye. Bagus. Sopan diorang ni. Boleh buat menantu. Hihihi.. Tak sanggup dah rasanya aku nak membuntangkan mata aku lagi melihat mereka berdua ni main tayang abs sepertimana kat Bangkok hari tu. Hahaha.. Cakap je macam tu. Padahal suka je kalau ada. Muahahaha..
Then it's abang long's solo! Waduhh.. Aku ni pantang tengok orang lelaki main piano. Mesti rasa nak jatuh chenta je. Hahaha.. Lagu Kiss Goodbye by Wang Lee Hom. Lagu cina lagi. Tapi best!! Seriously tangkap leleh habis. Terbuai-buai gitu. Ahaks! Sayang tak ambik video. Kalau tak, tiap-tiap malam boleh layan sebelum tidur.
Dah tu, Siwon's turn. Nyanyi lagu Looking for the Day by 3rdWAVE. 3rdWAVE ni macam kumpulan dakwah je aku rasa. The members are Brian Joo yang sengal itu and his friend. Siwon and Vanness Wu ada contribute jugak dalam album ni. Seperti tahun lepas jugak, Siwon nyanyi lagu religous + humanity lagi.
Then, we get rocking!! Henry's up!! Oh.. Jatuh chenta lagi aku. Nak-nak bila tengok selamba poyonya dia main piano. Suka! Suka!! Bila aku nak terer main macam dia ye? Berangan je lebih. Dah elok-elok pi kelas, ngada-ngada quit. Sampai ke sudah lah tak terer. Lagu apa? Justin Bieber's Baby. Sesuai lah tu. Comel.
Dah habis Henry, keluar balik laling aku sorang ni. Adoyaii.. Gugur jantung tengok dia perform Jay Sean's Down. Gila ahh.. Dressing dah la smart. Rambut fuh.. Stylo you!! Angau.. Angau..
Last but not least. It's Sungmin's performance. Gigih tengok dia meliuk lentok menggedik dengan 5 perempuan kat atas stage. Adui.. Meremang bulu roma aku tengok. Sungmin.. Sungmin.. Makin jantan ko ekk. Hahaha.. Another sopan performance. Sebab kat Bangkok hari tu selamat dah dia stripping. Habis hilang image innocent boy dia.........
Then keluarlah VCR lawak pasal terminator Siwon dan kuncu-kuncunya. Bunguk clip VCR ni. Sakit perut aku gelak. Ni intro bagi next song kekdahnye. Lagu trot Tok Tok Tok. Kat hujung lagu, Leeteuk kena buli dengan adik-adiknye..
Dah habis lagu trot, lagu You & I pulak. Kali ni yang kena buli Baby Kyu pulak. Donghae tak terlepas. Sakan adik buli abang ye? Adik pun lagi besar dari abang. Hahahaha.. Untuk lagu ni, Leeteuk and Sungmin rajin menebeng kat depan kami..
Dah habis lagu You & I, sambung lagu A Song For You. Leeteuk gigih ajar choreography kat depan kami. Hehehe..
Sungmin dapat hadiah!! Ada fans kat depan kitorang ni pass kat dia..
Then it's Zhoumi's solo. Lagu cina. Aku tak tau lagu apa. Yang pasti happening. Sampai aku pun pening sampai tak pay attention sangat. Tau-tau dah habis dah dia nyanyi. Hahaha..
Then there's a VCR lawan-lawan. Gila hensem Yesung time ni. Fuh!! Dah habis VCR lagu Shake It Up pulak! Yey!! Antara lagu favourite ni. Suka betul dengan formation choreography diorang. Tak banyak ambik gambar sebab aku sibuk mengenjoy lagu ni betul-betul.
Then it's TWINS! Havoc! Havoc! Meleteup-letup sana sini. Aku pun ikut meletup sekali. Heenim dengan baju net dia. SOPAAAANN.. Sebab pakai singlet kat dalam. Kalau kat Bangkok hari tu haram jadah. NET SEMATA!! Nampak lah segala-galanya. Boleh demam aku dibuatnya. Hehehe..
Ok. Stop kat sini. Pencen dah ambik gambar. The rest are VIDEOS GALOREEE!!! Tak payah lah aku story mory panjang-panjang kan? Layan je lah video-video yang ada ni. (^__^)V
Hate You, Love You
In My Dreams
Aku tak ingat time bila, but somewhere in between adalah segment tribute to Kangin. All members ala-ala berlakon main alat muzik and Kangin datang menjengah kat tepi diorang. Aku bukan lah tak suka ke hapa segmen ni, tapi tribute macam tu, macam orang tu dah mati je. Iskk.. Ada yang kena bantai aku ni nanti. Hehehe.. Tapi, itu apa yang aku rasalah.
A Song for ELF
Dah kat hujung A Song for ELF ni, Kia dok main bisik-bisik pulak dah dengan aku. Aku ni dah lah pekak badak tak dengar. Sampai goyang-goyang kamera dibuatnya. Apa yang didiskuskan masa ni sebenarnya pasal performance Lady GAGA and Beyonce tu. Nampaknya the boys tak buat kat Malaysia ni. Gila kau nak buat. Kalau buat jugak, maunya kena banned and tahun depan tak boleh datang lagi diorang ni. Lagi pun ok jugak lah tak buat. Sebab aku tengok terseksa betul Eunhyuk and Donghae perform Single ladies masa kat Bangkok hari tu. Muka masing-masing memang tak selesa. Menari pun asyik-asyik nak cover anu je. Hahaha.. Tu lah. Pakai suar sepen je. Lain kali pakai tights kat dalam tu. Shindong memang all out lah. Sampai aku boleh ternampak suar sepen jaring dia tu. Huwaaaaaa!!! Heenim pulak.. Biasa lah dia tu. Fefeeling jadik pompuan memang no 1. Ada orang tu sampai demam sebab nampak spender Heenim. Kahkahkah..
All My Heart
It Has To Be You
It Has To Be You!! My favourite performance!! Sanggup aku tak nyanyi sekali sebab nak rakam video. Sayang wooo video ni. Tak rela suara-suara sengau aku join masuk dalam video ni. Huhuhu..
Perfection
Tengah borak-borak dengan Kia pasal apa entah masa ni. Sekali tiba-tiba lagu Perfection keluar. Kelam kabut aku dibuatnya. Nasib baik camera tengah on masa ni. Terus rakam!! After that ada satu tayangan VCR. Masing-masing, fuh malatop!! Then it's Bonamana!!
Miinah (Bonamana)
A Man in Love
Lepas habis A Man In Love ni kan lagu U versi kaw-kaw best. The boys menebeng kat depan lagi. Memang all out. Aku pun gigih laa tadah kamera ambik video. Sekali bila lagu habis aku tengok kamera aku on standby. CIS!! Aku tak tekan record rupanya. Benci betul..
Dancing Out
Adoi.. Heenim punya fan service memang daebakk!! Ternganga aku tengok minah saleh tu. Bertuah sungguh. Aku tak jeles sebab yang paling penting Heenim happy. Hehehehe..
Cooking Cooking
Way For Love
Masa Way for Love ni, pompom entah ke mana, dance step entah ke mana, yang aku tau tadah kamera je sebab the boys menebeng lagi kat depan..
Wonder Boys
Boleh je aku nak ke depan untuk lebih dekat dengan budak-budak ni. Tapi aku malu. Wakakakaka..
Abis doh... Sesi penutup pulak dah. Sempat ambik gambar sekeping dua. Ucapan masing-masing tak boleh blah. Masing-masing gigih cakap English. Sekali diorang pakai lirik lagu daaa.. Hahahaha..
Ending
Masa the boys tawaf satu stadium say babai tu, semua orang boleh notice Heenim takde. Apa lagi. Semua orang calling out for Heenim. Keluar lah dia kendian. Seriously, ngokngek lah mamat sorang ni. "Don't worry, I don't sick!!" Aku happy tengok dia sengal terkinja-kinja macam tu. Kalau tak, susah betul nak predict mood dia. Moody sentiasa. Ni macam kanak-kanak riang ria ribena. Really, I Like!! The thumbs up part tu memang aku suka sangat. Diorang happy, aku pun happy. And Donghae, kenapalah dah nak balik baru ko nak nyanyi lagu tu?? Oh.. Lirik lagu tu sebenarnya skrip ucapan bye bye dia tadi. Hahahaha!!
Baru lepas baca kat CARI, baru lah tau kenapa Siwon rajin menebeng kat depan. Semua video aku mesti ada dia ni. Lama pulak tu menebengnya. Rupa-rupanya family members dia ada kat depan kitorang tu. Orang yang paling happy mesti laa hana hirokawa kan?? Hehehe..
Overall, tak boleh nak describe dah laa tahap kebestan SS3 ni. Kena experience sendiri. Duduk kat dalam stadium tu baru boleh rasa macam mana fantastic elastic nya performance diorang. Hopefully there's gonna be SS4 somewhere next year here in Malaysia. Heenim dah janji awal-awal. Kena datang tu!! And please guys, learn "Terima Kasih" and "Jumpa Lagi". Ini balik-balik Apa Khabar je. Dah nak balik pun jerit-jerit Apa Khabar lagi. Maybe sebab diorang diajar Apa Khabar tu Annyeonghaseyo kot. Tu pasal lah jadi macam tu. Hehehehe..
Gambar yang aku snap sepanjang konsert ni memang berlambak. Tapi share sikit je kat sini and gambar-gambar yang ada ni aku tak letak watermarks sebab malas nak edit. Pada siapa-siapa nak cilok dipersilakan, tapi sila bagi credit ye kalau nak tepek kat mana-mana. Thanks!
Sekian, KKEUT!!
2 comments :
adeh, mmg jelas sgt suara2 sumbang aku dlm fancam ko, yatt!! paling tragis time lagu hate u love u *sbb buat masa ni aku smpt tgk yg itu je*. xper, abai kan jer la suara aku yg 'merdu' itu!!
Post a Comment